cabaran bulan ke 10



assalamualaikum...

kenapalah aku ni jarang update blog. bukannya takde masa tapi malas tu banyak. takde idea pun ye jugak. tapi masalah paling utama adalah time aku nak update ada je pengganggu tegar. yang pertama adalah kerja. yang kedua adalah buah hati pengarang jantung. si Hannahlah sape lagi. sebab 2 2 adalah penting dalam hidup jadi utamakan yang penting dulu.


makin hari makin banyak kesabaran kena simpan untuk Hannah ini. ini kejadian hari Hannah check up 10 bulan hari tu. patutnya tak payah check up tapi sebab berat dia hanya naik 200g jadi nurse bagi appointment untuk check up untuk 10 bulan. si daddy yang bawak Hannah g klinik. aku g thumbprint dulu pepagi dan mintak izin dengan bos. jadi carseat dengan si daddy.




dah siap check up pun daddy yang hantar ke rumah mama. aku tak ikut. terus masuk ofis sebab kerja menggunung menanti. lupa carseat dengan si daddy. jadi balik tu aku ambil Hannah terjadilah problem pertama yang aku kena hadap tanpa carseat. tanpa berfikir panjang aku letak Hannah kat bawah tempat letak kaki tu. rasanya di situ lebih selamat dari aku letakkan dia di seat or aku pangku.





mula-mula menangis tak ingat dunia. merajuk sambil sorok muka kat bawah. aku biarkan aje. tak kuasa aku nak melayan pujuk-pujuk. kalau pujuk2 melampau bila nak sampai rumah? aku just cakap 'Hannah sabar ye sayang, ibu nak bawa kereta ni. kalau ibu ambik Hannah bila nak sampai. macamne ibu nak bawak kereta'. tapi aiiihhhhh makin aku cakap sabar makin kuat dia meraung. last-last aku biarkan aje. bak kata Ma aku sakit tak apa tak tiba-tiba menangis meh sini Ma bagi sakit.....piakkkk kena cubit sekali....tu zaman aku dengan adik beradik aku dulu. tapi aku belum pernah cubit Hannah. kecik lagikan....tak berbaloi cubit pun....bukan faham pape pun lagi.



nak boleh sampai ke rumah memang sengsara aku rasa. risau jugak kot-kot terjadi apa-apa di luar jangkaan. risau terhantuk pun ada. tapi alhamdulillah aku sampai rumah dengan selamat. Hannah pun selamat. nampak macam dia lagi suka duduk macamtu berbanding dalam car seat. bebas sikit.tapi bebas-bebas pun memang taklah aku nak biarkan dia macamtu hari-hari. keselamatan dia yang paling penting...esoknya letak jugak ke tempat asal.....ibu sayang awaklah Hannah oiiii.





demo buat gapo



maaf ye lama tak update. bukan busy sangat pun tapi masa tu aku tak berapa nak pandai manage sangat. kerja berlambak-lambak sampai aku naik stress. kalau aku cakap aku stress maknanya benarlah aku stress. bukan main create sesedap rasa je.


ok lauk malam tadi. dari ofis lagi rasa nak masak singgang sotong. senang, dan ringkas. Hannah pun makan. diakan nak makan apa yang mak bapak dia makan. jadi inilah 1st time dia rasa singgang sotong. melonjak keriangan dia makan. habis licin nasi sesenduk.




ini jelah lauk malam tadi. singgang sotong, kangkung grg belacan dan ikan goreng. takde apa yang hebat pun.


takde motif ok nak tunjuk lauk santapan kami sekeluarga malam tadi.



notakaki: saya baru je menangis ni. pasal Adik Adam lagi. dengar nama pun dah boleh buat air mata mengalir laju.





diharapkan doa kita mampu mengubah segala takdir


assalamualaikum..

Salam Jumaat,

rasanya ramai yang dah tau dan sedia maklum mengenai adik Ahmad Adam Syukri. Ya Allah besar sungguh kekuasaan Allah swt. tak dapat nak gambarkan dan bayangkan penderitaan yang Adam tanggung. baru berusia 7 bulan. sangat-sangat kecil lagi nak menanggung kesakitan sebegitu. namun siapakah kita untuk menghalangnya.

sebelum ni aku just tengok dalam fb je mengenai perkembangan adik Adam ni. tapi 2 hari lepas aku sempat tengok dalam MHI di tonton.nak tgk MHI tak sempat. Hannah check up kat KK.

untuk saksikan sila klik:

http://www.tonton.com.my/#/home/shows/talk_show/malaysia_hari_ini_2012_d0dd5993f7f048a59f9aa04500dff524/episode_195_d3b3b6c299ff4c029b3fa04500e00e7c


perkembangan-perkembangan lain boleh tengok kat episod MHI yang seterusnya.


sepanjang tengok air mata mengalir laju. sampai aku tak sanggup nak tengok. tapi nak jugak tengok. balik kerja drive dalam keadaan nangis lagi. terbayang-bayang wajah Adam. tabah sungguh mama Adam.Bertuah Adam mempunyai mama yang kuat semangat.


balik rumah menangis lagi sambil tengok Hannah main. sepatutnya Adam pun dah boleh start duduk dan merangkak kalau di umur sebaya Adam. 


di ofis pun sama bila tengok penderitaan Adam ni. di selubungi kesedihan.

ikuti perkembangan Adam di FB klik sini. AHMAD ADAM SYUKRI.


di kesempatan ini saya mohon dan saya merayu semua rakyat Malaysia dan sesiapa sahaja yang mampu dapat membantu meringankan beban mama Adam dalam menjaga dan merawat penyakit Adam ni. bantulah dalam apa jua bentuk janji ianya dapat meringakan beban mama Adam.


Syarikat-syarikat korporat, orang-orang kenamaan, artis-artis juga dan orang biasa macam aku di harapkan dapat menhulurkan bantuan.


marilah kita sama-sama berdoa kepada Tuhan supaya memberikan yang terbaik buat Adam. semoga Adam cepat sembuh dan mampu membahagiakan mama yang sentiasa tabah dan sarat dengan 1001 harapan untuk Adam sembuh. InsyaAllah.


notakaki: aku tak sekuat mama Adam. Hannah masuk NICU pun aku dah gigil.









nak katakan tak nak tak boleh tapi ekspresi muka tu tak boleh tahan



Hannah 10 bulan

aku dan en hasben bawak Hannah g Giant. so saja jelah nyakat dia tanya nak itu nak ini. padahal bukan pandai pape lagi anak tu pasal keinginan barang-barang ni.

lalu kat bahagian makanan tin nak beli sardin.
Hannah nak sardin? aku tanya sambil buat reaksi tunjuk sardin.dia buat dono je.ok fine.

lalu kat bahagian sabun. Hannah nak ni tak.? sambil tunjuk sabun Daia dalam kotak besar tu. dia angkat2 tangan macam nak je sabun tu. sebenarnya kotak sabun tu yang colorful tu nampak macam best je. padahal yang di beli sabun Brezze. si bapak nak pakai sabun tu. aku suka Daia. pengguna setia Daia sejak tahun 2005.

last-last time lalu kat bahagian frozen.en hasben pulak yang tanya Hannah nak nugget tak? sambil tunjuk plastik nuggett. last-last dia buat macamni.

ok faham. 

kefahaman en hasben yang Hannah taknak nuggett tu. tapi berbeza kefahaman aku. aku faham yang Hannah taknak layan si daddy. kah kah kah....

sebab tu buat muka macam tu sambil berpaling lagi...ambik kau...





kita semua bakal jenazah



Assalamualaikum.

dah masuk tengahari. semoga di hari Jumaat yang mulia lagi berkat ini sama-sama kita bermuhasabah diri agar menjadi lebih baik. semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dan menguntungkan dari hari ini.

ini ada sesuatu yang ingin di kongsi.

credit dari FB.




Kita semua bakal jenazah.
Sila share benda2 baik di mana saja kita berada dari sekarang
Delete gambar2 tak menutup aurat
Update status ingat-mengingati satu sama lain
sebagai SAHAM AKHIRAT nanti
p/s: Org laki ari ni ari jumaat. Sila datang awal ke masjid.

 

semoga apa yang dilakukan kita pada hari ini dan seterusnya peroleh keberkatan olehNya.












Ramadhan yang lalu - part 2



hari-hari berniaga sampai tahun ni memang sangat kurang waktu berbuka bersama family terchenta. family aku besar jadi time bulan puasa adalah waktu yang paling best kalau berbuka. time berbuka jelah. time bersahur semua bersahur di rumah masing-masing.

selama sebulan juga dapur aku tak berasap untuk masak berbuka. berbuka di gerai sahaja.

hujung-hujung puasa Ma aku telah mengeluarkan arahan supaya cari juga ruang untuk berbuka sekali. arahan Ma aku ni memang kena patuhi.so gerai mintak tolong share partner en hasben jaga. tempat berbuka haruslah di Padang depan Masjid Kuantan. Makanan bawak sendiri. bila dah 1 family bawak makanan masing2 tau-tau jelah betapa banyaknya nasi, mee dan lauk pauk untuk berbuka petang tu.

antara kaum keluarga yang join

time aku makan Ma dan PakCik yang jagakan Hannah.


tahun ni adik beradik aku semua takde time ni. biasalah semua dah berkeluarga jadi payah sikit nak berkumpul ni. duduk jauh pulak.harap tahun depan semua akan join macam tahun lepas.



Ramadhan yang lalu - Part 1



puasa dah lama lepas, musim raya pun dah lama habis. dah nak masuk raya haji pun. tak pelah update cerita basi pun. janji nak jadikan dia kenang kenangan di blog usang ini.

sepanjang bulan puasa en hasben berniaga. sebab dia bosan. bulan puasa mana boleh trainning turun laut. anak murid pun bercuti dari trainning.

antara yang di niagakan:

kuih muih,bubur dan segala jenis manisan ringan

berbaju oren tu akulah. balik kerja baru aku tolong. dapat jugaklah duit poket buat raya.

air nira ori

ayam pangang


lauk pauk



 air kelapa dan air tebu ori:-tanpa campuran


air balang


ini percubaan pertama kami dalam perniagaan makanan. alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. dari hari pertama sampai hari terakhir. sebahagian dari untung buat belanja raya di Kedah.