sihat, sakit, lemau, tido, bangun, makan gitulah kekdahnya



assalamualaikum.....

ermmmm entah apalah yang di ceritakan kat sini. macam takde story best nak gebang. yang tak best banyaklah. bertimbun-timbun. di tambah pulak dengan sikap dasar perempuan yang malas nak menaip. lagilah jadi tak best.


bukan ini sebenarnya nak di war- warkan di sini. sekarang aku ni entahlah....badan aku ni kejap ok kejap k.o. rasa tak sihat memanjang.dah hampir dua minggu aku rasa macamni. dah tak reti nak buat macamna. bila ada niat nak makan ubat badan akan jadi ok. pastu lemau balik. aishhh tak taulah penyakit apa yang bersarang dalam tubuh.


kalau hari bekerja lagilah teruk. bab makan memang anak tekak memilih. nak makan mee je. nasi-nasi tolak tepi. tapi mee/meehoon/kuew tiew pun mesti yang berkuah. bukan yang bergoreng. pastu time makan pulak berubah je. nak-nak balik kerja baru rasa nak makan. aku ni time nak balik ingat muka anak je. tak sabar nak gomol-gomol nak cium-cium dia. yelah dia je harta dunia akhirat yang aku ada sekarang. kira dia jelah yang aku boleh gomol ikut suka...tak kira waktu .orang lain kena tengok time tertentu dulu baru boleh...eh eh eh tersilap cerita pulak.


pastu kat ofis mesti nak ada waktu berbaring. kalau dulu aku memang tak minat nak lepak lama-lama kat surau. sebab ramai staff yang ambik time nak solat tu untuk betulkan urat belikat ke apa . ada juga yang tido jap....hilangkan stress. yelah pendidik kan stress dia memang tinggi. nak menghadap perangai budak-budak zaman sekarang ni bukan senang. tapi sekarang time aku mengepam susu untuk Hannah pasti aku akan lelapkan mata jap. waktu biasa mengepam biasanya setengah jam dah jadi 1 jam. sebab aku tido....bila surau dah sunyi dari suara orang baru aku akan tersedar.....sebab rasa keseorangan je tido kan.....elok sangatlah tu....waktu rehat nak rehat waktu mengepam nak rehat waktu solat pun nak rehat jugak....rehat memanjang jelah aku....pastu makan gaji buta....ish takdelah sampai macamtu...bos mana nak simpan staff macamnikan....bos aku pun taknak...


ermmm yang ni jelah nak cerita...sebab tak tau penyakit apa so aku ceritakan simptom penyakit yang aku alami jelah. ni baru je makan beberapa sudu kuew tiew tom yam. tapi tak dapat nak habiskan. sebab kuah manis....tak lalu dek anak tekak aku...


-sebelum habis sajikan dulu wajah anak kesayangan yang makin jelita....jelita ke awak ni Hannah oiiii.-



oklah nak sambung kerja. surat PTPTN student menimbun atas meja nak kena settle ni.



1 comment:

Allene said...

hannah memang sangat jelita... kiss sikit. muahhhsss...!