siapa yang mampu menghalang takdir Allah


assalamualaikum....


setiap hamba Allah pasti ada perancangan hidupnya sendiri. namun apa yang telah di tetapkan oleh Allah pasti akan berlaku tanpa ada sesaat pun kelewatan dan juga halangan.

sebelum raya:-

tiga hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Syawal keluarga aku di kejutkan dengan berita sedih iaitu perginya tok saudara aku ketika solat subuh. arwah Maksu Kiah ni sepupu kepada TokAyah aku. arwah baru sahaja selesai bersahur dengan anak-anaknya. anak sulung arwah baru 2 hari sampai ke rumahnya dari Sarawak. dia cikgu kat sana. balik awal sebab tengah tunggu waktu je nak bersalin. jadi dia plan nak berpantang di bawah jagaan maknyalah. cucu sulung pulak tu.namun siapalah kita. Allah telah menjemputnya terlebih dahulu tanpa memberikan  apa-apa signal kepada keluarganya. sebab arwah tidak menghidap apa-apa penyakit pun ketika itu kecuali sakit-sakit lutut macamtulah. sakit orang yang dah menginjak usia ke 50 tahun. tak de rezekilah anak sulung dia nak lihat maksu kiah ni melihat anaknya terlebih dulu. tak sempat nak merasa menimang cucu. apa-apa pun kematian itu pasti. cuma kita yang tak tau bilakah waktunya. al-fatihah untuk arwah.


selepas raya:-

kelmarin bersamaan raya yang ke 10 tak silap aku di kejutkan pula berita tok saudara jugak tapi lelaki excident teruk bersama isterinya. tapi isterinya tak teruk mana. Pokyeh namanya. setelah mendapat berita ini Opah aku selaku mak saudara kepada Pokyeh ni terus bergegas ke Kuala Terengganu bersama pak saudara aku Unc.Gan. sebab dia dah 2 hari berada di ICU (tapi tak pasti kebenarannya).sekarang aku belum mengetahui keadaan sebenar Pokyeh tu. dengar cerita kereta yang dorang naiki memang teruk sangat. apa-apa pun di doakan Pokyeh cepat sembuh dan semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini.


tiada apa dan tiada siapa yang mampu menghalang kehendak Allah. kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.





arrgggghhhhh lupakanlah segalanya



walau apa pun yang berlaku mood raya perlu ada. mesti ada. jadi untuk wujudkan mood tu kami pakat-pakat buat photoshoot. kalau bagitau awal-awal nak buat photoshoot ni memang aku pakai baju cantik-cantik dah. tapi masalahnya ada tak baju yang cantik....? make up kasi berseri sikit muka yang kusam ni. biasalah pose2 memang malas nak jangok sangat. mate ngantuk sokmo.


sebab takde preparation jadi redah jelah muka macamana pun. janji jadi. ada mood raya tu. siap ada angpau dan kuih raya lagi. tapi untuk bergambar jelah.




cuba teka mana satu aku....kalau dapat memang korang bijak pandai....

staff lelaki tak ramai. yang perempuan ramai. yang over gedik tu memang single lagi...kalau nak try boleh je...tapi aku tak pasti still kosong ke tak...heheheh....aku korang tak payah tengok lah...memang dari dulu gedikk kalau bergambar...gedik, aku dan camera memang tak dapat di pisahkan....


apa-apa pun di ucapkan:


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN


kalau ada open house area Kuantan ni rojer aku ek...bolehlah kita kenal mengenali dengan lebih rapat...




hadiah sempena raya



sape tak suka dapat hadiah.....rasanya semua orang suka kalau dapat hadiah. semua orang suka kalau dapat benda free....


tapi aku dan yang lain-lain yang dapat hadiah ni macam tak rasa apa-apa pun. tak rasa suka. tak rasa dihargai. tak rasa gembira. dan semua rasa yang baik-baik tu kami tak rasa. sebab kami semua harapkan benda lain yang kami dapat tapi dapat benda lain.











tapi rasa bersyukur adalah jugak. takdelah sampai rasa nak buang kek dan biskut ni. bawak balik jugaklah. dah orang bagi kan. tapi ramai je yang tak ambik. dorang macam kecewa sebab kerja dah bertahun-tahun tapi setiap tahun takde perubahan. still dapat benda yang sama. yang dorang harapkan bonus jelah kot. sebab tak pernah merasa bonus di sini. nak cari kerja lain faham2 jelah. Kuantan ni susah nak cari kerja yang sesuai. tawaran kerja pun kurang.


rezeki mak cik cleanerlah kek dan biskut yang dorang taknak tu.


emmm harap-harap hujung tahun ni adalah perubahan yang baik-baik dan mampu membuatkan kami ni di hargai. barulah seronok nak menabur bakti bekerja kat sini.



p/s: masih lagi berdoa harap2 tahun depan dapat bonus 12 bulan gaji.....emmm boleh gitu...






mati mati ingat tahun ni dapat BONUS


penjawat awam dok suka hatilah sebab nak dekat raya ni dorang dapat bonus. bukan sikit tau  tapi separuh dari gaji dorang. kalau kena kat aku memang syukur sesangatlah. bukan saja dapat merasa apa itu duit BONUS tapi dalam masa yang sama dapat meringankan beban yang sentiasa makin memberat. yelah tiap-tiap tahun tanggungjawab makin bertambah. yang berat dapat jadi ringan sikit dengan BONUS yang PM kita a.k.a Najib annouce tu. maka anak, bini dan suami semua makin gembiralah menyambut raya tahun ni. eh bukan tiap-tiap tahun ke penjawat awam dapat bonus???


kalau jadi aku dan staff-staff yang lain kat sini memang sejak menjadi pekerja kat kolej ni memang tak pernah merasa apa itu BONUS. serius ini adalah BENAR. angan-angan nak dapat BONUS  tu memang menjadi impian kami sebagai pekerja di sini.memang setiap tahun ada angan-angan ni tapi mungkin itu hanyalah dalam mimpi je.aku yakin semua staff di semua centre pun merasa apa yang aku rasa.


minggu lepas dapatlah emeil ni. mati-mati aku ingat emeil berkenaan BONUS. sebab kalau tengok dari iklan yang setiap hari keluar kat tv memang kita taulah keglamouran kolej ni macamna. so keuntungan dan pendapatan dia pun kita dah boleh agak. jadi kami  ingat Dato naklah share sama-sama keuntungan tu. manalah tau kot-kot nak buat amal di bulan mulia ni. nak buat pelik sikit dari tahun-tahun sudah.





kalau macamnilah gayanya memanglah dapat sambut raya dengan hati riang gembira pastu perit nak sampai ke hujung bulan. bila hujung bulan ada yang aku skip tak bayar hutang ni.yelah orang lain raya ada duit BONUS tapi aku kena pakai duit gaji yang dapat awal tu.


terpaksalah lebihkan berzikir di telinga en hasben supaya stanby awal-awal untuk cover apa yang aku takleh nak cover.....nasiblah sape suruh jadi suami aku...kenalah redha demi keharmonian rumahtangga...boleh gitu..