segmen jom berkenalan - create by loqman hakim

GKSB telah tag segmen ini kepada semua followernya.





pagi-pagi aku sempatlah berjalan-jalan ke Kedah (nampak sangat aku tipu). jalan-jalan ke blog GKSB. dah dia tag kat semua follower dia jadi aku sahutlah apa yang dia tag tu. sebab mudah je pun....kalau payah-payah aku pun tak koserrr nak join....


aku dan Loqman Hakim ni memang tak pernah kenal antara satu sama lain pun. tapi dah namanya segmen 'JOM BERKENALAN' so adalah sikit-sikit pertanyaan dari L.Hakim ni. jom kita tengok apa yang dia nak tau pasal diri aku ni.


? apakah status cik fifie? (jawapan mestilah antara single, berpunya, berkahwin or bercerai).
= = cik fifie hari ini single lagi. tak de BF, takde tunang, takde suami dan juga belum bercerai sebab belum berkahwin . tapi semua status ni akan bertukar next week.


? ceritakan serba sedikit tentang diri cik fifie?
== cik fifie anak perempuan yang ke 2. ada 5 adik beradik. 4 perempuan dan 1 lelaki. adik perempuan yg ke 3 je dah bkahwin yg lain single lagi termasuk cik fifie....:)- ada ayah & mak tiri yang best. 1 kepala 1 hati 1 jiwa. berasal kuantan dan bekerja jugak di kuantan.


? ceritakan tentang blog cik fifie?
== blog cik fifie ni takdelah best macam blog-blog yang lain (dengan nada rendah diri sama rendah dengan tuannya) . cite pun entah apaapa. tapi banyak cite tentang perasaan cik fifie dan family je. kalau nak tau kehidupan seharian cik fifie silalah datang jenguk blog ye....


? apakah pandangan cik fifie pasal dunia blog?
== dunia blog ni ada best & ada yang tak best. yang tak best sebab selalu jugak kena ganggu oleh manusia bertopeng sebab takde muka. bila ada perasaan sakit hati ke apa hah mulalah terjah-terjah menggunakan bahasa yang tak berapa berbudi bahasa dan menggunakan nickname anonymous. kalau betul sangat kenapa taknak tonjolkan diri. yang best pulak boleh berkenalan di alam maya ni. takdelah segan sangat macam kita berkenalan dengan bersua muka ni. dapat share segala bendalah....dari A sampai Z.....


? nasihat kepada rakan-rakan yang baru nak wat blog?
== takdelah nak nasihat sangat pun. sebab cik fifie pun masih bertatih dalam dunia blog ni. cuma nasihat cik fifie jangan menyalahgunakan medium blog ni dalam kehidupan.


? keunikan blog cik fifie?
== unik ke??/ entahlah....pembaca saja yang tau untuk ke tak unik blog cik fifie ni...mereka yang berhak menilai...


? sampai bilakah cik fifie akan menulis blog dan impian dalam dunia blog?
== cik fifie akan menulis blog ni sehingga cik fifie mampu untuk berbuat demikian. dan impian dalam dunia blog ni pulak cik fifie nak menambah kenalan yang sedia ada dan dapat berkongsi apa saja yang boleh di kongsi bersama.hehehe


ok ini je soalan yang L.Hakim tanya aku. sikit je pun soalannya.

aku nak tag segment ni kat sape-sape je yang baca dan follow blog aku ni.

7 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

baguslah fifi,

sahut cabaran GKSB hehehe =)

TERKINI PADAN MUKA HANG BERANI SANGAT BUAT JAHAT!

:Cikgu Akim: said...

setuju sangt dengan jawapan Cik fifie
dunia blog ni ada best & ada yang tak best. yang tak best sebab selalu jugak kena ganggu oleh manusia bertopeng sebab takde muka. bila ada perasaan sakit hati ke apa hah mulalah terjah-terjah menggunakan bahasa yang tak berapa berbudi bahasa dan menggunakan nickname anonymous

kita kena berani kerana benar takut kerana salah kan..salam perkenalan!

fifie @fif said...

thanks to both of u....

rabiatul said...

Salam perkenalan. Keep on bl0gging and g0od luck. Jemput singgah bl0g atul :)

fifie @fif said...

ok.

fifie @fif said...

ok.

suka cartoon said...

yes..yes..agree...agree...
jejak ditinggalkan...