berehat minum Nescafe setelah penat makan kat kenduri kawin



mati kutu nak buat entri. gambar banyak tapi takde mood dan takde idea.

zaman sekarang ni tak kira cuti sekolah ke cuti apa ke ada memanjang orang kawin. kira nak kawin ni tak payah tunggu cuti sekolah baru boleh kawin. takde cuti pun boleh kawin. cuti tak cuti pasti ada tetamu datang kalau dijemput. janji orang yang nak kawin tu cukup syarat yang di syariatkan oleh Islam. dan 1 lagi duit pun kena cukup. jangan hutang-hutang nanti kena katok (pukul)...


weekend aku takde apa nak buat. kebetulan pulak tu aleen balik kuantan nak attend kenduri kawan sekolah dia. minggu depannya lagi gigih dia balik lagi kuantan nak ke kenduri kawin kawan sama2 blogger. kawan dia ni time dia kawin dulu memang datang nun jauh dari KL. 


jadi aleen dah offer kot2 kalau aku  nak ikut dia. biasalah laki aku tukan weekend je keje.keje mana lagi kalau tak kat tengah laut nu train budak perahu layar. malam baru sampai rumah. jadi aku sanggup.2 2 adik beradik ni menjadi isteri tak bersuami pada hari tersebut. eh eh bukan 2 beradik ni je termasuk juga Ma aku. PakCik aku pun ada kerja. jadi angkut sekali Ma, Affar, Hannah dan Arissa g kenduri tu dekat Balok Perdana.

sampai-sampai je rumah sedang elok pengantin baru lepas bersanding dan makan beradap. jadi dapatlah bergambar sekeping dua. aku dan aleen je turun makan. yang lain buat air liur basi dalam kereta. Ma aku paling over. tangan sampai terdepang ke belakang.




jenguk-jenguk pelamin dan hantaran jap. semuanya cantik-cantik. tapi pelik si pengantin cakap pelamin dia tak cantik.juling ke apa dia nih....xpelah lain orang lain pandangan.



minggu depannya g kenduri si blogger Mieza pulak. harap-harap betullah namanya. kalau silap tolong betulkan ye aleen. yang ni lagi best. buat pertama kalinya si kutek nak ikut. bukan apa sebab dia tu macam segan malu-malu kucing sikit dengan family aku. tapi dengan aleen dia tak malu-malu kucing sangat.tak macam malu dengan kami. dengan aleen dia ngap je terus...heheheh. kalau dia asyik malu je macamna boleh adanya Arissa. betul tak? aleen ni pulak garang bagaikan harimau...tapi maybe depan kami jelah. depan kutek dia amalkan cakaran harimau....aaauuummmmmm......


kat sini ada banyak gambar aku. sebab en hasben si photographer ada di bawa sekali. sampai2 je kita makan dulu.


sila jangan pertikaikan style apa tudung aleen pakai. yang pasti bukan Gangnam Style tau. memang takde tutorial kat youtube pun. kan dia dah mention style tu adalah 'LibasIkutSuka'. tu kalau tak silap akulah....


 inilah pengantinnya sama canti sama hensem....



show off sikit pelamin yang bagi aku sangat2 cantik.


owh lupa kenduri Mieza ni kat Cheneh. Felda Cheneh. boleh tahan jauh jugaklah. time nak balik ke Kuantan terasa mata mengantuk yang amat. en hasben pun sama. jadi tak dapat nak follow aleen yang menuju ke rumah yang dia dan kutek beli area Damansara. nak tengok how the progress rumah dorang. aku dan en hasben berhenti tepi jalan tido...anak tido kat belakang.

sejam berlalu aku tersedar. kejut en hasben sebab rasa lama sangat dah tertido tepi jalan macam tu. macamlah berjalan jauh bebenor. patutnya nak g open house rumah abang ipar tapi tak jadi sebab plan nak ke Giant beli barang sikit. malam takde masa dah en hasben kerja. kerja memanjang dia nih....bosan gak kadang-kadang tu.


sampai Giant fuhhh nasib ada acik tu buat demo bancuh nescafe. berapa banyak nescafe, berapa banyak coffemate dan berapa banyak gula. jadi dapatlah minum free kat situ. kena bancuh sendiri tau. minum 2 cup kecik tu baru segar bijik mata.



bila segar bijik mata barulah agenda membeli belah barang dapur berjalan kalau tak rasa nak baring je kat kaki lima tu dan tido....nampak sangat menipunya.





notakaki:kepada ke dua-dua mempelai di atas selamat pengantin baru untuk kamu.semoga tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup berumahtangga. semoga kekal hingga hujung nyawa.








No comments: