KALAU ANDA BELUM KAWIN LAGI ATAU KALAU ANDA NAK KAWIN LAGI, JANGAN LUPA DATANG KE SINI, KALAU TAK DATANG ANDA YANG RUGI......

ambik ko tajuk yang panjang berjela aku letak.......baru berjela belum berjela-jela.......


ha ini announcement untuk bakal-bakal pengantin. yang dah jadi pengantin tapi nak tambah lagi pun boleh jugak datang, itu pun di namakan bakal pengantin jugak ye dak........takde masalah...... datang jangan tak datang.......rugi bebenor kalau tak datang.Justify Full


kenapa aku cakap rugi???? yelah semua orang nak kawin kan. tapi bila seruan tu dah sampai masalah budget mulalah timbul. kebiasaanya si bakal pengantin ingat budget yang mereka ada mestilah dah cukup. tapi bila di bincang-bincangkan dengan ahli keluarga di kira-kira balik macam tak cukup je budget yang ada. itu kena tambah ini kena tambah. semuanya kena ada duit......betul tak....


jadi untuk menjadikan majlis bermakna anda itu still meriah tanpa pembaziran anda perlu bijak berbelanja. untuk menjadi orang yang bijak berbelanja time-time ada event macamnilah korang dapat save. segalanya akan ada discount. paling tak pun anda akan dapat apa yang anda mahukan pada harga yang berbaloi hasil yang memuaskan dan free gift dari mana-mana butik.


time-time biasa memang confirm tak akan dapat punya. percayalah.....


1 lagi kalau biasa-biasa korang ambil masa berbulan-bulan untuk survey. masuk kedai sana masuk butik sini tapi keputusan belum boleh buat kerana macam-macam faktor. kalau kat sini korang ada masa 3 hari nak survey yang mana terbaik untuk majlis anda, yang mana sesuai dan berkenan di mata anda, yang mana akan menjadikan majlis anda lebih meriah dan kekal di ingatan sampai bila-bila. semuanya ada di sini. di bawah satu bumbung. segala keperluan ada di sini.



esokkan tak kerja. so jom ramai-ramai dapatkan nasihat, pandangan dan discount yang menarik kat sini.


aku pun pernah berjimat kerana ini. masuk contest dorang tak sangka ada luck. dapatlah bersanding free kat Pameran Pengantin Ampang Point hari tu. dari atas sampai bawah di sponsor......kira ini adalah hadiah sebab aku 'the winner' that contest. hahahaha berlagak pulak .


tengok siap masuk majalah Pengantin. iaaaaaaa ada riak di situ....riak riak ni tak baik kan......ok ok back to normal.....



tamat saja di PWTC akan berlangsung pula PAMERAN PENGANTIN di Kuantan Parade. sesuai sangatlah untuk orang Pantai Timur. maka aku pun akan berada di Kuantan Parade pada 8, 9 , dan 10 April 2011. 10pg - 10 mlm. bakal-bakal pengantin di Kuantan jemputlah berkunjung ke booth Heritage Bridal. aku ada kat sini ok. boleh dapatkan discount dan pakej-pakej yang hebat.



tak dapat cari booth aku boleh call mana-mana nombor yang tertera.


p/s: kita jumpa di sana sana sana sana......