kisah di sebalik kereta


korang pandai drive tak? penah naik kereta tak? mustahillah tak pernah kan??? toksah nak mengaku miskin sangatlah....orang asli yang duduk dalam hutan pun dah boleh naik helikopter nikan pulak kita setakat dengan kereta tu. tak heran kan???


sejak aku dah guna kereta dan berlesen start 2003 ni terlalu banyak pengalaman yang aku lalui dan alami. tak kisahlah yang aku alami or kawan-kawan sekeliling aku.


antaranya:

1. kereta manual

walaupun kereta kancil tapi memang best manual. kecekapan teruji. tapi tak sedar diri bila bawak nak laju aje. pastu kalau tukar gear mulalah tersedu-sedu last2 mampus. kalau naik bukit asap mengalahkan apa lagi. pastu mulalah nak terundur kebelakang balik. (ni berlaku time belajar je).tapi bukan aku.


2. kereta auto

ayah ofismate aku. anak dia baru beli kereta auto. rasa teruja sangat dan terasa nak bawak pusing-pusing town. bawaklah si ayah ini kereta baru itu. last-last dia ada stop kat 1 tempat dan matikan enjin. bila nak hidup enjin balik kete tak hidup. pelik kan kete masih baru. bukak bonet depan. tengok-tengok budget pandai jd pomen . dekat sejam jugak si ayah try2 tengok,berpeluh-peluh. call semua anak-anak tanyakan apa kes dengan kete baru tuanak pun tak tau sebab tak pernak pakai yang auto.. tak dapat nak solve. nasib ada mamat muda berhenti bertanyakan hal sebenar kat si ayah. duduk belek luar dalam kete baru tau apa masalah. rupanya si ayah tak free gear sebelum off enjin. Berpeluhlah si ayah ingatkan kete baru anaknya rosak.


3. kereta pinjam

kawan aku punya kes. baru tadi dia story. kete sendiri ada tapi nak jugak pinjam kete kawan. sebab nak hantar adik g interview gomen kat negeri B. jalan jauhlah. kete mahal dan made in obersi beshhh sikit. dah sampai tempat interview memang banyak kete bersusun nak parking. tapi kena register no plat kete. kawan aku masuk parking dulu tanpa sedar kena register. nak ke tempat interview kena cross pondok register no plat kete.pak guard mintak register. alamak tak tau no plat kete, terpaksalah jalan kaki ke kereta balik semata-mata nak tengok no plat. pak guard siap tanya 'kete baru ke dik ?' kawan aku jawab selamba je...'taklah kete pinjam.....


4. sayang duit punya pasal

terjadi kat adik kawan. real.
dari rumah nak ke bandar dalam setengah jam. terlalu konfiden minyak kete boleh tahan sampai bandar. bawak punya bawak minyak dah merah. eh eh eh tak nak g isi pulak tu. so main redah je. last last kete mati tengah jalan atas jambatan. kuar-kuar seorang wanita. fuhhhhhh siyes malu kalau aku kena. nak-nak pulak dia time tu bawak kete perdana. nak tak nak kalau sape2 tanya cakap kete rosak jelah....cover malu....


korang mesti ada pengalaman pasal kereta jugakkan. ini semua orang punya cerita. aku dengar je. saja nak story kat sini.


p/s: kalau macam aku minyak baru je merah dah mengelupar cari stesen minyak.




No comments: