geram dan marah bercampur-campur dalam hati

nak tau kenapa lama dah aku tak update blog buruk ni? sebenarnya aku masih lagi dalam keadaan geram dan marah dengan en hasben. biarlah orang cakap tak baik nak marah-marah hasben sendiri pun tapi itulah hakikat yang aku rasa sekarang.


sabtu lepas dia pakai camera cikai aku yang satu tu bawa pergi tempat dia kerja. sebab nak ambil gambar hasil2 kerja-kerja pakej pengantin yang dia buat hari tu. malam sebelum dia pergi tu aku dan dia pakai camera tu ok je. memang takde apa-apa masalah. aku test-test baju yang bakal pengantin esoknya nak pakai. so dia ambiklah gambar aku tengah possing dengan baju pengantin tu. memang tak de apa-apa masalah pun dengan camera tu. elok macam biasa.


balik je dia ke rumah sabtu malam ahad tu aku memang cari camera dulu. bukan cari dia. sebab nak tengoklah cantik ke tak hasil kerja hasben aku. kalau ada yang tak berkenan aku akan komen. tapi bila aku on je ada bunyi krekk krekk krekk.... tau. pastu lens dia tak tertutup rapat.


bila aku tanya dia cakap dia tak tau. dia tak buat apa2 pun dengan camera tu. tapi ada gambar2 time kat kenduri tu. so aku dah rasa macam nak marah dah. sebab camera tu rosak di tangan dia tapi tak nak mengaku. biasalah bila time kelam kabut bekerja kadang-kadang kita terhempas ke terlempar ke kita mana nak perasaan.


aku geramlah sebab tu je yang aku ada untuk snap apa2 yang berlaku dalam hidup aku untuk di jadikan kenangan. bukan taknak guna camera handphone masalahnya hdphone aku pun dalam keadaan sediah. memang jenis xde camera. handphone aku yang canggih sikit dulu kan hilang.


pastu dia suruh hantar repair. semalam aku hantar kedai. tukang repair kata memang lens pecah. kalau repair kena dalam RM250. belum masuk spare part lain kalau rosak jugak.


kemudian aku call dia bagitau hal ni. korang tau dia jawab apa????

dia jawab 'EM TAK PAYAHLAH REPAIR, MAHAL SANGATLAH'. pastu aku tanya lagi. habis kalau tak repair saya nak guna camera apa? dia diam je ....tak jawab pape.... nak tanya kat kedai lain pun dia tak berbunyi, nak cakap dia nak ganti pun takde jugak. dia diam sampai sudah je.....


lagilah aku panas membara. antara sebabnya:

1. dia tak pandai jaga barang orang especially barang aku yang dia pinjam
2. pastu tak mengaku yang barang tu rosak di tangan dia. takkan rosak kat tangan aku pulak sebab time tu memang aku takde, aku kerja .
3. takde pulak dia berbunyi nak bertanggungjawab nak ganti ke nak repair ke atau apa saja yang boleh adakan balik camera untuk aku.


bukan aku tak boleh beli yang lain. tapi aku lebih suka kalau dia ada rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. walaupun aku ni wife dia tapi aku tetap nak berkira dengan dia dalam hal ni. kalau tak saje-saje je melayang duit aku beli camera baru. yang pakai lebih-lebih dia jugak.....


p/s: aku nak merajuk sampai dia belikan yang baru.......




1 comment:

aLeen aVriL said...

kata nk beli DSLR....