benda sedap kalau dalam gelap akan bertambah sedapnya

hah tengok tajuk macam sedikit lucah ye korang. hari jumaat pun keje nak menguningkan kepala otak orang ke????tapi agak-agak korang aku akan story ke cite-cite dalam kain ni. ish tak baik main tuduh-tuduh tau. ai bukan jenis yang suka benda-benda macamtu.

dugaan betul hidup aku sekarang. kelmarin kat rumah air takde. segala isi perut yang aku nak buang kena hold dulu. semalam elektrik pulak takde. agak-agak korang kalau orang baru kawin macam aku ni apa nak buat ek time rumah gelap gelita itu....kalau pandai tekalah....errrrmm bukan orang baru kawin je orang yang dah lame kawin pun akan buat benda yang same kot. cuma dorang kena kasi anak-anak tido dululah.

jeng jeng jeng.......

nampak sangat korang ni otak kuning. aku tak buat apa-apa kecuali menahan bahang kepanasan dalam rumah. elektrik terputus betul-betul aku dan en husben tengah makan.

pic ni di ambil tanpa flash. nampak tak lauk apa yang kitaorang makan. sesi menjamu selera tergendala seketika sebab kena cari lilin. barulah original candle light dinner kalau macamni. hah korang adooooo....aku adooooo.....

yang bawah ni still belum ada elektrik tapi di ambil dengan menggunakan flash. nampak tak apa yang aku nampak. ok meh nak story apa yang aku nampak. ikan bakar tu je yang aku masak. yang lain-lain adalah air tangan en hasben. bahagia kan hidup kalau hari-hari dia yang masak. dan aku akan pastikan dia pun bahagia sebab hari-hari aku akan makan apa saja yang dia masak...hehehe mau kena pulau kalau aku buat sikap macamni.


pinggan yang licin tu adalah pinggan aku. gelap-gelap pun aku terus makan je. yang sibuk cari lilin adalah en hasben. aku terus melantak je risau kalau bangun selera hilang. nampak sangat ini hanya alasan aku. bukan tak nak bantu dia cari lilin tapi sebab makan dalam gelap adalah lebih nikmat kesedapan kerana dia tak nampak aku makan banyak. lauk pun dia tak nampak aku ambik lebih.(dia tak bagi aku makan lebih sebab takut aku korbankan duit dia ke slim world).



1 comment:

uMmI NuR aIn said...

abes la gemuk pasnie ari2 makan sedap..hahahaha!