buat apa pun tak boleh


salam pagi JUMAAT. harap-harap korang ceria selalu.

di pagi yang mulia ini harap semuanya baik-baik belaka.

tapi Jiwa & Lara (anggap je ini pengaruh drama) aku pagi ni tak berapa nak baik. ada perasaan geram terhadap en hasben. biarlah orang luar nak kata apa pun. janji inilah yang aku rasa. tapi hanya boleh pendam je. biasalah nak jadi isteri mithali memang kena belajar jadi pelakon terbaik dari mengexposekan keadaan sebenar....hahahah. tapi aku tak boleh nak berlakon-berlakon ni. tak boleh nak hipokrit.

kejadian sepanjang minggu ini.

Sabtu & Ahad lepas en hasben masuk hutan bawak orang Singapore dalam 80 orang. Ahad malam Isnin baru sampai rumah. padahal dah berbulan janji nak pergi cari barang for our baby. Isnin dia membizi teramat sampai isteri kat sebelah pun maybe tak nampak. ok pendam je apa yang di rasa dalam hati.

apa pun tak boleh...

Isnin malam Selasa sampai lah ke Selasa malam Rabu ingat bolehlah menumpang kasih dgn en hasben.tapi dia keluar daerah pulak. 2 hari tak balik. padahal dah janji Rabu nak teman aku g check up. pasrah lagi kena tinggal. pikir yang baik-baik je takpe kena tinggal sebab dia g cari rezeki.


Pagi Selasa aku pesan tolong buang sampah kat dapur sebab Alam Flora akan collect sampah  depan rumah pagi tu. aku dah siap ikat cantik-cantik dah sampah tu.mintak tolong letak depan rumah je. balik kerja tengok ada lagi sampah tu terpampang kat dapur. dah membusuk sampai aku pun termuntah. sakitnya hati aku Tuhan je yang tau.


apa pun tak boleh....


2 malam aku sorang-sorang kat rumah. TAKUT. memang ada  tapi pendam je buat-buat macam  BERANI. Khamis en hasben balik 3 pagi. bangun pagi-pagi nampak dia ada tido kat sebelah. Aku pulak dengan penuh kasih sayang buat breakfast untuk dia. sebab time dia balik tu aku ada tanya dia dah makan ke belum. dia cakap belum. so aku anggap dia lapar.


aku pesan suruh dia makan. balik kerja tengok-tengok dia tak makan. tak jamah langsung. ***sedih***:) tetiba rasa macam 'lain kali aku malas nak masak'.boleh???

apa pun tak boleh....

pagi ni dah JUMAAT. mintak tolong dia hantar aku ke ofis sebab parking biasa yang aku parking dah start berbayar. so sayang nak sedekahkan bayaran parking walaupun RM1.50 tu kat owner tanah. dia kata dia ada program lain. pendam lagi apa aku rasa. mintak hantar je pun pastu bawak baliklah kete aku. petang datang ambik aku semula. tu je. bukan kena tunggu aku kat ofis.

apa pun tak boleh....

benda-benda ni remeh je tapi aku memang terasa sangat-sangat.tak taulah kenapa sensitf sangat sekarang. yang paling aku hairan time duduk rumah dia dulu boleh pulak dia jaga kebersihan dan buat semua benda tanpa perlu di suruh atau di beritahu. tapi bila dah hidup sendiri ni macam semua benda dia susah nak buat.



----------------------------------------inilah muka orang pasrah-------------------------------------------



No comments: