gangguan cinta yang merimaskan

gangguan cinta!!!


-cinta terlarang-

memang aku tak suka alami masalah nie. rimas rimas rimas.....bukan ramas.....:p . tapi nak buat macamna sepanjang aku hidup ni adalah beberapa kali aku di ganggu oleh mamat-mamat, jantan-jantan keparat yang payah nak terima kenyataan yang aku memang tak boleh dan tak hingin nak balas cinta dorang. aku dah try explain sampai aku yang naik sawan babi pun dorang buat tak reti bahasa jugak. berbiuh-buih dah mulut ni bak aku makan sabun ddk cakap yang aku tak nak kat mereka ni. siap dah tunjuk stok-stok bf yang aku ada pun dorang tetap buat kepala batu dorang. aduiiii payah sungguh.kenapalah aku yang jadi mangsa. kenapa tak cari orang lain. jadi peramah salah jadi penyombong pun salah. yang mana satu aku nak buat ni. aku jugak tau dorang ni gatal je lebih. bukan ikhlas pun....saja nak seronok-seronok. nak test power pun ada jugak.


-please aku tak nak-

aku bukan nak makilah sbb sekarang ni pun ada sorang mamat yang tak silap aku dah berumahtangga dan ada anak pun confirm dah ada anak bini ddk usha aku lebih-lebih . galok sungguh 'pak cik donut' ni .....bosan dan meluat aku tengok muka dia. gerammmm betul lah kalau ada orang perangai macamni. belakang bini bukan main lagi ek. dengar cerita depan bini pijak semut pun tak mati-mati. amboiii baiknya ko ek. bijak-bijak.


-kpd sang isteri sila pantau suami anda-

cara dia nak ganggu aku:

time keje

dah pandai dah visit-visit aku kat tempat keje. ofismate aku cakap sebelum ni dia takde pun macamni. ha nampak dah ulat bulu naik daun. berbulu-bulu aku tengok sikap orang berbulu ni.

time lunch

dia memang dah stanby awal-awal lagi kot perhatikan aku time bila aku nak kuar lunch. tak pun maybe secara kebetulan je aku rasa tak. dia boleh followww je aku ke mana- mana aku nak pegi tapi area dekat2 je . last-last aku perasan dia follow aku, terus aku sergah orang tua tak sedar diri ni. eh eh eh ewahhh pandai nak cover2. buat2 tanya aku nak g mana, cari sape, nak buat apa dan macam2lah. last-last dia tanya aku dah makan ke belum. aku jawab gaya sombong: dah kenyang dah pun......sambil berjalan ke depan. tinggalkan pak cik donut tu. yang aku pelik dia tak nak pulak menggatal depan offismate dia. jaga standard la tu gamaknya. dalam aku buat tak layan tu dia ikut aku lagi. ' laaa ingatkan awk tak makan lagi....kalau tak makan lagi jom kita kuar saya belanja' ha ni ayat penyambungnya..... selamba badak ajak aku keluar. ko ingat aku teringin sangat nak kuar makan dgn ko. makan sorang2 pun kenyang pak cik donut oiii.... panggilan yang sesuai utk dia.

hari seterusnya ada lagi agenda dia

sekarang time balik keje pulak. balik keje memang dia dah tau aku balik pukul berapa. dia tunggu aku siap-siap. kalau aku nampak kelibat dia Ya Allah tuhan je yang tau perasaan aku. aku adalah refer kat beberapa org yang mengenali dan tau siapa dia ni. dorang cakap dia tu kalau tak dapat apa yang dia nak dia boleh sampai ke tahap peluk dari belakang. makkkk aiii dasyat. bini kat rumah tak cukup lagi ke pak cik donut?? penah ada kes pompuan siap g report polis sebab dia mengganggu pompuan tu. gangguan macamne aku tak nak cite. korang pikir sendiri.


-aku taknak merosakkan hubungan orang-

aku jugak taknak merosakkan hubungan aku dengan seseorang yang identitinya terpaksa disembunyikan. aku sayang dia. cukuplah aku je yang rasa bila orang mengkhianati kasih sayang aku dulu. aku tak nak dia rasa apa yang aku rasa.


aku nak hidup aman damai macam orang lain bersama insan-insan yang dorang sayang. please jangan kacau hidup aku. tolonglah ubah perangai ko pak cik donut.


p/s: pic ehsan dari google

No comments: