pandai ke masak???

dah jadi isteri kan sekarang jadi setiap hari memang wajib masak. ajak hasben makan kat luar dia tak nak. buat-buat degil lah konon. dulu time bujang elok je hari-hari angkut aku g makan kat kedai. boleh je kenyang. tapi sekarang dah berbeza.



jadi minggu lepas aku sajalah buat status kat fb aku masak sambil berFB. ramai pulak yang komen. apa ingat aku tak pandai masak ke??? masak untuk kenyang tu bolehlah....setakat perut aku dan hasben apalah sangat. 


jadi malam tu aku masak asam pedas bukan asam boi tau . tapi asam pedas ni yang tak tumis punya. tak pakai minyak. ada jugak orang panggil masak asam je. ikutlah panggil nama apa pun. janji aku namakan lauk tu asam pedas ikan kerisi. wah macam chef kampung kan....siap bagi nama bagai....



 lain-lain lauk adalah ikan kerisi goreng berlada, kacang buncis goreng dan sambal.air pilihan mestilah air teh o.



yang tak boleh nak tahan marah tu hah komen dari aleen avril. boleh dia buat-buat tanya aku ni pandai ke  tak masak....patutnya aku yang tanya dia....dia buat-buat lupalah tu ketereran aku kat dapur....heheheh. dulu pagi-pagi kalau aku tak masak maka kami berdua memang tak de apalah nak makan time lunch. almaklumlah kerja kat kawasan penempatan cina. nak cari masakan halal tu jauh sangat.



pastu satu lagi komen yang asam pedas jadi asam masin. amboi mentang2lah aku berFB sekali dengan masak  kat dapur tapi jangan tak tau apa yang aku masak hari tu tetap menjadi tau.



tak caya korang tengok jelah komen dari hasben ai tu....habislah jugak nasi seperiuk yang aku masak. tapi masak 2 pot jelah. memang semua licin.


senang kerja nak membasuh pinggan tuh...




No comments: