masih mencuba menjadi yang terbaik



kalau korang boring lantaklah kan
sejak-sejak aku ada anak ni
banyak sikit benda nak story
tapi pasal anak jelah
anak anak anak
kalau korang nak muntah hijau pun silekan yeeeeee


selama aku jadi ibu ni
aku masih berusaha dan mencuba untuk
menjadi yang terbaik
demi Hannah
Hannah adalah segala-segalanya bagi aku




hasil minum susu formula
en hasben yang mula-mula try bagi
susu formula pada Hannah
tapi yang ini babysitter yang try bagi


yang terseksanya Hannah
dia tak rela tapi kita paksa jugak
ni dia muntahkan semua susu tu
muntah ketika tido


nasiblah aku ada sebelah dia
kalau tak confirm jadi kes tersedak susu
keadaan time tu macam orang muntah kerana buatan orang
tetiba je termuntah
membuak-buak
badan pulak terangkat angkat
time muntah tu


aku memang dah panik
sebab tak pernah jadi macamtu pada dia
lepas je muntah tu dia merengek-rengek
pastu terus jadi lemah
aku angkat dia tapi lembik
lembik takde respon
air mata aku time tu automatik menitis
bimbang jadi apa-apa
time taip ni pun boleh sedih lagi
naluri ibulah katakan..




ini dia dah kepenatan muntah
merengek-rengek
kesian sungguh aku tengok


niat aku dari mengandung memang nak full BS
tapi en hasben nak mudahkan kerja katanya
elok campur-campur
nak mudahkan babysitter sekali kononnya


Hannah memang dari awal menunjukkan penolakkan
tapi kita yang dewasa ini tetap paksa jugak dia minum susu formula
sampai tak larat dah budak ni nak menolak


last-last inila jadinya
Hannah dah buktikan
yang dia tak sesuai dengan susu formula


susu aku jugak yang dia pilih
biasalah aku kan ibunya
pastilah susu aku paling best
bagi tekak dia
lagipun elok untuk ususnya
antibodinya


dia pun pandai memilih
tapi kenapa 'mereka' yang sepatutnya tau apa yang sebaiknya untuk dia
tak mahu memilih dan memberi yang terbaik itu
untuk dirinya


pelik kan
apa-apa pun aku sedang cuba memberikan yang terbaik untuk Hannah
sekarang aku cuba pam susu aku sebanyak yang mungkin
dan selepas kejadian ini aku dah bertekad
akan menghalang sesiapa saja yang ingin memberi Hannah susu formula
kerana sekarang bukanlah waktunya
tunggulah waktu yang sesuai


walaupun mungkin akan ada orang mengatakan aku derhaka
melawan kehendak 'mereka' yang inginkan Hannah begitu
kerana Hannah anak aku
aku pasti tau apa yang terbaik untuk Hannah


apa pun ilmu itu penting
pengalaman juga pasti salah satu bukti yang terbaik dalam hal ini
namun ilmu adalah satu-satunya yang tepat dalam menentukan yang sepatutnya
jadi pesanan aku kepada mereka yang lain
banyaklah membaca mengenai ilmu susu ibu ini
bukan untuk sesiapa tapi untuk zuriat sendiri juga.


bijak berkata-kata tanpa mempunyai ilmu di dada anda berada dalam kerugian..


*panjang lebar pulak bebelan aku pasal kes ni....bukan apa aku tertekan sebab tiada sokongan  dari pihak yang sepatutnya menyokong aku untuk full BF pada Hannah.....kenyataan2 yang mereka berikan hanyalah menurunkan semangat aku adalah....namun aku kena kuat melawan perasaan tu......*












2 comments:

Aleen Afifi said...

ya allah....

jgn tido lena sgt awak tuh...kang jadik ape2...kang nyesal xsudah plak...

dah la angah xde skg nih haaa..

Hamizah said...

mungkin susu formula tu tak sesuai dengan Hannah...masa baby kecik ni kena selalu tukar2 susu...yg mahal tak semestinya ngan anak kita dan yg murah tak semestinya tak ngam ngan anak kita...for me...baby dah setahun setengah tapi still BF...siang je baby hisap botol tu pun tak banyak...malam ngan pas balik kerja memang tak berenggang la ngan ibunya...