makin berumur makin payah nak jaga



Hannah kan dah berumur
iyelah 5 bulan tu kira berumur jugaklah walaupun kepala botak macam botak Chin
entah bilalah rambut Hannah ni nak tumbuh melebat
dalam 5 bulan ni memang banyak yang dia explore
dah aku sebagai mak dia kena banyak memerhati tindakan dia
dah makin melasak
satu rumah dia boleh round tanpa di suruh dan di larang
aku biarkan aje....biarkan....biarkan....(baca macam drama Si Luncai)
macam nak buat spot check
samaada ibu dia ni mengemas rumah ke tak
tapi dalam dia dok spot check 
tangan dia takkan diam dari nak touch semua benda yang dia minat
 



elok elok je aku letak dia atas toto depan tv
sambil aku golek-golek tengok tv dapatlah aku pantau dia sekali
akibat melasak tak hingat tengoklah hidung Hannah yang pesek tu
dah ada tanda
akibat suka tenyeh muka kat bantal
kena zip bantal
tapi bagus Hannah ni langsung tak menangis
sebab dia sendiri yang buat
bukan salah aku sebagai maknya
nasib tak salahkan mak kau
kalau kau salahkan mak kau 
aku akan buang semua bantal2 yang ada
jadi kita sama-sama salahkan bantal ....boleh gitu
 



tak sampai 5 minit dia dah kat sini
sila abaikan rumah yang bersepah tu
sebab kami ni baru balik dari kebun
Hannah faham mak dia ni sibuk bukan pemalas okey
ayat memang nak cover diri sendiri saje
aku siang malam keje cuma kemas rumah hari cuti je .harap maklum






habis katalog tupperware aku jadi mangsa koyakan keganasan jari jemari Hannah
biasalah dia ni pantang nampak buku yang berwarna warni
memang dia nak rasa setiap warna yang berlainan tu adakah rasanya jugak berlainan
nampak gambar hijau dia masuk mulut
nampak gambar oren pun dia masuk mulut
bila semua takde rasa seperti yang dia harapkan
dia jadi stress
pastu sambil jerit sambil koyak....

arrrrggghhhhhh....prrraaakkkkk.....koyak.....

pastu menyengih sambil pandang aku
budget dia dah berjaya lepaskan stress
selagi aku tak balas sengeh dia
selagi tu dia akan menyengih sambil ketap2 gusi
macam orang tua makan sirih
ingat comel sangatlah tu


bila aku tengok dia travel dalam rumah tak pakai seluar maka aku pakaikan dia seluar
biasalah kat lantai tukan sejuk
bahaya



tengah aku dok belek2 katalog tupperware yang dah separuh koyak tadi 
tengok-tengok dia dah kat sini




aissshhhh Hannah....Hannah ohhh Hannah...
ni mesti nak ganti daddy dia sebagai photographer yang tak bertauliah....
terlalu profesional sangatlah tu sampai duduk bawah tripod




nota kaki: tengok luar rumah pun dah tau dalam rumah bagaikan syurga ke apa???




4 comments:

Fieda said...

heee comel je hannah...cer tgu hannah stahun msti lg haru....my baby pun cam tu..skrg da sthun kna main kejar2 ngn dia lak..penatt mama heheh

nadia arrumaisha said...

aduhai comelnyer

fifie @fif said...

fieda: setiap hari ada je benda baru yang dia boleh buat....seronok betul jadi ibu ni...

kayrul-shah said...

hannah dah boleh merangkak ke??..anak kayrul 6 bulan masih tak pandai selongkar rumah lagi cuma pandai golek-golek jer kalau nak bergerak...

sama la rumah kita dah macam rumah bila ada anak kecik nie