dah besar lah katakan



sejak-sejak nak masuk setahun ni Hannah buat perangai. taknak duduk dalam carseat dah. dia juga dah pandai tekan clipper yang mengunci belt carseat tu. bila dah terbuka belt tu apa lagi sepantas kilat dia akan bangun dan cuba berdiri sambil menyandar ke tingkap elak jatuh.


aku ni yang tengah drive sorang-sorang kat jalan besar lagi di waktu puncak orang pergi dan balik kerja haruslah bimbang keselamatan si jantung hati. pegang lengan dia suruh dia duduk. langsung keraskan badan teriak-teriak bagaikan ibu dia ni culik dia sambik tepuk-tepuk cermin.


bila dah setiap hari gitu jugak kejadiannya last2 aku buat macamni je. ni time balik kerja. makanan mesti ada kalau tak dia akan menuju ke riba aku dan masukkan kaki dalam celah streng. memang selalu dia try buat benda ni.


sangat-sangat bahaya....bahaya kat aku bahaya juga kat dia.





macamni pun bahaya jugak tapi kalau keadaan terpaksa je aku buat mcmni....carseat tu aku dah buat cara lain untuk elakkan dia pandai bukak clipper tu.






2 comments:

Fieda said...

emm sama ngn ank sy...blagak dah besar..car seat dah bungkus hehehe

fifie @fif said...

awalnya bungkus