terpujikah pekerjaan sebegini????

ok ke kalau kita try matchkan seseorang yang memang sedang mencari teman hidup (jodoh) dengan seseorang yang memang single dan juga sedang mencari teman hidup yang sesuai.


mereka ini bukan tak laku tapi maybe dah serik kot diperlakukan sesuatu yang orang kata boleh mengguris perasaan hinggakan tak mau lagi membuka pintu hati mereka untuk orang yang baru. tapi dalam masa yang sama mereka teringin untuk di kasihi dan di sayangi dalam bahasa yang mudah iaitu ingin di cintai dan berumahtangga.


tapi setiap kali ada je orang yang minat or nak mendekati serta mengenali mereka pasti masih terbayangkan ex yang lama yang buat hal tu......dalam masa yang sama perasaan sayang dan benci pada si dia masih menebal.


orang sekeliling yang tau masalah mereka ni mesti ada terniat di hati nak kawankan mereka ni dengan seseorang yang di rasakan sesuai. 'di kawankan bukan di kawinkan'. kena faham perkataan tu. so kalau mereka serasi segala keputusan merekalah yang decide. orang sekeliling tak perlu masuk campur dah.


agak-agak kerja macamni di terima tak oleh orang-orang yang tengah cari calon teman hidup tuh....tapi orang tu pernah cakaplah secara berseloroh 'tolongla carikan calon untuk saya'........


agak-agak macamne tu????


No comments: