sharing is caring:: petua melegakan batuk



cuaca yang tak menentu sekarang ni ramai yang selsemalah, demamlah dan tak terkecuali ada yang batuk. ada tak korang yang batuk berkahak ataupun batuk yang ada gatal-gatal kat tekak. dah makan macam-macam ubat batuk tapi still tak baik-baik jugak. dan ada jugak orang tak suka makan ubat batuk sebab takut ada kesan sampingan macam mengantuk. kan ke bahaya kalau kita nak drive ke atau buat apa-apa lepas makan tu.





haaaaa meh sini mehhh...CPF nak bagitau petua yang CPF amalkan sejak study lagi. actually memang dah amalkan time kecik-kecik dulu. tapi lepas Ma dan Abah CPF divorce so CPF terpaksalah pandai-pandai sendiri tanpa di monitor oleh sape-sape. sebab dah duduk hostel kan sejak dorang divorce. kalau kecik-kecik dulu abahlah yang selalu suapkan ubat batuk ni. bukan ubat batuk yang di beli kat mana-mana farmasi or klinik tapi ubat batuk buatan sendiri. memang mujarab.


ini memang petua yang abah CPF amalkan dari dulu. dan CPF memang ikut 100%. kira dah lebih 10 tahun CPF tak telan ubat batuk. kalau batuk g dapur cari bahan ni dan telan.


ubat batuk yang diamalkan oleh family CPF simple macamni je:

ambil sesudu kicap makan (tak kisah kicap cap apa pun) campur dengan perahan limau nipis. maknanya tuang kicap tu dalam sudu besar dan perahkan limau nipis. pastu telan macmtu je campuran tadi. jangan minum air dalam setengah jam gitu. buat 2 kali sehari. pagi dan malam. InsyaAllah akan legalah tekak korang nanti. rasa gatal dan berkahak tu akan berkurangan. amalkan sampai rasa anak tekak tu seperti biasa.


ingat 2 kali sehari je. jangan lebih. sebab limau tu asid. lebih-lebih kang CPF tak mo bertanggungjawab tau.






BELI BAJU SINI



kalau hujung bulan bolehlah nak pergi.tapi kalau tengah-tengah bulan macam ni memang bertapa jelah depan pc sendiri. duduk diam-diam dalam ofis. kalau pergi jugak memang berpuasalah diri dalam 2 3 hari sebab nak mengkover perbelanjaan yang tak terkawal di sini. padahal ini terjadi pada diri sendiri je.....tidak orang lain.


aku belum gaji so cuci mata jelah tengok gambo ni . ini perbelanjaan bulan lepas. kalau korang orang kuantan dan dah bergaji dan juga memang mempunyai lebihan kewangan bolehlah pergi. confirm akan beli walau satu baju je.sales person dalam ni memang manis mulut belaka. nak-nak tauke dia.


 sesuai sangat nama kedai nikannnn......................menghabiskan duit orang betullll.....huh.....nampak tak kak zila tu buat thumb up...bermakna bestlah  shopping kat sini agaknya...


habis duit , duit habis...huhhh......tapi ni kawan-kawan punya. aku just cuci mata je.....biasalah akukan miskin....:(










cucu bawak cicit jumpa Tok Ayah






Lokasi: Pasir Puteh, Kelantan
Tempat: Teratak Tok Ayah Husin









hari-hari adalah hari bapa....entry late post






HAPPY FATHERS DAY TO ALL FATHER


aku ingat sebenarnya. cuma lambat buat entry post. pastu time nak buat entry je ade je kerja yang kena buat. dengki betul kerja-kerja tu dengan sela masa yang aku ada. tapi sekarang memang free sangat-sangat. anak dah tido. en hasben pulak keluar kerja. so memang banyak masa free lah.

alhamdulillah syukur kepada Tuhan sebab temukan jodoh aku dengan en hasben. walaupun muda dari aku tapi aku rasa itu bukan ukuran untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah. umur dia lansung tak menjadi masalah pada aku.


sangat-sangat bersyukur










gambar pertama kiri: en hasben time Qamatkan Hannah
gambar pertama kanan: datang lawat Hannah pada hari ke 2 kat wad
gambar bawah: hari ke 10 baru balik dari hospital




hari ke 10: belajar mandikan dan siapkan anak



hari kahwin kakak aku: bawak Hannah jumpa saudara mara sementara aku rehat kan dalam pantang lagi




 
bawak Hannah jalan-jalan. Hannah 4 bulan




Selamat Hari Bapa untuk en hasben. dialah bapa yang terbaik untuk Hannah. semua dia nak buat. takde paksaan dari sape-sape. Selamat Hari Bapa juga untuk abah aku. walaupun kita jauh tapi kita tetap rapat macam dulu-dulu. tak lupa juga untuk PakCik aku. walaupun ayah tiri tapi dia menjalankan tangungjawab dia terhadap kami adik beradik macam anak dia sendiri.



SELAMAT HARI BAPA UNTUK SEMUA BAPA DI DUNIA








mampu ke tak mampu esok mesti berasmara dana



esok tak kerja. arrrrgggghhhhh terasa sekarang jugak nak balik nak peluk cium anak kesayangan. tak taulah kenapa tetiba terasa rindu yang membuak-buak kat si awek gebu tu.mungkin sebab hari ini dia sudah genap tujuh bulan. 



esok banyak betul aktiviti yang perlu buat. tapi satu je yang aku nak nak nak sangat buat.


aktiviti berasmara dana


alahhh bukan dengan orang lain


dengan awek gebu je


awek gebu kesayangan saya
















ni time asmara dana dengan awek gebu pada hari Hol yang lepas
dah pukul 1 tengahari pun masih golek-golek sampai tergolek
dari dalam bilik aku bentang toto depan tv so sambung golek depan tv pulak
bila awek gebu dah melalak barulah si mak bangun mandi cari makan dan keluar jalan-jalan





 so esok ibu janji nak berasmara dana canggini lagi dengan awek gebu ibu ni ek


p/s: selamat ulang bulan yang ke tujuh sayang. semoga Hannah menjadi anak yang solehah dan mendengar kata ibu dan daddy sampai bila-bila.amin.







sharing is caring:: petua menghilangkan bau badan



korang ada bau badan tak?
kawan-kawan korang ada bau badan tak?
tapi segan nak tegur. tak tau nak bagitau kawan tu pasal masalah ni. yelahkan takut dia kecik hati pulak nanti. tapi sebenarnya niat kita ni baik. nak wangikan apa yang busuk. nak sedapkan hidung orang sekeliling. nak selesakan badan dia sekali.kadang-kadang bau badan ni sampai boleh buat orang yang membau tu nak pitam.nak telan air liur pun tak boleh. sebab lubang hidung dah penuh dengan bau badan kawan kita tu.jadi air liur tersekat kat tekak....ini memeng dah kes berat.


orang yang ada bau badan ni dia tak bau tau bau badan dia. dia relaks je macam tak bau apa-apa. tapi kita yang berada di sekeliling dia ni yang akan mengadap bau-bau tu. biasanya orang yang berbadan besarlah yang selalu ada bau badan. tak kisahlah bau badan jenis tengit ke, masam ke, pahit ke apa-apa jelah janji bau badan. tapi yang berbadan kurus pun tak terkecuali dari menghadapi masalah ini.


aku ada petua nak hilangkan bau badan ni. memang aku dan family menggunakan dan mengamalkan petua ni sejak aku sekolah menengah. 


caranya:




1.mandi dengan air daun sirih.
ambil beberapa daun sirih yang fresh lagi baik dan ramas-ramaskan dalam tadahan air. dan mandi dengan air tu. ambil lebihan daun-daun sirih tu gosoklah  bahagian-bahagian badan buat macam kita gosok buih sabun kat badan kita. jangan lupa gosok daun sirih tu kat ketiak, leher , celah peha dan mana-mana bahagian yang selalu berpeluh. kemudian bilas dengan air bersih. lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah bau tu akan hilang. 






2. mandi dengan limau purut
pokok limau purut ni biasanya daun dia kita buat masak tomyam. buah dia orang tak buat masak. tapi orang buat berubat. buah limau purut ni juga mampu hilangkan bau badan. caranya pun sama dengan cara di atas. perah-perahkan jus limau purut tu dalam air dan mandi. gosok hampas limau purut tu ke badan. dan bilas guna air bersih. limau purut ni juga mampu hilangkan kelemumur.


buatlah selalu. kalau ada lagi bau tu buat lagi. sirih dan limau purut bukan susah pun nak cari. belakang rumah aku pun ada. kalau takde sila tanya jiran sebelah rumah.


mak dan kakak aku kan badan besar. dorang mengamalkan petua ni sejak aku sekolah menengah sampailah sekarang.dan hasilnya alhamdulillah berkesan.

elok juga untuk bakal-bakal pengantin.hilangkan bau-bau yang tak patut tu. yang takde bau badan pun elok guna petua ni. InsyaAllah bau-bau yang kurang menyenangkan ini akan hilang sepenuhnya kalau kita rajin.


p/s: kalau pakai minyak wangi akan memburukkan lagi bau badan yang sedia ada tu. sebab bau badan dah bercampur dengan bau wangi. baunya yang dihasilkan akan kurang menyenangkan. kalau tak percaya sila tanya kawan-kawan terdekat anda.












happy belated mothers day




cerita hari cikgu hari tu pun aku tak habiskan lagi tapi takpelah nanti-nanti ada masa terluang terlebih aku up entry pasal cikgu cikgu tu. hari ibu dah lepas zaman berzaman, hari bapa pulak dah lepas melepas tapi aku ni baru nak up entry untuk hari ibu. bukanlah aku sengaja nak mengshowkan kebusyan aku sebagai Ketua Pakatan Mesyuarat Tingkap di kawasan taman rumah aku tu. dah busy mesyuarat hari-hari mana nak ada masa sangat nak buat kerja personal nikan....


oklah kembali kepangkal jalan...





sempena Hari Ibu hari tu hari ni baru aku nak wish Selamat Hari Ibu untuk diri sendiri dulu. sebab tahun ini merasa jugak aku lalui kehidupan sebagai seorang ibu. memang heaven giler. serius aku cakap. walaupun kena korbankan macam-macam benda demi anak tapi kenikmatan tu hanya orang yang lalui sahaja yang tau betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. orang yang tengok, orang yang cakap macam-macam memang tak sama dengan orang yang lalui. betul tak?




Ibu ni memang orang yang hebat. hebat dalam segala hal. segala segi. dan tak semua orang mampu jadi hebat macam seorang Ibu. jadi hargailah rezeki yang Allah bagi tu. jalankan tanggungjawab kita sebagai Ibu tu sebaik yang mungkin kerana ganjaran yang Allah sediakan di kehidupan akan datang amatlah besar.




tak lupa juga Selamat Hari Ibu untuk Nenek Ros (MIL) dan Nek Ma (mak aku).






dalam banyak-banyak ruang dalam rumah tu kat tangga juga yang menjadi pilihan


besar sungguh pengorbanan mereka ni dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka untuk menjadi orang yang berguna dalam hidup.


dan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu yang ada  di dunia ni.


p/s: aku doakan juga kepada semua insan yang masih belum bergelar ibu tapi masih menunggu rezeki dari Allah untuk itu semoga kalian juga di beri kesempatan merasai nikmat ini suatu ketika nanti. InsyaAllah.






tragedi factory food




dua minggu lepas aku dan en hasben resah gelisah susah hati dan rasa tertekan dengan keadaan Hannah. dia berak satu hari lebih kurang 13 kali. walaupun tak banyak taik yang keluar tapi buntut dia yang bam bam tu dah merah melecet.


kalau nak basuh tu memang dia akan menangis meraung kesakitanlah. Ya Allah kesian betul aku tengok. time nak basuh poo poo tu dengan aku aku sekali akan meraung. macam terasa rasa kesakitan yang Hannah tanggung.


ini semua salah aku dan en hasbenlah. tapi lebih banyak salah akulah. yang ini memang aku akui. kebetulan 2 hari sebelum tu kami pergi shopping barang dapur. pastu lalu kat makanan bayi 6 bulan ke atas. aku dan en hasben decide nak try bagi Hannah makanan yang di jual tu yang biskut-biskut dan macam nestum tulah. jadi beli 1 biskut dan 1 tin bubur bijirin tu.


esoknya bagi 2 2 tu kat Mama.jadi aku tak masaklah bubur untuk Hannah. biasalah dasar IBU PEMALAS. Mama pun bagilah Hannah makan 2 benda tu. pada hari yang sama jugak Hannah dah start berak berak dan terus berak. tapi dia tak menangis or meragam. kira macam biasa je. cuma berak jelah melebihi 3 kali sehari.


balik kerja ambik Hannah. Mama ada bagitau aku pasal tu. tapi tak ambik peduli sangat. sebab rasa benda tu pekara tak berapa serius. kat rumah sampai ke pagi esok Hannah still berak banyak kali. aku dok kira pampers yang ada hasil pembuangan Hannah. 7 pcs ok. TUJUH. banyakkan??? itu malam sahaja. last-last aku dah tak basuh dah vontut Hannah. aku lap-lap je guna wet tissu. dah basuh je dia meraung-meraung. aku tak sanggup tengok...ko sanggup ke tgk anak meraung raung macamtu???


aku dan en hasben ni dok pikir esok pagi tu apa kena dan kenapa Hannah jadi macamtu. sebab dia tak meragam sebab tulah tak susah hati sangat. sampai masalah ini di panjangkan dan di bincangkan di rumah Mama. aku terus ambik EL. sayang anak ko....Ibu mana tak sayang anak. padahal 2 hari sebelum tu aku dah cuti 2 hari. gara-gara balik Kelantan.(yang ni lain entry aku story).



pastu Mama cakap maybe pasal makanan dari kilang yang aku beli  tu kot. so hari tu aku stop bagi Hannah makanan tu. so masaklah bubur macam biasa. jadilah IBU YANG RAJIN SEMULA dan Hannah dah tak berak macam semalam tu. keadaan makin pulih. dia dah poo poo macam biasa. jadi kesimpulan yang aku dan en hasben buat penyebabnya adalah dari makanan kilang tu. mungkin tak sesuai untuk perut Hannah.



 merasa jugak Hannah pakai cawat macam zaman ibu dan daddy time baby dulu


makanan tu aku tak buang tapi aku sedekahkan kat kawan sekolah aku. biar dia bagi anak dia. dah dia kata anak dia makan belaka. dia sumbat belaka. padahal baru 2 bulan.....lantaklah dah anak dia. nak nasihat pun dia dah ada anak 6 orang....nak ke dia terima nasihat aku yang baru anak sorang ni....


badan Hannah ni sensitif kot. dulu bagi susu S26 pun habis di muntahkan selepas 2 jam dia minum. ni pasal makanan ni pulak. tak pelah Hannah ibu akan rajinkan diri buat bubur Hannah hari-hari dengan penuh kasih sayang.



p/s: akan berkuranglah waktu santai bersama en hasben pasni....sebab bubur untuk Hannah ni kena tukar-tukar resepi tiap2 hari...risau dia bosan...










apa yang korang nampak



menu breakfast pagi ini....


2 bungkus nasi lemak
sepotong chocolate moist
air nescafe panas




semuanya dah selamat berada di dalam perut aku
tinggal nescafe je tak habis lagi
pelan-pelan kayuh




p/s: jangan cakap aku sekarang ke arah menggemukkan badan ok sebab berat badan masih maintain seperti before pregnant.harap-harap di jauhkanlah.






jom botak macam Hannah




cara nak buat kepala ibu Zara pun botak macam Zara....





Hannah 6 bulan
4 bulan dah pandai sembur
tapi sekarang makin advance

suka tengok lil Hannah Ezzaharra ni buat macam-macam aksi....

tapi nasib mak ko ni pakai tudung...kalau tak kantoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak oiiiiiiiiiiiiiiiii



teman MIL bershopping anak pun harus di angkut sekali



aku ni takde duit mana pun nak pergi bershopping shopping ni. kalau window shopping tu hari-hari aku buat. tapi belinya belum tentu lagi.


semingu sebelum cuti sekolah FIL ada balik Kuantan. kebetulan geng suami-suami ni ada plan nak pergi memancing kat laut. jadi untuk mendapat kebenaran seikhlas hati isteri-isteri ini untuk merelakan mereka pergi keluar memancing maka sang suami tadi telah memberikan sebahagian duit untuk di belanjakan. tak kisahlah nak belanja macamna pun. kira macam sogok pun ada aku rasa. tapi ini suami aku dan abg ipar je yang buat macamni....bapak mertua tak buat kerja macamni....MIL memang tau hobi FIL aku ni. jadi dia memang dah sedia rela dari dulu. aku pulak memang jenis mata duitan jadi relakan saja....


setelah geng suami tadi keluar membanting tulang empat kerat mereka demi ikan-ikan di laut kami di rumah ni apa lagi di suruh bersiap oleh MIL untuk keluar bershopping. yang bershoppingnya dia aku tak pun....duit belanja tadi simpan....guna bila perlu.....konon jelah tuuuuuuuuuuuuuuu......padahallllllllllllllll sendiri mau ingat.


jomlah tengok je gambar sekitar kejadian:



geng suka shopping....ketua geng harus MIL





dalam kereta bagi anak memasing kenyang sepuasnya barulah senang mak nak berbelanja




rahsia Hannah ni terlalu bam bam . tengok tu pampers pun dia nak makan. hebat tak anak makcik...



penat sehhhh ngendong anak...tu kakak ipar aku aka isteri kepada abang ipar aku 




anak tido kepenatan si mak penat kaki




inilah padahnya anak terlalu sihat. si mak duduk sampai terkangkang...bukti kaki tu penat.



hoooreee horeeee dapat buah tangan dari nanny....baju untuk raya...TQ nanny


hampir kering cash money MIL aku ni bershopping untuk anak dan cucu kami pakat-pakat cari kedai makan pulak sebab perut memasing dah kosong tahap gaban. gambar mentekedarahtahapcipan memang takde sebab kami makan dalam keadaan laportakingatdunia dan kepanasan melampau.



nota kaki: 10Q to nanny sebab belanja Hannah baju baru...kalau macamni aku nak beranak tiap-tiap tahun...sebab MIL aku ni banyak berhabis untuk cucu-cucu dia dari anak-anak dia.





ke Taman Bandar dengan tak mandi



kuang ajorrr betul en hasben aku sekarang ni....nak g memana bukan kira waktu main redah sesuka hati dia jeeeee.................geram tauuuuuuuuuuuu.


kemaruk nak ambik gambo serangga-serangga yang macam orang ambik gambar secara profesional tu  en hasben usung aku dengan Hannah pepagi tu dengan tak mandi ke Taman Bandar Indera Mahkota.


puas dah aku bebel mintak tunggu aku mandi dulu tapi dia bantah 100% bebelan aku.


yang boleh buat aku ikut jugak tu adalah kerana:-


dia cakap: ' awak tu kalau tak mandi pun cantik jugak. lagipun bukan orang tau pun kita tak mandi'.


ayat ikhlas ke tidak aku tak taulah. tapi kalau dia tak cakap pun aku memang sokmo perasan aku ni cantik...biarlah hodoh 1000kali di mata orang lain pun aku tak kisah. janji cantik di mata laki aku.



jom tengok muka cantik,hensem dan comel kami sekeluarga yang tak mandi pagi.





budak ni orang tak kesah tak mandi pun sebab belum pandai nak mandi sendiri




tunggu en hasben ambik gambar serangga yang di kehendaki dengan penuh kesabaran




 anak dan mak duadua dah kebosanan



ketiak mak dah berpeluh



jam duabelastengahari baru en hasben ajak balik. kalau tak ajak balik lagi memang aku berniat nak mandi je dengan air tasik tu....tak tahan uooolssss......



p/s: kalau aku tak kabor kat blog ni memang orang takkan tau kami ni tak mandi lagi....muka kami ok je macam orang lain yang mandi. suci bersih gitewwwkannnn..............








geng suka shopping




semua perempuan memang takleh tinggal perangai ni. miskin ke kaya ke sama je....cuma kalau jenis tak berduit macam aku ni window shopping je pun ok. kalau ada yang berkenan pandai-pandailah mengatip kat sebelah telinga en hasben tetiap malam supaya berikan duit belanja lebih....






bila dah berduit lebih macamnilah jadinya. yang pasti anak mesti angkut sekali. itulah handbag paling mahal aku ada.









5 bulan yang super lasak




aiiissshhhhh Hannah sekarang memang melasak menyamai anak lelaki saya rasa. semua yang pernah menjaga Hannah semuanya berkata demikian. bukan yang jaga kejap-kejap macam 'eh nak pinjam jap baby Hannah nak buat main jap'. bukan yang main jaga 2 3 jam tu. yang bercakap sedemikian semuanya yang saya tinggalkan Hannah lebih kurang melebihi 8 jam untuk di jaga.


yelah hari-hari saya kerja sah-sah BS si mama tu yang jaga. kalau weekend saya ada kerja yang tak di sengajakan Hannah akan saya tinggalkan dengan sape-sape saja yang sanggup jaga Hannah macam my mom, Opah dan jugak CikDah saya. hah merasalah kamu semua jaga anak dara saya yang lasaknya macam anak lelaki ni.


mula-mula dorang seronok je jaga. tapi bila time saya ambik Hannah fuuuhhh mesti ada yang cerita aduhhhh lasak betullah anak awak ni. eh dia ni tak mengantuk ke dari pagi taknak tido asyik nak main je. makan pun tak berapa....dan macam-macam lagilah.


tapi sebagai ibu saya macam tak percaya.....sebab anak saya ni anak dara. mestilah baik, bersopan santun , lemah gemalai dan seangkatan dengannya.....semua sikap yang lembut-lembut je saya fikirkan. sebab depan mata saya Hannah ok je....


tapi bila saya cuti time weekdays dan saya tak hantar Hannah kat mama. saya jaga sendiri. saja nak luangkan masa dengan dia. owhhhh barulah saya faham apa maksud kata-kata orang yang jaga Hannah sebelum ni.




Hannah ni dah macam budak g sekolah kot. hari weekdays dia berperangai macam lain. balik dari rumah mama dia dah penat melasak jadi depan saya dia ok je. takdelah melasak mana pun saya rasa.


tapi bila saya jaga dia time saya cuti memang kelasakkan dia benar-benar menguji kesabaran dan ketahanan mata saya dan en hasben. 


gambar di atas saya elok-elok letak dia di raba saya nak bawak jejalan. dia lembikkan badan, keraskan badan, cabut keronsang saya dengan rentapan pastu gelak-gelak sebab berjaya tengok keronsang saya tergolek ke bawah...tarik tudung saya sampai tertanggal, gelongsor ke bawah main pusing-punsing....dan macam-macam lagilah.



last-last saya kepit dia macam gambar di atas. tapi dia ok je buat muka tak bersalah....ini baru melasak di ribaan saya. belum lagi dok usik-usik gear kereta nasib baik kereta tak mengundur. main wiper, stereng, dan semua benda dia nak usik.


akhir kata semua tempat dah tak selamat untuk dia kalau takde bodyguard.



nota kaki: dalam car seat pun dia dah pusing-pusingkan badan nak lepaskan diri....

nota kaki kaki: ibu-ibu jangan ikut saya kepit-kepit anak macam di atas.







Semburan 4 Bulan



apa yang orang ajar semua dia nak buat sampai berjaya....











muka selebet



 minah 3 dari kiri yang selebet



-minah lain berseri je muka tapi muka aku ni entahlah tengok sampai tak mampu nak kata apa-apa-







bebelanku mampu meretakkan tengkorak suami



aku ni bukan nak cakap apelahkan. walaupun aku betahi lalat di atas bibir tapi aku ni tak berapa suka untuk membebel bebel ni. orang dengar rimas aku yang dok bebel ni lagilah rimas. tapi yang aku suka adalah bercerita. kalau takde cerita nak di sembangkan pun aku boleh buat cerita. itu pasallah kot Tuhan bagi aku tahi lalat kat atas bibir nih...kira petanda orang yang suka bercakap.


tapi baru-baru ni aku dah hampir-hampir meretakkan tengkorak en hasben kesayangan aku ni. aku bebel bebel bebel bebel bebel bebel bebel sampai tiga ribu enam ratus lima belas perkataan. rajin bebenor aku nak kira patah perkataan. ingat ni karangan BM tingkatan 5 ker...?


punca bebelan:
sebab dia taknak makan time aku nak breakfast dengan dia. punca memang kecik tapi natijahnya amat besar.

natijah: aku malu makan sorang-sorang sebab aku makan banyak.



ko tengok ko tengok ko tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk........
dia siap buat dono je apa yang aku bebelkan. siap ajooooo Hannah tu yang aku naik angin ni. hahh elok sangat lah tu si bapak pandang kiri si anak pandang kanan. anak bapaklah sangatttt............


ok reaksi ni dah nampak tengkorak dia dah hampir retak....tekanan dah memenuhi satu badan .pasal tulah dia buat macamtu. nak larikkkk susah sebab pangku anak. so dengar jelah kuthbah pagi dari isteri.




yang lawak Hannah time ni mula-mula dia tengok je aku pot pet pot pet dengan muka macam di atas tu. tapi last-last dia ketawa...gelak-gelak...aissshhhhh Hannah oh Hannah ibu awak ni bukan bersembang dengan awak.....ni hah tengah nyanyikan lagu untuk daddy awak ni.....



nota kaki: en hasben selalu kata 'saya anggap bebelan awak dan mak saya adalah sangat best macam orang menyanyi'.jadi bolehlah bebel selalu.


nota kaki/kaki: dah bebel-bebel dia tak nak makan jugak. tak tau apasal. jadi aku makan jelah sorang-sorang. roti canai + nasi dagang + nescafe tarik....alhamdulillah.