asalnya semak samun sekarang telah di susun susun



tajuk takde kena mengena dengan rumput lalang di sekeliling rumah yang tumbuh subur bagaikan di baja-baja.

jugak takde kena mengena dengan semak samun di kebun Pak Mat Buntal....hahaha nak jugak selitkan nama Buntal...besar makna buntal dalam hidup aku ni...sejak-sejak kerja kat CICT ni...


semalam gigih aku kerahkan keringat dan tulang empat kerat untuk jadikan stor en hasben sedikit cantik dan luas. sebenarnya sudah beberapa kali aku kemaskan stor ni. tapi en hasben aku ni kerja je dalam bidang seni kreatif tapi kat rumah sendiri seni kreatip dia melayang entah ke mana. balik je dari pasang pelamin pasti segala moknika (benda) dia sumbat-sumbat je dalam stor ni. tanpa mengambil kira perasaan si isteri yang penat-penat kemas bagi cantik sikit dari asal...


ini adalah hasil kerja susunan dan kemasan en hasben...bagi dia kemas dah lagu ni. janji barang-barang dia semua masuk sini. lori kena kosong.

before


berkat 18 kali aku keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk bilik stor ni dengan ruang tamu sebab Hannah tak boleh aku hilang menonong je dia merangkak ke stor cari aku....sampai hitam legam seluar dok merangkak....storkan banyak habukkk


kemas 5 minit keluar susukan Hannah 15 minit....masuk balik kemas 5 minit keluar tengok dia nangis kenapa....macamtulah sampai ke sudah....

akhirnya berjaya jua.....en hasben biasalah dengan hobi yang dah aku rasa bukan hobi iaitu keluar memancing...dah rasa macam satu kemestian dia setiap hari setiap malam keluar memancing. tinggallah si isteri dok membanting tulang memerah keringat mengemas sambil melayan kerenah si kecil....


after


overkan guna watermark baru sampai terkeluar dari landasan gambo....biasalah aku memang overrrr.

aku ni takdelah pemalas piang. tapi sebab aku ni bekerja kadang-kadang memerlukan balik lewat pagi jadi aku perlukan rehat secukupnya untuk bekalan esok hari. kalau dekat ofis aku bekerja mati matian balik pun kerja habis habisan mau aku mati terbungkang tengah-tengah barang ni....


kepada en hasben tolonglah tanam sikap suka berkemas dalam diri...tak payah kemas barang2 rumah kemas barang-barang business awak pun saya dah sangat-sangat bersyukur.



notakaki: selama ni aku duduk dalam keadaan 'rumah dalam stor' tapi baru hari ini merasa duduk dalam keadaan 'stor dalam rumah'...ermmm faham tak.?







No comments: