boleh dikatakan rindu nak mampus



entry ini nampak macam sedikit overrr....

tapi apalah aku kesah sebab over over pun dia bukan orang lain
orang paling dekat dengan aku
tiba-tiba rasa rindu nak mampusss  pulak kat dia
dulu takdelah nak rindu-rindu macamni
sebab dia selalu ada depan mata




dalam pantang  pun boleh rindu tau
walaupun tak boleh buat apa-apa
tapi orang dalam pantang pun perlukan belaian dan sentuhan dari orang tersayang
ye tak




dia sekarang ni outstation kat perlis
dah 7 hari kat sana
lagi 4 hari InsyaAllah dia akan kembali






tiap-tiap hari aku dan HE membilang hari
menanti kepulangan dia
cepatlah masa berlalu



p/s: Miss u so much sayang (hahaha tetiba tersayang pulak)....HE pun tak sabar tunggu abah dia balik....abah dia takde maknanya takdelah orang nak dukung dia lama-lama.







lambat betul masa tu berlalu

seronoknya dapat balik



setelah 3 malam berpantang di HTAA aku di benarkan pulang.
memang itu hajat setiap patient kat situ.
celik je mata memang rumahlah dalam bayangan.


dengar je perkabaran yang aku boleh balik walaupun belum sahih
dari doktor pakar
dengan excitednya aku sms en hasben
dalam 15 minit dia sampai



tunggu punya tunggu doktor pakar sampai
yes..... memang aku boleh balik dah

ibu dan anak sihat.



katil baby awal-awal aku dah kosongkan




kain baju semua aku dah packing awal-awal pagi
padahal dapat tau boleh balik tengahari
kebenaran dari doktor pakar kul 4.30 ptg

baby memang nurse yang mandikan
time ni hasben ada baru aku ada masa nak mandi
risau baby nangis time ketiadaan aku
biasalah orang baru dapat anak
nak tinggal g mandi pun rasa tak sanggup


thanks a lot sebab datang jenguk



hari pertama bersalin.

di wad melur tingkat 1 HTAA.

lepas operation.




officemate yang datang melawat aku and my baby.

tolong abaikan perbuatan perempuan yang berbaju merah tu.
garu hidung or korek hudung???:) hahaha jangan marah kak....

time ni aku masih di penuhi bius.
memang tak rasa apa-apa.
doktor tak bagi pakai bantal lagi takut effect luka.





ni pulak kawan-kawan sejawatan en hasben.
yang mane takde gambar tu harap maaf ye.
mungkin terlepas pandang..

apa-apa pun thanks tak terhingga sebab sudi datang melawat.



dugaan dapat anak




bagi orang yang dah berumahtangga memang akan menginginkan zuriat sendiri. itu adalah satu berita yang amat mengembirakan hati suami isteri.

aku dan suami memang banyak benar dugaan time melahirkan dan sesudah melahirkan baby kecil ni.


antara dugaannya:-


1. terpaksa bersalin secara vacum sebab baby dah berak dalam perut.

2. luka aku banyak sebab vacum.

3. terpaksa menerima rawatan di operation room

4. kena tahan kat wad selama 3 hari sebab vacum tulah......

5. baby pun kena ada di sisi sbb BF

6. terpaksa jaga baby sorang-sorang dan berpantang di hospital walaupun keadaan aku time tu xleh bgerak separuh badan. (takut luka jahitan terbuka).

* tapi nasib ada staff2 nurse HTAA tingkat 1 yang baik2 dan friendly belaka. yang dah ada pengalaman tak habis-habis bagi aku maklumat dan nasihat mengenai kes aku ni. almaklumlah anak pertama ni tak reti sangat. bakal-bakal nurse pulak (budak2 praktikal) pun ok belaka. sangat-sangat mudah membantu kami ibu-ibu yang kurang berkemampuan bergerak ni menguruskan diri dan anak.*.






p/s:- apa pun pengalaman aku bersalin kat HTAA ni tak seperti yang biasa orang cite kat aku. kebanyakkannya cite yang tak elok lah. nak-nak layanan nurse kat patient. tapi pengalaman aku semuanya ok. cuma kalau ada duit tu bolehlah pilih hospital private lebih selesa untuk di temani suami dan keluarga. kalau GH ni privacynya kurang sikit.




tengok saja yang boleh



mula-mula nak buat entry lain....tapi time belek-belek gambar terjumpalah gambar ni.



dalam-dalam pantang ni memang tergugat benar iman aku kalau tengok makanan-makanan yang aku makan time preggy. tetiba terasa nikmat benar makanan tersebut. bersyukur benar kalau badan sihat walafiat boleh makan semua benda tanpa perlu berpantang.
















time ni pak cik aku sakit ni. baru keluar hospital. kakak aku pulak baru balik dari kursus terus dia g beli pizza ni. makan kat rumah.konon nak bagi pak cik aku tu ada selera sikit makan ramai-ramai. tapi failed.

 


 yang berselera adalah kami bertiga. orang sakit request nasi  dgn tomyam je. so g beli kejap. boleh tengok kat gambar pak cik aku just tenung je pizza tuh.....tak lalu katanya.
 
 
 

 mula-mula nampak macam dia ada selera sekali tomyam tu kakak aku habiskan. pakcik aku jamah sikit je. kakak aku memang ada selera memanjang.



sampai nampak urat di tangan aku time ambik pizza. lambat benar nak habiskan pantang aku ni....lagi 20 hari....banyak dah list makanan yang aku nak makan bila habis pantang ni......


anugerah yang tak ternilai



kesakitan nak melahirkan satu nyawa pemberian tuhan susah untuk aku ceritakan. tapi memang benar ia bagaikan nak terputus nyawaku sendiri ketika bertarung nyawa melahirkan zuriatku sendiri sambil di saksikan oleh suami terchenta....


7.30pagi masuk ke labor room. aku sentiasa berdoa agar pukul 8 pagi aku boleh melahirkan. sebab tak tahan menahan kesakitan. 8.30 pagi jalan dah terbuka. maka aku lakukan sedaya mungkin untuk keluarkan bayiku dari rahimku. namun zuriatku masih belum keluar walaupun aku sudah meneran sehabis tenaga yang ada.


tepat jam 9.10 pagi doktor bagitau bayi dah berak dalam perut dan untuk mengelakkan sebarang risiko beliau meminta kebenaran untuk melakukan vacum. dalam fikiran hanya nak selamatkan nyawa bayiku. maka aku setuju tanpa banyak berfikir.


9.18 pagi adalah waktu keramat. selamat sudah zuriatku melihat dunia. patutlah susah nak teran rupanya berat bayiku benar-benar di luar jangkaan. 3.6 kg. 2 hari sebelum bersalin aku g scan cuma berat 2.8 kg...apapun kebarangkalian sekarang semuanya sudah selamat.


walaupun kepenatan teramat sangat aku tetap bersyukur dengan nikmat sakit dan nikmat memperoleh zuriat sendiri dari Yang Maha Esa. 


 -terus di susukan selepas di bersihkan-


 -syukur ke hadrat Ilahi-


 -perasaan yang tak mampu di ungkap-

sejak di awal mengandung hingga melahirkan semua ini adalah anugerah yang tidak ternilai bagi aku...... sempurna sudah kehidupan aku sebagai seorang wanita dan isteri.....



kesakitan tanpa senyuman




tanggal 22112011 tepat jam 2.30 pagi aku terasa sakit yang bebeza dari biasa. en hasben takde kat rumah time tu sebab g mengeteh dengan kawan2 dia.

makin lama makin sakit sampai tak boleh nak kata apa-apa. aku sms en hasben menanyakan bila nak balik. tapi tak bagitau aku sakit.

dia diam seribu bahasa. dalam hati mula nak marah sebab kesakitan semakin lama semakin bertambah sakit. last2 aku call bagitau aku dah start sakit. mungkin dia ingat aku sakit main-main macam sebelum ni. sebab ingat sakit nak bersalin tapi tunggu 2 hari pun bby masih taknak keluar.


sakit sampai tak boleh nak control perasaan aku sms en hasben macamni ' takpelah tak payah balik biar saya mati syahid dalam rumah ni sorang-sorang'. gilerkan aku time tu boleh sms en hasben macamni sekali. sebab memang sakit sangat-sangat. dan air ketuban dah keluar sikit-sikit meleleh ke kaki. sebab tu aku yakin ini sakit nak bersalin.



setengah jam terasa macam terlalu lama. en hasben sampai dan suruh bersiap ke hospital. muka dia time tu muka ketat. (nak marah pasal sms aku tadi kot). aku peduli apa.....yang aku tau aku sakit  sangat2 time tu.



-menahan kesakitan untuk lahirkan 1 nyawa ke dunia-



sampai hospital doktor periksa apa yang patut. dah terbuka 4cm rupanya. bayangkanlah kalau en hasben diam je malam tu dan aku melayan perasaan marah aku time tu confirm aku boleh terberanak sorang-sorang  kat rumah.


so 2 3 kali periksa doktor suruh rest dulu sampai bukaan yang sepatutnya. tak boleh balik kena stay kat hospital. ingatkan bolehlah nak tido tapi sakit menguasai segalanya.  memang tak boleh nak senyum langsung. sakit teramat sangat.......


tepat jam 7.30 pagi aku di minta masuk ke labor room.


menanti my baby keluar....berdebar-debar......dalam hati berdoa harap2 kesakitan ini cepat berakhir.....macam-macam doa aku baca...yang mana aku ingat aku baca.....


bila tengok muka en hasben harap dia pun doakan aku dan baby kami selamat....











39 minggu 3 hari



22 NOV 2011 aka 22112011 genap 39 minggu 3 hari.


walaupun tak dapat tarikh menarik seperti 111111 dan 20112011 tapi 22112011 pun kira cantik jugak.


apa yang berlaku pada 22112011 ini.


sila tunggu next entry.......


harap maklum.....