Jumaat dulu bolehlah dapat tapi Jumaat sekarang terperap sajer...



dulu-dulu kalau hari Jumaat memang di tunggu-tunggulah...sebab hari Jumaatlah hari aku nak mengulor...kan waktu rehat lama sikit...sempatlah nak melayangkan duit serat dua...tapi sekarang dah tak berapa sesuai sebab poket aku kering dan kempis walaupun baru beberapa minit gaji.


yelah gaji pun tak seberapa. memang tak setimpal lah orang kata. tapi masih mensyukuri nikmat yang Allah bagi. 

aktiviti Jumaat yang lampau:-

membeli belah barang murah-murah je dengan hasil tulang empat kerat ni hah....






senget benget mulut nak cover konon-konon candidlah.....padahal merayu-rayu kat kawan mintak ambikkan gambor...


antara hasil rembatan:-
shawl 2 helai
inner tudung 6 helai 
1 dress labuh


walaupun murah tapi puas hati sebab di beli dengan hasil titik peluh sendiri...jadi kenalah bekerja sepanjang hayat....

* barang yang di beli masih dalam plastik kedai....macam malu pulak nak bergaya dengan dress....nanti orang kate jangoknye pompuan ni...




HAPPY BIRTHDAY SAYANG




22.11.2011 - 22.11.2012



 


 
22.11.2012 genaplah setahun ibu melahirkan kamu sayang.
daddy memberikan nama Hannah Ezzaharra binti Fazry Erwan yang bermaksud Bunga Kasih Sayang
ibu dan daddy akan memberikan yang terbaik untuk kamu
walaupun kita miskin harta tapi kita kaya dengan kasih sayang
semoga anak ibu yang satu ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.


muka mak lebih banyak dari muka anak...birthday sape sebenarnya ni???






Jumaat Pertama di tahun 1434



Salam Jumaat pertama di tahun 1434 dalam kalender Islam.

alhamdulillah masih di beri nafas olehNya. 

masih di beri kesempatan untuk bersama dua chenta hati kesayangan saya sampai bila-bila.

masih di beri kesempatan untuk berbakti dan berkasih sayang dengan keluarga tercinta.

alhamdulillah dengan semua nikmat ini.

sempena Jumaat pertama tahun 1434 ini aku sajikan wajah anak kesayangan yang masih seorang je buat setakat ini.




aku dan en hasben gigih tau count the days nak sampai ke 22112012 ni....menanti saat Hannah bakal  setahun.

Gambar Anne Ngasri telah disunting oleh ahli politik dan selamat melangsungkan pertunangan



pelakon Anne Ngasri telah selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang ahli politik dan bakal melangsungkan perkahwinan Disember ini.




berita lanjut disini.


tahniah di ucapkan...cantik pulak busana Anne Ngasri ni....terasa nak kawin sekali lagi dengan en hasben...nak pakai baju cantik-cantik macamni.




asalnya semak samun sekarang telah di susun susun



tajuk takde kena mengena dengan rumput lalang di sekeliling rumah yang tumbuh subur bagaikan di baja-baja.

jugak takde kena mengena dengan semak samun di kebun Pak Mat Buntal....hahaha nak jugak selitkan nama Buntal...besar makna buntal dalam hidup aku ni...sejak-sejak kerja kat CICT ni...


semalam gigih aku kerahkan keringat dan tulang empat kerat untuk jadikan stor en hasben sedikit cantik dan luas. sebenarnya sudah beberapa kali aku kemaskan stor ni. tapi en hasben aku ni kerja je dalam bidang seni kreatif tapi kat rumah sendiri seni kreatip dia melayang entah ke mana. balik je dari pasang pelamin pasti segala moknika (benda) dia sumbat-sumbat je dalam stor ni. tanpa mengambil kira perasaan si isteri yang penat-penat kemas bagi cantik sikit dari asal...


ini adalah hasil kerja susunan dan kemasan en hasben...bagi dia kemas dah lagu ni. janji barang-barang dia semua masuk sini. lori kena kosong.

before


berkat 18 kali aku keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk keluar masuk bilik stor ni dengan ruang tamu sebab Hannah tak boleh aku hilang menonong je dia merangkak ke stor cari aku....sampai hitam legam seluar dok merangkak....storkan banyak habukkk


kemas 5 minit keluar susukan Hannah 15 minit....masuk balik kemas 5 minit keluar tengok dia nangis kenapa....macamtulah sampai ke sudah....

akhirnya berjaya jua.....en hasben biasalah dengan hobi yang dah aku rasa bukan hobi iaitu keluar memancing...dah rasa macam satu kemestian dia setiap hari setiap malam keluar memancing. tinggallah si isteri dok membanting tulang memerah keringat mengemas sambil melayan kerenah si kecil....


after


overkan guna watermark baru sampai terkeluar dari landasan gambo....biasalah aku memang overrrr.

aku ni takdelah pemalas piang. tapi sebab aku ni bekerja kadang-kadang memerlukan balik lewat pagi jadi aku perlukan rehat secukupnya untuk bekalan esok hari. kalau dekat ofis aku bekerja mati matian balik pun kerja habis habisan mau aku mati terbungkang tengah-tengah barang ni....


kepada en hasben tolonglah tanam sikap suka berkemas dalam diri...tak payah kemas barang2 rumah kemas barang-barang business awak pun saya dah sangat-sangat bersyukur.



notakaki: selama ni aku duduk dalam keadaan 'rumah dalam stor' tapi baru hari ini merasa duduk dalam keadaan 'stor dalam rumah'...ermmm faham tak.?







drama waktu maghrib khamis malam jumaat




kat rumah aku sekarang setiap hari ada drama yang berlainan jalan cerita. setiap hari okey.....mampu dengan tak mampu je nak layan.

eh eh hari ni hari khamis kan? malam jumaat lagi....ermmmm malam jumaat rupanya....

ok sambung balik. rasanya setiap anak makin besar makin panjang akalnya. bukan anak aku je kot.

sekarang Hannah pun dah pandai berlakon. dia ni selalu berlakon baik depan aku tapi belakang aku dia suka buat benda-benda yang aku larang. 

waktu maghrib adalah waktu yang dia paling suka. sebab kalau hari khamis malam jumaat aku ambik masa panjang sikit lepas solat maghrib sebab nak mengaji sikit. ha time aku start rukuk dan sujud rakaat pertama tu mulalah dia. mula-mula dia merangkak ke arah aku. lalu memanjat ke kaki sambil dongakkan muka ke muka aku. tatatatata.......bercakap dengan akulah kononnya....ok aku tak layan.....

solat dah jadi tak khusyuk....serius tak khusyuk langsung tapi still aku teruskan......dengan harapan Tuhan akan menerima solatku itu....

bila aku sujud dia tarik pulak getah kain sembahyang aku yang ketatkan kat kepala tu....tapi tak berjaya cabutkan aku dah bangun duduk antara dua sujud.....

 bila bangun rakaat kedua dia tarik kain pulak....kadang2 sampai getah kain sampai ke lutut....still aku tak layan dia....tunjuk muka bosan dah....so dia blahhh

aku teruskan solat dengan sedikit ketenangan. terdengar pulak krukkkkk krekkkk blurrrrrr.....krekkk krekkkkk krekkkk.....arghhhhh lantaklah Hannah nak buat apa pun janji sst yang tak mencederakan dia.

selesai je solat aku tengok dia....nak marah kecik lagi.senyum jelah yang aku mampu bagi kat dia. biar jelah dia...apa dia buat bermakna otak dia selalu berfungsi dengan baik...sebab ada je idea nak buat apa.....



dia buat benda ni:

-keluarkan semua pampers dari dalam pek pampers bertaburan ke lantai

-sepahkan kerja-kerja ofis aku yang dah elok2 aku letak atas meja study. dia tarik hujung-hujung kertas yang dia nampak sipi-sipi meja....bijok bijok bijok.....macam dah tinggi je kan.

- selongkar kotak kain baju dia time-time baby dulu. aku dah lipat elok baju tu dalam storage box. dia boleh bukak penutup tu.

-terjumpa 1 veil business bridal daddy...buat balut badan dia....kan ada manik-manik tu pasal tu dia suka...

-pandai dah buka laci aku simpan spender en hasben adalah 2 pek tisu yang belum buka...dia koyakkan plastik dan carik-carikkan tisu tu.....


tu dia ke sejadah pulak...tak bagi aku terus mengaji...nak suruh layan dia....dia tengah main plastik pembungkus tisu tu.

 bilik aku memang takde katil sebab risau Hannah jatuh tergolek bila tido...jadi pakai tilam sajo...
 



hah sekarang bukak drawer plastik pulak....yang bawah sekali tu memang aku simpan barang2 travel....jumpa pulak berus gigi sebundle....mainlah Hannah pas awak tido ibu kemaskan....



nota kaki: rumah aku memang selalu bersepah....kemas dan sedap mata memandang kejap sangat. setengah jam tu kira lama lah tu.












cop mohor secara rasmi



assalamualaikum.

hiii semua.
sedang confuse dengan blog ni. bukan blog yang buat hal tapi aku yang buat hal. ok takpe kita lupakan hal ni. 

saat ini dengan hormatnya dan secara rasminya saya mengumumkan jeng jeng jeng.......


pooodacikkk....main-main pulak nihh...


ok ok sambung balik. aku mengumumkan bermula saat dan ketika ini blog aku akan guna watermark ini:




orang lain dah berkurun guna watermark bagi menjaga gambar-gambar hak milik dorang di ciplak atau di ambil tapi aku baru sekarang. takpelah sebab aku tak advance macam korang pandai-pandai IT belaka. aku ada try banyak kali nak buat watermark bergambar cantik-cantik tapi tak jugak menjadi. jadi kekdahnya buat yang tulisan jelah...tu je yang aku pandai dan jimat masa.


watermark ini adalah ehsan dari my sister Aleenavril. kalau dia tak baik hati nak buat maka watermark kat blog aku ni masih yang itu itu jelah. takde yang lain melainkan yang itu.


pape pun thanks ye yang....lain kali buatlah lagi ye...ni nak bodek dia buatkan header pulak...dah bertahun header yang itu-itu jugak. bukan korang je yang bosan aku tuan punya blog pun bosan....







dah besar lah katakan



sejak-sejak nak masuk setahun ni Hannah buat perangai. taknak duduk dalam carseat dah. dia juga dah pandai tekan clipper yang mengunci belt carseat tu. bila dah terbuka belt tu apa lagi sepantas kilat dia akan bangun dan cuba berdiri sambil menyandar ke tingkap elak jatuh.


aku ni yang tengah drive sorang-sorang kat jalan besar lagi di waktu puncak orang pergi dan balik kerja haruslah bimbang keselamatan si jantung hati. pegang lengan dia suruh dia duduk. langsung keraskan badan teriak-teriak bagaikan ibu dia ni culik dia sambik tepuk-tepuk cermin.


bila dah setiap hari gitu jugak kejadiannya last2 aku buat macamni je. ni time balik kerja. makanan mesti ada kalau tak dia akan menuju ke riba aku dan masukkan kaki dalam celah streng. memang selalu dia try buat benda ni.


sangat-sangat bahaya....bahaya kat aku bahaya juga kat dia.





macamni pun bahaya jugak tapi kalau keadaan terpaksa je aku buat mcmni....carseat tu aku dah buat cara lain untuk elakkan dia pandai bukak clipper tu.