akhirnya bertemu jua jodohnya



nak tepek kat blog aku yang dah naik sawang dan berkulat bagai
entry-entry yang dah basi tapi masih boleh dipakai
nak buat macamna orang busy tak hengat
sejak-sejak ada anak ni padahal tak bayar internet line


time ni aku dalam pantang
kakak aku yang sulong kira Kak Longlah
ambik keputusan nak kahwin
tanpa mengambil kira time tu aku dalam pantang budget aku dalam pantang dia xleh kawin
jadi kami satu family on je bila dapat tau dia nak kawin
yelah kan adik-adik semua dah kawin
nak jugak kami sebagai adik-adiknya ni tengok dia bersuami
setelah bermacam-macam dugaan dan cabaran
dalam kes jodoh dan pertemuan dia dah lalui



-muka orang dalam pantang yang tak berseri langsung-



segalanya berlaku terlalu cepat. macam drastik lah orang cakap
ribut takde petir takde guruh takde
tiba-tiba hujan turun
macam tulah keadaannya


tak naklah cite panjang
sebab nanti sedih
mengalir air mata pulak nanti propa je lebih
sebab aku tak boleh nak raikan dia sangat
sebab tak boleh nak makan yang sedap-sedap
nak melonjak keriangan lagilah tak boleh
kalau sanggup nak terkoyak jahitan V bolehlah bergembira sakan
baru bersalinlah katakan


jom menyaksikan gambar-gambar yang ada




majlis tak buat di rumah Ma aku
tapi di buat di rumah adik bongsu abah , Pak Ndak
senang saudara mara sebelah abah nak datang
takdelah segan silu dengan PakCik aku tu



gambar di atas tu dalam bilik homestay yang di sewa
senang adik beradik saudara mara
nak rehat-rehat
semuanya datang dari jauh kan




ini pulak gambar kat meja makan hasil air tangan en hasben  
yang ni memang patut bagitau (promote katakan)
en hasben memang suka guna fresh flowers


amboi senyum sakan dua-dua ni
apa apa pun aku doakan KakLong aku ni
bahagia hingga akhir hayat dengan pilihan hatinya
semoga mereka berdua mampu menerima segala baik buruk
pasangan mereka agar keharmonian rumahtangga terjaga
amin......


p/s: inilah nasihat orang yang baru setahun jagung ada suami....dan baru 122 hari ada anak....aik panjang lebar pulak penerangannya.


sape-sape orang Kuantan yang memerlukan planner untuk majlis tunang, nikah dan kahwin serta berminat dengan hasil en hasben aku ni sila hubungi aku:



emeil: fifie_kntn@yahoo.com
add FB :bridalheritage








No comments: