diharapkan doa kita mampu mengubah segala takdir


assalamualaikum..

Salam Jumaat,

rasanya ramai yang dah tau dan sedia maklum mengenai adik Ahmad Adam Syukri. Ya Allah besar sungguh kekuasaan Allah swt. tak dapat nak gambarkan dan bayangkan penderitaan yang Adam tanggung. baru berusia 7 bulan. sangat-sangat kecil lagi nak menanggung kesakitan sebegitu. namun siapakah kita untuk menghalangnya.

sebelum ni aku just tengok dalam fb je mengenai perkembangan adik Adam ni. tapi 2 hari lepas aku sempat tengok dalam MHI di tonton.nak tgk MHI tak sempat. Hannah check up kat KK.

untuk saksikan sila klik:

http://www.tonton.com.my/#/home/shows/talk_show/malaysia_hari_ini_2012_d0dd5993f7f048a59f9aa04500dff524/episode_195_d3b3b6c299ff4c029b3fa04500e00e7c


perkembangan-perkembangan lain boleh tengok kat episod MHI yang seterusnya.


sepanjang tengok air mata mengalir laju. sampai aku tak sanggup nak tengok. tapi nak jugak tengok. balik kerja drive dalam keadaan nangis lagi. terbayang-bayang wajah Adam. tabah sungguh mama Adam.Bertuah Adam mempunyai mama yang kuat semangat.


balik rumah menangis lagi sambil tengok Hannah main. sepatutnya Adam pun dah boleh start duduk dan merangkak kalau di umur sebaya Adam. 


di ofis pun sama bila tengok penderitaan Adam ni. di selubungi kesedihan.

ikuti perkembangan Adam di FB klik sini. AHMAD ADAM SYUKRI.


di kesempatan ini saya mohon dan saya merayu semua rakyat Malaysia dan sesiapa sahaja yang mampu dapat membantu meringankan beban mama Adam dalam menjaga dan merawat penyakit Adam ni. bantulah dalam apa jua bentuk janji ianya dapat meringakan beban mama Adam.


Syarikat-syarikat korporat, orang-orang kenamaan, artis-artis juga dan orang biasa macam aku di harapkan dapat menhulurkan bantuan.


marilah kita sama-sama berdoa kepada Tuhan supaya memberikan yang terbaik buat Adam. semoga Adam cepat sembuh dan mampu membahagiakan mama yang sentiasa tabah dan sarat dengan 1001 harapan untuk Adam sembuh. InsyaAllah.


notakaki: aku tak sekuat mama Adam. Hannah masuk NICU pun aku dah gigil.









No comments: