teman MIL bershopping anak pun harus di angkut sekali



aku ni takde duit mana pun nak pergi bershopping shopping ni. kalau window shopping tu hari-hari aku buat. tapi belinya belum tentu lagi.


semingu sebelum cuti sekolah FIL ada balik Kuantan. kebetulan geng suami-suami ni ada plan nak pergi memancing kat laut. jadi untuk mendapat kebenaran seikhlas hati isteri-isteri ini untuk merelakan mereka pergi keluar memancing maka sang suami tadi telah memberikan sebahagian duit untuk di belanjakan. tak kisahlah nak belanja macamna pun. kira macam sogok pun ada aku rasa. tapi ini suami aku dan abg ipar je yang buat macamni....bapak mertua tak buat kerja macamni....MIL memang tau hobi FIL aku ni. jadi dia memang dah sedia rela dari dulu. aku pulak memang jenis mata duitan jadi relakan saja....


setelah geng suami tadi keluar membanting tulang empat kerat mereka demi ikan-ikan di laut kami di rumah ni apa lagi di suruh bersiap oleh MIL untuk keluar bershopping. yang bershoppingnya dia aku tak pun....duit belanja tadi simpan....guna bila perlu.....konon jelah tuuuuuuuuuuuuuuu......padahallllllllllllllll sendiri mau ingat.


jomlah tengok je gambar sekitar kejadian:



geng suka shopping....ketua geng harus MIL





dalam kereta bagi anak memasing kenyang sepuasnya barulah senang mak nak berbelanja




rahsia Hannah ni terlalu bam bam . tengok tu pampers pun dia nak makan. hebat tak anak makcik...



penat sehhhh ngendong anak...tu kakak ipar aku aka isteri kepada abang ipar aku 




anak tido kepenatan si mak penat kaki




inilah padahnya anak terlalu sihat. si mak duduk sampai terkangkang...bukti kaki tu penat.



hoooreee horeeee dapat buah tangan dari nanny....baju untuk raya...TQ nanny


hampir kering cash money MIL aku ni bershopping untuk anak dan cucu kami pakat-pakat cari kedai makan pulak sebab perut memasing dah kosong tahap gaban. gambar mentekedarahtahapcipan memang takde sebab kami makan dalam keadaan laportakingatdunia dan kepanasan melampau.



nota kaki: 10Q to nanny sebab belanja Hannah baju baru...kalau macamni aku nak beranak tiap-tiap tahun...sebab MIL aku ni banyak berhabis untuk cucu-cucu dia dari anak-anak dia.





3 comments:

mrs kayrul said...

betul tue..wat anak tiap2 tahun..hehehe

sama la macam MIL kayrul, kalau g jenjalan mana2 mesti ada jer buah tangan untuk cucunya..kekadang jer la dapat tempias menantu antu nie...hahaha

fifie @fif said...

mrs kayrul: nak buat anak dlm masa terdekat ni tak lagi kot....nak bg rehat kaw2 dulu...insyaAllah 2 3 tahun lagi adalah penambahan tu.

nadia arrumaisha said...

seronoknyer...lame xshopping......huhuhu