cabaran bulan ke 10



assalamualaikum...

kenapalah aku ni jarang update blog. bukannya takde masa tapi malas tu banyak. takde idea pun ye jugak. tapi masalah paling utama adalah time aku nak update ada je pengganggu tegar. yang pertama adalah kerja. yang kedua adalah buah hati pengarang jantung. si Hannahlah sape lagi. sebab 2 2 adalah penting dalam hidup jadi utamakan yang penting dulu.


makin hari makin banyak kesabaran kena simpan untuk Hannah ini. ini kejadian hari Hannah check up 10 bulan hari tu. patutnya tak payah check up tapi sebab berat dia hanya naik 200g jadi nurse bagi appointment untuk check up untuk 10 bulan. si daddy yang bawak Hannah g klinik. aku g thumbprint dulu pepagi dan mintak izin dengan bos. jadi carseat dengan si daddy.




dah siap check up pun daddy yang hantar ke rumah mama. aku tak ikut. terus masuk ofis sebab kerja menggunung menanti. lupa carseat dengan si daddy. jadi balik tu aku ambil Hannah terjadilah problem pertama yang aku kena hadap tanpa carseat. tanpa berfikir panjang aku letak Hannah kat bawah tempat letak kaki tu. rasanya di situ lebih selamat dari aku letakkan dia di seat or aku pangku.





mula-mula menangis tak ingat dunia. merajuk sambil sorok muka kat bawah. aku biarkan aje. tak kuasa aku nak melayan pujuk-pujuk. kalau pujuk2 melampau bila nak sampai rumah? aku just cakap 'Hannah sabar ye sayang, ibu nak bawa kereta ni. kalau ibu ambik Hannah bila nak sampai. macamne ibu nak bawak kereta'. tapi aiiihhhhh makin aku cakap sabar makin kuat dia meraung. last-last aku biarkan aje. bak kata Ma aku sakit tak apa tak tiba-tiba menangis meh sini Ma bagi sakit.....piakkkk kena cubit sekali....tu zaman aku dengan adik beradik aku dulu. tapi aku belum pernah cubit Hannah. kecik lagikan....tak berbaloi cubit pun....bukan faham pape pun lagi.



nak boleh sampai ke rumah memang sengsara aku rasa. risau jugak kot-kot terjadi apa-apa di luar jangkaan. risau terhantuk pun ada. tapi alhamdulillah aku sampai rumah dengan selamat. Hannah pun selamat. nampak macam dia lagi suka duduk macamtu berbanding dalam car seat. bebas sikit.tapi bebas-bebas pun memang taklah aku nak biarkan dia macamtu hari-hari. keselamatan dia yang paling penting...esoknya letak jugak ke tempat asal.....ibu sayang awaklah Hannah oiiii.





No comments: