bulan ini bulan kena tinggal



masuk je bulan March aku kena readykan diri untuk kena tinggal. kena tinggal dengan sapa lagi kalu bukan en hasben sendiri. tak kan hasben mak cik Jenab sebelah rumah pulakkan. bulan Februari hasben aku dah menampakkan kesibukkan dia. sampai nak makan kat rumah pun takde masa.




ini semua pasal kejohanan Perahu Layar untuk budak-budak sekolah. diakan coach sukan ni jadi di mana kejohanan ini ada dan melibatkan atlet Pahang jadi dia kenalah pergi bawa anak buah dia. malam ni dia akan ke Penang. jadi bujanglah aku selama seminggu. pastu minggu depan ke PD pulak.



setakat ini yang ini jelah yang aku tau. untuk event yang seterusnya dia tak bgtau lagi. tapi dia cakap memang akan ada lagi kejohanan untuk bulan akan datang.


nak ikut tak boleh. cuti tak de . lagi pulak dia pergi lama sangat. tak main hari-hari ni. yang dia main adalah minggu.


kadang-kadang kesian juga tengok dia bekerja. mana nak handle sukan. mana nak handle busines. semuanya kadang-kadang terkejar-kejar arrange masa. malam ni pergi Penang. pastu terus balik sebab Sabtu ni ada pakej untuk orang kawin. setel hal business kena gerak semula ke Penang .



apa je yang dia buat aku tak halang. itu semua dah minat dia. janji dia happy dengan apa yang dia buat. ini juga adalah untuk keluarga kami di masa akan datang. janji apa yang dia buat mendatangkan hasil pendapatan dan tak menghalang minat dia dalam bidang kerja dan business.





No comments: