suami ko kerja apa?

pertanyaan yang biasa orang dok tanya aku sejak-sejak aku kawin ni. laki ko kerja apa??? almaklumlah kawan-kawan aku bukan tau pun salasilah perkenalan dan seterusnya keputusan aku nak kawin dengan hasben aku yang satu ni. budjet suami dah 7 org buat ayat macamni. yang dorang tau adalah BF2 aku yang lepas-lepas je.


kalau kat dalam FB lagilah berlambak-lambak soklan yang macamni. bila aku cakap ermmm kerja sendiri je. dorang macam tak puas hati tau. mesti ada lagi soklan-soklan susulan yang dorang tanya. contohnya macam " kerja sendiri tu kerja apa?". "kedai kat mana"?. "mesti kayakan laki ko"? banyak lagilah soklan-soklan yang dah tersasar dari soklan utama dorang.


senang cite aku bagitau kat sini hasben aku kerja sendiri je. bukan kerja dengan sape-sape pun. dia memang payah nak kerja dgn orang kot. sebab dia nih boleh di kategorikan orang yang jenis keras kepala. kalau bos cakap A tapi dia cakap B. maka dia tak kan kerja jenis A tapi dia akan buat kerja tu ikut B lah. senang orang cakap 'ko buat kerja ikut kepala hotak ko je'. korang faham tak???


pastu dia ni jenis yang gigih dan tak ambil peduli kata-kata orang yang macam nak melemahkan apa yang dia nak usahakan. biasalah orang kita ni kalau nampak orang nak maju sikit mulalah buat andaian macam-macam. try pun belum dah tau resultnya....yang ni biasa terkena.


dia jugak seorang yang teramat pemurah dengan customer dia. kalau pemurah tu biasa-biasa aje tak pe. ni macam terover-over pulak. nak-nak kalau dapat customer jenis yang merayu-rayu mintak harga kurang dan cite kesusahan dorang. tapi output nak grand. habis macamne...


oklah dah terover melalut. senang cite kalau orang tanya aku pasal laki aku kerja apa senang je aku jawab. ' laki aku kerja bawak lori je'. titik. pastu dorang mulalah berhujah bla bla bla.....knp aku boleh terpikat dengan driver lori.....nak buat macamne kan dah orang-orang yang kerja engineer, manager, anak dato takde pun syok kat aku. yang syok kat aku dia je....tak kisahlah kerja apa pun. janji kerja yang halal dan mampu tanggung aku dan keluarga untuk masa depan. tapi jawapan aku untuk korang semua adalah macam biasa.....'DAH JODOH NAK BUAT MACAMNE'......hahahaha bagus kan jawapan dari aku.




5 comments:

aLeen aVriL said...

sy pon ada asben jgk...

xmo tnya ka asben sy keje apa??


dia keje engineer rotating dekat kemaman sana...


puas ati x jwpan sy..


ermmm...k lah no komen...~eh tetibe kan...

fifie @fif said...

sbb keje engineerlah koi xnak tya...sbb nnt koi kecik hati...yelah laki koi bwk lori je...tak setaraf dgn laki awk...

aLeen aVriL said...

apa ada pada taraf???

ardinihumaira said...

biasalah orang ni suka sangat nak sebok2 hal kita kan.. hehe

fifie @fif said...

xpelah dah rezeki dapat drebar lori nak wat mcmne....

kalau seme org nak kawin dgn engineer, anak dato, angkasawan, pilot dll habis yg mcm laki ai ni sape yg nak.....betul tak....

tapi kalau ikutkan sape2 pun nak kalau dapat jodoh yg mcm tersenarai tukan.....

tapi apa yg penting jodoh kita sudah di tentukan Olehnya