kerinduan terubat

nak update sikit pasal arissa. walaupun hanya anak buah tapi tahap kesayangannya adalah yang pertama di hati melebihi hasben sendiri. ya benar!!! benar ini aku tipu.


sebenarnya 2 2 aku sayang yang pertama-tama.


balik BT3 tergesa-gesa sebab hasben sibuk g memukat udang. dia buat-buat lupa yang hari cuti adalah turn rumah family aku. nampak sangat dia tak sayang wife dia nikan???? mulalah nak touching-touching ni.


disebabkan dia sibuk memanjang dengan bot dan plan dia nak g memukat udang pada pagi tadi maka aku balik lah sorang-sorang. ikan aku bawak dalam 1 besen besar jugak untuk di agih-agihkan kat kaum kerabat aku . banyak-banyak ni nak buat apa kan??? sedekah lagi baik.


sambil bawak kereta mulalah sedih-sedih nangis-nangis macam dalam drama tu. sebab hasben tak ikut balik sekali. nampak sangat terpengaruh drama melayu....yang ni memang aku tipu. tak de makna nak bawa kereta sambil nangis.


sambung cerita pasal arissa.


dia ni dah kuat makan. asyik lapar je. kalau sape2 buat tak layan je kat dia , dia akan mengada-ngada mintak di manjakan. mulalah ek ek ek menangis tapi tak keluarkan air mata. nampak sangat ikut perangai mak teh dia yang banyak berlakon dari realiti.


-seksi arissa time ni....tayang pusat-


pastu tang ni memang ikut perangai bapak dia. confirm.


memilih sangat-sangat.


kalau bab susu tu tak nak susu sejuk or suam-suam yang dah nak ke sejuk tu. nak yang suam-suam panas macam baru di bancuh. kalau pakse jugak susu yang dah sejuk dia akan berusaha tolak puting susu tu guna lidah....pandai ko arissa....ikut bapak ko....penat orang nak melayan macam ni.....dah besar jangan cerewet-cerewet nak yeee.....





kalau bab nak dukung pulak dia memang pilih kasih aku rasa. nak orang yang lengan besar-besar je. yang sedap dia landing. pastu kalau lelaki pun dia tak nangis. tapi kalau lengan macam lengan aku ni jangan mimpilah dia nak diam.


last sekali dia ni dah pandai pandang camera kalau sape2 nak ambil gambar dia. korang tengoklah gambar-gambar dia yang aku ambil....seme dia nak pandang camera. padahal aku nak candid je....biasalah dia nak jadi gedik bila depan camera....yang ni tak tau ikut sape....ikut ibu dia kot.....heheheh

p/s: arissa ni baru 2 bulan macam-macam dah pandai




9 comments:

Aleen Afifi said...

siyes windu nk mati dekat dia nih...


xbole tgk gmbar dia sure nk nanges..

Aleen Afifi said...

napa dia shumell sgt??

Aleen Afifi said...

mesti dia ikot mak dia kan shumel mcm tuh

Aleen Afifi said...

mak dia ;g shumell kot..

Aleen Afifi said...

seksi tuh ikot mak uteh dia ler....

Aleen Afifi said...

gila kuasa x haku klu komen byk2 mcm nih..

Aleen Afifi said...

ahhh pedulik hapa....jnji dpt komen...

sbb ni entri baby sy.....


ofkos sy excited lebih....


sabar k...nnt jumaat ibu balik...

fifie @fif said...

wow memang over budak ni komen pasal gambar anak dia

Aleen Afifi said...

over x over....

yg penting haku bukan bini mat over...

hahahahahahhahaha