anugerah yang tak ternilai



kesakitan nak melahirkan satu nyawa pemberian tuhan susah untuk aku ceritakan. tapi memang benar ia bagaikan nak terputus nyawaku sendiri ketika bertarung nyawa melahirkan zuriatku sendiri sambil di saksikan oleh suami terchenta....


7.30pagi masuk ke labor room. aku sentiasa berdoa agar pukul 8 pagi aku boleh melahirkan. sebab tak tahan menahan kesakitan. 8.30 pagi jalan dah terbuka. maka aku lakukan sedaya mungkin untuk keluarkan bayiku dari rahimku. namun zuriatku masih belum keluar walaupun aku sudah meneran sehabis tenaga yang ada.


tepat jam 9.10 pagi doktor bagitau bayi dah berak dalam perut dan untuk mengelakkan sebarang risiko beliau meminta kebenaran untuk melakukan vacum. dalam fikiran hanya nak selamatkan nyawa bayiku. maka aku setuju tanpa banyak berfikir.


9.18 pagi adalah waktu keramat. selamat sudah zuriatku melihat dunia. patutlah susah nak teran rupanya berat bayiku benar-benar di luar jangkaan. 3.6 kg. 2 hari sebelum bersalin aku g scan cuma berat 2.8 kg...apapun kebarangkalian sekarang semuanya sudah selamat.


walaupun kepenatan teramat sangat aku tetap bersyukur dengan nikmat sakit dan nikmat memperoleh zuriat sendiri dari Yang Maha Esa. 


 -terus di susukan selepas di bersihkan-


 -syukur ke hadrat Ilahi-


 -perasaan yang tak mampu di ungkap-

sejak di awal mengandung hingga melahirkan semua ini adalah anugerah yang tidak ternilai bagi aku...... sempurna sudah kehidupan aku sebagai seorang wanita dan isteri.....



4 comments:

safiyyah osman said...

taniah fifie!!!!:)...semoga baby dengan ibu dia sehat:)

adlinesayo said...

huhu..terharu la pulak.
rase nk timang ank jugak la..hhehe.:P

aLeen aVriL said...

xkaver langsum dah rambut tuh...aisehmen..

vagg-nini3posen.com said...

salam. hai fifie, dh bersalin ek. syukur ALHAMDULILLAH. tkcare k :)