eh eh muka ai & hasben masuk majalah PENGANTIN

saja nak bagitau nak heboh nak kecoh nak bangga dan nak nak nak nak semua sekalilah kat blog aku ni. korang jangan nak bising-bising ek sebab aku ni memang kepochi sejak azali. dah blog ni aku. just nak kepochi kat sini je hehhh... ini hah nak bagitau kan haritu aku masuk contest Urban Vibe Online Contest tukan sempena Pameran Pengantin 2011. dah lama lah aku join. bepore aku dapat suami lagi aku join.





manalah tau rezeki aku ada kat situ. last2 dapat jadi juara. hadiahnya adalah 'REAL WEDDING' kat pameran tuh. kira macam pengantin bersanding betul-betul. macam SEPET dgn bf dia QERY tu. tapi mereka pengantin olok-olok. aku ni pengantin betul-betul. yang dah betul-betul nikah. memang tiada keraguan lagi. gunakan tanpa was-was. memang dah sah suami isteri gitu. pasal tulah dorang namakan hadiah ni 'REAL WEDDING'.




kejadiannya adalah pada 8hb Januari 2011 lalu di Ampang Point. kalau korang memang pengunjung tetap Pameran Pengantin ni memang korang taulah pasal ni. kira ini adalah persandingan aku yang ke tiga. sangat-sangat bersyukur. segalanya adalah di taja.



siap ada tertera nama kami lagi tu. mau aku tak bangga sampai kembang-kembang hidung nih....walaupun spelling nama aku tu salah. tapi tak pe yang pasti orang itu adalah aku.



sebenarnya memang majalah PENGANTIN ni hasben aku beli tiap-tiap bulan. untuk di jadikan rujukan business dialah. tapi entah macamne yang bulan ni dia tak beli-beli lagi. time g beli CD Hantu Mak Limah Balik Rumah ahad lepas aku ternampak majalah ni. was-was nak beli. kalau aku yang beli duit akulah yang melayang. maka bagitau en hasben 'eh awak dah beli ke majalah Pengantin bulan ni? tu hah ada kat kedai auntie tu'. hahah taktik nak suruh laki yang beli.





dia dengan spontan pegi beli. balik je rumah aku yang mula-mula dok belek-belek. waaaaaaaaaaa ada gambar kitalah time sanding hari tu...........


semua yang ada kat rumah time tu serbu kat aku nak sangat tengok gambar je padahal....sebenarnya just nak confirm je muka dorang ada ke tak de....sorrylah beb muka awak semua takde....heheheh





mau aku tak bangga persandingan aku yang ni siap masuk majalah kegilaan ramai lebih-lebih lagi bakal-bakal pengantin.


korang pegilah beli majalah PENGANTIN Edisi 117 MAC 2011. gambar aku dan en hasben ada di muka surat 273.


tapi aku cakap awal-awal aku dan en hasben tak cantik dan lawa pun......aku redha......


p/s: kami memang tak boleh lawan sepet yang tinggi lampai dan putih gebu serta qery yang badan katang dan macho bak hero remaja .....tsk tsk tsk tsk......







2 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wah...

nak saiiinnnn... haha

fifie @fif said...

nak sain meh sini meh....hehehehe lagak artis ekkkk