akhirnya bertemu jua jodohnya



nak tepek kat blog aku yang dah naik sawang dan berkulat bagai
entry-entry yang dah basi tapi masih boleh dipakai
nak buat macamna orang busy tak hengat
sejak-sejak ada anak ni padahal tak bayar internet line


time ni aku dalam pantang
kakak aku yang sulong kira Kak Longlah
ambik keputusan nak kahwin
tanpa mengambil kira time tu aku dalam pantang budget aku dalam pantang dia xleh kawin
jadi kami satu family on je bila dapat tau dia nak kawin
yelah kan adik-adik semua dah kawin
nak jugak kami sebagai adik-adiknya ni tengok dia bersuami
setelah bermacam-macam dugaan dan cabaran
dalam kes jodoh dan pertemuan dia dah lalui



-muka orang dalam pantang yang tak berseri langsung-



segalanya berlaku terlalu cepat. macam drastik lah orang cakap
ribut takde petir takde guruh takde
tiba-tiba hujan turun
macam tulah keadaannya


tak naklah cite panjang
sebab nanti sedih
mengalir air mata pulak nanti propa je lebih
sebab aku tak boleh nak raikan dia sangat
sebab tak boleh nak makan yang sedap-sedap
nak melonjak keriangan lagilah tak boleh
kalau sanggup nak terkoyak jahitan V bolehlah bergembira sakan
baru bersalinlah katakan


jom menyaksikan gambar-gambar yang ada




majlis tak buat di rumah Ma aku
tapi di buat di rumah adik bongsu abah , Pak Ndak
senang saudara mara sebelah abah nak datang
takdelah segan silu dengan PakCik aku tu



gambar di atas tu dalam bilik homestay yang di sewa
senang adik beradik saudara mara
nak rehat-rehat
semuanya datang dari jauh kan




ini pulak gambar kat meja makan hasil air tangan en hasben  
yang ni memang patut bagitau (promote katakan)
en hasben memang suka guna fresh flowers


amboi senyum sakan dua-dua ni
apa apa pun aku doakan KakLong aku ni
bahagia hingga akhir hayat dengan pilihan hatinya
semoga mereka berdua mampu menerima segala baik buruk
pasangan mereka agar keharmonian rumahtangga terjaga
amin......


p/s: inilah nasihat orang yang baru setahun jagung ada suami....dan baru 122 hari ada anak....aik panjang lebar pulak penerangannya.


sape-sape orang Kuantan yang memerlukan planner untuk majlis tunang, nikah dan kahwin serta berminat dengan hasil en hasben aku ni sila hubungi aku:



emeil: fifie_kntn@yahoo.com
add FB :bridalheritage








WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER



 Banner


sape tak suka duit
rasanya semua suka duit
semua orang nak duit
orang gile, orang normal, budak kecik , budak besar
semua tau dan suka duit
KALAU NAK DUIT JOM JOIN






  • Program Wang Tunai RM5000 ini hanya dibuka untuk 100 blogger terawal yang berdaftar sahaja. Cara berdaftar adalah rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke laman post ini dengan tajuk “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”. Sila nyatakan link URL post tersebut di ruangan komen di bawah. Jika terpilih, Rakan blogger akan diberitahu melalui email dan akan disenaraikan melalui post khas.
  • 100 blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke blog ini iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic. Saingan rakan blogger tidak banyak untuk berpeluang mendapatkan wang tunai ini.
  • Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya.
  • Terbuka kepada semua warga Blogger di Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan dan tanpa mengira status pagerank atau Alexa Rank.
  • Bayaran wang tunai akan dibayar pada 1hb hingga 7hb setiap bulan ke akaun Maybank secara online. Bank lain masih diterima jika tidak memiliki akaun Maybank.
  • Program RM5000 adalah fasa pertama yang akan dilancarkan pada 1 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger.
  • Rakan blogger boleh menggunakan banners yang disediakan di sini untuk tujuan promosi. Tidak dibenarkan menggunakan iframe atau apa-apa script yang boleh menipu trafik.
  • Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat pada bila-bila masa jika perlu sahaja.
Penaja bagi Program Wang Tunai RM5000 untuk Blogger adalah BloggerWanita.com.
Bagi sapa-sapa yang berminat untuk menjadi penaja boleh beritahu Aya di Laman Hubungi. Lebih ramai penaja, lebih meriah lagi program ini dan lebih banyak fasa program RM5000 ini.
Terima kasih kepada semua rakan blogger yang memberi sokongan kepada BloggerWanita.com selama ini. Marilah kita ramai-ramai memeriahkan dunia blogging.
Berminat? bolehlah submit link post bertajuk “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger” di ruangan komen di bawah sekarang. Selamat Berjaya.



saya keguguran



gilerrrrr kentang koooooo...
baru lepas 113 hari bersalin aku dah pun keguguran





ini berkat perkembangan tumbesaran my little sunshine Hannah
dah pandai sembur-sembur air liur
aku suruh senyum dia sembur
aku suruh dia tido dia sembur
aku agah-agah dia pun dia sembur
aku cakap daddy dia tinggalkan dia pun dia sembur
aku cakap aku nak tinggalkan dia pun dia sembur juga
sambil senyum-senyum


berkat pandai sembur-sembur aliooooo nilah
hari-hari aku keguguran rambut
bukan keguguran yang 1 lagi tu
i'm not ready yet...
masih di selubungi ngeriiiiiiii





eeeeeee memang geram je tengok si kecik ni
kecik-kecik ni nampak chomelll lah sayang yeee
esok dah besar main air liur siap lah ibu jentik-jentik mulut tu


jangan berlebih-lebih, padan-padan patut




memandangkan cuti sekolah sekarang
maka banyaklah orang yang akan mendirikan masjid di dalam masjid
melaksanakan sunnah Rasullulah s.w.t


mesti ramai bakal pasangan yang buat keputusan
untuk bernikah di masjid berbanding di rumah
sebab kat masjid ni mungkin aura nak bernikah tu akan lebih terasa
lebih bermakna berbanding aura di rumah

maka dengan ini aku nak share sesuatu
hukum , adab tatasusila akad nikah di masjid


isu ini saya copy paste dari penulis ini:-



Isu Nikah dimasjid, Pada Mac lalu 20 Mac 11, Seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis Datuk Ahmad Jusoh, berkatanikah dimasjid menyimpang dengan amalan Rasulullah saw. Heboh juga isu ini ketika itu sehingga pada 16-18 Jun 2011 Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan ia di benarkan. Berikut ialah keputusan penuh Majlis Fatwa tersebut dan HUKUMNYA AKAD NIKAH DI MASJID :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan. Sumber : E Fatwa
PANDANGAN AHLI MAJLIS FATWA PERLIS
Saya fikir pandangan beliau bersifat peribadi mengenai nikah dimasjid, walaupun beliau ada hujah. Lihat Utusan Malaysia.
Pandangan saya: (pandangan penulis)
Kedua pihak yang nak nikah dalam masjid kena jaga adab dan hormati masjid, jaga akhlak, aurat dan hormati orang solat dalam masjid. Sebaiknya masuk ada air sembahyang, kemudian lakukan sunat tahayatul masjid, jaga percakapan dan hormati Rumah Allah.
Jangan Ghairah nak nikah, asyik bergambar, sampai lupa nak solat, saya nampak sendiri pengantin asyik bergambar, di masjid ketika azan, kena sembahyanglah, pengantin kata , kalau solat habislah bedak dan mekap, ni dah tak ikut syariat ni. Jadi kena rancang, masa dan hormati Masjid. Jangan jadikan masjid lokasi nikah, tapi tuntutan sebenar masjid tak ditunaikan.



ini pula dari sini:-


upacara membatalkan air sembahyang selepas
selesai acara akad nikah - sekadar hiasan


Ada terbaca dalam laporan berita yang memetik berkata amalan akad nikah di masjid adalah menyimpang dari amalan Rasulullah. Boleh baca di sini laporan tersebut. Maka aku pun berusahalah untuk menggunakan perkhidmatan pakcik google mencari artikel2 berkaitan atau juga apa jua yang bersangkutan berkaitan dengan larangan tersebut. Aku mencari apakah maksud menyimpang, adakah makruh, di tegah, di larang atau di haramkan terus kerana amalan tersebut.

Teringat dalam senarai kawan di facebook ada juga seorang yang boleh di katakan berpengetahuan dalam isu agama dan beliau cuba menjawab soalan aku dan memang aku amat bersetuju dengan penjelasan tersebut. Namun aku masih mencari lagi sumber2 lain untuk mengukuhkan lagi pemahaman berkenaan isu ini. Beliau mengulas dari sudut yang berbeza dan boleh baca seperti di bawah;

Apabila Rasulullah ï·º pernah menikahkan seorang wanita yang datang ke masjid, maka di sini hukum akad nikah di masjid adalahHARUS, bukan sunat atau haram. Untuk masakini, saya lebih cenderung kepada sebaik-baiknya akad nikah diadakan di rumah perempuan, kerana lebih mendekati sunnah dan dapat mengelakkan pelanggaran adab yang berlaku di dalam masjid. Seringkali, apabila berlaku akad nikah di masjid, terdapat yang mendedah aurat, bergaul bebas, tidak solat tahiyatul masjid. Tidak kurang juga yang merokok, kemudian diiringi hilai tawa dan percakapan sia-sia dalam masjid.Sebaik diakad nikah, pasangan melakukan acara membatal wuduk di dalam masjid. Amat tidak manis apabila si suami mencium isteri di khalayak ramai...lebih2 lagi di dalam masjid. Jika di rumah kan bagus?Itu belum termasuk, sebaik di akad nikah, suami isteri terus bersalaman tidak kira mahram atau tidak, kerana orang-orang yang hadir ke majlis itu belum dikenali dan diketahui status hubungannya. 

sekadar hiasan
(gambar di ambil dari fb Oh Media)

Berdasarkan ulasan tersebut, setakat ini aku amat berpuas hati dengan ulasan tersebut. Jika ada antara pembaca yang mempunyai pengetahuan yang boleh berkongsi lagi bagus kerana masih lagi tercari2 jawapan yang lebih kukuh dari segi penjelasannya. Aku amat2 berharap sekiranya ada antara pembaca yang boleh berkongsi sekiranya tahu.



ini pula ilmu dari ustaz IDRUS




semua pendapat ni aku sangat setuju
memandangkan aku ni cetek ilmu agama
walaupun sekarang ni sekeliling aku
dah ramai sangat
jadi ustaz dan ustazah terjun
hari-hari ada ustaz dan ustazah baru
kat dalam FB


tapi aku lebih suka refer
pada golongan yang mendalam ilmu agama macam mereka ni
apa yang ustaz Idrus cakap tuh benar
senang je nak faham
walaupun beliau menyampai dalam bahasa Ganu....
kalau tak takkan dia ramai pengikut


kalau korang perasan ada ustaz Idrus tu cakap
golongan hafiz pun sekarang kawin pakai inai
pastu dia ada sebut *****



makanya selalulah mencari waktu untuk mendalami ilmu agama
tak salah rasanya walaupun kita ni sudah menjadi seorang ustaz dan ustazah
yang memang dah banyak ilmu agama


kalau kita ni sebagai pengantin time tu
tak perlulah nak tunggu orang tegur dulu apa yang kita buat tu
baru nak pikir balik patut ke tak patut
perbuatan tu.


terang-terang perbuatan tu dalam masjid
walaupun dah halal tapi kenalah jaga adab, tatasusila di masjid


aku sekadar share benda ni. peringatan untuk diri sendiri juga. kalau salah tolonglah betulkan.aku pun takde lah pandai sangat bab ni. tapi dengan beberapa rujukan di atas rasanya cukup untuk kita tambahkan ilmu pasal isu nikah kawin dan adab dalam masjid ni.


p/s: jangan kita jadikan orang Islam itu sendiri yang memalukan institusi masjid dengan pekara-pekara macamni.







jangan jadikan ini sebagai kontroversi



sebab takde apa nak update
maka aku korek hidung khazanah lama-lama
seronok jugak tengok pic lama-lama ni
kenangan tu terasa indah
terasa ingin kembali ke masa lalu


time ni zaman anak dara lagi
masih tak tau aku akan kawin dengan sape *motif bagitau*
tapi memang selalu extra gediksss kalau kat kenduri kawin kawan-kawan
iyelah manalah tau kot-kot tersangkut
dengan mamat-mamat yang ada kat kenduri tu
tapi semuanya hampas.....
punah harapanku
semua yang ada tak menepati piawaian aku
dan aku juga tak menepati piawaian mereka....
jadi pasrah aje...










outccchhhhhh....
jelas kelihatan keluasan padang golf di situ...
paling tak suka ambik gambar possing macamni









last-last jumpa mamat ni
hensyemmmm tak dia
hensyem kan...kan kan
sedondon lagi
nampak sangat kami sehati dan sejiwa
hijau pulak tu
sama color dengan scallope kanopi kat belakang tu
kira sehati sejiwa dengan kanopi sekalilah.



kami pun saling sayang menyayangi
sayang macamne biarlah kami je yang tau
hahahaha nak story sangat tapi cover-cover
boleh blahhh lah kan...


cuma pesanan aku hanya satu


ini pesanannya


JANGAN JADIKAN INI SEBAGAI KONTROVERSI
 
kerana

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


*

*

*

*

*

*

*

jeng jeng jeng





kami jadi pengapit classmate kamilah
itu yang pakai hijau tu
sama pulak dengan pengantin
nasib kami ni cantik dan hensem jadi orang akan nampak kami jugak
kalau tak nampak hijau belaka



ini kat Perak
majlis menyambut menantu Isha & Zul
tarikh pun ada lagi kat situ
28 Feb 2009.


dengar cite hujung tahun ni pengapit lelaki tu pulak
yang bakal menamatkan zaman bujangnya
alhamdulillah syukur
harap aku pun di jemput.






kisah hari Jumaat



di hari Jumaat yang mulia ini marilah kita
beramal dan buat kebaikan
akan bergandalah pahalanya.


ini hanyalah mukadimah

meh aku nak story kisah Jumaat aku
Jumaat minggu lepas


Pakcik aku (stepfather) takde
outstation ke ladang....outstationlah sangat kan
padahal satu negeri jugak
visit ke ladang sawit je
nak tengok setakat mana progress projek dia


maka takde orang nak hantar adik aku ni ke sekolah
yang kat belakang yang pakai tudung purple tu
ada lesen tapi takut nak bawak kereta
so aku cakaplah kat dia baik tak payah ada lesen
asyik jadi mem je
ada drebar (driver) yang akan bawak dia ke mana-mana
sape lagi orang tu  kalau bukan ibunda terchenta

 



si tudung purple malu nak enterpremmmm...


jadi aku sebagai anak takkan nak lepas tangan je
dah Ma aku bagitau pakcik aku masuk ladang
takde sape nak hantar Muzaffar g sekolah
maka aku cakap takpe nanti aku balik tengahari hantar Affar


bukan nak tunjuk baik pun
cuma aku sorang je anak Ma aku yang duduk Kuantan ni
yang lain-lain semua di KL dan Temerloh
mereka mencari rezeki di sana
jadi akulah anak yang selalu mintak tolong dengan Ma aku
dan Ma aku pun selalu mintak tolong dengan aku
biasalah anak beranak
gitulah kehidupan kan....





inilah Affar


muka Affar ni dalam kereta macamnilah
ni nasib aku yang hantar
kalau bapak dia yang hantar
sekerat jalan lagi nak sampai sekolah
mulalah banyak lakonan dia
tidolah, sakit perutlah, pening kepalalah dan macam-macam
tiket taknak g sekolah



pasal apa dia taknak g sekolah
sebabnya hanya 1
sebab dia ni tak pandai cakap cina
dah mak pak hantar g sekolah cina
maka majoriti kawan-kawan semua cina
dalam kelas dia hanya 3 orang budak melayu


tapi lagu-lagu dalam bahasa cina
yang selalu cikgu dok ajar nyanyi
semua dia dah boleh nyanyi
kira bangga jugaklah aku
bila dengar dia nyanyi tu





time ni nampak dia excited sebab kakak dia hantar :)
dia g sekolah
siap tunggu sampai dia masuk kelas



yang best sekolah ni aku rasa
masa takdelah terbuang macamtu je
macam zaman-zaman aku sekolah dulu
ada sela masa tu mesti nak main
main getah, buaya duduk, rumah terbakar dan macam-macam lagilah


tapi rasanya tak de kat sekolah ni
Affar ni sekolah sesi petang
nak tunggu sesi pagi balik
kenalah tunggu kat dewan
ada sesi soal jawab kat dewan ni
semua dalam bahasa cina
sepatah haram aku tak faham



nak masuk ke kelas kena beratur macamni
bercouple-couple
laki dan perempuan
time nak jalan kena pimpin tangan
nak elakkan budak-budak ni bertolak-tolak
antara satu sama lain
biaslah budak-budak kan
tolak menolak tu macam mainan bagi dorang





hah time ni dah nak masuk kelas
nampakkan semua berdisplin
time jalan mesti berpegangan tangan
takde tolak menolak
sebelah  tangan lagi tarik beg
time ni cikgu memang ada merata-rata
jaga keadaan



dah dia masuk kelas aku dengan Ma aku baliklah
Affar ni ada pesan sebelum masuk kelas
dia suruh tunggu dia kat kantin
ingat aku tak keje ke adikkkk oiiiii.....



balik keje petang tu dia marah kat aku sebab tak tunggu dia
aku jawab 'Jaga India kat sekolah dia tu halau aku balik'
sebab dia takut dengan jaga tu je
kira hari tu selamatlah aku dan Ma aku