rajinnya kamu

bila dah confirm boking untuk join event tu dan siap buat payment semua maka hasben aku ni nampak rajin lain macam. selalunya rajin dia payah nak nampak kalau di rumah. kalau bab kerja memang dia rajin.


balik je dari buat payment dia terus bekerja dan terus bekerja. semangat betul nampak. aku just tengok je pastu masuk tido.....sebab tangan aku bukan tangan seni. try2 buat tak jadi. menjahanamkan bolehlah......



korang tengoklah gubah bunga pun nampak macam menjadi je kalau dia yang buat.....padahal tangan kasar macam apa lagi.....kalau time dia gosok2 pipi aku tu memang takde feeling langsunglah....sbb kasarnya nauzubillah..........




yang ni aku tak tau pasal apa dia keluarkan jugak. dalam frame tu gambar mama dan abah dia time kawin. pastu yang lagi satu tu bunting time aku kawin dulu. apa motif dia sampai sekarang aku tak tau.....malas nak ambil tau sebenarnya....sebab dia tengah serabut.....



p/s: event apa saja taknak bagitau sekarang.....kasi suprise........




nasib badan



terasa nasib badan aku sekarang asyik bertuah je....tak tau kenapa??? tapi dalam bab makan jelah.


minggu ni memang sangat-sangat menjimatkan poket. datang ada isi balik pun isinya still macamtu jugak.....tak luak2..... padahal bawak duit cukup2 makan je .


minggu ni tiap2 hari makan free.


di pagi yang mulia ni pun makan free. bos belanja. tapi air kena buat sendiri.....kalau sekali dengan air lagi bagus....lagilah ktorg ni sayang kat bos.....uweeeekkkkk (ayat membodek).


bos belanja roti canai. banyak pulak tu. sampai tengahari pun rasanya boleh makan lagi. kalaulah setiap pagi jumaat bos yang belanja mesti banyakkan pahala dia. berganda-ganda.


kitaorang pun banyak jugak..........................banyak makan.........benda free tak kan nak tengok saja. ye dak......

-sumber: google-


lunch pulak adalah sorang kakak ni belanja pizza. ofismate aku jugak. gambo muka dia non ado.....buat apo nak tayang muka dia. dia bukan model pun (ni ayat dia okey)............yang model ada sorang lagi tapi nntlah kalau ada gambo ofismate aku yang memang model tu aku publish lah kat sini.

-sumber: google-


dulu-dulu aku pun heran kenapalah model macam dia nak kerja kat cni lagi......nak jugak tanya tak cukup ke duit dia dengan kerja jadi model je......tapi tak berani nak tanya......




p/s: pasni nak doa banyak2 next week ada lagilah insan yang bermurah hati macam dorang ni.....







geram dan marah bercampur-campur dalam hati

nak tau kenapa lama dah aku tak update blog buruk ni? sebenarnya aku masih lagi dalam keadaan geram dan marah dengan en hasben. biarlah orang cakap tak baik nak marah-marah hasben sendiri pun tapi itulah hakikat yang aku rasa sekarang.


sabtu lepas dia pakai camera cikai aku yang satu tu bawa pergi tempat dia kerja. sebab nak ambil gambar hasil2 kerja-kerja pakej pengantin yang dia buat hari tu. malam sebelum dia pergi tu aku dan dia pakai camera tu ok je. memang takde apa-apa masalah. aku test-test baju yang bakal pengantin esoknya nak pakai. so dia ambiklah gambar aku tengah possing dengan baju pengantin tu. memang tak de apa-apa masalah pun dengan camera tu. elok macam biasa.


balik je dia ke rumah sabtu malam ahad tu aku memang cari camera dulu. bukan cari dia. sebab nak tengoklah cantik ke tak hasil kerja hasben aku. kalau ada yang tak berkenan aku akan komen. tapi bila aku on je ada bunyi krekk krekk krekk.... tau. pastu lens dia tak tertutup rapat.


bila aku tanya dia cakap dia tak tau. dia tak buat apa2 pun dengan camera tu. tapi ada gambar2 time kat kenduri tu. so aku dah rasa macam nak marah dah. sebab camera tu rosak di tangan dia tapi tak nak mengaku. biasalah bila time kelam kabut bekerja kadang-kadang kita terhempas ke terlempar ke kita mana nak perasaan.


aku geramlah sebab tu je yang aku ada untuk snap apa2 yang berlaku dalam hidup aku untuk di jadikan kenangan. bukan taknak guna camera handphone masalahnya hdphone aku pun dalam keadaan sediah. memang jenis xde camera. handphone aku yang canggih sikit dulu kan hilang.


pastu dia suruh hantar repair. semalam aku hantar kedai. tukang repair kata memang lens pecah. kalau repair kena dalam RM250. belum masuk spare part lain kalau rosak jugak.


kemudian aku call dia bagitau hal ni. korang tau dia jawab apa????

dia jawab 'EM TAK PAYAHLAH REPAIR, MAHAL SANGATLAH'. pastu aku tanya lagi. habis kalau tak repair saya nak guna camera apa? dia diam je ....tak jawab pape.... nak tanya kat kedai lain pun dia tak berbunyi, nak cakap dia nak ganti pun takde jugak. dia diam sampai sudah je.....


lagilah aku panas membara. antara sebabnya:

1. dia tak pandai jaga barang orang especially barang aku yang dia pinjam
2. pastu tak mengaku yang barang tu rosak di tangan dia. takkan rosak kat tangan aku pulak sebab time tu memang aku takde, aku kerja .
3. takde pulak dia berbunyi nak bertanggungjawab nak ganti ke nak repair ke atau apa saja yang boleh adakan balik camera untuk aku.


bukan aku tak boleh beli yang lain. tapi aku lebih suka kalau dia ada rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. walaupun aku ni wife dia tapi aku tetap nak berkira dengan dia dalam hal ni. kalau tak saje-saje je melayang duit aku beli camera baru. yang pakai lebih-lebih dia jugak.....


p/s: aku nak merajuk sampai dia belikan yang baru.......




setiap masa nak makan

perubahan yang aku perasaan sekarang selepas aku kawin:


- pagi mesti nak makan nasi. mee ke bihun ke, kuih ke memang tekak tak mau terima.


- lagi bertambah selera kalau pagi makan nasi putih lauk macam makan tengahari


- pagi nak minum nescafe je...air lain tolak tepi.


- tengahari walaupun tak berapa lapar tetap terasa nak makan.


- kat ofis berkobar-kobar nekad kononnya balik rumah nanti tak nak makan.


- cita-cita tinggal cita-cita. malam tetap kena makan. sebab laki den buat perangai konon kalau den tak nak makan dia pun tak nak makan. (memang mengada-ngada ini budak).


- tengah malam selalu terasa lapat dan nak makan sesuatu. tapi tak nak yang ada dalam rumah. nak yang kat kedai. (yang ni ikut perangai laki den dulu2 kot).


- dah makan tengah malam mestilah balik je rasa nak tido. kalau berjaya tahan oklah. kalau tak berjaya tahan mata terbabas jugak aku tido lepas makan.


tapi alhamdulillah berat badan ai tetap maintain sekarang.



aku turutkan kerna ku cinta padamu....

aku keluar rumah awal pagi. lebih awal dari biasa. (biasa-biasa tu awal ke?). ini semua kerana ada kursus khas dari MOHE untuk IPTS yang ada. kali ni untuk zon Pantai Timur barangkali. jadi aku kena pergi mewakilkan IPTS aku. bos aku pun pergi jugak.



kali ni julung kalinya di adakan di Zenith Hotel.....sekarang semua event buat kat Zenith Hotel. apalah yang best sangat kat situ....sampaikan PC Fair pun di buat di situ.....ECM, Megamall dan Kuantan Parade orang tak pandang dah kot....


pape pun harap2 esok takdelah boring macam kursus lain. harap-haraplah....


sorry entry tak sama langsung dan takde kaitan langsung dengan tajuk.....


bye......

inikah dugaan yang kuterima......

adui tension betul aku rasa saat ini. berukband aku ni memang tak sedar diri tau. kalau aku tak melanggan setiap shopping mall yang aku pergi ada je terpacak budak-budak sales Maxis ni yang sibuk dok promote berukband ni....macam-macamlah ayat terbaik dorang dok pancing supaya melanggan.....


aku ni sebenarna dah ada P1. tapi takde coverage pulak kat area rumah hasben aku ni. berukband Celcom aku pulak aku bagi mak saudara aku pakai. tapi dia lah yang dok bayar sekarang. last-last terbeli dan termelangganlah berukband Maxis ni.


memang sejak pakai servisnya memang hampeh.....seminggu je ok. maybe sebab tempoh trial adalah seminggu. ni aku nak update blog pun dah macam putus asa. aduiiii apalah nak buat ni....


p/s: aku ni kalau xleh berblog dan berinternet memang boleh meroyan sebelum tiba waktunya......



sesi perkenalan ke atau nak memperkenalkan.....?



yang mana lagi sesuai di gunakan samada 'SESI PERKENALAN' atau ' MEMPERKENALKAN'.


aku pun tak tau yang mana satu yang lebih tepat dan sesuai. yang mane-mane jelahkan.....


aku just nak menperkenalkan adik-beradik aku je. sebab susah sangat kalau orang tanya pasal kami. aku faham dorang sedikit pelik kadang-kadang aku jawab aku ada 5 adik beradik kadang-kadang aku jawab 7. so meh sini rapat-rapat sambil bergoyangggggggg.........ahhhh......hah dah macam lagu dangdut......meh sini aku story sikit pasal dorang.



tapi sebenarnya nak cite pasal adik-adik aku yang ada blog je. yang takde blog nanti aku cite. tu pun kalau aku rasa nak citer.



sebelum citer ni terlanjur lebih jauh aku nak ingatkan lagi sekali dorang ini adalah adik aku tau. bukan kakak aku. ramai sangat yang ingat aku ni adik dorang. tapi aku faham sebab muka dorang nampak lebih tua mature daripada aku sebenarnya.


MEMPERKENALKAN...............................................dum dum dum dum dum dummmmmm.......(sound effect bunyik drum)







si minah tinggi lampai macam galah.


tapi sayang tak boleh nak buat galah kait kelapa. kalau boleh jimat sikit duit Opah aku nak upah orang kait kelapa kat keliling rumah setiap bulan.



nak tau lebih-lebih pasal dia silewlah review blog dia ni........



yang ke dua adalahhhhhhhh...........................................(silew buat nada mcm orang annouce pemenang dalam TV tuh) turut ada sound effect........







jugak seorang minah tapi masih single but not available..............(yang ni aku agak je).



dia ni tak tinggi tak rendah.....sedang-sedang rendang je.......aku dan dia ni memang banyak persamaan sampai ramai yang cakap kami kembar........


nak tau pasal dia jom terjah blog dia.........tapi dia ni dah terjebak dalam geng mat salleh celup........nak tau apa maknanya geng mat salleh celu jom terjah..........terjah jangan tak terjah.......



ok buat setakat hari ini 2 adik aku yang ni jelah yang ada blog. yang lain-lain belum ada lagi......



jadi yang ini jelah nak bagitau....walaupun takde motif.....




p/s: sebab mati idea nak cite pasal apa....no idea....








saya tak rindukan suami saya tapi saya rindukan orang lain




sejak akhir-akhir ini saya jarang rindukan hasben saya. walaupun dia asyik tinggalkan saya. bulan ini saja saya baru jumpa hasben saya dua kali. tapi saya tak kisah pun. langsung tak kisah.


sebab apa saya tak kisah....? entah.....


owh mestilah saya tak kisah sebab hasben sayakan keluar pergi kerja. dia outstation ke utara. jadi saya sukalah sebab saya ada masa nak relaks sikit. sebenarnya saya kisah sangat-sangat sebab saya tak boleh ikut.. saya kuatkan semangat saya di tinggalkan hasben dengan pepatah 'SAYANG ISTERI TINGGAL-TINGGALKAN'. tinggalkan kerna kerja tak mengapa...kalau tinggal sebab lain siaplah nanti ai babab dia.



*************kenapa bersaya-saya****************



sekarang aku asyik rindukan orang lain je. bukan rindu hasben sendiri. berdosakah aku???? sebab aku rasa macam dah lama sangat aku tak bersua muka , tak bertentang mata dengan orang yang aku rindu ini. rindu sangat sampai sakit dada menahan rindu ini. sampai rasa nak mati....


yang ini memang benar.....


benar aku tipu. takde maknanya aku nak rindu sampai nak mati. tapi serius aku rindu 'dia' sangat-sangat. tak tau kenapa. tapi 'dia' rindu tak kat aku macam aku rindu kat 'dia'.


tolong jangan salahkan aku sebab aku rindu orang lain. Tuhan yang bagi pinjam perasaan ini kat aku sekarang.



arghhhhh lantaklah. janji aku memang rindu........rindu sangat....kat 'dia'


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


aku rindu sangat kat 'dia'-'dia' ni........
bila boleh jumpa nih????
bila awak semua nak balik ni???
dah tak nak jadi orang kuantan ke????












kami bukan datang dari mana-mana kumpulan nasyid. kumpulan nasyid WARDAH ke kumpulan nasyid DARA ke, semua-semualah. semua itu jauh sekali.......cuma kami datang dari kumpulan yang di beri nama KUMPULAN WANITA KEPALA TELENG......hehehe jangan marah ye kat sape-sape yang ada dalam gambar di atas.....





harap-harap cepatlah korang balik. dah lame tak bergosip-gosip ni. dan harap jugak korang balik serentak pada hari yang sama. jangan balik lain-lain hari.........




seronok tengok gambar ni. bergambar dengan cousin sekali. nasiblah dapat cousin-cousin yang comel lote macam ai.....kalau tak jangan harap ai nak bergambar sekali. dengan uols...hehehehe gurau je dehhhhh....



owh nak bgtau je kat sini tak lama lagi cousin ai yang berbaju biru tu akan naik pelamin ....hehehehe tak sabar rasanya......(motif)....:)











sebelah je yang berfungsi

kelas make up anjuran Mary Kay tu start pukul 9 pg mengikut tentative. tapi sebab asyik tunggu peserta-peserta yang janji nak datang tapi tak muncul-muncul pada waktu yang di tetapkan maka kelas pun bermula pada pukul 10 pagi tanpa mau menunggu lagi.


kalau ada yang datang lewat tu kira dorang bagi masuk je. dah kata kelas percuma memang ramailah yang nak join.


di kelas ni semua produk yang di gunakan adalah dari MARY KAY. takde produk lain. mula-mula macam biasalah sedikit penerangan daripada pakar-pakar MARY KAY ni pasal setiap produk yang bakal kami gunakan.





setelah di terangkan tibalah masa untuk cuba try test sendiri produk tersebut. Untie Aida minta kami pakai kat sebelah je. untuk rasai perbezaan. jadi kalau ada kesan apa-apa memang boleh rasa sebelah je. betul dan benarrrr...aku tak tipu. aku dah rasainya.....


bermula dari produk pembersihan tangan dari kuman hinggalah ke make up muka siap semuanya di ajar step by step oleh MARY KAY consultant. memang best sebab dorang akan tunggu kita bila kita ketinggalan. biasalah lembab.......



sampai-sampai je tengok takde orang lagi. message Suraya (my consultant) tanya buat kat hall mana? rupanya betullah kat hall yang aku sampai tu. cuma orang je belum ramai. apa lagi cari camera dan posing dengan muka basi sorang-sorang. biasalah muka orang kena bangun pagi pada hari cuti memang macam tu.




ok nampak tak betapa bestnya kelas ni. siap ada besen-besen lagi. dalam besen tu dah ada air untuk bersihkan muka nanti. kita just duduk dan belajar je apa yang di ajar.


warna besen dia pun cantik-cantik. rasanya senang nak bezakan ikut beauty consultant kot. sebab BC ni yang akan bantu kita kalau kita tak faham or ketinggalan apaapa.




hah nampak tak kena try sebelah je. yang ni je sempat snap gambar. step lain aku tak sempat nak ambil sebab takut tak sempat nak kejar part-part yang dorang ajar.





time ni belum siap lagi. bedak pun tak rata lagi. jiran aku ni kacau tau. asal aku snap gambar je mesti dia nak masuk jugak. tu sempat tangan dia je masuk.


antara produk MARY KAY ni yang ni je aku sempat snap. kalau korang nak tengok lebih-lebih g terjah kat sini www.marykay.com.my.




hah inilah rupa jiran aku time class ni. dia pun banyak ajar ilmu make up dia kat aku. aku pakai fake eyelish tapi dia ori punya tau. dia ni nak cepat time ni. BF dah tunggu kat bawah nak g lunch kat hotel. pasal tulah dia make up lebih kurang je. kalau tengok muka dia time datang mmg dah tau dah yang dia ni minat bermake up.


lastly inilah hasilnya yang terhasil dari produk-produk MARY KAY. terus terang aku cakap produk dia memang terbaik antara yang terbaik antara produk-produk yang aku pernah cuba. dan setiap produk pembersihnya tidak berorientasikan sabun yang boleh mengerutkan dan mengikis kulit.



adik aku cakap eyebrow aku time ni kelakaw.....tak sesuai. takpelah namalah baru belajar ye dak....kening ni pun bukan bercukur pun.....ori tau....



mata saya banjir



sedang bw ke blog-blog yang aku rasa nak bw tiba-tiba mata aku banjir tengok video nie.


Ya Allah hati aku benar-benar tersentuh. di harapkan rumahtangga aku akan bahagia sebegini hingga hujung nyawa kami walau apa jua yang berlaku.


sangat-sangat sedih. 4x tengok pun masih lagi nangis. ada lagi ke suami macamni zaman sekarang? sanggup hidup dengan isteri tercinta hingga akhir hayat walaupun tidak di kurniakan cahaya mata.
p/s: kalau tanya suami aku macamni ke tak aku tak tau...kena tanya dia sendiri......














terpujikah pekerjaan sebegini????

ok ke kalau kita try matchkan seseorang yang memang sedang mencari teman hidup (jodoh) dengan seseorang yang memang single dan juga sedang mencari teman hidup yang sesuai.


mereka ini bukan tak laku tapi maybe dah serik kot diperlakukan sesuatu yang orang kata boleh mengguris perasaan hinggakan tak mau lagi membuka pintu hati mereka untuk orang yang baru. tapi dalam masa yang sama mereka teringin untuk di kasihi dan di sayangi dalam bahasa yang mudah iaitu ingin di cintai dan berumahtangga.


tapi setiap kali ada je orang yang minat or nak mendekati serta mengenali mereka pasti masih terbayangkan ex yang lama yang buat hal tu......dalam masa yang sama perasaan sayang dan benci pada si dia masih menebal.


orang sekeliling yang tau masalah mereka ni mesti ada terniat di hati nak kawankan mereka ni dengan seseorang yang di rasakan sesuai. 'di kawankan bukan di kawinkan'. kena faham perkataan tu. so kalau mereka serasi segala keputusan merekalah yang decide. orang sekeliling tak perlu masuk campur dah.


agak-agak kerja macamni di terima tak oleh orang-orang yang tengah cari calon teman hidup tuh....tapi orang tu pernah cakaplah secara berseloroh 'tolongla carikan calon untuk saya'........


agak-agak macamne tu????


hari menambahkan ilmu kecantikan diri

terpaksa korbankan waktu rehat hari cuti kerana ingin menambahkan ilmu kecantikan diri. perempuan , wanita, malah juga ponxxx jugak tak boleh lari dari hal-hal kecantikan diri ni.


sabtu (05032011)aku mengikuti bengkel kecantikan Mary Kay. pernah dengar tak nama tu. produck kecantikan untuk wanita dan lelaki.


apa yang best bengkel ini adalah percuma. siap dapat gift produk lagi.

ini adalah hasil tranformasi yang aku pelajari pada hari tersebut:-




oklah kan....kalau tak ok pun takpe sbb ni muka aku bukan muka ko....aik marah nampak.....



eh eh muka ai & hasben masuk majalah PENGANTIN

saja nak bagitau nak heboh nak kecoh nak bangga dan nak nak nak nak semua sekalilah kat blog aku ni. korang jangan nak bising-bising ek sebab aku ni memang kepochi sejak azali. dah blog ni aku. just nak kepochi kat sini je hehhh... ini hah nak bagitau kan haritu aku masuk contest Urban Vibe Online Contest tukan sempena Pameran Pengantin 2011. dah lama lah aku join. bepore aku dapat suami lagi aku join.





manalah tau rezeki aku ada kat situ. last2 dapat jadi juara. hadiahnya adalah 'REAL WEDDING' kat pameran tuh. kira macam pengantin bersanding betul-betul. macam SEPET dgn bf dia QERY tu. tapi mereka pengantin olok-olok. aku ni pengantin betul-betul. yang dah betul-betul nikah. memang tiada keraguan lagi. gunakan tanpa was-was. memang dah sah suami isteri gitu. pasal tulah dorang namakan hadiah ni 'REAL WEDDING'.




kejadiannya adalah pada 8hb Januari 2011 lalu di Ampang Point. kalau korang memang pengunjung tetap Pameran Pengantin ni memang korang taulah pasal ni. kira ini adalah persandingan aku yang ke tiga. sangat-sangat bersyukur. segalanya adalah di taja.



siap ada tertera nama kami lagi tu. mau aku tak bangga sampai kembang-kembang hidung nih....walaupun spelling nama aku tu salah. tapi tak pe yang pasti orang itu adalah aku.



sebenarnya memang majalah PENGANTIN ni hasben aku beli tiap-tiap bulan. untuk di jadikan rujukan business dialah. tapi entah macamne yang bulan ni dia tak beli-beli lagi. time g beli CD Hantu Mak Limah Balik Rumah ahad lepas aku ternampak majalah ni. was-was nak beli. kalau aku yang beli duit akulah yang melayang. maka bagitau en hasben 'eh awak dah beli ke majalah Pengantin bulan ni? tu hah ada kat kedai auntie tu'. hahah taktik nak suruh laki yang beli.





dia dengan spontan pegi beli. balik je rumah aku yang mula-mula dok belek-belek. waaaaaaaaaaa ada gambar kitalah time sanding hari tu...........


semua yang ada kat rumah time tu serbu kat aku nak sangat tengok gambar je padahal....sebenarnya just nak confirm je muka dorang ada ke tak de....sorrylah beb muka awak semua takde....heheheh





mau aku tak bangga persandingan aku yang ni siap masuk majalah kegilaan ramai lebih-lebih lagi bakal-bakal pengantin.


korang pegilah beli majalah PENGANTIN Edisi 117 MAC 2011. gambar aku dan en hasben ada di muka surat 273.


tapi aku cakap awal-awal aku dan en hasben tak cantik dan lawa pun......aku redha......


p/s: kami memang tak boleh lawan sepet yang tinggi lampai dan putih gebu serta qery yang badan katang dan macho bak hero remaja .....tsk tsk tsk tsk......







bulan ini bulan kena tinggal



masuk je bulan March aku kena readykan diri untuk kena tinggal. kena tinggal dengan sapa lagi kalu bukan en hasben sendiri. tak kan hasben mak cik Jenab sebelah rumah pulakkan. bulan Februari hasben aku dah menampakkan kesibukkan dia. sampai nak makan kat rumah pun takde masa.




ini semua pasal kejohanan Perahu Layar untuk budak-budak sekolah. diakan coach sukan ni jadi di mana kejohanan ini ada dan melibatkan atlet Pahang jadi dia kenalah pergi bawa anak buah dia. malam ni dia akan ke Penang. jadi bujanglah aku selama seminggu. pastu minggu depan ke PD pulak.



setakat ini yang ini jelah yang aku tau. untuk event yang seterusnya dia tak bgtau lagi. tapi dia cakap memang akan ada lagi kejohanan untuk bulan akan datang.


nak ikut tak boleh. cuti tak de . lagi pulak dia pergi lama sangat. tak main hari-hari ni. yang dia main adalah minggu.


kadang-kadang kesian juga tengok dia bekerja. mana nak handle sukan. mana nak handle busines. semuanya kadang-kadang terkejar-kejar arrange masa. malam ni pergi Penang. pastu terus balik sebab Sabtu ni ada pakej untuk orang kawin. setel hal business kena gerak semula ke Penang .



apa je yang dia buat aku tak halang. itu semua dah minat dia. janji dia happy dengan apa yang dia buat. ini juga adalah untuk keluarga kami di masa akan datang. janji apa yang dia buat mendatangkan hasil pendapatan dan tak menghalang minat dia dalam bidang kerja dan business.





jom view program aku N the Geng

cerita dah basi tapi tetap mau kasi update. sebab ini adalah cite pasal aku kan so memang wajib dan patut di tepek kat blog buruk nie.


malas nak citer panjang. entri dulu pasal Kuala Gandah klik sini. jadi kita tinggalkan aktiviti untuk student. sebab aktiviti untuk mereka lebih kurang sama jugak dengan program2 motivasi dan orientasi pelajar IPT kat Malaysia nih.


meh jenguk sikit aktiviti aku dan geng-geng aku.


time keluar dorm je akan jadi sindrom macamni:






sebab yang di kenalpasti kenapa dan mengapa kami jadi sebegini adalah kerana ini:-









aku dan 3 orang lagi adalah ahli tetap dapur. kalau takde kami makanya semua lecturer dan student memang tak makan kot. nasib ada 'abang-abang' maritim. kerana doranglah masakan kami jadi bertambah sedap dan lazat.....hehehehe


aktiviti malam pulak g melawat muzium Bioversiti:-









bagus g melawat muzium ni. macam-macam info kita akan dapat mengenai flora dan fauna. bertambahlah kesedaran aku bila di beri penerangan pasal flora dan fauna.



kalau nak bawak family pun bagus. banyak homestay kat Kuala Gandah ni. selain zoo ni ada banyak lagi tempat-tempat yang best untuk aktiviti kekeluargaan. macam taman rusa, taman gajah dan macam-macam lagilah. nak tau lebih lanjut korang Google sendirilah ek.