boleh dikatakan rindu nak mampus



entry ini nampak macam sedikit overrr....

tapi apalah aku kesah sebab over over pun dia bukan orang lain
orang paling dekat dengan aku
tiba-tiba rasa rindu nak mampusss  pulak kat dia
dulu takdelah nak rindu-rindu macamni
sebab dia selalu ada depan mata




dalam pantang  pun boleh rindu tau
walaupun tak boleh buat apa-apa
tapi orang dalam pantang pun perlukan belaian dan sentuhan dari orang tersayang
ye tak




dia sekarang ni outstation kat perlis
dah 7 hari kat sana
lagi 4 hari InsyaAllah dia akan kembali






tiap-tiap hari aku dan HE membilang hari
menanti kepulangan dia
cepatlah masa berlalu



p/s: Miss u so much sayang (hahaha tetiba tersayang pulak)....HE pun tak sabar tunggu abah dia balik....abah dia takde maknanya takdelah orang nak dukung dia lama-lama.







lambat betul masa tu berlalu

seronoknya dapat balik



setelah 3 malam berpantang di HTAA aku di benarkan pulang.
memang itu hajat setiap patient kat situ.
celik je mata memang rumahlah dalam bayangan.


dengar je perkabaran yang aku boleh balik walaupun belum sahih
dari doktor pakar
dengan excitednya aku sms en hasben
dalam 15 minit dia sampai



tunggu punya tunggu doktor pakar sampai
yes..... memang aku boleh balik dah

ibu dan anak sihat.



katil baby awal-awal aku dah kosongkan




kain baju semua aku dah packing awal-awal pagi
padahal dapat tau boleh balik tengahari
kebenaran dari doktor pakar kul 4.30 ptg

baby memang nurse yang mandikan
time ni hasben ada baru aku ada masa nak mandi
risau baby nangis time ketiadaan aku
biasalah orang baru dapat anak
nak tinggal g mandi pun rasa tak sanggup


thanks a lot sebab datang jenguk



hari pertama bersalin.

di wad melur tingkat 1 HTAA.

lepas operation.




officemate yang datang melawat aku and my baby.

tolong abaikan perbuatan perempuan yang berbaju merah tu.
garu hidung or korek hudung???:) hahaha jangan marah kak....

time ni aku masih di penuhi bius.
memang tak rasa apa-apa.
doktor tak bagi pakai bantal lagi takut effect luka.





ni pulak kawan-kawan sejawatan en hasben.
yang mane takde gambar tu harap maaf ye.
mungkin terlepas pandang..

apa-apa pun thanks tak terhingga sebab sudi datang melawat.



dugaan dapat anak




bagi orang yang dah berumahtangga memang akan menginginkan zuriat sendiri. itu adalah satu berita yang amat mengembirakan hati suami isteri.

aku dan suami memang banyak benar dugaan time melahirkan dan sesudah melahirkan baby kecil ni.


antara dugaannya:-


1. terpaksa bersalin secara vacum sebab baby dah berak dalam perut.

2. luka aku banyak sebab vacum.

3. terpaksa menerima rawatan di operation room

4. kena tahan kat wad selama 3 hari sebab vacum tulah......

5. baby pun kena ada di sisi sbb BF

6. terpaksa jaga baby sorang-sorang dan berpantang di hospital walaupun keadaan aku time tu xleh bgerak separuh badan. (takut luka jahitan terbuka).

* tapi nasib ada staff2 nurse HTAA tingkat 1 yang baik2 dan friendly belaka. yang dah ada pengalaman tak habis-habis bagi aku maklumat dan nasihat mengenai kes aku ni. almaklumlah anak pertama ni tak reti sangat. bakal-bakal nurse pulak (budak2 praktikal) pun ok belaka. sangat-sangat mudah membantu kami ibu-ibu yang kurang berkemampuan bergerak ni menguruskan diri dan anak.*.






p/s:- apa pun pengalaman aku bersalin kat HTAA ni tak seperti yang biasa orang cite kat aku. kebanyakkannya cite yang tak elok lah. nak-nak layanan nurse kat patient. tapi pengalaman aku semuanya ok. cuma kalau ada duit tu bolehlah pilih hospital private lebih selesa untuk di temani suami dan keluarga. kalau GH ni privacynya kurang sikit.




tengok saja yang boleh



mula-mula nak buat entry lain....tapi time belek-belek gambar terjumpalah gambar ni.



dalam-dalam pantang ni memang tergugat benar iman aku kalau tengok makanan-makanan yang aku makan time preggy. tetiba terasa nikmat benar makanan tersebut. bersyukur benar kalau badan sihat walafiat boleh makan semua benda tanpa perlu berpantang.
















time ni pak cik aku sakit ni. baru keluar hospital. kakak aku pulak baru balik dari kursus terus dia g beli pizza ni. makan kat rumah.konon nak bagi pak cik aku tu ada selera sikit makan ramai-ramai. tapi failed.

 


 yang berselera adalah kami bertiga. orang sakit request nasi  dgn tomyam je. so g beli kejap. boleh tengok kat gambar pak cik aku just tenung je pizza tuh.....tak lalu katanya.
 
 
 

 mula-mula nampak macam dia ada selera sekali tomyam tu kakak aku habiskan. pakcik aku jamah sikit je. kakak aku memang ada selera memanjang.



sampai nampak urat di tangan aku time ambik pizza. lambat benar nak habiskan pantang aku ni....lagi 20 hari....banyak dah list makanan yang aku nak makan bila habis pantang ni......


anugerah yang tak ternilai



kesakitan nak melahirkan satu nyawa pemberian tuhan susah untuk aku ceritakan. tapi memang benar ia bagaikan nak terputus nyawaku sendiri ketika bertarung nyawa melahirkan zuriatku sendiri sambil di saksikan oleh suami terchenta....


7.30pagi masuk ke labor room. aku sentiasa berdoa agar pukul 8 pagi aku boleh melahirkan. sebab tak tahan menahan kesakitan. 8.30 pagi jalan dah terbuka. maka aku lakukan sedaya mungkin untuk keluarkan bayiku dari rahimku. namun zuriatku masih belum keluar walaupun aku sudah meneran sehabis tenaga yang ada.


tepat jam 9.10 pagi doktor bagitau bayi dah berak dalam perut dan untuk mengelakkan sebarang risiko beliau meminta kebenaran untuk melakukan vacum. dalam fikiran hanya nak selamatkan nyawa bayiku. maka aku setuju tanpa banyak berfikir.


9.18 pagi adalah waktu keramat. selamat sudah zuriatku melihat dunia. patutlah susah nak teran rupanya berat bayiku benar-benar di luar jangkaan. 3.6 kg. 2 hari sebelum bersalin aku g scan cuma berat 2.8 kg...apapun kebarangkalian sekarang semuanya sudah selamat.


walaupun kepenatan teramat sangat aku tetap bersyukur dengan nikmat sakit dan nikmat memperoleh zuriat sendiri dari Yang Maha Esa. 


 -terus di susukan selepas di bersihkan-


 -syukur ke hadrat Ilahi-


 -perasaan yang tak mampu di ungkap-

sejak di awal mengandung hingga melahirkan semua ini adalah anugerah yang tidak ternilai bagi aku...... sempurna sudah kehidupan aku sebagai seorang wanita dan isteri.....



kesakitan tanpa senyuman




tanggal 22112011 tepat jam 2.30 pagi aku terasa sakit yang bebeza dari biasa. en hasben takde kat rumah time tu sebab g mengeteh dengan kawan2 dia.

makin lama makin sakit sampai tak boleh nak kata apa-apa. aku sms en hasben menanyakan bila nak balik. tapi tak bagitau aku sakit.

dia diam seribu bahasa. dalam hati mula nak marah sebab kesakitan semakin lama semakin bertambah sakit. last2 aku call bagitau aku dah start sakit. mungkin dia ingat aku sakit main-main macam sebelum ni. sebab ingat sakit nak bersalin tapi tunggu 2 hari pun bby masih taknak keluar.


sakit sampai tak boleh nak control perasaan aku sms en hasben macamni ' takpelah tak payah balik biar saya mati syahid dalam rumah ni sorang-sorang'. gilerkan aku time tu boleh sms en hasben macamni sekali. sebab memang sakit sangat-sangat. dan air ketuban dah keluar sikit-sikit meleleh ke kaki. sebab tu aku yakin ini sakit nak bersalin.



setengah jam terasa macam terlalu lama. en hasben sampai dan suruh bersiap ke hospital. muka dia time tu muka ketat. (nak marah pasal sms aku tadi kot). aku peduli apa.....yang aku tau aku sakit  sangat2 time tu.



-menahan kesakitan untuk lahirkan 1 nyawa ke dunia-



sampai hospital doktor periksa apa yang patut. dah terbuka 4cm rupanya. bayangkanlah kalau en hasben diam je malam tu dan aku melayan perasaan marah aku time tu confirm aku boleh terberanak sorang-sorang  kat rumah.


so 2 3 kali periksa doktor suruh rest dulu sampai bukaan yang sepatutnya. tak boleh balik kena stay kat hospital. ingatkan bolehlah nak tido tapi sakit menguasai segalanya.  memang tak boleh nak senyum langsung. sakit teramat sangat.......


tepat jam 7.30 pagi aku di minta masuk ke labor room.


menanti my baby keluar....berdebar-debar......dalam hati berdoa harap2 kesakitan ini cepat berakhir.....macam-macam doa aku baca...yang mana aku ingat aku baca.....


bila tengok muka en hasben harap dia pun doakan aku dan baby kami selamat....











39 minggu 3 hari



22 NOV 2011 aka 22112011 genap 39 minggu 3 hari.


walaupun tak dapat tarikh menarik seperti 111111 dan 20112011 tapi 22112011 pun kira cantik jugak.


apa yang berlaku pada 22112011 ini.


sila tunggu next entry.......


harap maklum.....

kekenyangan



hari ni hari Isnin....eh semua orang taukan....hari bermalas-malasan untuk bekerja. tapi bagi aku hari ini bukan lagi hari LAZY MONDAY aku. tapi adalah hari kekenyangan.


pagi tadi makan sampai sekarang masih terasa kenyang. alhamdulillah rezeki......




menu utama adalah nasi minyak...memang terbaekkkkkkkkk dari ladang......menu-menu lain yang ada adalah muffin, chocolate moist cake, puding raja, nuggets, macam-macam jenis kek, keropok, puding dan teh o....rasanya xde menu yang tertinggal kot. aku siap makan nasi 2 pinggan. pastu siap tapau puding raja bawak ke meja aku. nak menikmati kelazatannya sorang-sorang. kerja kat sini baru dapat rasa puding raja ni. ni feveret sultan pahang nih.....



kenapa ada makan-makan macamni nanti aku stiry kat next entry.





tau tak siapa yang sakit ni



entry pekasam......

tapi tetap kena cite jugak sebab kalau tak cite nanti lupa pulak kejadian ni. almaklumlah sejak nak jadi ibu ni penyakit pelupa makin menjadi-jadi.


kejadian berlaku pertengahan bulan Oktober 2011. lepas raya puasa. dapat berita my abah mertua a.k.a FIL masuk hospital sebab batuk berdarah. balik kerja terus en hasben ajak balik Bahau. FIL stay kat Bahau. terpaksa aku ambik EL keesokkan harinya sebab tengok FIL macam teruk je. dalam tong sampah penuh tisu-tisu yang ada darah. penuh okeyyyyyy....bukan sikit2. kira kes teruk lah nih.....maybe pasal rokok....FIL aku ni memang takleh renggang dengan rokok dia....tulah teman sejati dia....rokok dia sangat spesel. rokok hasil eksperimen sendiri......bijak tak abah mertua aku ni.....bagi dia sedap kot rasa rokok tu...bagi orang lain aku tak tau. aku nak jugak rasa tapi masih belum berpeluang.....hahahaha agak-agak ada peluang tak.....


 
time aku melawat tu FIL aku memang takde selera nak makan. biasalah orang sakit. dia tengok je hidangan yang hospital bagi....last-last adik ipar yang makan. dia request roti canai.....en hasben g beli.




wow baru ada selera nak makan nampak roti canai.....sebenarnya dia xdelah selera sangat. cuma teringin je kot. sebab aku tengok anak menantu yang banyak menghabiskan makanan-makanan tu. menantu tu aku lah orangnya.....hahahaha.......sampai tukang collect pinggan cakap wow......seronoknya orang sakit tak makan tapi orang sihat yang makan'......kah kah kah kena sound dgn makcik tu......tapi ini bukti yang abah mertua aku ada makan jugak walaupun sikit....sape kata dia tak makan.....



yang ni orang sakitnya dah berganti....kesian FIL aku...terpaksa pindah tempat...duduk kat kerusi orang melawat. kapas yang sumbat kat hidung tu sebab darah asyik keluar je ikut hidung....so kena sumbat kapas.

adik ipar aku ni saje2 je nak merasa jadik orang sakit kot...dah macam orang baru pas bersalin aku tengok. bersalin baby besoooooo.......


FIL aku tu sebenarnya nak kena cahaya matahari....sebab tu baring kat tepi tu....aircond kuat sangat kot bagi dia tu yang nampak kesejukkan tuh......


sekarang kesihatan dia dah semakin pulih. berkat doa isteri dan anak-anak dia kot. dan yang paling best abah dah tak hisap rokok dah. nasihat dari doktor.....tapi payah jugak dia nak jauhkan diri dengan rokok tu.....kalau orang pelawa aku tak taulah dia ambik ke tak????? korang rasa dia ambik ke tak?



ini bukan masalah kencing tak lawas tapi dah over lawas agaknya



salam pagi Jumaat......

di pagi Jumaat yang sejuk-sejuk angin sepoi-sepoi bahasa ni sedap kalau balik rumah buat taik mata ni.  aku ada masalah besar lagi berat untuk aku pikul. dari masuk kerja pukul 9 pagi tadi sampai sekarang yang baru je pukul 12 tghari aku dah 9 kali ulang alik ke toilet untuk kencing.

penatnya tak payah nak cakap. apa yang penat????

penat berjalan nak sampai ke toilet. dekat je tapi aku rasa macam jauh sangat.

penat nak mencangkung.......nak kencing berdiri tak baik pulak...tak pernah di ajar oleh mak bapak aku....(padahal masa kecik-kecik pernah je aku kencing berdiri......sebab tengok budak lelaki kencing berdiri macam relax je......)


nak tunggu lama sampai habis.......terasa waktu-waktu puncak sekarang ni memang lama giler nak habis sisa-sisa buangan tu habis di buang....sampai sendi lutut pun lenguh-lenguh menahan.


tapi lepas habis tu legaaaaaa......feel dia memang  lain macam.....puas tak terhingga. tapi  tak sampai 20 minit lepas tu kena berlari ke toilet semula......ulang balik benda yang sama....


penatkan????
nak senang kerja aku ingat nak bawak kerus meja aku letak depan toilet. kurang sikit penat ye dak.......?





aku hari ini


saja nak tayang.

ni baju aku jahit sendiri. dari A sampai Z aku buat. ukur, potong, jahit tepi dan cantumkan. (motif bagitau)???

xpelah nanti aku review penuh ek. tapi takdelah secantik tukang jahit yang jahit. aku kan budak baru belajar.




silew abaikan muka pucat mak buyung dan keadaan bersepah kat belakang tuh....malu nak bergambo sekarang ni....cari tempat yang tersorok dan tersembunyi.....






tercapai jua hasratku



saje nak menayang hasil kerja tak seberapa ai kat blog ni.....ini adalah di buat khas untuk my baby. color biru sebab kat Kamdar time ai beli kain tuh takde pilihan sangat. corak ni jelah yang paling cantik rasanya.


gigih siang dan malam menjahit sarung tilam dan bantal ni. sebab takut my baby keluar je kalau tak memang tak siaplah sarung ni. 

sekarang aku dah 37 minggu 5 hari....kalau aku tak salah kiralah.....


azab giler nak siapkan sarung tilam sebab mula2 aku buat takde cantum-cantum kain. bila google-google tengok ada yang cantum-cantum kain terasa nak cantum 2 jenis kain pulak. baru cantik sikit kot. senget benget tu kira biasalah kot sebab aku bukan tukang jahit handalan.



azab menjahit ni 1 je bila kena tetas balik jahitan yang tersilap tuh.....yang tu aku paling benci. tapi sebab nak jugak tengok hasil yang cantik kena belasah jugak tetas jahitan yang silap tu......buat jelah....


tu yang ambik masa sampai 4 hari aku nak siapkan. tapi jahitnya lepas aku balik kerjalah...dah siap bagi laki makan baru boleh mengadap mesin.....tu yang sampai 2 3 pagi aku mengadap mesin lagi tuh....


harap-harap my baby ni lenalah kat tilam ni...walaupun tilam dan bantal beli yang dah siap....sarung je aku yang buat.....






akhirnya ada time untuk buat shoot nih.....



zaman sekarang aku tengoklah semua pekara yang boleh jadi sweet memories kita nak buat kenangan. nak simpan bukti. nak buat album nak buat video dan macam-macamlah ikut peredaran teknologi zaman leni.....

aku pun sama. sejak aku preggy sejak perut dah nampak bentuknya  yang comel lote seperti dah ada isi kat dalam memang ada tertanam niat nak buat pregnant photoshoot. macam orang sekarang buat tu.....kalau orang mat salleh siap tayang-tayang perut lagi. separuh bogel pun ada. naknya dapat part gambar yang baik dan bagus. 


tapi aku takdelah sampai nak bogel....nak tayang-tayang my body.....nak mampus koooo....dosa yang sedia ada dah banyak nak tambah lagi dosa dengan pose-pose macamtu.....dosa yang ada pun belum tentu terampun.........tak kuasa tau nak tayang-tanyang nih..........


cukuplah sekadar nampak aku bahagia bawak ke hulu hilir perutku yang sweet kedepan nih.....sebelum my baby decide nak keluar......hah ko ada perut macam aku......siap ada malaikat kecil yang bernyawa lagi kat dalam nih.....takde kan......mau aku tak bangga..........



terasa keadaan ini adalah pelengkap hidup aku sebagai seorang perempuan, dan isteri.....sangat-sangat bersyukur dengan pemberian Tuhan ini. di harapkan Tuhan akan memberikan lagi peluang seperti ini di lain waktu.....InsyaAllah....yang nih pun belum keluar ada hati nak tambah lagi...heheheh


tapi sejak awal preggy en hasben sibuk sokmo.....sampai naik feed up aku dok planning sorang-sorang last-last tak jadi sebab dia ada kerja. last2 lantak jelah....ada rezeki adalah....9 bulan time aku tunggu hari nak meneran je baru dia ada masa free baru dia offer nak buat. tapi shoot sendiri jelah.....waktu dia terhad. hari raya haji pulak tu......macam busy sangat je diakan....tapi tak kaya-kaya jugak ye dok..........geram nih geram tau tak.


hari raya haji yang ke 2 kami beraya di sini.....panas woooooooooooooooo wa cakap sama lu.....dahaganya Tuhan je yang tau....gerai-gerai mana ada bukak...raya kate kauuuuu.....telan air liur jelah....


tapi bila dah buat tuh rasa puas.....rasa lega...sebab ada jugak kenangan time aku pregnant nih.....walaupun baju raya adalah baju duduk dapur je.....baju lain xleh nak pakai dah nanti nampak bentuk pusat........t-shirt je yang sesuai...jadi kita belasah je janji adoooooo...................




 tak tau baby girl or boy....jadi 2 2 color kami ada 


 tak sabor nak tunggu our baby nih keluar...harap-harap ikut muka aku belaka.....tamak bangat


 time nih memang dia menendang-nendang. tak taulah dia suka ke tak....


 rehat jap...ambik angin walaupun xde angin langsung.....fuhhh  panas gilerrrrrr....



nih takleh tahan sekali.....kat tali air tepi sawah pun boleh belek baju-baju baby yang ada dalam bonet  kete tuh....almaklumlah kami bukan profesional nak shoot cantik-cantik.....idoklah kami retiiiiii...................namalah shoot sendiri..


apa pun thanks a lot to en hasben sebab bersungguh shoot our sweet memories nih......suka bangat dong....




entry jelesssss dan harapannnnnn



bilakah dapat buat pregnant shoot nih.........


tak kira ai nak jugak.....







sambil hentak-hentak kaki dan buat muka selebet........




bila bertentang mata je terus peluk cium buat macam hak milik sendiri



aku dah 37 minggu 5 hari. tapi still takde rasa tanda-tanda my baby nak keluar jenguk dunia. kalau dapat tarikh hari ni 11.11.11 alangkah bestnya......dapat tarikh besday anak yang cantik lagi menarik.... (mak yang over anak takde rasa pape pun).


tadi g check up kat KK Gambut ikut appointment. dah siap urine test dan HB test semua tetiba ternampak 1 baby comel giler di mata aku. rupanya baby tu anak kepada kawan baik adik aku si aleen tu time2 dia budak hingusan sekolah dulu.


aku sempat usik-usik baby tu....geram......aku g periksa perut dulu dengan doktor. keluar-keluar nasib baby tu ada lagi. dia nak kena cucuk hari ni. aku apa lagi take time sikit nak gomol-gomol baby tu.....


dia di pangkuan ayah dia. mata kuyu-kuyu macam nak tido. aku tak kiralah dia nak tido ke nak meraung ke aku tetap nak dukung, peluk cium budak ni.....last-last aku ciku cak ciku cak dulu dengan baby tu....nampak mata dia dah segar hah apa lagi meh kat untie mehhhhhhh.......terus dia mau.........ambik berkat kata kau........harap-harap aku dapat baby lagi comel dari ni....hahahahaha tak mau kalah ko nyahhhhhh.........


comel kan...putih gebu je kulit dia...tapi muka ikut abah dia...kulit ikut mak dia.....


janganlah kacau saya, saya nak tidolah.......


dah mula tunjuk taring...nak rampas my camera.....



yes dah dapat dukung apa lagi...aku peluk aku cium aku gomol budak ni sampailah no giliran dia sampai.....baru puas hati aku....sikit pun dia tak nangis.....harap-harap my baby terkenan lah macam baby ni. opppsss lupa nama baby ni AMNA DAMIA.....







niat nak merajuk tapi pandai pulak dia memujuk



bukan niat aku nak menderhaka kepada hasben sendiri. sape tak sayang laki sendirikan??? tapi kekadang apa yang dia buat aku tak berkenan. sebab dia dah mengganggu waktu kerja aku semalam. nak-nak pulak aku sekarang ni terlalu sensitif. seme benda kalau dah janji tapi tak di tepati tanpa sebab musabab yang munasabah memang akan jadi haru biru.

semalam dia janji sakan dengan aku nak ambik aku keluar lunch dan keluar shopping cari saki baki barang bakal baby kami ni.tapi dari pukul 1 aku tunggu kat ofice sampailah pukul 6pm bayang dia pun aku tak nampak. mau aku tak angin satu badan. call tak sms pun tak. aku call dia tak jawab.

boleh bayang tak betapa lapar perut aku ni menahan lapar . nak nye makan sama2 dengan dia. paling kesian baby kat dalam ni. awal-awal lagi dah kena dera dengan mak bapak sendiri....sampai tak bagi makan. sorry ye nakkk silew salahkan abah awak ok.....sebab apa dia tak muncul2 dan tak jawab call dari aku. dia boleh jawab dia terbabas tido.....sakit tak hati seorang isteri bila dengar hasben terchenta jawab selamba macamtu je. takde rasa bersalah....pulak tu. jadi segala plan yang di rancang pagi tu terbabas macamtu jelah. aku jelah dah macam orang bengong dok tunggu dia datang ambik. kete aku dia pakai. nak tak nak kena tunggu jugak.


lepas je dia jwb macamtu aku boleh termenangis...sebaklah kononnya......betul-betul tak boleh terima kenyataan dia boleh pentingkan tido dari aku dan anak dia ni. time menaip ni pun rasa bergenang-genang air mata.....sensitif betul.....


pastu konon-konon nak tebus kesalahan dia la kot dia bawak aku g baby store time dia ambik aku balik kerja. sampai2 depan baby store aku cakap aku nak balik. perut aku dah ada 2 3 macam lagu. memang aku merajuk.


niat nak merajuk dengan en hasben selama 88 jam. tak nak bercakap dengan dia. sakit hati mak nokkkkssss. last2 dia berhenti kat Nirwana (market) beli durian. balik rumah sambil tengok Soffiya dia bukak durian depan biji mata aku. mau tak tergugat. feberet tu......last-last hati jadi cair time dia suakan durian tu kat mulut aku......alamak merajuk tak jadilah nampaknya. makan durian pun sambil keluar air mata....terkilan......


habis 5 biji aku makan dengan dia depan tv. power betul durian ni.


time makan ni aku masih dalam di lema nak teruskan merajuk or tak. tapi masih berat mulut nak bersuara. last2 dia masuk dapur dan buat nasi goreng pulak untuk aku. macam tau2 aku memang tahap lapar yang teramat. pagi just makan nasi goreng je.



nasi goreng ikan masin pulak tu. memang kena sangat dengan anak tekak aku time tu. last-last bila dah makan rasa tak patut pulak nak teruskan merajuk. terus jadi seperti sediakala. banyak cite nak luahkan kat dia. sampai dia menyesal layan aku. sebab banyak sangat aku bercakap dari aku makan....hehehehe ini semua penangan durian je sebenarnya.....


 p/s: thanks to my hasben sebab faham perut ai memang lapar tahap gaban semalam. so lain kali jangan buat hal lagi tau....tak kesian kat ai takpe tapi please kesian kat  baby kita.





sebab dah janji jomlah kita tengok....


sebab dah janji kat entry INI jadi kenalah tepati janji walaupun dah peram lama sangat cite ni. tuan punya badan pun tengah busy buat persiapan nak kawin awal tahun depan. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

Jom FLASH BACK balik hasil kerja en hasben aku untuk E-day my lil sis. semua ni tak di rancang dengan baik sebenarnya. sebab payah nak discuss. ni semua kerana my sis duduk KL kami pulak stay kat Kuantan ni. discuss dgn fon tak best macam discuss face to face. masa pulak sangat-sangat singkat sebab tau date dorang nak tunang pun last minute.so tak tau sangat apa yang my sis nak untuk E-day dia. last2 dia bagi green light untuk buatlah apa yang patut janji guna warna soft-soft je.

untuk pelamin design simple macamni je


inilah my lil sis



dia serah bulat-bulat kat en hasben. dalam masa 3 hari before that E-day apalah sangat yang boleh di buatkan. maka ini jelah yang kami mampu. sebab time tukan time raya puasa. so ingat nak raya je lebih.




buat sesimple yang mungkin. sebab tunangannya tak nak majlis yang keterlaluan. so kami sajikan yang simple giler macamni. tapi nasiblah dorang puas hati. niat di hati nak je deko cantik-cantik over-over tapi tidak di benarkan sama sekali oleh tunangannya. nak lebih-lebih tunggu hari dorang wedding nanti. korang tunggu je ek......sebab untuk wedding dorang en hasben jugak wedding plannernya. dah namanya BIL guna jelah kepakaran dia.




jadi kalau ada sape-sape yang terasa nak try service my hasben untuk majlis korang silalah contact beliau di talian di bawah:

Heritage Bridal
017-9630112
Terbuka untuk seluruh kawasan Kuantan, Pahang
Harga boleh di runding
lawati blog:


www.heritagebridal.blogspot.com



hidung ini kembang sebab bangga



semalam 2 3 pagi aku gigih lagi menjahit. naik hantu aku tengok mesin jahit kat rumah.semua benda aku rasa aku nak buat. langsir, sarung kerusi, alas meja, cadar segala-galanyalah. padahal satu hape pun aku tak reti nak buat.

sape ada tengok FB aku dorang akan taulah apa yang aku banggakan sangat tu.



semua terhasil lepas aku ikuti kelas menjahit langsir kat kolej komuniti minggu lepas sempatlah belajo beberapa pattern jenis langsir masa kini.


maka terhasillah langsir jenis ni. aku rasa inilah langsir paling cantik yang pernah aku buat. kalau setakat langsir badan yang jahit lurus tu memang aku dah terer. cuma yang pelik-pelik macam yang selalu kita tengok display kat Alamoda, Nagoya, Jakel dan mana-mana gedung kain tu memang aku fail.




alhamdulillah aku dah pandai buat yang ini. niat di hati nak cukupkan tingkap yang ada kat rumah. sampai ke dapur. tapi tengoklah bila sudahnya kesemua tingkap2 tu.ini kat pintu bilik. ishhhh aku rasa mcm cantik jekan hasil tangan aku ni. kira adalah kekemasan di situ. (ayat bangga tak ingat dunia).

kalau di izinkan Tuhan nak buat 2 lagi pattern yang aku belajo. yang tu pun cantik gak. tapi kena cari modal nak beli kain dulu......





kain baju saya dan kain baju dia



terasa seperti akulah wanita besi (ini adalah duta lantik sendiri).

tiap-tiap pagi g kerja mcm biasa. balik kerja kena masak pulak. kalau tak masak memang tak makanlah kami anak beranak (jenis tak sukan makan kat kedai).pastu kalau tengok rumah bersepah-sepah macam kapal pecah hati jadi tak keruan (padahal tinggal 2 orang je. agak-agak sape yang suka sepahkan rumah). takkan nak tengok je so kemas apa yang termampu.

pekara yang paling membuatkan aku sakit jiwa adalah yang berkaitan kain baju. antaranya:-

1. kain baju yang belum di cuci

2. kain baju belum di lipat. 

yang ni paling membuatkan aku sakit mata dan sakit jiwa.

selalunya rumah aku akan menjadi rumah dobi seminggu sekali. dah 2 orang je yang pakai nak basuh hari-hari efficient ke????(betul ke dok ayat aku nih).membazirkan sabun, air, tenaga dan elektrik je....semua ni pakai duit tau...

semenjak washing machine kat rumah aku ni rosak memang kain baju berlambak-lambaklah. tak ke ko sakit mata & sakit hati tengok rumah dah macam hape ntah......en hasben memang sll mengeluarkan ayat macamni ' awak tak payahlah basuh kain baju tu....nanti saya ada masa saya basuh'. (harap-harap dia baca)

fuuhhhh lega giler dengar ayat-ayat sweeeet lagi romantik macamtu dari mulut dia. aku pun tunggu jelah time dan waktu bila dia nak basuh. pas sehari ke sehari sampailah kejadian  spenderrrrr pun dah takde nak pakai berlaku....(ini kisah benar tau). spender dia aku tak taulah.....sebab dia nampak cool je.....

last-last aku pikir takleh jadi ni. aku takleh nak harapkan dia sangat. dia selalu outstation memang takde masa sgt kot nak tolong buat benda-benda macamni. takkan aku nak membogelkan diri g kerja....ishhhhhh.....

so kena gagahkan diri dengan kudrat yang ada. balik kerja relax dengan cite Soffiya kejap pas maghrib aku start membasuh, memberus, membilas dan menjemur. terkangkang-kangkang aku kerjakan kain baju ni sorang-sorang dengan perut memboyot kedepan. time-time main air ni jugaklah baby dalam perut suka mengeras. dapat bayangkan tak orang tengah sarat macam aku ni buat kerja-kerja ni. terus feeling jadi isteri orang dulu2. basuh kain macam ni tepi telaga......sambil bergosip sakan (aku sempat keadaan macamni).


 2 jam aku ambik masa cuci kain baju sebakul ni......


bila dah siap kena jemur dalam rumah sbb pantai timur sekarangkan sll hujan.....so baby cot nilah yang jd mangsa. bila tengok baju-baju ni seme tetiba terasa bangga sebab aku mampu buat ni semua secara manual.....ko mampu...????????


p/s: kalau en hasben terbaca kisah ni harap2 cepat-cepatlah dia g beli  mesin basuh yang baru....yang murah pun takpe.....janji mesin basuh.tidak kesiankah kamu kat binimu ini.....kalau tak beli jugak korang faham-faham sendirilah yek........





dah ada yang sayang, rindu, teruja, geram dan macam-macamlah.....bertuahnya kamu sayang....



assalamualaikum & hai semua.....


saat ini saya dah pun mencapai 9 bulan. 

genap 9 bulan. 

bila-bila je boleh bersalin. 

sangat-sangat teruja nak melahirkan zuriat sendiri dari rahim sendiri.

REVIEW PERSIAPAN BABY

start 7 bulan memang dah list sikit-sikit apa perlu di beli dan apa yg perlu ada untuk menyambut orang baru ni. owh sangat-sangat excited.

list yang panjang berjela akan jadi pendek sikit-sikit hari demi hari. ambik yang betul-betul penting. yang lain beli time baby dah keluar....

puas ajak en hasben keluar beli barang-barang baby. yelah aku yang nak bersalin jadi aku yang gabra lebih. en hasben pulak suka tangguh sebab dia banyak projek sangat time-time ni. aku jadi geram dan hilang sabar......jadi tak menyempat-nyempat. bila dia banyak bg alasan aku mula nak bertukar jadi singa betina...

dah masuk 8 bulan nurse sll tanya time check up dah beli ke barang-barang baby.....aku jwb belum....terus kena kaunselilng pung pang pung pang....aku dengar sambil menyengih je lah yang mampu....


1 je yang terlekat sampai saat ni kat kepala otak aku...nurse tu cakap 'JANGAN TERLALU MENGHARAPKAN SUAMI'. nnt sbb harapkan suami sangat last2 baby dah nak terkeluar...kelengkapan takde lagi.....nanti sape yang kena sound kalau tak si bini.......betul jugak kan kata nurse tu....macam tau2 je dia yg aku tggu time en hasben free....tapi xfree-free sampai sekarang.


so weekend tu aku dah merajuk malas nak berbahasa dgn en hasben pasal beli barang baby. nak sedapkan hati aku ckp aku pun boleh g beli sendiri. g cari sendiri pun dapat apa yang patut kita nak beli jugak. (tapi dalam hati je skrip ni).kalau boleh memang nak shopping dgn en hasben. anak sulung biasalah excited lebih.






kuatkan semangat cari barang-barang ni sorang-sorang. memang giler ahhhhh tengok barang-barang baby ni. rasa semua nak beli. tapi beli sikit je dulu.....dah confirm keluar kita shopping lagi.



yang ni je aku beli hari tu.....yang murah-murah je.....


balik-balik rumah tengok ada selonggok barang baby.....eiiiiiiiiiishhhhh geram beb aku g beli dia pun gatal g beli. takut aku merajuklah tu....aku pun bukak tengok.....oklah dia pandai jugak beli. tapi membeli seme yang mahal-mahal (mahal dr yang aku beli) dan kuantiti banyak.....dasar lelaki tak pandai shopping.....hahahah








nampak tak apa yg en hasben beli. lampin dia beli 3 pack. yang kartun-kartun lagi.pastu mesti campur color. ada biru dan pink. maknanya our baby is......................?????????????............................
entahlah g or b...kita tunggu jelah dia keluar nanti.

bila tengok ni semua geram je rasa...xsabo nak tunggu budak kecik ni keluar tengok dunia.





apa kami buat kat ladang kelapa sawit tempoh hari???



tanpa ladang kelapa sawit ni kerja en hasben memang susah....nak tau cite lanjut boleh klik sini. bukan tak mampu nak beli tapi tak berbaloi....10 batang RM3 tak silap aku....habis satu-satu majlis mesti guna berapa ratus batang....bergantung pada fresh flower yang digunakan jugak...guna benda yg fresh ni memang naik serilah majlis sesorang tu. macam masakan jugak guna lauk pauk fresh lagilah sedap nak makan...tak gitu???

daun-daun ni nak guna untuk gantung-gantung kat pelamin, hantaran, gubahan bunga sisi pelamin dan macam-macam lagi. pasal tulah aku harap sangat bakal-bakal pengantin ni memahami mengapa servis andaman ni mahal. kalau upah lebih kurang maka hasil pun lebih kuranglah. biasalah tu kan..semua business macam tu.

ini salah satu hantaran adik aku. so gubahan memang dia request guna fresh flowers.korang boleh bandingkan mana lagi berseri guna fresh ke guna yang fake punyerrrrrr.....


yang ni pulak guna untuk gubahan sisi pelamin.. aku review sikit-sikit je ek...sebab gambar banyak dalam camera en hasben....


inilah projek terbaik aku, en hasben, dan si tuan badan yang bertunang g kutip daun paku pakis sehari sebelum majlis berlangsung.........semua kami buat sendiri...takde upah orang g cari....sebab en hasben memang tak suka guna pekerja....cukuplah ada adik beradik yang menolong.....