berita gembira haruslah di kongsi lebih-lebih lagi pada hari Jumaat ni...semoga ianya di berkati



Assalamualaikum....

lama benar rasanya tak buat entri kat blog ni. blog pun dah bagaikan hidup segan mati tak mahu. nak buat macamne kan tuan tanah tak berapa ada mood nak menulis. dah mencuba pelbagai kekdah supaya mood tu mari tapi tak mari-mari jugak.

sepatutnya entri ni di publishkan Jumaat lepas tapi rasa macam malas pulak nak karang. tapi Jumaat iaitu hari ini mesti gagahkan jari juga nak mengarang.

sebenarnya aku amat segan nak annouce. tapi tak pelah. benda dah namanya rezeki dari yang Maha Esa. siapakah aku yang mampu menidakkan itu semua.

bukan apa pun nak di annoucekan....berita ini saja.



alhamdulillah ini namanya rezeki Tuhan nak bagi. Hannah dah 1 tahun 2 bulan bakal dapat adik bulan Julai nanti. memang betul aku ada planning nak jarak sampai Hannah 2 tahun baru nak bagi dia adik. tapi aku pasti perancangan Allah swt itu lebih baik. aku terima dengan rasa bersyukur.

walaupun aku preggy sekarang Hannah still lagi BF dengan aku. dia reject FM. takpelah. selagi aku mampu aku akan teruskan BF Hannah sampai umur dia 2 tahun. tapi time ada adik nanti tengoklah keadaan nya amacamna. semoga Allah permudahkan segala urusan ku. kuatkan semangatku sepanjang mengharungi time mengandung kali kedua ni dan sentiasa bersabar dan bersemangat melayani kerenah Hannah.



notakaki:: Hannah makin hari makin manja. macam tau2 bakal dapat adik. yang paling takleh terima kalau nak baring mesti nak baring berbantalkan perut aku....macamna kalau perut dah boyot nanti..





1 comment:

CikNaa said...

ciknaa plak due bln 8 ni.. time tu afiq umur 1tahun 4bulan :) Allah permudahkan urusan kami lepas 3bulan prgnant, suami dpt tukar dkt ngan kami.. betul, perancangan Allah adalah yg terbaik :)