dah gaya hidup macam orang NOMAD



bila di ingat-ingatkan balik recall dari aku kenal erti kehidupan aku rasa hidup aku ni tak lari dan tak ubah macam hidup orang NOMAD (berpindah randah).

start aku lahir memang aku dan keluarga tinggal di Batu 3 (Kampung Kurnia). time ni rumah kayu je lagi warna biru....nostalgia betul hidup kat sini. 

darjah 5 pindah ke ulu sikit. elok-elok duduk kawasan bandar yang tak sampai 15 min perjalanan naik kenderaan nak sampai ke bandar abah beli rumah kat kawasan Ulu sikitlah.tapi masih dalam lingkungan Kuantan. nama tempat ni Panching Jalan Sg Lembing. berhijrahlah pulak aku 1 family ke sini. rumah sendiri dan rumah batu. kejiranan pun sangat2 best dan harmoni. rumah Batu 3 tu arwah Opah aku duduk. rumah peninggalan arwah Abab. suami Opah. perjalanan nak ke bandar Kuantan ambik masa lebih kurang 45 minin naik bas. dulu2 takde kereta ok. boleh di kira miskin jugaklah time tu. tapi hidup dalam sederhana je.

habis je SPM berhijrah semula ke rumah arwah Opah rumah lama yang aku duduk dulu. sebab aku kerja kilang. kilang pulak nun jauh ke Gebeng. jalan menghala ke Kemaman tu. xpe van kilang datang ambik dan datang hantar hari-hari. tapi pagi-pagi van hanya ambil dekat bus stop depan Kompleks Teruntum. Still duduk dengan arwah Opah sampailah habis STPM.

lepas tu sambung belajar ke Johor. duduklah pulak kat Johor. mula-mula duduk hostel (lupa dah nama area hostel tu). pastu sem 3 kena duduk luar. menyewa betul-betul depan kolej. Kg Ungku Mohsin tak silap namanya. kehidupan time ni pun best. yelah anak dara baru nak naik kan time ni. kejap suka mamat tu kejap mamat ni mintak no fon... sampaikan semua housemate hari2 nasihatkan aku. tapi aku tetap setia pada yang 1. haaaa melalut sudah.......ok continue.


habis blajar kat Johor sambung pulak blajar kat KL. habiskan degree kat sini. meyewa pulak apartment Suria Kipark Sri Damansara. 7 tahun menyewa kat sini sampai kerja pun cari area dekat-dekat sini jugak. alhamdulillah housemate semua best2. dan housemate paling best dari dulu sampai hari ni adalah orang yang sama. adik-adik Alin dan Aini pun aku ajak stay sekali. senang dorang boleh pantau aku dan aku pun boleh pantau dorang.


berkat kes penyatuan 2 hati tak menjadi jadi aku bawak diri ke tempat jatuh lagikan di kenang. iaitu Kuantan. duduk dengan arwah Opah balik. cari keje kat Kuantan. alhamdulillah rezeki Tuhan siapa yang tau. memang senang je dapat kerja time ni. kerja yang gaji lebih kurang sama time aku kerja kat KL. 


kerja je tak ingat apa-apa dah lepas kes tu tetiba jodoh sampai. so bernikahlah seserdahana yang mungkin. ikut pulak suami duduk rumah dia di Balok. memandangkan aku rasa jauh sangat nak sampai ke bandar yang ambik masa dalam setengah jam drive kalau jalan tak jem time nak pergi kerja tetiap pagi maka aku ajak pulak suami cari rumah yang dekat-dekat aku nak ulang alik pergi dan balik kerja. sebab time tu pregnent. alahan dan tak larat tu memang sangat kuat dalam diri.sementara nak dapat rumah kami berdua on off ulang alik bermalam rumah Ma aku dan Opah aku. sebab 2 2 rumah ni dekat je. tak sampai 5 minit drive dari rumah masing-masing.


tak sampai sebulan dapat rumah sewa. rumah yang menepati ciri-ciri yang kami nak. tinggallah dari hari pertama puasa 2011 sampailah hari ni.niat nak beli rumah tu tapi tuan rumah taknak jual. nak buat aset katanya. oklah takde rezeki nak jadikan rumah tu sebagai rumah sendiri. tapi sayangnya kat rumah tu mengalahkan rumah yang aku beli.

di awal bulan Februari 2013 perancangan Allah itu pasti. tepat jam 8.25 pagi tanggal 6 Februari 2013 Opah pergi buat selama-selamanya depan mata aku. Al-fatihah. adik beradik Ma aku berpakat bersatu suara mintak aku jagakan rumah pusaka mereka. sebab mereka semua sudah ada rumah masing-masing. ada kehidupan masing-masing. aku serba salah. sebab aku hanya berstatus cucu. alasan yang mereka pilih adalah aku adalah cucu Opah yang paling rapat dengan Opah. kira dah macam anak. aku jugak yang masih belum ada rumah sendiri dan masih menyewa. jadi duduk kat situ tak perlu bayar sewa apa-apa cuma selesaikan bil api dan air serta jaga rumah tu macamna kita menjaga rumah kita sendiri.

bila di tapis-tapis maka aku terimalah tawaran tu. dapatlah berjimat cermat di kala anak nak masuk 2 ni. jadi duit yang aku dok bayar sewa rumah selama ni tu boleh di planning ke arah benda lain. demi masa depan keluarga kecil kami sekarang.


maka sudah 2 malam aku dan suami bertungkus lumus mengemas barang-barang dalam rumah sewa untuk di bawa ke rumah arwah Opah. jadi hari ini hari Jumaat malam Sabtu adalah hari pertama aku akan menghuni rumah pusaka ni sebagai penjaga sementara bermula tahun 2013 ni. nak tunggu rezeki rumah sendiri tak tau bila.



  ini 1st trip:- barang-barang pelamin business en hasben

semoga kehidupan kami sekeluarga akan lebih bahagia di sini di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan anak cucu arwah Opah. banyak betul kenangan manis bersama arwah Opah bila aku duduk dalam rumah ni. kadang-kadang sedih jugak. namun apakan daya mati itu pasti. itu janji Allah.







No comments: