dah tak mampu



pagi Jumaat yang hening ni kat ofis aku suram je. dah tak ramai yang bekerja. semua cuti awal sebab nak  rayalah apa lagi. aku pun pagi2 bangun macam malas nak bercasual macam g ofis.
 



dah tak mampu nak bergaya dah (macamlah sebelum ni aku bergaya sangat). selekeh lagi ada. nak2 sejak preggy ni. ermmm nak salahkan preggy aje. diri sendiri yang malas tak nak mengaku.



dah macam kerani stor je aku tengok pompuan dalam gambo ni. ni sebab mood raya dah terlebey.........




aku yang tak bersalah pun kena gusti



makin lama makin terasa diri ini tak di sayangi.......



















jangan ingat macam-macam tau........













ini bukan perbuatan sape-sape.






















tapi perbuatan insan yang sgt aku syg...........yang di nanti-nantikan kehadirannya.......




















sape lagi kalau bukan my baby............dalam perut dah pandai tendang-tendang, kuis-kuis sampai kadang-kadang rasa tak tenang hidup........












tak pelah anak ko tendanglah ko gustilah ibumu ini. selagi kau dalam perut, ibu memang sayang.....tapi kalau kau buat bila kau dah besar......siaplah kau anak.....





seronok dapat rasa semua ni.







5 bulan pun macam tak berapa nak nampak



pic ni di ambil ketika my baby is 5 month in my tummy. feeling sorang2 dalam bilik maka terhasillah gambar ni. aku tak pandai nak ambik pic cantik-cantik macam orang lain. cukuplah snap sekadar boleh buat kenangan je.janji ada jugak memori lama untuk di belek nanti di masa akan datang.senang nak tunjuk kat anak cucu esok. (budget anak cucu nak tengok perut aku time preggy).






sekarang dah 6 bulan lebih pun aku rasa saiz my tummy macam sama je. tak de perubahan. adakala orang tak sangka yang aku ni tgh pregnant. sepanjang aku pregnant ni adalah jugak lelaki yang kat luar sana dengan selamba badak try test mengorat aku. apa dia ingat macam tu ke cara nak cari calon isteri. cari kat tepi2 jalan. kadang-kadang bosan jugak tengok sikap dorang ni. kalau tengok betul2 body shape aku memang dah out. kalau pakai baju kurung memang lagi ketara nampak perut. sebab baju tu seakan melekap kat perut bila aku berjalan. silap2 haribulan boleh nampak shape pusat.hehehehe........


memang tak boleh sorok dah perut ni. makin hari makin beso.......pastu makin aku rasa perut aku ni ketat. macam orang terlebih makan......




teringat Mak Cik Salina


petang semalam berbuka ala kadar saja. tak sempat nak balik awal mcm biasa maka tak sempatlah nak masak. kat ofis berlambak2 kerja yang kena settle sebelum pagi ni. jadi nak senang kerja singgah rumah Ma untuk berbuka. nasiblah ma aku ni berniaga jadi adalah juadah yang tak habis di jual untuk di makan. especially kuih muih.

makan ala kadar pergi pulak rumah opah. saja nak singgah. masuk2 rumah sebak rasa hati tengok opah berbuka sorang-sorang. pak saudara aku tak balik kerja lagi time tu. maybe dia kerja malam. rasa mcm kesian sgt kat opah sebab dah makin tua dan tinggal sorang2.  hari biasa memang sunyila rumah tu. tapi kalau weekend memang semua pak cik makcik ku datang bertandang.riuh time tu jelah dengan anak cucu. masing2 dah ada keluarga sendiri. pasrah saja. termasuklah aku. aku join sekali opah makan. tadi pun just minum n jamah yang ringan-ringan je.

lepas je maghrib dan sembang2 sikit dengan opah aku mintak diri untuk balik. tetiba teringat mak cik Salina. siapakah mak cik Salina???

Mak cik Salina ni mak cik cleaner time aku kerja kat CROCS distributor dulu. kira aku rapat jugak dengan mak cik ni. sebab kekurangan staff melayu. tiap2 hari lunch sama. dia selalu bawak bekal. aku dan aleenlah yang selalu menghabiskan lauk2 yang dia bawak. sebab dia masak memang sedap. susah nak ckp sedap mcmne. air tangan org tua kot. dia lebih l\kurang sebaya dengan  opah.

jadi tetiba anak tekak teringin nak makan ikan bakar macam mak cik Salina selalu buat. terus singgah kedai dan beli apa yang patut. balik je rumah tanpa mandi dan salin baju terus sinsing lengan dan cuba buat ikan bakar ala2 mak cik salina.

dengan alatan tak berapa nak ada seperti pemanggang ikan takde, bahan2 pulak guna stok yang ada je jadi belasah jelah. kebetulan en hasben baru balik kerja. jadi memang langkah kananlah dia. dapat makan lauk panas2.






belum pape dah di ratah oleh en hasben....pelahap betul suamiku ini......

inilah hasilnya walaupun sememeh je rupanya. rasanya macam same je cuma rupa tak secantik mak cik Salina yang buat. aku hidangkan ikan ni dengan kicap cili dan perahan limau kasturi. 3 ekor ni habis di makan sekali hidang je. untuk sahur kena masak lain lah jawabnya.....

lepas makan ni terus feeling rindu kat mak cik Salina terubat.....





5 bulan baru nak share

assalamualaikum.....


nak feeling ala-ala muslimah sejati.....


dah 5 bulan baru terasa nak share keadaan terkini diri aku sekarang. sejak preggy ni aku memang malas sangat2 nak mengadap laptop or pc.sampaikan kerja2 kat ofis aku pun sengaja aku tangguhkan. penangan mengandungkan anak aku ni.....tak taulah kenapa dan mengapa????


padahal niat nak story kisah hidup kat blog ni adalah berkobar-kobar . tapi sekarang segalanya dah ok. cuma still tak boleh bau perfume dan bau badan en hasben.tapi  selagi boleh tahan aku akan tahan. nanti dia kecik hati aku pulak yang kena tido luar.......takut jugakkan...sebab sekarang macam2 orang yang kita tak sangk pun  boleh bertindak kejam.....tapi ku harap suamiku takkan begitu.


ni keadaan aku time 5 bulan. skrg aku dah 6 bulan. pic ni di ambil di pasaraya terhebat iaitu di Sogo. dalam toilet pulak tu....ala korang mcm tak biasa. padahal korang lagilah hebat bergambar di cermin toilet. ni time BERSIH hari tu.....



perut xdelah terlalu besar. cuma part2 yang biasa menonjol tu adalah sihat membesar bagaikan juara. memang tak boleh nak elak.....takpelah demi zuriatku yang terchenta ni......badan jadi tak chantik pun terpaksa redha je....


muka pulak memang xboleh ada secalit make up pun sebab aku benci sgt2 alat solek skrg. so biarkan aje muka ai yang memang dah baby face ni bersih suci dalam debu macam tu je....bila tenung lama-lama cute jugak kadang2. ini perasaan aku jer......korang punya pendapat aku langsung tak kesah..........


tapi kalau korang tak percaya cuba korang tenung gambo aku ni.....hehehe.....seri ibu mengandung....





kalau tgk keadaan perut tu agak2 baby aku ni boy ke girl.....?




jatuh chenta lagi

opppsssss pagi2 ni buat hal lagi dengan masalah dalaman yang tetiba menyerang. tak tau kat mana silapnya aku di serang cherry berry di bulan ramadhan ni buat kali yang ke tiga.


pagi ni dahlah rajin nak masak untuk sahur tetiba rasa mcm nak terkentut. tapi bukannya angin yang nak keluar tapi  penyakit cherry berry tulah datang tanpa di undang. tak jadi nak goreng ikan. nasib sayur dan telur dah selamat di hidangkan.


sakit perut memulas-mulas start malam semalam. sampai rasa nak nangis sebab tak tahan sgt2. tapi perut start meragam waktu sahur. nasib en hasben faham.so dia yang tolong siapkan goreng ikan. thanks sbb tolong ek suamiku....(ayat membodek). rayakan dah nak dekat.......


start waktu bersahur pukul 4.30 pagi tadi sampai skrang tak tau berapa kali dah aku berdating dengan toilet dalam rumah ni. harap2 takdelah melarat sampai ke ofis......


ok skrg kena g jumpa toilet lagi....sudah tidak mampu bertahan .bye..................


menyepi kerana terkena buatan orang



salam uolss....


lama giler tak update story kat sini. sebab tak berapa nak ada story yang best mcm orang lain jadi aku pun ambil keputusan untuk bertapa mencari idea.


agak-agak korang kemana tempat aku bertapa tu? tempat tu adalah paling best dalam hidup aku buat setakat ini. setakat inilah. akan datang masih belum di ketahui masih akan rasa best or tak...hehehe...cuba korang teka.


tempat tu adalah di bilik tido sendiri.....kenapa aku kata best. sebabnya ia telah meninggalkan kesan paling bermakna dalam hidup selain mmg port wajib aku bila time kepenatan. time tak penat tempatnya adalah di depan tv tgk drama. aku memang hantu drama. en husband dah faham sangat dah hobi aku yang 1 ni. kadang-kadang kami makan pun depan tv.


sebenarnya aku ni ada penyakit sekarang. penyakit yang memberi kesan hebat hinggakan merubah 100% kehidupan aku sekarang. penyakit yang susah untuk aku elakkan. iaitu penyakit terkena buatan orang. orang tu harap korang faham-faham sendirilah.


benda ni dah lama berlaku. awal bulan march 2011 lagi dah start mengganggu kehidupan seharian aku. tapi aku masih belum dapat agak penyakit apakah yang melanda. last2 ofismate aku yang suggest supaya aku buat check up sendiri dulu. dorang suruh aku buat sebab aku tak boleh bau sebarangan contohnya perfume dorang pakai, kedai makan dll. siap bawak aku pergi farmasi lagi. thanks uols.


Jumaat bersamaan 1/4/2011 lepas subuh aku test sendiri kat rumah. alhamdulillah memang berkesan, tepat lagi benar tekaan mereka.


jadi hasilnya adalah begini.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





aku tak terus bagitau husband kononnya nak suprise. lagipun takut dia belum ready. sbb aku mmg dr awal excited kalau ada rezeki macamni awal-awal. almaklumlah umur akukan dah maju ke depan sangat-sangat. harapkan muka je babyface.......oppss puji diri sendiri adalah wajib sekarang. sebab happy berganda-ganda dan tak mau sedih-sedih.




tapi tak sempat nak suprise dia ternampak jugak benda ni time aku try nak sorok. dia tak berkata apa-apa kecuali senyum. iye memang laki ai tak romantik mcm laki uols......nak buat mcmne dah dapat yang mcmtu......redha jelah....


so sekarang taukan kenapa ai meyepi tanpa berita.