Ramadhan yang lalu - part 2



hari-hari berniaga sampai tahun ni memang sangat kurang waktu berbuka bersama family terchenta. family aku besar jadi time bulan puasa adalah waktu yang paling best kalau berbuka. time berbuka jelah. time bersahur semua bersahur di rumah masing-masing.

selama sebulan juga dapur aku tak berasap untuk masak berbuka. berbuka di gerai sahaja.

hujung-hujung puasa Ma aku telah mengeluarkan arahan supaya cari juga ruang untuk berbuka sekali. arahan Ma aku ni memang kena patuhi.so gerai mintak tolong share partner en hasben jaga. tempat berbuka haruslah di Padang depan Masjid Kuantan. Makanan bawak sendiri. bila dah 1 family bawak makanan masing2 tau-tau jelah betapa banyaknya nasi, mee dan lauk pauk untuk berbuka petang tu.

antara kaum keluarga yang join

time aku makan Ma dan PakCik yang jagakan Hannah.


tahun ni adik beradik aku semua takde time ni. biasalah semua dah berkeluarga jadi payah sikit nak berkumpul ni. duduk jauh pulak.harap tahun depan semua akan join macam tahun lepas.



No comments: