kehangatan masih belum hilang

walaupun dah 4 hari balik ke Kuantan tapi kehangatan rumahtangga program orientasi CICT masih terasa. program ni diadakan di Kuala Gandah Lanchang Pahang. yang best kat sini dalam kita mendisplinkan diri dan membentuk jatidiri, kami semua juga ada slot untuk aktiviti luar. sangat-sangat best dan memang tak dapat di tempat lain selain di Kuala Gandah.


tapi aku start dari awallah ek.


pagi tu dalam 7.30 pagi hasben hantar aku ke ofis. berkumpul ke sana. para peserta yang terlibat bertolak dengan bas dalam pukul 9.30 pagi. aku naik storm. sampai Kuala Gandah dalam pukul 12 lebih gitu.


 bergaya dalam storm student veteren. kami happy sebab kami ni hanya penumpang. so tak payah pikir sape nak drive.yang di pikirkan bilalah nak jalan sebab nak tidooooooo.....yang ini aku je yang pikir....orang lain aku tengok tak lelap pun...

sampai je haruslah menjalankan tugas. nama-nama pelajar di periksa manalah tau kot-kot ada yang hilang. sebab lecturer dan staff semua naik private car. student je naik bas.


 

 ini pulak taklimat dari pegawai perhilitan. al maklumlah kami semua tinggal di kawasan hutan simpan. 1 kawasan dengan pejabat kajian Biodiversiti (kalau tak silap akulah).

semua dah setel. time ni seingat aku student tengah pasang khemah masing-masing. kami ambil bilik dorm. kongsi ramai-ramai. nampak tak katil yang dah bersepah-sepah kat belakang tu. hah katil tu dah memanggil-manggil untuk landing jap sementara tunggu kerja wajib aku kat sane tengahari tuh.


kerja apa yang wajib tuh nanti aku story.