kisah hari Jumaat



di hari Jumaat yang mulia ini marilah kita
beramal dan buat kebaikan
akan bergandalah pahalanya.


ini hanyalah mukadimah

meh aku nak story kisah Jumaat aku
Jumaat minggu lepas


Pakcik aku (stepfather) takde
outstation ke ladang....outstationlah sangat kan
padahal satu negeri jugak
visit ke ladang sawit je
nak tengok setakat mana progress projek dia


maka takde orang nak hantar adik aku ni ke sekolah
yang kat belakang yang pakai tudung purple tu
ada lesen tapi takut nak bawak kereta
so aku cakaplah kat dia baik tak payah ada lesen
asyik jadi mem je
ada drebar (driver) yang akan bawak dia ke mana-mana
sape lagi orang tu  kalau bukan ibunda terchenta

 



si tudung purple malu nak enterpremmmm...


jadi aku sebagai anak takkan nak lepas tangan je
dah Ma aku bagitau pakcik aku masuk ladang
takde sape nak hantar Muzaffar g sekolah
maka aku cakap takpe nanti aku balik tengahari hantar Affar


bukan nak tunjuk baik pun
cuma aku sorang je anak Ma aku yang duduk Kuantan ni
yang lain-lain semua di KL dan Temerloh
mereka mencari rezeki di sana
jadi akulah anak yang selalu mintak tolong dengan Ma aku
dan Ma aku pun selalu mintak tolong dengan aku
biasalah anak beranak
gitulah kehidupan kan....





inilah Affar


muka Affar ni dalam kereta macamnilah
ni nasib aku yang hantar
kalau bapak dia yang hantar
sekerat jalan lagi nak sampai sekolah
mulalah banyak lakonan dia
tidolah, sakit perutlah, pening kepalalah dan macam-macam
tiket taknak g sekolah



pasal apa dia taknak g sekolah
sebabnya hanya 1
sebab dia ni tak pandai cakap cina
dah mak pak hantar g sekolah cina
maka majoriti kawan-kawan semua cina
dalam kelas dia hanya 3 orang budak melayu


tapi lagu-lagu dalam bahasa cina
yang selalu cikgu dok ajar nyanyi
semua dia dah boleh nyanyi
kira bangga jugaklah aku
bila dengar dia nyanyi tu





time ni nampak dia excited sebab kakak dia hantar :)
dia g sekolah
siap tunggu sampai dia masuk kelas



yang best sekolah ni aku rasa
masa takdelah terbuang macamtu je
macam zaman-zaman aku sekolah dulu
ada sela masa tu mesti nak main
main getah, buaya duduk, rumah terbakar dan macam-macam lagilah


tapi rasanya tak de kat sekolah ni
Affar ni sekolah sesi petang
nak tunggu sesi pagi balik
kenalah tunggu kat dewan
ada sesi soal jawab kat dewan ni
semua dalam bahasa cina
sepatah haram aku tak faham



nak masuk ke kelas kena beratur macamni
bercouple-couple
laki dan perempuan
time nak jalan kena pimpin tangan
nak elakkan budak-budak ni bertolak-tolak
antara satu sama lain
biaslah budak-budak kan
tolak menolak tu macam mainan bagi dorang





hah time ni dah nak masuk kelas
nampakkan semua berdisplin
time jalan mesti berpegangan tangan
takde tolak menolak
sebelah  tangan lagi tarik beg
time ni cikgu memang ada merata-rata
jaga keadaan



dah dia masuk kelas aku dengan Ma aku baliklah
Affar ni ada pesan sebelum masuk kelas
dia suruh tunggu dia kat kantin
ingat aku tak keje ke adikkkk oiiiii.....



balik keje petang tu dia marah kat aku sebab tak tunggu dia
aku jawab 'Jaga India kat sekolah dia tu halau aku balik'
sebab dia takut dengan jaga tu je
kira hari tu selamatlah aku dan Ma aku




1 comment:

Aleen Afifi said...

shomeeeelll je g skolah bdk ni....