drama waktu maghrib khamis malam jumaat




kat rumah aku sekarang setiap hari ada drama yang berlainan jalan cerita. setiap hari okey.....mampu dengan tak mampu je nak layan.

eh eh hari ni hari khamis kan? malam jumaat lagi....ermmmm malam jumaat rupanya....

ok sambung balik. rasanya setiap anak makin besar makin panjang akalnya. bukan anak aku je kot.

sekarang Hannah pun dah pandai berlakon. dia ni selalu berlakon baik depan aku tapi belakang aku dia suka buat benda-benda yang aku larang. 

waktu maghrib adalah waktu yang dia paling suka. sebab kalau hari khamis malam jumaat aku ambik masa panjang sikit lepas solat maghrib sebab nak mengaji sikit. ha time aku start rukuk dan sujud rakaat pertama tu mulalah dia. mula-mula dia merangkak ke arah aku. lalu memanjat ke kaki sambil dongakkan muka ke muka aku. tatatatata.......bercakap dengan akulah kononnya....ok aku tak layan.....

solat dah jadi tak khusyuk....serius tak khusyuk langsung tapi still aku teruskan......dengan harapan Tuhan akan menerima solatku itu....

bila aku sujud dia tarik pulak getah kain sembahyang aku yang ketatkan kat kepala tu....tapi tak berjaya cabutkan aku dah bangun duduk antara dua sujud.....

 bila bangun rakaat kedua dia tarik kain pulak....kadang2 sampai getah kain sampai ke lutut....still aku tak layan dia....tunjuk muka bosan dah....so dia blahhh

aku teruskan solat dengan sedikit ketenangan. terdengar pulak krukkkkk krekkkk blurrrrrr.....krekkk krekkkkk krekkkk.....arghhhhh lantaklah Hannah nak buat apa pun janji sst yang tak mencederakan dia.

selesai je solat aku tengok dia....nak marah kecik lagi.senyum jelah yang aku mampu bagi kat dia. biar jelah dia...apa dia buat bermakna otak dia selalu berfungsi dengan baik...sebab ada je idea nak buat apa.....



dia buat benda ni:

-keluarkan semua pampers dari dalam pek pampers bertaburan ke lantai

-sepahkan kerja-kerja ofis aku yang dah elok2 aku letak atas meja study. dia tarik hujung-hujung kertas yang dia nampak sipi-sipi meja....bijok bijok bijok.....macam dah tinggi je kan.

- selongkar kotak kain baju dia time-time baby dulu. aku dah lipat elok baju tu dalam storage box. dia boleh bukak penutup tu.

-terjumpa 1 veil business bridal daddy...buat balut badan dia....kan ada manik-manik tu pasal tu dia suka...

-pandai dah buka laci aku simpan spender en hasben adalah 2 pek tisu yang belum buka...dia koyakkan plastik dan carik-carikkan tisu tu.....


tu dia ke sejadah pulak...tak bagi aku terus mengaji...nak suruh layan dia....dia tengah main plastik pembungkus tisu tu.

 bilik aku memang takde katil sebab risau Hannah jatuh tergolek bila tido...jadi pakai tilam sajo...
 



hah sekarang bukak drawer plastik pulak....yang bawah sekali tu memang aku simpan barang2 travel....jumpa pulak berus gigi sebundle....mainlah Hannah pas awak tido ibu kemaskan....



nota kaki: rumah aku memang selalu bersepah....kemas dan sedap mata memandang kejap sangat. setengah jam tu kira lama lah tu.












No comments: