setiap masa nak makan

perubahan yang aku perasaan sekarang selepas aku kawin:


- pagi mesti nak makan nasi. mee ke bihun ke, kuih ke memang tekak tak mau terima.


- lagi bertambah selera kalau pagi makan nasi putih lauk macam makan tengahari


- pagi nak minum nescafe je...air lain tolak tepi.


- tengahari walaupun tak berapa lapar tetap terasa nak makan.


- kat ofis berkobar-kobar nekad kononnya balik rumah nanti tak nak makan.


- cita-cita tinggal cita-cita. malam tetap kena makan. sebab laki den buat perangai konon kalau den tak nak makan dia pun tak nak makan. (memang mengada-ngada ini budak).


- tengah malam selalu terasa lapat dan nak makan sesuatu. tapi tak nak yang ada dalam rumah. nak yang kat kedai. (yang ni ikut perangai laki den dulu2 kot).


- dah makan tengah malam mestilah balik je rasa nak tido. kalau berjaya tahan oklah. kalau tak berjaya tahan mata terbabas jugak aku tido lepas makan.


tapi alhamdulillah berat badan ai tetap maintain sekarang.



2 comments:

Aleen Afifi said...

ang peknen kot wei

ardinihumaira said...

bestnye berat badan maintain ;)