keranamu ku korbankan jua....

ini en teman tersayang punya kerja.

semalam hantar fresh flowers ini kat rumah....nak tau pukul berapa dia hantar...waktu hantar memang terbaik seumur hidup aku ni aku rasa....pukul 3.15 pagi...di sebabkan sayang ku korbankan jua tidurku yang bertambah nyenyak di musim sejuk-sejuk ni.


-penuh ruang tamu di kerjain oleh beliau-

jadi dalam rumah kat ruang tamu dah jadi macam taman. patutnya di waktu-waktu sebegini dalam hatiku yang ada taman. tapi terbalik. dalam rumah pulak yang menjadi taman.

dia pesan time call "bangun cepat saya dah kat depan rumah awak nak hantar bunga. jangan banyak cakap tau sebab saya dah takde masa ni". pergggghhh ayat macam orang kena culik. bila tengok baru aku tau dia takut aku marah rupanya. ingatkan bunga sikit-sikit je.rupanya sebanyak ini.

tapi sekarang bila nak marah je tengok bunga-bunga ni masih segar tak layu lagi rasa sejuk sikit. biasalah makin dekat hari makin banyak tekanan kami berdua.

cepat je rasa


aku rasa macam cepat sangat masa berlalu. baru je lagi adik aku aleenavril tu kawin. sekarang jodoh aku pulak bakal tiba. dalam masa 7 hari lagi aku akan bertukar status.

InsyaAllah harap-harap semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. korang doakan aku ek.

segmen jom berkenalan - create by loqman hakim

GKSB telah tag segmen ini kepada semua followernya.





pagi-pagi aku sempatlah berjalan-jalan ke Kedah (nampak sangat aku tipu). jalan-jalan ke blog GKSB. dah dia tag kat semua follower dia jadi aku sahutlah apa yang dia tag tu. sebab mudah je pun....kalau payah-payah aku pun tak koserrr nak join....


aku dan Loqman Hakim ni memang tak pernah kenal antara satu sama lain pun. tapi dah namanya segmen 'JOM BERKENALAN' so adalah sikit-sikit pertanyaan dari L.Hakim ni. jom kita tengok apa yang dia nak tau pasal diri aku ni.


? apakah status cik fifie? (jawapan mestilah antara single, berpunya, berkahwin or bercerai).
= = cik fifie hari ini single lagi. tak de BF, takde tunang, takde suami dan juga belum bercerai sebab belum berkahwin . tapi semua status ni akan bertukar next week.


? ceritakan serba sedikit tentang diri cik fifie?
== cik fifie anak perempuan yang ke 2. ada 5 adik beradik. 4 perempuan dan 1 lelaki. adik perempuan yg ke 3 je dah bkahwin yg lain single lagi termasuk cik fifie....:)- ada ayah & mak tiri yang best. 1 kepala 1 hati 1 jiwa. berasal kuantan dan bekerja jugak di kuantan.


? ceritakan tentang blog cik fifie?
== blog cik fifie ni takdelah best macam blog-blog yang lain (dengan nada rendah diri sama rendah dengan tuannya) . cite pun entah apaapa. tapi banyak cite tentang perasaan cik fifie dan family je. kalau nak tau kehidupan seharian cik fifie silalah datang jenguk blog ye....


? apakah pandangan cik fifie pasal dunia blog?
== dunia blog ni ada best & ada yang tak best. yang tak best sebab selalu jugak kena ganggu oleh manusia bertopeng sebab takde muka. bila ada perasaan sakit hati ke apa hah mulalah terjah-terjah menggunakan bahasa yang tak berapa berbudi bahasa dan menggunakan nickname anonymous. kalau betul sangat kenapa taknak tonjolkan diri. yang best pulak boleh berkenalan di alam maya ni. takdelah segan sangat macam kita berkenalan dengan bersua muka ni. dapat share segala bendalah....dari A sampai Z.....


? nasihat kepada rakan-rakan yang baru nak wat blog?
== takdelah nak nasihat sangat pun. sebab cik fifie pun masih bertatih dalam dunia blog ni. cuma nasihat cik fifie jangan menyalahgunakan medium blog ni dalam kehidupan.


? keunikan blog cik fifie?
== unik ke??/ entahlah....pembaca saja yang tau untuk ke tak unik blog cik fifie ni...mereka yang berhak menilai...


? sampai bilakah cik fifie akan menulis blog dan impian dalam dunia blog?
== cik fifie akan menulis blog ni sehingga cik fifie mampu untuk berbuat demikian. dan impian dalam dunia blog ni pulak cik fifie nak menambah kenalan yang sedia ada dan dapat berkongsi apa saja yang boleh di kongsi bersama.hehehe


ok ini je soalan yang L.Hakim tanya aku. sikit je pun soalannya.

aku nak tag segment ni kat sape-sape je yang baca dan follow blog aku ni.

malu kat diri sendiri sebab jakun

pagi-pagi masuk ofis rasa teruja yang teramat. semalam aku suruh seorang uncle kat ofis aku ni pegi beli setem.

pagi ni dia baru bagi setem yang aku kirim. teruja giler aku tengok setem ni. cantik sangat sampai sayang nak guna. macam budak-budak pun ada aku rasa. kalau beli mamee snek tu kan biasanya ada sticker gambar kartun-kartun. ha macam tulah setem ni.

-cantik sebab ada purple-

mulalah keluarkan camera dan snap banyak2. macam entahapaapa pun ada. ada bbrapa lecturer tengok kelakuan aku. aku buat dekkkk je.

last-last uncle tanya."fifie kenapa setem pun u ambik gambar, tak penah tengok ka???(slang india) ". owh baru aku sedar ada org perhatikan aku rupanya....

-comelnya-

aku jawab.' ermmm saya nak tunjuk kat adik saya'. jawapan pun ntahapaapatakmasukakal. mengong....

last-last malu kat diri sendiri. setem macamni pun jakun....

-tak payah pakai gam dah-

-siap nak di pos. abaikan tulisan buruk cakar itik tu-

biasalah dah lama tak guna setem nak pos apa-apa. sekarang semuanya guna email je. (cover malu)

seluk 'anu' untuk keluarkan isi perut

mulalah nak salahkan keadaan mata yang tak berapa nak terbukak. orang kata aku ni celik ke pejam ke macam sama je. nak-nak kalau senyum or gelak besar memang akan ada orang tanya macamni ' ko ni senyum ke tido' ?? keji kan dapat kawan mcmni. rasa nak bagi penampawwww pun ada. tapi aku ni kawan yang baik. mesti nak puji diri sendiri.

sabtu terpaksa kerja. kena prepare report berkenaan selected student dan akan di present oleh my boss esok sampai rabu (kalau tak silap) kat HQ KL. bangun pagi2 waktu hari tak bekerja adalah satu kesukaran yang amat berat untuk dilaksanakan. tapi dah tanggungjawab.....

nak basuh muka kat sinki terkejut beruk aku bila ternampak menatang ni. yelah dah mata tak berapa nak clear sebab tak bukak luas2. ingatkan ada orang buang bayi dalam sinki rumah aku. *langsung takde kena mengena*..

dah kenalpasti dah menatang tu apa ke benda aku adalah lega selega leganya. sempatlah aku tengok opah aku buat kelakuan lucah kat menatang tu. opah aku dengan selamba seluk tangan ikut kemaluan menatang tu dan keluarkan segala isi perut. lama dah aku tak tengok aksi-aksi 'lucah' giler best macamni. last tengok rasanya dalam 15 tahun lepas. time tu aku dan family yang duduk rumah ni. time kecik-kecik. bila kami pindah barulah opah aku tinggal kat sini. inikan rumah kampung. boleh buat macam2 tak de sape boleh kacau. janji aman damai dan mengikit spesifikasi piawaian dari LKPPKN (betul ke tak ni).

korang penah tengok tak. biasa kat kampung je senang nak tengok aksi-aksi tanpa 'ada kemaluan' ini berlaku.

nak tau tak macamna rupa menatang tu........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

-ni 'anunya' -

pernah tengok tak???


zoom lebih dekat
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

jeng jeng jeng.........
-bekas-bekas bulunya di layur api. inikan kampung mari-

-inilah rupa sebenar-
silew abaikan kesemakan sinki ini

inilah hidangan aku sekelaurga untuk sabtu lepas. sedap dan mantap. sebab dah lama sangat tak merasa makan ayam kampung. dua ekor sekali masak. licin. pic lauk yang telah di masak aku tak ambil. sebab aku kerja. balik kerja terus makan yang mana ada je terhidang.


dugaan kecil di pagi jumaat


dugaan dalam proses menghalalkan hubungan aku dengan si teruna.
nak sedapkan hati je ni.

memang rasa down kalau ada orang yang hentam pepagi buta pasal yang tak munasabah. macam tak masuk akal pun ada. padahal benda tu tak jadi masalah pun.

time bersiap nak pegi kerja kedengaran ada orang bertekak luar rumah.
malas nak ambil tahu apa yang dipertekakkan.
dah siap nak g kerja.
nak keluar ada seorang pmpuan panggil aku dengan kasar.
berdebar-debar jantung aku.

dia tanya kenapa dalam kad kawin tu takde nama seorang lelaki ni.
alamak.....
dalam kepala perlu ke ada nama dia.
sape dia dalam hidup aku
bukan abah aku
bukan ayah tiri aku
bukan datukku
semualah bukan
cuma ada hubungan sipi-sipi

pmpuan tu mengamuk-mngamuk
aku tau dia kena hentam dengan lelaki tu pagi-pagi
kononnya sebab nama dia tak de
dalam kad tu
maka dia malu nak menjemput
kawan-kawan dia
ke majlis aku
sebabnya orang akan tanya
siapakah geranganya yang berkahwin

kononya semua orang di bandar ini
mengenali beliau
siapakah beliau
menterikah?
excokah?
adunkah?
artiskah?
memang semua ini juga bukan

tanpa aku mengeluarkan sepatah kata
aku masuk bilik
rasa sebak di jiwa
pasal nama pun boleh jadi isu

apa yang penting
ada nama
ibu bapaku
mak dan ayah tiriku
opahku selaku aku tinggal dengan dia
dan dah letak word 'kami sekeluarga'

kalau semua kaum kerabat aku nak senaraikan
sebagai penjemput
kena tambah page lah
buat macam buku
tak payah guna kad

kalau ikutkan hati
rasa nak menjawab je
kalau ko tak nak g menjemput
so tak payah lah pergi menjemput
kawan-kawan ko bukan orang kampug tu pun
bukan aku heran pun dengan dorang
biar mak bapak dan opah aku je
yang menjemput.


p/s: dalam mood geram. rasa nak serang je dia.



kisah di sebalik kereta


korang pandai drive tak? penah naik kereta tak? mustahillah tak pernah kan??? toksah nak mengaku miskin sangatlah....orang asli yang duduk dalam hutan pun dah boleh naik helikopter nikan pulak kita setakat dengan kereta tu. tak heran kan???


sejak aku dah guna kereta dan berlesen start 2003 ni terlalu banyak pengalaman yang aku lalui dan alami. tak kisahlah yang aku alami or kawan-kawan sekeliling aku.


antaranya:

1. kereta manual

walaupun kereta kancil tapi memang best manual. kecekapan teruji. tapi tak sedar diri bila bawak nak laju aje. pastu kalau tukar gear mulalah tersedu-sedu last2 mampus. kalau naik bukit asap mengalahkan apa lagi. pastu mulalah nak terundur kebelakang balik. (ni berlaku time belajar je).tapi bukan aku.


2. kereta auto

ayah ofismate aku. anak dia baru beli kereta auto. rasa teruja sangat dan terasa nak bawak pusing-pusing town. bawaklah si ayah ini kereta baru itu. last-last dia ada stop kat 1 tempat dan matikan enjin. bila nak hidup enjin balik kete tak hidup. pelik kan kete masih baru. bukak bonet depan. tengok-tengok budget pandai jd pomen . dekat sejam jugak si ayah try2 tengok,berpeluh-peluh. call semua anak-anak tanyakan apa kes dengan kete baru tuanak pun tak tau sebab tak pernak pakai yang auto.. tak dapat nak solve. nasib ada mamat muda berhenti bertanyakan hal sebenar kat si ayah. duduk belek luar dalam kete baru tau apa masalah. rupanya si ayah tak free gear sebelum off enjin. Berpeluhlah si ayah ingatkan kete baru anaknya rosak.


3. kereta pinjam

kawan aku punya kes. baru tadi dia story. kete sendiri ada tapi nak jugak pinjam kete kawan. sebab nak hantar adik g interview gomen kat negeri B. jalan jauhlah. kete mahal dan made in obersi beshhh sikit. dah sampai tempat interview memang banyak kete bersusun nak parking. tapi kena register no plat kete. kawan aku masuk parking dulu tanpa sedar kena register. nak ke tempat interview kena cross pondok register no plat kete.pak guard mintak register. alamak tak tau no plat kete, terpaksalah jalan kaki ke kereta balik semata-mata nak tengok no plat. pak guard siap tanya 'kete baru ke dik ?' kawan aku jawab selamba je...'taklah kete pinjam.....


4. sayang duit punya pasal

terjadi kat adik kawan. real.
dari rumah nak ke bandar dalam setengah jam. terlalu konfiden minyak kete boleh tahan sampai bandar. bawak punya bawak minyak dah merah. eh eh eh tak nak g isi pulak tu. so main redah je. last last kete mati tengah jalan atas jambatan. kuar-kuar seorang wanita. fuhhhhhh siyes malu kalau aku kena. nak-nak pulak dia time tu bawak kete perdana. nak tak nak kalau sape2 tanya cakap kete rosak jelah....cover malu....


korang mesti ada pengalaman pasal kereta jugakkan. ini semua orang punya cerita. aku dengar je. saja nak story kat sini.


p/s: kalau macam aku minyak baru je merah dah mengelupar cari stesen minyak.




URBAN VIBE ONLINE CONTEST EDISI KE 2 (Persandingan Real Wedding)

Eeee ahhhhh eeeee ahhhhhh eeee ahhhhhh… *nyanyi lagu Mas Idayu Senggol Senggolan Cubit Cubitan* ayuh gelek…

Weeeeeeehhhhuuuuuu……. Nih haaaa nak kabor kat aok aok sekelian, aok seme nampak tak gambor kat bawah nih. Koi doh letok besor besor doh nih..Kalu aok aok seme tak nampok jugok, koi nasihatkan silew lah ke kelinik mata dengan segera. Koi serius nih…hahhhahaa

Eh salam to all bloggers and readers. (nak cakap omputih plak daaaa, kata nanti honeymoon nak p Europe kan, kena praktis awal awal..*propa semata nih*)

Nih nak masok contest nih. Sape sape nak kawen boleh lah boleh datang ke rumahku, -eh terdangdut lagu Mas Idayu lagi. Haisshhh.. Ok ok ok behave ok….Sebenarnya nak masok Contest anjuran Urban Vibe Event nih. Dah kata nak kawen hujung tahun kan… Tuh pon dah memenuhi syarat dah tuh.. Rugi sangat lah kalau tak try nasib masok contest nih kan, ko tahu rugi dia macam mana?? Rugi dia boleh lah diumpama kan macam cerita si anjing dengan bayang bayang. Haaaa memang teramatlah rugi yooooo….*sambil kedua telapak tangan tekup muka tanda kesal*.


Contest nih sonang yooo nak kabo kat korang…Syarat syarat untuk contest nih bole tengok sini. Just kene letak pic bakal pengantin kan. Dah sekarang nih kan aku cakap pasal aku yang nak kawen kan… Wajib lah aku letak muka aku dengan pasangan aku ha. Takkan nak letak pic mak gan abah mentua aku plak (oppppsss tergedik pulak panggil mak abah awal awal, maklum ajer nak kawen kan).


Tanpa menbuang masa meh tengok pic aku & pasangan aku yang aku pertaruhkan untuk contest nih. Segala undian untuk undi aku supaya menang bole hantarkan dengan menaip UNDI KAWEN FIFIE dan hantarkan kepada 33133 (Setiap sms adalah dicaj RM 0.50 *Tertakluk kepada terma & syarat)… ekekekkeee…

Aku selaku pengantin perempuan melayu idaman Malaya

Ketinggian: 154 cm

Berat: 46 kg

Beliau selaku pengantin lelaki tak da sapa mahu selain aku (kejamnya ayat)

Ketinggian: 155 cm

Berat: 48 kg

Kami berdua bakal pengantin tahun baru~insyallah.

Tarikh Nikah: 31 December 2010

Tarikh Majlis Sanding: 1Januari 2011


LOGO Rasmi Penganjur~Urban Vibe Event


LOGO Rasmi Pameran Pengantin Malaysia

Penganjur Pameran Pengantin Malaysia adalah Urban Vibe Event

Lokasi: Ampang Point Shopping Centre

Tarikh: 7 - 9 Januari 2011

Ok lah yoooo…dah siap ler entri aku untuk contest Urban Vibe nih haaa… pihak penganjur sile lah review…. Mekasih jugak sebab dah anjurkan contest menarik macam nih haaa….

Yang nak join contest nih bole tengok sini – Urban Vibe Event


aku dan perihal nikah kawin

saja nak annouce lagi sekali...korang jangan marah ek. aku cuma taknak ada yang terkejut nanti kenapa tetiba je aku tukar status .

memang patut hebohkan hal yang baik macamni cuma kali ni aku sedikit fobia dalam kes macamni. kan aku dah kena main-main dulu. so tak naklah pisang berbuah dua kali.

sape kata aku tak excited. mestilah hati berbunga-bunga kegembiraan bila aku sudah di sunting oleh teruna elehh gediksss lebeyy.

so tak lama lagi aku akan story pasal a big our special day jelah kat blog aku ni. tu pun kalau aku rajin.

baru hari ni nak story. dan baru hari ini jugak nak prepare apa yang patut buat. sempat ke tak entahlah. bak kata ma aku 'duit ada semua jadi'. (betul jugak).


p/s: harap-harap segalanya dipermudahkan oleh Allah.

pengakuan berani mati

ini bukan pengakuan BERANI MATI...tapi pengakuan apa nama entahlah....aku sendiri pun dah pikir 1001 jenis pengakuan. semuanya macam tak sesuai. jadi korang jelah yang letak nama pengakuan ini pengakuan apa. PENGAKUAN SUMPAH kot.

tapi ini adalah pengakuan ikhlas dari aku.

aku bujang lagi tapi not available dah sekarang ni.

aku sudah di sunting oleh seseorang yang aku harap boleh menjadi seorang suami dan kawan dalam masa yang sama. InsyaAllah....doakan aku.

dah kata kan tadi harap boleh jadi SUAMI maknanya aku akan menamatkan zaman bujang aku dengan dia tidak lama lagi.

harap-harap yang ini tidaklah seperti yang dulu. main-main dalam hal nikah kawin ni.

korang doakan aku ek.....


p/s: tak sabar nak jadi glamor on the that day tu. seme mata tertumpu pada pengantin.


akibat skodeng mengodeng



adakah ini bahana skodeng orang??? bila aku pikir-pikir balik ada ke aku skodeng sape2 2 3 hari ini. rasanya takde pun. tapi ni mungkin sebab aku skodeng anak buah aku sendiri si Arissa ni. yelah selalu mak dia yang skodeng dia. ni aku pulak saja gatal-gatal nak skodeng dia. tapi ada ke pantang larang macamni kalau mengintai macamna rupa bentuk tuuuttttt anak buah aku tu menjadikan mata aku sebegini rupa. sebenarnya saja je nak skodeng Arissa. suka2. mak dia tak tau hal ni .


seksa je rasa nak menengok apa-apa. time bersembang dengan orang aku nampak orang tu berlapis-lapis. tak taulah kot-kot orang tu perasan mata aku sedikit juling time pandang dorang. sebab dorang bukan 1 tapi 2 lapis. double-mable.

pastu bangun pagi ini walaupun belum basuh muka ke apa terus kasi tengok cermin . aik makin besar pulak ketimbir kat mata aku ni. org kampung aku panggil ketimbir (kampung korang aku tak taulah panggil apa).

nak melintas jalan pun seksa. aku ni jenis parking kete depan ofis aku je. kira seberang jalan besar. so pagi-pagi memang kena cross jalan lah. oooo pandangan aku tak berapa clear. nampak kete jauh lagi padahal dah dekat. sebab guna sebelah mata jekan.



p/s: pasni nak try skodeng orang dewasa pulak. nak tengok apa jadi.hahahahaha. gurau-gurau je. maunya aku pengsan nanti.

nak sangat sampai awal padahal tak kenal pun antara satu sama lain

ma aku ni memang tau. kalau dia dah cakap macamtu dia mesti nak yang macamtulah.jangan pandai2 ubah. mampus dia naik angin. kalau dia naik angin aku takde hal sangat. cuma suara ngaumam harimau dia tu yang buat gegendang telinga aku makin hari makin rosak je aku rasa. ma aku memang suara kuat walaupun dia rasa tu adalah volume yang paling romantis dia cakap. tapi apa2 pun ma aku adalah best. tak kenal maka tak cinta.

dah 2 3 hari lepas dia duduk mencanang cite kat aku bahawasanya anak saudara taukeh kuih raya yang ma aku jual tiap2 tahun tu kawin. kawin kat dewan. anak saudara je pun bukan anak sendiri. maka dia beriya-riya lah bgtau yang dia nak pegi. dan ajak aku sekali.

hari semalam dia kawin. pagi2 lagi dah call aku suruh balik keje awal sebab nak pegi kenduri tu. dia punya semangat macam anak dia yang kawin. aku nak tak nak pukul 1 tghr baru boleh keluar balik. balik just salin baju dan terus gerak ke dewan. hujan pulak time tu. redah je pegi dengan kete je pun bukan jalan kaki pun. nasib aku ni jenis tak de bau badan. so bab tak mandi 3 4 hari tu memang takde masalah. hehehehe

dah waktu lunch time tu sampai je dewan terus cari pinggan. isi perut dulu. aku makan dengan penuh selera sebab duduk semeja dengan 3 mamat yang hensem boleh tahan dan dorang tunjuk baik bagai nak jadi calon-calon menantu ma aku. siap isi air untuk ma, pak cik dan aku. hah mana mau dapat tetamu serve untuk tetamu . ada sebab2 tertentu je baru nak buat mcmtu.


-snap pic ni dulu sebelm makan-

sambil makan sambil mata melilau tengok pengantin cantik dan hensem ke tak???*yang ni mesti dan wajib*. pastu jalan2 ke depan nak tengok pelamin, hantaran, kek dan macam-macamlah. rasa macam tertanya-tanya bilakah waktu sebegitu untukku...faham-faham jelah umur dah lanjut ni rasa nak berteman tu menebal.

aku dengan tak kenal sape2 kat situ kecuali mak saudara pengantin perempuan buat-buat tak segan silu. semua benda aku nak ambil gambar. ala-ala cameraman. biasalah nak buat rujukan untuk majlis aku nanti. tu pun kalau jodoh aku ada .




time aku ambik gambar ni memang hilang segala rasa kemaluan aku. cara aku ambik tu memang ala-ala cameraman lah. siap terbongkok-bongkok. tak sedar diri pakai baju kurung time tu. ambil banyak-banyak sebab rasa macam cantik.

sudah boleh tersenyum

hari ini aku dah boleh tersenyum. bukanlah selama ni aku tak penah tersenyum. senyuman aku paling manis okey dalam adik beradik aku. uwek uwek uwek nampak sgt masuk bakul angkat sendiri. kalau aku tunggu korang puji alamatnya sampai sudah lah aku tak dapat mendengar pujian itu.


dah nak balik dah. nak pegi ambik barang kat kedai jap. barang apa??? nntlah aku kasi tengok ok.

gembiranya dalam hati. rasa nak melompat-lompat.

bye balik dulu.

gangguan cinta yang merimaskan

gangguan cinta!!!


-cinta terlarang-

memang aku tak suka alami masalah nie. rimas rimas rimas.....bukan ramas.....:p . tapi nak buat macamna sepanjang aku hidup ni adalah beberapa kali aku di ganggu oleh mamat-mamat, jantan-jantan keparat yang payah nak terima kenyataan yang aku memang tak boleh dan tak hingin nak balas cinta dorang. aku dah try explain sampai aku yang naik sawan babi pun dorang buat tak reti bahasa jugak. berbiuh-buih dah mulut ni bak aku makan sabun ddk cakap yang aku tak nak kat mereka ni. siap dah tunjuk stok-stok bf yang aku ada pun dorang tetap buat kepala batu dorang. aduiiii payah sungguh.kenapalah aku yang jadi mangsa. kenapa tak cari orang lain. jadi peramah salah jadi penyombong pun salah. yang mana satu aku nak buat ni. aku jugak tau dorang ni gatal je lebih. bukan ikhlas pun....saja nak seronok-seronok. nak test power pun ada jugak.


-please aku tak nak-

aku bukan nak makilah sbb sekarang ni pun ada sorang mamat yang tak silap aku dah berumahtangga dan ada anak pun confirm dah ada anak bini ddk usha aku lebih-lebih . galok sungguh 'pak cik donut' ni .....bosan dan meluat aku tengok muka dia. gerammmm betul lah kalau ada orang perangai macamni. belakang bini bukan main lagi ek. dengar cerita depan bini pijak semut pun tak mati-mati. amboiii baiknya ko ek. bijak-bijak.


-kpd sang isteri sila pantau suami anda-

cara dia nak ganggu aku:

time keje

dah pandai dah visit-visit aku kat tempat keje. ofismate aku cakap sebelum ni dia takde pun macamni. ha nampak dah ulat bulu naik daun. berbulu-bulu aku tengok sikap orang berbulu ni.

time lunch

dia memang dah stanby awal-awal lagi kot perhatikan aku time bila aku nak kuar lunch. tak pun maybe secara kebetulan je aku rasa tak. dia boleh followww je aku ke mana- mana aku nak pegi tapi area dekat2 je . last-last aku perasan dia follow aku, terus aku sergah orang tua tak sedar diri ni. eh eh eh ewahhh pandai nak cover2. buat2 tanya aku nak g mana, cari sape, nak buat apa dan macam2lah. last-last dia tanya aku dah makan ke belum. aku jawab gaya sombong: dah kenyang dah pun......sambil berjalan ke depan. tinggalkan pak cik donut tu. yang aku pelik dia tak nak pulak menggatal depan offismate dia. jaga standard la tu gamaknya. dalam aku buat tak layan tu dia ikut aku lagi. ' laaa ingatkan awk tak makan lagi....kalau tak makan lagi jom kita kuar saya belanja' ha ni ayat penyambungnya..... selamba badak ajak aku keluar. ko ingat aku teringin sangat nak kuar makan dgn ko. makan sorang2 pun kenyang pak cik donut oiii.... panggilan yang sesuai utk dia.

hari seterusnya ada lagi agenda dia

sekarang time balik keje pulak. balik keje memang dia dah tau aku balik pukul berapa. dia tunggu aku siap-siap. kalau aku nampak kelibat dia Ya Allah tuhan je yang tau perasaan aku. aku adalah refer kat beberapa org yang mengenali dan tau siapa dia ni. dorang cakap dia tu kalau tak dapat apa yang dia nak dia boleh sampai ke tahap peluk dari belakang. makkkk aiii dasyat. bini kat rumah tak cukup lagi ke pak cik donut?? penah ada kes pompuan siap g report polis sebab dia mengganggu pompuan tu. gangguan macamne aku tak nak cite. korang pikir sendiri.


-aku taknak merosakkan hubungan orang-

aku jugak taknak merosakkan hubungan aku dengan seseorang yang identitinya terpaksa disembunyikan. aku sayang dia. cukuplah aku je yang rasa bila orang mengkhianati kasih sayang aku dulu. aku tak nak dia rasa apa yang aku rasa.


aku nak hidup aman damai macam orang lain bersama insan-insan yang dorang sayang. please jangan kacau hidup aku. tolonglah ubah perangai ko pak cik donut.


p/s: pic ehsan dari google

dilema kerana cincin lama

semalam pegi rumah kawan kepada en teman g
try baju for our special day
is coming soon
tetiba ibu kepada kawan en teman bagitau
cincin tunang tak boleh tanggal
nanti ada pekara buruk berlaku
pekara apakah????

aku tanggal sebab permata cincin asyik tersekat-sekat kat that baju
takutlah nanti rosak baju orang tak pasal2 kena ganti
testing baju tu kat rumah dorg je
tetiba ibu bertanya lagi
yang mana cincin tunang yang mana cincin merisik
aku cuak

pandang-pandang en teman mintak di jawabkan
dia mendiamkan diri
aku terpaksa jawab
cincin official tunang tak de di jari ni
yang ni merisik punya

ada lagi soalan ibu
habis yang tu cincin apa *sambil muncungkan bibir tunjuk ke arah my jari*
emmmm yang ni cincin tunang lama
*hah pakai lagi cincin bekas tunang* sambil beliakkan mata
kenapa tak gadai je????
nanti teringat selalu
tak elok untuk hubungan sekarang dan akan datang

en teman ok je selama ini aku pakai cincin tu
tapi ada betulnya cakap ibu
aku yang alami aku taulah apa yang aku rasa
ingatkan dia tu memang ingat selalu
payah nak lupa
tapi tak adil untuk en teman aku sekarang

saya mntak maaf awak
tapi saya selalu cite kat awak kan apa yang saya rasa, fikir dan alami
terima kasih sebab faham
terima kasih jugak sebab tak nak jadikan
hal ini untuk kita gaduh


-inilah cincinnya-

p/s: sekarang aku dalam di lema perlu ke aku gadai or sedekah kat sape2 cincin tunang lama aku ni. walaupun cincin ni tak semahal mana.

GIVEAWAY by DNI

pagi-pagi bangun tidur *pagi ke* blogwalking blog ke blog. tetiba terperasan ada 1 giveaway from dni sempena akhir tahun 2010. ini 1st time aku join giveaway berentry. jadi tak tau menepati ke tak menepati apa yang di kehendaki oleh organizer. kasi hentam sudah. janji cuba itu penting.

dengan meraikan pengakhiran tahun 2010 dan kedatangan 2011 ini dni menganjurkan GA nie. jadi ramai-ramailah join.

tapi nak join GA ini confirmlah ada syaratnya. tapi syarat dia senang bangat dong....gampang aja....

1. mesti warganegara Malaysia. tapi yang di obersi pun bisa join. cuma berikan alamat kamu di Malaysia kerna hadiahnya akan di poskan di alamat Malaysia.

2. jadi follower blog dni contest (kalau anda sudilah) dan blog ardiniHumairah (boleh juga).

3. wajib buat special post mengenai GA ini.

4. entry ini tak perlu sticky mode post

5. tinggalkan link join this GA di kotak komen entry

6. dan yang paling penting tarikh tutupnya pada 29122010.



nak tau lebih lanjut klik pic di atas


susu tetek nyum nyum nyum


susu tetek dengan susu botol (susu lembu) yang mana pilihan kalbu....

kalau korang tanya aku memanglah aku jawab yang aku pilih susu lembu walaupun susu tetek *susu cap gantung lemak berkrim disukai ramai* tu banyak khasiatnya tak terkira....beribu riban lemon. ini kerana aku tak ingat mcmne rasanya susu tetek tu. ma aku susukan aku kejap je kot. cukup 2 tahun mesti kena pisahkan dengan teteknya. sbb kena bagi can kat adik-adik aku yang tiap-tiap tahun kuar seorang. nampak sangat aku ni anak yang tak cukup zat dan kasih sayang. sebab tu terbantut macamni. anak bersaiz paling kecil dalam 5 beradik. aku yang ke 2.

sebenarnya bukan nak cite kelazatan hingga menjilat jari antara susu tetek ataupun susu lembu. aku nak cite je pengalaman aku jaga adik2 aku yang 3 orang ni. best tau ada adik beradik ramai. nak-nak aku ada team sendiri xpayah susah-susah nak cr kwn kat luar buat geng. cukuplah geng dari adik beradik aku sendiri utk buat team. nak main, nak gaduh, nak nangis, kena pukul seme sama2. 4 beradik. yang bongsu xwujud lagi time ni.

adik beradik aku kan jarak setahun seorang je. so tiap2 tahun ma aku memang secara produktifnya akan mengeluarkan seorang zuriat *biasalah subur terlampau*. memang seronoklah dapat adik. jadi yang kakak ni terpaksa mengalah putus susu tetek awal sebab bg peluang kat adik nak bertetek pulak. bila nak putus tetek tu kenalah minum susu botol.

tau tak cara mcmna ma aku guna utk pisahkan kami adik beradik dengan teteknya. yelah kalau mak aku tak uasaha macamtu nak harapkan kami terpisah sendiri memang tak lah kan. benda sedap *sedap ke??*.mula2 ma aku sapukan keliling puting dgn hampas kopi or teh. jadi sbb aku dah terlampau cerdik time tu aku g kat tetek ma aku dan aku kesat guna baju ma aku ,kopi or teh tu pastu hisap balik.yum yum yum....pastu ma aku guna pula bawang merah leset-leset kat keliling puting.tapi xberjaya jugak sebab aku nampak ma aku tgh buat apa kat tetek dia. dan last sekalu ma aku letak bawang putih kat puting. bila hisap rase lain macam bak racun. bila dah hari2 kena aniaya dengan ma sendiri mcmtu memang berhentilah menyusu.cuma kadang2 je dapat sebab main ngelat. pantang adik tak menetek jap terus di sambar kakak. memang macamtulah yang berlaku dalam adik beradik aku ni. kalau di ingat memang best rrrrr. tapi tak lama lah sebab dah selalu di bagi minum susu botol. jadi lama2 lupa pulak kesedapan susu tetek tadi. susu botol pulak yang sedap.

lepas setahun macamtu ma aku akan buat cara yang sama kat puting botol tu. tapi jangan bagi kami nampaklah. pastu ma aku akan cakap puting susu tu dah tak sedap dan kami dah besar so tak payah hisap dah. bila dah sehari 3 4 kali sehari ma aku menyakat kami adik beradik macamtu maka tinggallah zaman nyonyot susu botol. minum susu dalam gelas sudah.


-budak besar macamni dah tak teringin nak nyonyot tetek or botol *pic adik aku menetek anaknya di larang publish umum*-

adik beradik aku alhamdulillah 4 tahun dah tak de bawak ke hulu ke hilir botol susu. memang dah boleh minum susu pakai gelas. memang ma aku ajar kami semua mcmtu. sebab ma aku kan kerja so payah kalau tak ajar kami macamtu. kalau di biarkan memang sampai umur 7 tahun pun nak guna botol. macam tak sesuai dah time macamtu aku rasa masih guna botol.

eh eh kenapa aku duduk story pasal susu tetek dan susu botol ni....oooo sebenarnya hari-hari aku tengok Arissa aku ni myonyot tetek ibu dia. so teringat zaman aku kecik-kecik dulu. terpaksa putus menetek ma aku tanpa rela.




lempang nak tak???

waktu lunch sekarang.
nak keluar makan tapi semua orang keluar lunch.
tinggal aku sesorang.
tetiba handphone berbunyi tanda message masuk
baca-baca *terkejut*
'kalau nak lunch bagitau, saya ada kat bandar ni'
aik kata kat PD
tak kan dah balik tak inform pape
aku balas
'awak nak sent kat sape sms ni, kat saya ke kat orang lain?' *jual mahal*
dia balas
'eh taklah kat orang lain, salah hantar. sorry....' * ego*
aku balas
'ok'
dia balas lagi
'lempang nak tak'


amboi amboi amboi orang main-main pun tak boleh.
terus nak kasi pelempang
patutnya aku yang nak try lempang dia dulu
sombong sangat mentang-mentang outstation kat PD terus lupakan aku


p/s: belum di naik pangkat jadi teman halal dah nak kasik aku pelempang...adui kena belajar tae kwan do lah macamni....

mari-mari sape nak makan nasi minyak aku sila inform

kalau sebut nasi minyak rasanya semua dah sedia maklumkan. bukan nasi minyak kena beli pun datang makan free je. aku dah bayar siap-siap . korang just bagitau je korang nak datang makan ke xnak. ha aku dah offer baikkkkkk punya ni jangan mengada-ngada malu bak siput vavi pulak. nak makan free bgtau aku je. jangan malu-malu jangan segan-segan. sementara aku baik hati ni. sementara stok masih ada. jangan tunggu sampai esok. sebab esok confirm nasi ni dah basi.

aku tak buat catering tapi aku beli bungkus punya. aku beli nasi minyak ni dekat kedai depan rumah aku. ala kat simpang masuk rumah je. hari2 kalau pegi lambat dalam kul 8.30am memang nasib malang lah nasi minyak ni habis. aku suka sangat nasi minyak mak de wangi ni *nama orang yang buat nasi minyak*. mak de wangi ni bau badan dia wangi ke tak itu aku tak tau. kalau korang nak tau nnt aku bawak korang jumpa dia dan korang ciumlah dia puas2 test ada bau wangi ke tak sama seperti namanya.....hahahaha keji....





inilah nasi minyak aku yang aku maksudkan tadi. kan aku dah bagitau aku tak buat catering tapi just beli bungkus je. jimat. tak payah tambah-tambah lauk. seorang ambik sebungkus je. xcukup korang g beli sendiri.hahahaha....



p/s: sebenarnya inilah nasi minyak untuk breakfast aku pagi ni. kalau korang nak mehlah share2 dengan aku.sbb ada sebungkus je.....bukan untuk aku kawin tau........


tipulah kalau tak rindu

hari selasa dia tinggalkan aku. outstation ke PD. malam tu ada jugak, aku call dia dan dia pun call ku. ada terima beberapa sms dari dia. pastu entah macamna ada salah faham dan full stop.

sampai saat aku menaip ini tiada khabar berita dari dia langsung. marah sangat la tu kot. kalau biar lama-lama mcmni boleh jadi benci kan??? aku try juga call dia tapi langsung xde respon. call bukan waktu keje pun. kalau ye pun busy balaslah dgn sms pun xpe.just nak tau perkhabaran je.

tapi hampa.

segala yang di fikirkan langsung xjadi.

jadi aku ambil keputusan mendiamkan diri je. biar masa menentukan. aku xde buat salah besar pun.kalau ada aku mintak maaf lah.lagipun aku dah berusaha nak elokkan keadaan. tapi maybe dia lebih suka keadaan mcmni. *silent*.

tipulah kalau aku xrindu dia. memang rindu sangat. sangat sangat rindu.

makan xde bunyi xleh ke????

korang kalau makan ada bunyik x??? bunyi macam mecak mecak mecak macamtu time korang kunyah makanan....eeeee geliiiiii ooo kalau orang dengar....aku cukup pantang kalau orang makan ada bunyi-bunyi macamtu...hilang selera nak makan....rasa nak lempang laju-laju pun ada.

mmg selalu jugak aku alami situasi macamni.nak2 kalau makan kat kedai. ada je sape2 jiran2 meja yang makan berbunyi....aku taulah korang tengah menikmati kelazatan makanan yang korang makan. tapi agak2lah makan bunyik2 macamtu....bg korang xde hal lah ada bunyi pun sbb makanan tu sedap...bunyi tu menunjukkan makanan tu terlampauuuuuu lah sedapnya....tapi pada orang yang ddk dengar ni nauzubillah kalau aku sumpah aku xlalu nak makan.....makin kuat bunyi makin aku geli nak makan....hidanglah lauk sedap mcmna pun....memang xlalu....

adik beradik aku alhamdulillah dari yang sulung sampailah yang bongsu mmg xde yang makan bunyi2 macamtu...kalau kecik-kecik dulu mungkin ada pastu mak aku cakap 'ha eloklah tu makan dengan setan'....hah ambik ko mulut mak aku...terus sound walaupun ktorg kecik lagi....lame2 dah di ajar mcmtu mmg kitaorg control bunyi bila makan sampailah dah xde dah makan bunyi2 ni.....sopankan kitaorg....*lempang*.....


p/s: baru aku teringat, dulu org yg aku sayang pun makan berbunyi2....dia kata mak dia xpenah tegur pun....tapi dgn aku memang aku ajar dia habis-habisan pasal control bunyi time makan....sila sopan sikit ye abang. tapi ini dululah....



macam bukan farewell je



selasa lepas vani budak praktikal dr UUM adalah last day kat ofis aku ni . 6 bulan dia praktikal kat ofiz aku. so seme buat-buat sedihlah kot sbb dia dah last day mmg sedih pun. ktorg mmg dah plan dr awal nak buat farewell utk dia. last-last hari selasa tu menerima perkabaran yang tak berapa best bg seluruh warga ofis aku bahawasanya keesokan hari (rabu) ada meeting kat KL. walaupun yang attend meeting tu just my boss tapi kecelaruan dan kekelamkabutan melanda seluruh department yang ada. sebab tetiba KL request macam2 report. mana nak buat seme sekali report dan nak kena ada dalam meeting keesokkan harinya.

last pukul 3.30 baru rasa free sikit dan kitaorg ajak dia makan kat pizza je. xbest tau sbb xramai join. just 4 orang je. mmg xmacam farewell langsung.tapi papepun kami tetap nak habiskan hari terakhir tu bersama vani . just makan-makan dan sembang-sembang macam-macam cerita. lami just makan kat pizza je. al-maklumlah kesuntukkan masa dan kami semua mmg banyak keje sgt hari tu.

dah makan2 kami balik.tapi yang aku geram time dah balik baru aku tergedik-gedik nak bergambar.biasalah aku kan pemalu....pemalukah aku????

muka masing-masing pun dah berminyak sakan. tapi kalau di perhatikan betul-betul ada gak ciri-ciri pemalu aku dalam gambar ni. tapi kalau korg tanya pada orgnya hanya korg yg boleh menilai.....



selamba badak mengaku dah bercerai padahal masih sebumbung

menyampah tak kalau orang yang memang terang-terang ko tau dia dah berbini dan beranak pinak pastu tetiba mengaku dah divorce.keji betul lah manusia macam ni.ni xboleh dah di namakan lelaki lebih elok di gelar jantan aje.sebab kalau binatang yang jantan-jantan tu dia memang xsetia kalau mengawan untuk ada keturunan dorg.main redah je janji sespesis dan yang utama sah-sahlah jantinanya betina...kita xboleh nak marah sbb kes ni memang dah terbukti benda tu binatang xde akal.ishhh aku marah betul kat jantan niiii...dr semalam aku panassss je dia boleh mengaku mcmtu....apalah perasaan wife dia kalau dia tau suami sendiri buat pengakuan macamtu.

aku emo ni bukan apa.semalam aku pegilah ke sebuah pasaraya kat rumah aku ni nak beli barang2 baby sikit.naik tangga ke tingkat 2 (almaklumlah xde exkalator) tu terserempaklah dgn sorg mamat W ni. dia ni dulu 1 sekolah dgn aku dan penahlah jd bf aku time sekolah rendah .darjah 5 xsilap aku. biasalah budak-budak time tu time pakai seluar katak lagi. apa kesah......g sekolah sama-sama balik sekolah pun sama-sama...lama2 orang ddk gosip aku dgn W ni berkapel....kitaorang iyakan aje sbb dah rapat sangat. tapi habis sekolah habislah hubungan aku dgn dia.rasanya lepas darjah 6 dia xsekolah kat area umah aku dah.dia dah pindah ke kelantan ddk dgn mak dia kat sana.sebelum ni dia tinggal dgn mak saudara dia.

jumpa time kat tangga , aku nak naik ke atas dan dia pulak nak turun.terkejut aku nampak dia.semakin gemuk aku rasa.sembang2 jap bertanya kabar.aku malas nak layan sgt pastu aku ckp aku nak naik atas.habis kat situ.dah siap beli2 barang aku turunlah nak cari barang kat bawah pulak.eh eh jumpa lagi. aku tanyalah mane anak2 dan wife dia. dengan selamba badak dia jawab dia dah bercerai dgn wife dia. WOI JANTAN PLEASELAH JANGAN NAK KELENTONG. MENTANG-MENTANG AKU CAKAP AKU XKAWIN LAGI KO SELAMBA JE MENGAKU MACAMTU....BANGANG PUNYA JANTAN.....GERRRRRRRAAAAMMMMMM.....kenapa ko ingat aku jatuh hati kat ko semula ke kalau ko ngaku mcmtu.sudahhhlah....

yang aku nak marah tu bukan apa.memang dia kelentong aku je tu.**confirm**raya hari tu aku g rumah mak saudara dia g tempah baju elok2 je dia ada dgn anak2 dan wife dia.mak saudara dia siap sembang2 dgn aku pasal dia lagi.maybe dia xperasaan kot sbb tgh cover line depan wife kan....pastu dalam raya ke 5 mcmtu lah aku nampak dia naik motor dgn anak2 dan wife dia dah nak balik ke rumah dia dr rumah mak saudara dia.pastu lepas dia mengaku mcmtu aku tanya pulak cousin dia yang penah sekelas dgn aku bahawa apa status dia sekarang, korang tau apa cousin dia jawab dia xpernah berceraiiii pun....Ya Allah sabar jelah aku dengan W ni.

tolongla weiii xkesian ke kat wife ko dan anak-anak ko tu....sedap2 je ko nak mengaku bujang kan....kalau ye pun ko nak ngorat aku semula aku xnak ambik hak orang ni...sbb bersepah lagi yang single kat luar sana....nak cari pasal buat apa?????



thanks yaya....

ahad lepas adalah sikit rezeki untuk aku.aku ingatkan sekodi dia nak bagi aku tapi last-last bila dah jumpa dia bg sehelai je. sekali lagi impian aku musnahhhh......nak banyak je aku ni kalau org bagi free....orang dah bagi tu bersyukur jelah...memang aku bersyukur pun.sehelai pun tudung jugak apa...boleh pakai jugak apa....begitu syahdu time aku terima pemberian yaya ni...tsk tsk tsk...

bulan lepas kot aku ada cite2 depan dia kat en teman aku yang aku nak jugak shawls malas tu...tapi en teman ni wat xreti je...last2 yaya ni buat suprise lah konon dia yang pi beli utk aku.tapi dia mmg study kat kl so mmg senang nak cr. sebenarnya xdelah suprise mana pun sbb en teman pernah bgtau aku yg yaya ni tanya dia aku suka color apa.en teman bgtaulah pepel.



tapi last2 yang aku dapat sekali warna biru.yaya yaya u ni mmg xmenepati citarasa ai lah...hehehe xdelah gurau je.bagus jugak yaya ni bg biru sbb ai belum ada koleksi shawls biru.papepun thanks a lot to yaya.nnt belikan kak ngah shalws lain pulak campur2 jenis biar sampai cukup sekodi ye...baru kak ngah sayang yaya leeeebihhhh dr aziem sayang kat yaya...ahaks ahaks ahaks....



apa yang penting aku dapat shawls tu hari ahad hari isnin aku dah pakai g keje....tu pun nak bgtau...motifff????

ini adalah model belakang pintu. abaikan muka yang blurrr sbb bangun je tido kena g keje pulak....pastu kena jd model shawls atas paksaan diri sendiri....apakah????




menerima teguran yang pelik tapi benar

setelah di tegur oleh lebih 5 org barulah aku perasaan yang minat aku sekarang kepada yang colourful dan yang square2 macamni....

sebenarnya aku ni peminat tegar purple color.kalau boleh semua benda aku nak purple.dulu impian aku kalau nak kahwin mesti ada purple.memang semua benda yang aku buat utk weeding tu ada purple dan campur2 sikit color lain.last-last terjadilah episod pelamin anganku musnah....hancusss segalanya lah....xdelah nak buat majlis idaman berwarna purple.kira dalam mimpi jelah cik enon....

dulu time nak beli kete pun cari yang purple.sanggup ko aku cr yang second semata-mata nak purple.last-last kena tipu dengan salesman tu.cancel beli kete tahun tu....jalan kaki jelah g keje abang oiiiiii....pastu the next year lepas kjadian tu beli kete beru je....nak beli yg purple time tu kena tunggu 6 bulan.....dah selok sangat nak pakai kete ambik jelah warna silver.silver pun silver lah.janji dapat balik raya dengan kete...

aku ni kalau boleh bf pun aku nak yang purple.kalau korg rs ada meh bg kat aku.konpem aku sayang dan tatang dia gila-gila sampai aku naik gila dan aku pun nak dia pun tergila-gilakan aku.tengoklah betapa gilanya minat aku ni kat purple.

hari ini aku g keje berpakaian petak-petak dan color-color tapi xde purple.sebenarnya banyak kali dah aku pakai mcmni tapi xde pulak org nak menegur maybe hari ni org br perasaan.kuar je dari kete sepanjang jalan nak ke ofis adalah yang tegur aku 'kak long dr atas sampai kaki color petak-petak'.dalam kepala aku time tu ada ke color warna petak-petak.xsempat nak berfikir sbb 4 minit je lagi time masuk ofis.2 3 orang jugalah yang menegur tapi semuanya lelaki.ayat masing-masing mcm nak usha aku lah....ni perasaan aku je.kalau xbetul xpelah.




masuk ofis lepas breakfast biasalah masuk toilet lepaskan hajat yang maha hebat dan terpuas.pastu telek-telek muka kat cermin ooooo brku perasaan apa yg dimaksudkan oleh abang-abang tadi.cuma penggunaan ayat dorg tu yang salah.tapi bila di amati cantik jugak kan aku pattern mcmni.

beg aku tu macam sama yang di jual dalam sepetshop tapi yang aku ni murah je dan bersaiz kecil sikit.