weng weng weng 10 bulan



sabtu lepas bersamaan 22 September 2012 genaplah Hannah 10 bulan.

selamat ulang bulan yang ke 10 bulan sayang.

lokasi: taman gelora

waktu: pagi tak pagi sangat








apa yang weng weng....weng weng lah sebab aku lupa hari tu adalah Hannah dah 10 bulan. kejap je besar budak ni. mulalah rasa nak tambah anak....gatallll benorkan....ish taknak lagilah....nak bagi Hannah manja lebih-lebih dulu nanti baru bagi dia adik. bila dah ada adik tak bolehlah nak manja lebih lebih ye nakkkk.....


apa-apa pun ibu dan daddy doakan Hannah membesar dengan sihat dan sempurna. menjadi anak yang solehah. setiap saat Hannah dalam kepala ibu dan daddy.


sayang Hannah ketat-ketat.


meh sini nak cium laju-laju.....




 



berehat minum Nescafe setelah penat makan kat kenduri kawin



mati kutu nak buat entri. gambar banyak tapi takde mood dan takde idea.

zaman sekarang ni tak kira cuti sekolah ke cuti apa ke ada memanjang orang kawin. kira nak kawin ni tak payah tunggu cuti sekolah baru boleh kawin. takde cuti pun boleh kawin. cuti tak cuti pasti ada tetamu datang kalau dijemput. janji orang yang nak kawin tu cukup syarat yang di syariatkan oleh Islam. dan 1 lagi duit pun kena cukup. jangan hutang-hutang nanti kena katok (pukul)...


weekend aku takde apa nak buat. kebetulan pulak tu aleen balik kuantan nak attend kenduri kawan sekolah dia. minggu depannya lagi gigih dia balik lagi kuantan nak ke kenduri kawin kawan sama2 blogger. kawan dia ni time dia kawin dulu memang datang nun jauh dari KL. 


jadi aleen dah offer kot2 kalau aku  nak ikut dia. biasalah laki aku tukan weekend je keje.keje mana lagi kalau tak kat tengah laut nu train budak perahu layar. malam baru sampai rumah. jadi aku sanggup.2 2 adik beradik ni menjadi isteri tak bersuami pada hari tersebut. eh eh bukan 2 beradik ni je termasuk juga Ma aku. PakCik aku pun ada kerja. jadi angkut sekali Ma, Affar, Hannah dan Arissa g kenduri tu dekat Balok Perdana.

sampai-sampai je rumah sedang elok pengantin baru lepas bersanding dan makan beradap. jadi dapatlah bergambar sekeping dua. aku dan aleen je turun makan. yang lain buat air liur basi dalam kereta. Ma aku paling over. tangan sampai terdepang ke belakang.




jenguk-jenguk pelamin dan hantaran jap. semuanya cantik-cantik. tapi pelik si pengantin cakap pelamin dia tak cantik.juling ke apa dia nih....xpelah lain orang lain pandangan.



minggu depannya g kenduri si blogger Mieza pulak. harap-harap betullah namanya. kalau silap tolong betulkan ye aleen. yang ni lagi best. buat pertama kalinya si kutek nak ikut. bukan apa sebab dia tu macam segan malu-malu kucing sikit dengan family aku. tapi dengan aleen dia tak malu-malu kucing sangat.tak macam malu dengan kami. dengan aleen dia ngap je terus...heheheh. kalau dia asyik malu je macamna boleh adanya Arissa. betul tak? aleen ni pulak garang bagaikan harimau...tapi maybe depan kami jelah. depan kutek dia amalkan cakaran harimau....aaauuummmmmm......


kat sini ada banyak gambar aku. sebab en hasben si photographer ada di bawa sekali. sampai2 je kita makan dulu.


sila jangan pertikaikan style apa tudung aleen pakai. yang pasti bukan Gangnam Style tau. memang takde tutorial kat youtube pun. kan dia dah mention style tu adalah 'LibasIkutSuka'. tu kalau tak silap akulah....


 inilah pengantinnya sama canti sama hensem....



show off sikit pelamin yang bagi aku sangat2 cantik.


owh lupa kenduri Mieza ni kat Cheneh. Felda Cheneh. boleh tahan jauh jugaklah. time nak balik ke Kuantan terasa mata mengantuk yang amat. en hasben pun sama. jadi tak dapat nak follow aleen yang menuju ke rumah yang dia dan kutek beli area Damansara. nak tengok how the progress rumah dorang. aku dan en hasben berhenti tepi jalan tido...anak tido kat belakang.

sejam berlalu aku tersedar. kejut en hasben sebab rasa lama sangat dah tertido tepi jalan macam tu. macamlah berjalan jauh bebenor. patutnya nak g open house rumah abang ipar tapi tak jadi sebab plan nak ke Giant beli barang sikit. malam takde masa dah en hasben kerja. kerja memanjang dia nih....bosan gak kadang-kadang tu.


sampai Giant fuhhh nasib ada acik tu buat demo bancuh nescafe. berapa banyak nescafe, berapa banyak coffemate dan berapa banyak gula. jadi dapatlah minum free kat situ. kena bancuh sendiri tau. minum 2 cup kecik tu baru segar bijik mata.



bila segar bijik mata barulah agenda membeli belah barang dapur berjalan kalau tak rasa nak baring je kat kaki lima tu dan tido....nampak sangat menipunya.





notakaki:kepada ke dua-dua mempelai di atas selamat pengantin baru untuk kamu.semoga tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup berumahtangga. semoga kekal hingga hujung nyawa.








setelah 4 hari



sambungan dari sini dan sini.

mula-mula malas nak buat part-part ni. leceh jekan. tapi ni sebab kali pertama permata hati kami berdua demam panas yang agak teruk jadi nak jadikan ianya kenangan di blog ni.

hari ahad tu adalah hari ke 3 Hannah demam panas. boleh tengok macamna manjanya dia dengan en hasben.

hari Isnin (hari ke 4 Hannah demam) patutnya aku berkursus anjuran KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) di MS Garden Hotel.

pagi Isnin tengok keadaan Hannah masih tak ok. tak ok yang teruk lagilah. kalau tak ok biasa2 je aku hantar je ke rumah Mama. jadi tak sampai hati nak tinggalkan dia dengan Mama. en hasben pulak outstation ke Cherating. tak boleh nak adjust dah sebab dia ada program dengan SK Cherating dalam mencari bakat baru untuk 3 hari. jadi terpaksa bagitau mybos tak dapat attend the Seminar last minute dan tak dapat jugak nak masuk ofis. ambik EL on the that day demi Hannah.

orang yang ada anak je tau macamana perasaan kalau anak sakit dan tersepit antara kerjaya dan anak. tapi jangan suruh aku buat pilihanlah sebab 2 2 penting. tapi bila berkaitan dengan nyawa ni mestilah aku pilih nak selamatkan nyawa. nyawa tak boleh di ganti-ganti lagi dah. hilang kerja boleh cari kerja lain. mybos pun ada anak so mesti dia tau macamna rasa dan apa patut buat kalau keadaan macam ni jadi kat dorang. dorang lagilah banyak pengalaman.


jadi awal-awal lagi dah bersiap nak bawak g klinik. ni klinik gomen pulak. KK Kurnia je. KK ni jugaklah check up Hannah sejak dia tengok dunia. sampai-sampai MasyaAllah penuh orang 1 klinik ni.penuh ni tak lain tak bukan ni semua pasal cuti 1Malaysia. 3 hari cuti jadi tu yang penuh klinik tu. macam ada special event je klinik tu aku tengok.

ambik no pukul 9 pagi pukul 2 baru di layan. nasib Hannah demam so dia tak aktif macam biasa. kejenya hanya menengok orang.mata berair hidung berhingus. dah macam apa aku tengok anak aku ni.


 semua seat penuh. siap ada yang berdiri lagi...tak pernah aku tengok klinik kampung macamni boleh penuh sebegini rupa.



last2 tido jugak budak ni. nampak tak orang dah kurang. dah time lunch ni. sebab tu ramai yang keluar dulu dan datang balik lepas pukul 2 petang.


nampak tak besar mana peha anak Jenab...gebukan.


 jadi hari yang sepatutnya berada di MS Garden Hotel tak jadi di gantikan berada di KK Kurnia.


notakaki: seorang ibu sanggup buat apa saja demi kesejahteraan anaknya.










kalau dia memang segala mimik comel. tapi kalau kita? sendiri mau ingat



makin besar ni makin banyak akal.


ni lakonan semata. aku gian nak berfesbuk sebab kat ofis banyak giler kerja sampai fesbuk pun tak sempat nak jenguk. tapi bukak tetap bukak dari pagi sampai petang.


bila dia nampak je aku sentuh suis nak on laptop dan duduk depan laptop macamnilah aksi dia.





 





 






geram pulak tengok Hannah ni....comel bangat. sape-sape pun tengok anak sendiri comel. kalau rasa anak sendiri tu tak comel memang ada yang tak kenalah tu.

lepas peluk cium dan gomol gomol lebih kurang oklah dia.....


oklah saya nak tido sambil peluk ketat-ketat buah hati saya ni. time Chenta hati xde nilah boleh peluk sakan dengan anak kesayangan saya ni.:)


notakaki: en hasben masuk hutan dengan FIL,BIL dan adik ipar BIL. g bercamping. jadi hujung minggu saya dengan Hannah je.





keadaan semalam



keadaan terkini semalam. keadaan masih lagi terkawal tapi still berjaga-jaga.

hari ke 3 demam panas.



gambar atas: siang hari di rumah Ma aku. Ma lah yang jelunkan kepala Hannah sampai Hannah pusing kiri kanan nak lepaskan diri dari cengkaman Ma. last2 Hannah kalah dan terpaksa redha lama kelamaan tertido sebab kasar2 Ma pun  Ma ulit dia sampai tertido.


gambar bawah: balik dari rumah Tok Long kami dinner dulu dan bagi Hannah makan ubat. kami gurau-gurau dulu dengan dia nak kasi dia penat dan senang tido. pukul 12.25am baru dia tertido sambil en hasben pun tido sama. berjaya juga en hasben tidokan dia.


badan still panas. suhu tak tahu berapa sebab aku takde termometer (bacaan suhu) kalau salah tolong betulkan ek. tapi ok sikit dari malam kelmarin. nyaris-nyaris nak serah diri ke hospital. tapi pikir banyak kali aku try bagi ubat klinik jelah dulu. kalau teruk sangat tak ok jugak dgn ubat yang ada baru serah diri. lagipun aku berkursus pagi ni di Hotel MS Garden.


aku dan suami buat apa yang termampu untuk Hannah. bukan bermakna tak bawak g jumpa pakar kami tak sayangkan dia. bawa g jumpa doktor dah pun. tapi takdelah kat hospital pakar. yang mana mampu kami buat dulu. 


ni nak berkursus pun tak senang hati. kepala asyik ingat anak. en hasben pulak outstation hari ni. tapi dah pesan kat Mama kalau ada apa-apa yang terjadi silalah contact aku.


notakaki: tolong sama-sama doakan Hannah cepat sembuh. rindu keletah dia yang lincah tu.


 



tak berapa nak sihat



assalamualaikum...

bersawang dan bersemak dah kan blog ni...sorrylaha walaupun blog ni sendu sendu je niat nak update tu memang ada. tapi kekangan masa tu yang selalu ada pada diri saya.


oklah tak nak membebel berjela jela.yelah kat rumah ni pun saya selalu membebel kat en hasben. yelah membebel pun bersebab. bukan saja-saja. jadi hari-hari cuti ni saya nak diam je. tak nak banyak cakap sangat. banyak jalan takpe saya suka.


anak dara saya hari ni tak berapa sihat. demam panas. memang panas sangat-sangat. dari malam tadi saya dan dia tak tido langsung. tak tido langsung ok. dia tak sedap badan kan so haruslah merengek sakan. dahlah demam di susuli batuk kering pulak. batuk yang takde kahak tu. bila nangis tu suara tak berapa nak keluar sebab tekak dah kering. jadi nangis dia macam dengar tak dengar je. air mata je yang lebih keluarnya.


en hasben pulak semalam petang masuk hutan. biasalah hobi dia. bukan sebab kerja ok. kalau sebab kerja saya memang dengan rela hati melepaskan dia ke mana saja dia perlu pergi. PERLU. di tegaskan sekali lagi. tapi ni dia pergi sebab hobi. suka-suka nak habiskan masa sebab cuti ni kan. tapi takpelah dia pergi dengan family dia. maksud saya abang dia, cousin dia, jadi di kalangan family dialah. lagipun time dia pergi tu Hannah tak berapa menunjukkan kepanasan melampau lagi. jadi ok jelah bagi saya.


tup tup malam tu memang panas seluruh badan Hannah. saya dah mula risau. yelah pemberi semangat saya tak de di sisi. nak call bagitau pun manalah ada line dalam hutan sana. jadi saya tawakal je. jaga Hannah sorang2 dalam keadaan yang serba tak kena.

Hannah memang tak boleh nak tinggal. saya nak kencing pun dia menangis macam saya dera dia. jadi saya bawak. tu kalau nak kencing. kalau mandi ke buang air besar ke apatah lagi. memang benar-benar menguji kesabaran dan semangat saya. nasiblah Hannah belum pandai berkata-kata. kalau dah pandai mesti dia bercerita kat mama yang saya bawak dia g kencing ke g mandi ke...mampus....:)


saya buat apa yang termampu. bagi dia makan bubur walaupun dia takde selera. sebagai ibu saya paksa jugak dia makan. menangis pun menangislah. bagi dia minum air suam banyak2. susu pun saya bagi banyak. susu dia tak pernah tolak. tapi bubur dan air suam payah sikit. kena paksa lebih. pastu baru bagi ubat demam. ubat selsema saya titikkan dalam hidung bagi dia selesa. vicks saya sapu di dada dan belakang. kepala dia saya basahkan dengan air asam jawa. badan saya sentiasa basahkan dengan lampin basah.


badan saya pun dah penat melampau. yelah jaga anak sakit tanpa bantuan sesiapa. suami ke, keluarga ke, adik beradik. semua takde. jadi saya kena kuat. takpe demi anak tersayang saya rela. ini baru demam. ibu-ibu lain di luar sana yang jaga anak sakit kronik tu macamanalah mereka hadapikan? semangat mereka lagi kuat dari saya. yelah tak kuat pun kena kuatkan juga. demi nak tengok anak sihat nanti.



jadi dari malam sampai sekarang saya dan Hannah masih berjaga.en hasben dah balik pagi tadi pukul 9. alhamdulillah. saya boleh masakkan sup untuk Hannah sementara tu biar en hasben pulak yang layan kerenah Hannah time demam ni. biar dia pun rasa apa yang saya rasa. tapi keadaan tetap tak sama. en hasben jaga Hannah tetap nak libatkan saya. dahlah saya ni busy kat dapur memasak.

Contohnya:
1. awak kain lampin dia kat mana?tolong ambil boleh?
 = padahal dia tau semua kain baju Hannah dalam bilik dalam bakul.

2. awak penyedut hingus dia mana?(terus tanya tanpa ada niat nak mencari).
 =dia juga tau penyedut hingus tu ada dalam bakul ubat-ubatan Hannah.

ada banyak lagi situasi.

tapi takpelah sekurang-kurangnya dia bantu saya.


time tengah menaip ni alhamdulillah saya berjaya tidurkan Hannah. saya buat2 tido dengan pejam mata rapat-rapat sambil menyusukan dia. dia tetap merengek-rengek time menyusu. hingus banyak keluar. saya sedut hingus tu sekali sekala. nangis pun saya tetap sedut dengan penyedut tu nak bagi dia selesa bernafas. last-last dia dan en hasben tertido serentak. en hasben memang banyak mengelat dalam hal ni. ingatkan nak jaga anak tapi nak tido sebelah anak.


takpelah dua-dua dah kepenatan. Hannah penat merengek dan menagis start dari semalam lagi. en hasben pulak penat sebab dia cari sendiri. saya penat takpe. demi orang yang saya sayang.ini pengorbanan saya. ini je yang saya mampu buat.


 

Hannah tak pernah deman panas sejak dia lahir. nak tumbuh gigi pun dia tak demam. cuma panas-panas nak demam tu memang ada. takpelah kali ni Hannah dah rasa macamne rasa demam panas ye sayang. ini Tuhan bagi dugaan untuk Hannah dan juga ibu sekali.

sepanjang kita hidup ni mestilah ada sekali sekala sakit demam tu. takkan nak sihat je sepanjang hayat. tu semua dugaan Allah. 



notakaki: sayang Hannah mesti kuat semangat tau....kalau boleh taknak serah diri kat hospital lagi.duduk hospital lagi penat dari duduk rumah. usaha kat rumah dulu. kalau tak ok jugak petang ni kita g hospital ye sayang.


oklah anak dara dah start merengek ajak saya tido sekali tu...heheheh....


gigi nan dua batang



dua hari sebelum raya

di homestay Pendang Kedah

tengah syok-syok suap Hannah makan malam tiba-tiba dia gigit jari aku.

owh dah ada gigi 2 batang anak ibu ni.

kiranya nak test gigi dia dengan selamba gigit jari aku time suap nasi kat dia.

kiranya gigi Hannah benar-benar tumbuh dan menunjukkan rupa sebenar pada 17 Ogos 2012 pada umur 8 bulan 25 hari.


sila abaikan lubang hidung anak kesayangan saya tu yek.


sejak-sejak dah ada gigi ni macam-macam dia nak gigit. yang paling seram dia gigit cik B. aduiiii sakit tak terkata.






akhirnya sampai jua ke bumi Pendang


16 Ogos
sepatutnya aku kerja lagi hari ni tapi masuk ofis kejap je. mood kerja dah terbang melayang-layang entah ke mana.ingatkan hari ini naklah kemas barang2 yang nak bawak ke Kedah. biasalah excited tu lebih sebab tak pernah beraya kat tempat orang macamni. nak kata ada saudara kat sini memang jauh sekali. lepas masuk ofis aku singgah jap kat rumah Ma. Ma aku baru nak keluar rumah dengan mata bergenang air mata. rupanya Mak Su Kiah aku meninggal. jadi aku follow sekali Ma aku ke rumah arwah.

bertolak ke KL rumah Aleen dalam pukul 11malam macamtu.


17 Ogos
bertolak ke Kedah pagi tu. sampai-sampai bumi Pendang ngam-ngam waktu orang berbuka. terus ke rumah abang sulung Pak cik aku. Pak Cik aku dah takde mak dan ayah. dua-dua dah meninggal. sebab tu sejak  bernikah dengan Ma aku dia hanya balik kampung sekali je.sampai2 makanan untuk berbuka semua dah ready. cuma tunggu nak hidangkan. aku dan aleen gagahkan diri jugak ke dapur. tak kan datang nak makan je kan. kalau ikutkan penat memang penat melampau. aleen drive sorang je dari KL sampai Pendang. aku jaga 2 orang anak kat belakang. berbukalah kami dengan masakan Kedah. syukur.

Mak Long bekalkan nasi dan lauk untuk bawa ke homestay. untuk dimakan sahur nanti.


18 Ogos
semua bangun awal pagi sampai aku rasa hari ini adalah hari raya. rupanya perjalanan jauh lagi. menuju ke kubur arwah ayah pak cik aku. memang jauh jugak dari Pendang. Pak Long ikut sekali. sampai je kawasan  kuburan Pak Cik aku terus bersihkan kubur arwah ayahnya sambil bergenang-genang air matanya. mengenangkan peristiwa ketika keluarganya mengebumikan arwah ayahnya.Pak Cik kata dia terkilan sangat sebab kalau diingat balik macam dia dan keluarga 'buang' je mayat ayah dia kat situ.yelah time tu kawasan tu belum jadi kawasan perkuburan pun. masih hutan dan bersemak. dia kata nak datang ke situ pun orang baru buat denai time nak kebumikan ayahnya tu.pengusung mayat pun buat dari buluh. tapi yelah time tuh tahun 60/70an. mana nak sama dengan zaman sekarang. selepas dari pengebumian arwah ayah PakCik aku ni terus sampai sekarang tanah tu di jadikan tanah perkuburan kampung tersebut. dan satu lagi kubur arwah ayah PakCik ku adalah yang terpanjang di kawasan tanah perkuburan tu.agak-agak aku ada dalam 10 - 12 kaki.





dah siap bersihkan kawasan kubur, sedekahkan yassin semua kita orang bertolak balik ke homestay semula. esoknya dah raya. lepas solat sunat hari raya nak ke kubur arwah mak PakCik pulak. fuhh baru sehari berjalan tapi badan penat melampau..


notakaki: kalau ziarah kubur sape2 perasaan sebak akan datang secara automatik. tak tau macamna perasaan kalau ahli keluarga kita sendiri yang pergi dulu dari kita.


 





raya jauh raya sakan - part1



semua orang awal-awal lagi dah gebang pasal raya dorang. aku ni dah raya ke berapa hari ni baru nak gebang kat blog ni. biasalah rayakan sebulan. panjang lagi masa nak cite pasal raya.


tahun ni giliran beraya dengan family saya. tapi family saya tak beraya kat kuantan. Ayah tiri saya nak balik kampung halaman dia di Pendang Kedah. selama dia nikah dengan mak saya baru sekali dia balik. kiranya selama ni dia memang beraya dengan family mak sayalah. jadi bila dia offer kami adik beradik balik kampung halaman dia saya jadi serba salah. nantilah saya cerita kenapa saya serba salah.


okey kat sini saya nak share jelah persediaan saya sebelum raya.



ini saya beli untuk diri sendiri menggunakan duit sendiri jugak. kena bagitau jugak ke. ishhh mestilah kena. persediaan raya untuk suami dan juga Hannah saya dia siapkan awal-awal.cuma untuk diri sendiri je saya nak tunggu respon dari en hasben. sampai ke sudah dia masih buat dekk je. last2 saya decide pakai jelah duit sendiri. kalau pakai duit sendiri saya tak membazir sangat. biasalah bukan senang nak cari duitkan...? tapi kalaulah en hasben bagi saya budget untuk belanja raya memang saya akan beli lebih dari ini. tapi bukan untuk saya je. untuk Hannah terutamanya. semuanya untuk dia dulu. pastu baru untuk suami. saya takpe saki baki pun saya ok je. padahal dalam hati saya sorang je yang tahu.:)


ini pulak dalam kereta adik saya. memang perjalanan jauh giler saya rasa. 12 jam tak silap saya. sampaikan saya rasa punggung saya dah takde. rompong je....saya tumpang kereta mak saya dari kuantan ke kl. pastu kami bersahur di rumah adik saya tu. lepas sahur dan rehat, solat dan tido jap kami sambung perjalanan ke Pendang. time ni saya tumpang kereta adik saya pulak. memang rasa macam 'miskinnyelah aku time ni asyik jadi penumpang pelarian je' . bertolak pagi sampai ngam2 orang nak berbuka. jalan memang jamm yang amat. tapi tak semua jalanlah. ada kawasan2 tertentu.




oklah nanti saya sambung balik cerita raya saya satu family.


notakaki: kenapa tetiba guna perkataan 'saya'....entahlah saya pun tiada jawapan...