alahai anakku sayang.....Hannah tak berapa sihat



aku ni entahlah nak cakap kategori mak yang macamna. sebab banyak sangat buat silap dan buat benda yang tak sepatutnya seorang ibu yang baik buat pada anak.


kisah 1:

malam kelmarin hantar en hasben ke Balok kat boathouse. turn dia pulak jaga atlet-atlet Sukma untuk team Perahu Layar Pahang. Coach lain pulak balik jumpa anak bini. time hantar, Hannah ok jelah sebab aku pangku dia. dia sejak Jumaat memang kurang sihat sikit. selsema je memanjang. time nak balik ke rumah tu akulah yang drive sorang-sorang dan Hannah kat carseat sebelah aku.en hasben dah selamat kat boathouse. Hannah adalah menangis tahap kena dera sepanjang perjalanan dari Balok ke rumah aku area Sungai Isap ni. kalau orang Kuantan taulah jauh mana jarak tempat ni. sepanjang perjalanan aku ada try bagi alat mainan yang berlainan taknak bagi dia bosan. tak menjadi juga......bagi dia main kunci sebab dia memang suka main kunci. tak menjadi jugak. usap-usap kepala dan kaki sambil sembang dengan dia tapi sama jugak. tak menjadi.tak tau dah nak buat apa aku teruskan drive sampailah ke rumah dengan biarkan dia menangis sampai takde suara dan mata sepet bengkak kerana menangis. sampai je rumah aku peluk aku cium aku pujuk dia ganti balik apa yang aku tak layan dia sepanjang perjalanan tadi. sampailah dia tertidur. dengan aku-aku sekali tetidur. berpelukkan lah kami sampai ke pagi. sampai saat ni aku rasa bersalah biarkan dia nangis-nangis tak selesa dengan hidung yang berhingus tu. badan pun dedor je aku rasa. harap-harap tak demam.








kes 2:


semalam siang awal pagi aku g rumah Ma aku. mestilah dengan anak kesayangan. hari ni kurang menangis sebab malam tu aku bungkus dia cukup-cukup. sebab Ma aku cakap anak aku ni nak demam.so dia sejuk walaupun dia tak cakap dia sejuk.(padahal anak memang tak pandai bercakap lagi).siang ni pun tetap berbungkus. selsema belum kering betul lagi. stokin pun aku pakaikan .time kat rumah Ma aku jaga anak buah kesayangan si Arissa tu. sebab aleen g rumah mak mertua dia ada kenduri tahlil. Arissa tinggal dengan aku sebab time Aleen nak keluar tu Arissa tidur. jadi better tak payah bawak.masa Arissa nak tidur tu Aleen ada buatkan Arissa susu. pastu adalah saki baki susu tu. aku suakan kat mulut Hannah pulak. nak tengok dia ok tak minum susu tu. Hannah ok je siap buat main-main lagi puting botol tu setelah susu tu habis. pastu aku bagi pulak makanan dalam botol yang bayi umur 4 bulan boleh makan tu kat Hannah. bukan sengaja nak bagi tapi dah terbeli dulu-dulu so kalau tak makan sayang nak buang. jadi bagi jelah. try bagi. tapi tak banyaklah. 4 jam selepas tu aku balik rumah. Hannah muntah secara tiba-tiba. banyak ok.2 x muntah.(padahal ni dah pernah terjadi) so aku syak dia muntah ni adalah sebab susu dan makanan dalam botol  tadi. takkan nak salahkan susu aku pulak. sebab before ni dia memang akan beri kesan negatif terhadap apa saja yang bukan datang dari aku. maksudnya susu badan, dan makanan yang aku buat. overkan Hannah ni. sampai makanan pun xleh terima kalau dari orang lain. nak dari aku jugak.nak dari air tangan mak dia.  dah tau anak tu tak boleh makan sebarangan si mak tetap degil kepala batu nak try bagi macam-macam....mak silap anak menderita.





sekarang dia lemah sangat. tapi tidur malam ni di temani daddy tersayang. aku dah bungkus dia elok-elok. selsema masih lagi kronik sebab menghalang dia bernafas secara normal. hingus banyak. kerja aku dok sedut hingus dia je start Jumaat.


badan pun rasa dedor panas. macam nak deman. harap-harap dia tak demam. kalau demam merengek tulah yang tak tahan nak layan. tapi Tuhan dah bekalkan aku kesabaran. aku akan buang jauh-jauh stress aku time jaga anak tak sihat ni. dia tak sihat tak boleh bercakap nak bagitau  so menangis je yang mampu.




ibu doakan Hannah cepat sembuh dan mampu gelak-gelak dan senyum macam biasa. Ibu rindu Hannah yang sihat.








2 comments:

mrs kayrul said...

cuba guna kunyit hidup..tenyeh belakang lesung dan ambik kunyit tue letak kat batang hidung baby....petua org tua2...berkesan

fifie @fif said...

owh InsyaAllah akan di cuba...kecik2 ni dia xleh marah kalau hidung dia berbelang kuning....esok dah pandai bercakap apa pun tak boleh. hehehehe