kolam air panas yang hot



dah namanya kolam air panas memanglah hot...niat di hati mula-mula memang nak g kolam air panas.al-maklumlah aku xpenah tengok,xpenah rasa dan xpenah pegi mana-mana kolam air panas yang ada kat dunia ni....amboi ke dunia terus padahal Malaysia pun aku xhabis pusing lagi...xnak kalah ko nyahhhhh....

jalan punya jalan xjugak sampai-sampai.bontot dah kematu dan rasa sengal-sengal ddk dalam lori.yang aku nampak ada pusat ternak rusa sebelum sampai ke kolam air panas.tapi xpegi jenguk pun sbb hati meronta-ronta nak g kolam air panas.last-last aku rasa terlalu jauh dan masa mcm xmengizinkan jadi aku request patah balik.xmo lah g kolam air panas sambil mata berkelip-kelip laju2 kat driver lori tu sambil sengeh-sengeh bak kerang busuk.yesss.....dia setuju patah balik.....

suasana sepanjang perjalanan nak ke kolam air panas sungai mas memang cantik menambat hati pada sesape yang sukakan keindahan alam semulajadi.inilah 1st time aku terjahkawasan nie.

macamnilah jalannya.terhuyung hayang aku naik lori lalu kat jalan ni.kalau xsayang kete boleh je redah guna kereta anda sendiri.di alu-alukan....

ini bukan ladang teh ye kawan-kawan.rumah atas bukit tu rumah burung walet.dah maju dah kawasan ni sekarang.

mula-mula kita tayang kaki dulu.alamakssss kaki sape yang pendek dan gemok ni....yelah yelah ai tau kaki ai secantik kaki uolllsss....pasrah...

last-last singgah kat kolam air sejuk sudah.nampak ramai je org mandi kat sini.ni kawasan pasir mas jugak.kawasan perkampungan orang asli.memang sejuk giler air sungai ni menusuk sampai ke tulang hitam.memang besttttt.


kerana kesejukan melampau aku hanya mampu bergambar di gigi sungai.sila abaikan keluasan dahi aku yang lapang bak padang golf.




No comments: