SUNDAY STORY



dalam sedar tak sedar dah tengahari pun sekarang. time for lunch. tapi aku tak lunch lagi. apa nak lunch pun aku tak tau lagi.
dari celik mata pagi tadi aku tak berenti renti buat kerja. sampai berpeluh-peluh. mengah mak...
sambil buat kerja sambil melayan lil sunshine ni. budak ni suka menjerit sekarang. jerit geram.



-budak kecik berjari sakti-



semua kerja rumah aku dah buat
en hasben pulak outstation ke KL
jadi buatlah kerja sorang-sorang

antara kerja yang aku buat hari ni:



basuh baju
jemur baju
kemas dapur
basuh pinggan mangkuk
sapu rumah
taman pokok lada depan rumah
mandikan Hannah
tidurkan Hannah (setengah jam je budak kecik ni tido)
lipat baju
sambung buat bantal kekabu untuk Hannah


semua ni aku dah settlekan


cuma satu je belum buat....


yang aku belum buat adalah..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
mandi


ye memang sekarang ni jam ini aku belum lagi mandi
sebab buak kecik ni nak aku depan mata dia je
hilang kejap je meraunglah dia








sekarang tengah golek-golek depan tv dengan budak kecik ni.


harap-harap dia tido kejap lagi

kalau dia tak tido jugak terpaksalah aku bawak dia berpesta air di dalam bilik air
mandi sama-sama lah jawabnya.










18 April 2012 : amukan pagi



appointment cucuk Hannah untuk 5 bulan
pagi-pagi dah buat aku stress
stress yang amat
sepanjang jalan Hannah mengamuk sakan 







pujuk-pujuk semua dia tak layan
Hannah ni dah pandai meragam
bila menangis memang Haramlah dia nak bukak mata
pujuklah macam mana pun
dia akan berhenti bila dia dah puas....






cuba awak teka saya lelaki ke perempuan?



bila tengok pic ni Hannah ni ada juga macam rupa baby boy....





tapi sebenarnya dia adalah baby girl yang cute . nampak tak baju pink tu. 
topi tu daddynya punya kerja.......



sesudah nikah time untuk bersanding pula



masih mood nak story pasal wedding my lil sister dengan suaminya wan najran tu. walaupun sudah berbulan kejadian ni tapi harus di storykan di diary ini untuk bukti dah kenangan di masa akan datang.sebab anak cucu dan cicit mesti nak tau kisah-kisah mak-mak saudara dorang.


sebab gambar tak banyak jom kita tengok je gambar apa yang aku ada.

ni before sanding. so aini posing sesorang dulu kat pelamin pilihan dia. pelamin memang cantik di mata aku.


picture tuan tanah dengan pengantin haruslah ada bagi memeriahkan lagi blog tuan tanah ni walaupun tuan tanah sedar blognya takdelah meriah mana.

ok pengantin sedang mengisi perut yang dah dari pagi kosong. so camera kiri kanan depan belakang pun mereka tak ambik pedulukkkkk......janji dapat makan.....



untuk membuktikan lagi mereka memang lapar sila saksikan....

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>




























tak sempat nak telan jadi terpaksalah senyum sebegini....janji comel....kamikan pengantin.....




note: walaupun tuan tanah takde tanah, tapi tuan tanah ada Hannah. Hannah jugak tetap di hati tuan tanah.








sekitar majlis akad nikah Wan Najran (Kumpulan Saujana) dan adik gue




adik bongsu perempuan aku selamat di nikahkan oleh abah terchenta kami pada 22 Januari 2012 di Masjid Al Hidayah Permatang Badak.



tak pasti berapa kali lafaz mereka telah selamat menjadi suami isteri. amin amin dan amin. aku kat rumah bersama buah hati pengarang jantung iaitu Hannah dan en hasben serta supermama aleen. ini kerana kat rumah pun ada majlis. majlis apa nantilah aku gebang kat next entry.




tak sangka pulak boleh dapat adik ipar seorang artis. walaupun hanya artis nasyid. kalau tak kenal dia ni takpe. tak kecik hati pun. boleh google. lagu dorangkan tengah hot sekarang. lagu apa tu yang duet dengan 6ixth sence. Penerang Hati tak silap aku.




bawah ni video klip dorang. pandai-pandai koranglah cari yang mana satu adik ipar aku tu.



                                 



tinggalkan bab lagu tu. meh tengok yang lagi penting. apa yang lagi penting tu kalau bukan tengok gambar je pun. gambar sekitar dorang nikah. aku pun tengok gambar je. jadi takdelah memori aku sekeluarga di abadikan dalam majlis akad nikah ni. sebab separuh ada kat sini dan separuh harus di rumah.



ni dah siap nikah, sipi-sipi je muka abah aku


 mak ayah pengantin lelaki

*semua pic aku cilok dalam fb mereka*

note: dalam jarak waktu sebulan mak dan abah aku dapat 2 menantu. seorang dah menunjukkan bakal menambah bilangan cucu ma dan abah yang seorang lagi belum ada berita.




singgah pun boring tak singgah lagilah boring.....ye ke???



asyik post pasal Hannah je mesti korang boringkan???walaupun memang dah sedia maklum blog aku ni memboringkan. nak buat macamna orang berblog aku pun nak berblog.tapi tak pandai nak goreng ayat. jadilah blog macam aku ni. hidup segan mati tak mau-mau...kalau pengsan mungkin kot.. lantaklah aku tak paksa pun korang singgah. tak suka takpe kalau suka pun takpe.

 rindulah zaman Hannah ada rambut.walaupun hanya beberapa helai.






bosan tak asyik baca cerita pasal Hannah je. nak buat lagu mana sebab dia satu-satunya jantung hati buah pinggang yang aku ada. dialah racun dia jugaklah penawar. melainkan kalau aku Harris, Hanis, Hasyim, Hisham, Humaira, dan bakal-bakal H yang lain. kalau aku ada anak yang ramai macamtu boleh selang seli cerita pasal mereka. tapi aku takde yang mereka tu. aku hanya ada dia.





ini pulak zaman tak berambut. tapi kenapa Hannah hitam

ok tak pe niat hari ni taknak cite hal Hannah. Nak cerita hal-hal yang tertunggak yang berlaku time aku dalam pantang. sebab ini adalah hal yang penting dalam hidup aku.  tapi kalau terselit jugak  pasal Hannah harap di ampunkan yek. ampun bebanyak.





berambut ke botak chin ke hitam ke IBU tetap sayang Hannah ketat-ketat

aku akan update sekerap mungkin hari ini. nak habiskan apa yang termampu. jangan lupa singgah yek.....tapi di ulangi sekali lagi 'TIADA PAKSAAN'.









ragam si sepet dan pompuan bergigi kapak



lately ni en hasben suka bawak aku dan our lil sunshine keluar jalan-jalan
sebab si Hannah ni kalau dia perasan mak bapak dia asyik duduk berkepit dengan dia je
maknanya mak bapak dia tak kerjalah tu.
kalau tak bawak dia keluar dari rumah 
tak bawak dia naik kereta round-round ke mana-mana. memang dia akan menyanyi je sepanjang hari


kalau menyanyi macam ni takpe 'betapa ku cinta padamu......katakanlah kau cinta padaku......sila nyanyi versi siti nurhaliza. tapi dia menyanyi versi dialah. mengalir-ngalir air mata tu....sedih pulak aku tengok.suara tu memang dah ala-ala siti nurhaliza kot perasan lebih mak dia ni.




please dont disturb me when I sleep


jadi en hasben bawak kami jalan-jalan. 
pantai dan laut memang tak boleh di pisahkan dengan en hasben. jadi pantai lagilah tempat yang di tuju.  Hannah tido je time ni. sedar-sedar meragam pulak dia.


olooooo cutenya walaupun tengah nangis


 dah nak berhenti nangis setelah aku agah-agah di. sepet betul anak aku ni


 try agah lagi



 




 ok setel....dah berhenti nangis...mak dia pulak yang kepenatan setelah angkat2 dan agahkan dia....so tersembullah gigi kapak si emaknya......dan mata anaknya makin menyepet....












batu hitam dan mee kari



emergency plan sangat...tak plan awal-awal macmnilah jadinya
kerana birthday Kakak Quni iaitu cousin aku dan dia satu-satunya anak pompuan CikDah aku
maka layanan tu special sikit
tingggg tetiba nak celebrate birthday dia tang tang tu jugak
nak kek bagai jadi berusahalah aku dan cik dah aku cari kek


nak kek yang orang melayu buat
over tau CikDah aku ni
yang kena tempah-tempah dulu tu
bukan direct beli kat kedai tu
maka kami pun call lah kawan-kawan yang buat business kek
bukan saja call g pusing-pusing cari kedai lagi
tapi rezekinya takde
semua cakap tak sempat nak buat


memang betullah
cakap pukul 3 tapi nak makan pukul 5
kalau aku pun aku reject order
nnt tak sedap mcm biasa tak best pulakkan...
so better reject untuk jaga nama baik business


tapi takde kek pun plan emergency tu tetap jalan
kami buat mee kari sajork
CikDah adalah MasterChef
aku pulak MasterPotong...kahkahkah
tukang potong je ok

 MASTERCHEF makan sambil bagi warning 'kalau tak sedap jangan bagitau dia' risau dia takde mood nak makan nanti



plan nak makan kat pantai pukul 5 petang
5.15 kuah kari atas dapur lagi
last-last pukul 6 baru sampai Pantai Batu Hitam
datang semata-mata nak makan kat sini
bosan dengan suasana kat rumah


kerana inilah aku nampak macam pelahap padahal sopan sentiasa...:)


langkah kanan untuk adik aku yang ini
masih mood pengantin baru
dia ada balik bawak mak mertua dia sekali
jadi invite sekalilah
makan ramai-ramai baru best


 orang tengah mabuk kepayang jadi buah je yang lalu untuk telan


 inilah mak mertua adik aku tu aka UMI. Hannah pulak yang over senyum.





 gegirl yang duduk 3 dari kiri tulah Quni si empunya BD. yang over tayang betis tu.









sambil-sambil makan bebudak ni tak kiralah gegirl ke boboy ke 
pakat-pakat nak naik kuda. RM5 sekali naik.


menu express yang ada:

mee kari
puding kastart
fish ball n sosej grg
tembikai
ait tea o panas


note: seronok jugak walaupun emergency plan. cuma yang tak seronok adik bradik aku tak cukup jadi suram sikitlah....









PELAHAP punya pompuan



gambar ini mampu mengambarkan betapa sedapnya menu yang ada di depan mata aku ketika ini.






note:  kejadian minggu lepas. kepada pompuan-pompuan di luar sana jangan tiru aksi ini. biarlah aku seorang je yang memegang tittle PELAHAP dan bukan HARAHAP.harap maklum.




genetik










si bapak memang kalau tido memang tak berbaju
tapi wajib berseluar



tengok gaya tido memang ikut si bapak
tapi aku risau kalau kes tak berbaju ni
lekat kat Hannah sampai ke besauuuu
harap-harap di jauhkanlah
giler apa nak hadap Hannah time dah besar
kalau tido tak berbaju



plastik pun boleh....



mungkin ini gara-gara tak cukup susu
sebab dia ni minum susu aku je
tapi maybe dia rasakan susu aku ni
tak cukup mengenyangkan perut dia
makanya plastik pun terasa macam makanan






ni daddy dia ambik pic ni
time otw nak ambil aku kat office
memang seronok sangatlah tu
masuk keluar sumbat dalam mulut
plastik tu
elok je diam sepanjang perjalanan


memang baik sangatlah anak aku ni kalau
dengan daddy dia
anak daddylah katakan




MC 4 hari



LAZY MONDAY kembali
tiba-tibe terasa macam best kalau MC hari ni
teringat 2 minggu lepas
aku MC 4 hari
eye problem


tapi time tu sangat tak seronok
rasa nak kerja pulak time tu
memang bengong je rasa
time kerja rasa nak berhenti kerja
bila tak kerja sibuk-sibuk nak kerja
itulah aku

 mula-mula sebelah je kena jangkitan

2 hari selepas tu berjangkit sebelah lagi
dapat lagi 2 hari MC



melepak je kat rumah aku time ni
tapi anak tetap hantar ke BS
sebab makin banyak masa aku dengan dia
takut kebarangkalian untuk berjangkit kat dia
tu tinggi





jom kenali satu-satunya cousin Hannah



time dalam pantang lagi
aku dah melanggar pantang
time ni family aku busy dengan persiapan
majlis kak long aku
jadi aku takde orang nak cara sangat
budget manja lah konon


dah alang-alang abang ipar dan wifenya balik sini
en hasben ajak bermalam di rumah mertua
mula-mula aku taknak
takut Ma aku marah ke hulu hilir dalam pantang macamni
tapi dah takde sape kat rumah malam tu
Ma aku izinkan


dapatlah Hannah jumpa cousinnya
si DD nama pendek
tapi nama panjang adalah Danish Darwish bin Mohd Khairun Erman
memang panjang


mula-mula apa yang korang nampak
ini aku tanya korang
kalau ikut mata aku memang dah ada jawapannya


sekali pandang memang nampak kontra dorang ni
especially warna kulit
tapi sesuailah sebab Hannah baby girl
DD pulak baby boy


abaikan tisu kat dahi Hannah tu.dia asyik sedu je time ni.


mula-mula letak sebelah-sebelah macamni
nampak macam malu-malu je
i tak layan u 
dan u tak layan i



bila dah lepas fasa malu nampak Hannah pulak over seronok
DD relaks je
pandai cover


amboi-amboi anak ibu ni
techik techik tak pe over
nampak comel
tapi dah besar over-over canggini
nanti ibu babab tau


p/s: rasa macam dah lama Hannah tak jumpa DD. mesti lagi bambam DD sekarang.sebab dah boleh makan sekarang ni. DD tua 2 bulan dari Hannah.



 


Birthday Dalam Demam



Tanggal 03 April iaitu hari ini adalah birthday en hasben.
HappyBirthDay shayanggggggg....




memang sayang selalu tauuuuuuu...
walaupun kita selalu buat muka chommeeelll kita
lawan-lawan muka saper paling chommelll
walaupun time tu kita buat hidung paling kembang
mata terbeliak, mulut jebekkk2
tapi pelik pemenangnya tetap Hannah
Sunshine kecik kita tu


memang muka dia chomeelll
sechomell ibunya....riak lagi


ok sudah lari tajuk ni


sekarang dah 2 hari en hasben demam
asyik terlantar je
semalam dah bawak pergi klinik
tapi belum sembuh lagi








harap-harap petang ni makin pulihlah
sangat tak best bila daddy demam
ibu terpaksa pergi kerja drive sendiri
siapkan Hannah sorang-sorang
dan macam-macam lagi lah semua buat sorang-sorang




sempena HB hubby ni
ibu doakan semoga hubby cepat sembuh
semoga Tuhan panjangkan umur dan berikan kesihatan yang baik
rezeki melimpah ruah yang berpanjangan
menjadi seorang suami yang soleh
menjadi ayah yang terbaik pada anak-anak kita
amin.



p/s:gambar hubby dalam keadaan demam ada tapi tak sampai hati nak upload. aku ambik tepat jam 12am semalam.