Tok De kat mana Hannah tak nampaklah?



Lokasi: Masjid Lama Permatang Badak
Tarikh: 28/05/2012


Hannah taulah ramai yang suka dukung Hannah. gurau-gurau dengan Hannah. TokDe pun suka.TokDe nak bermesra dengan Hannah. Nak gomol-gomol Hannah. tapi TokDe tau tak yang Hannah tak nampak muka TokDe. Hannah hanya nampak gigi dan dengar suara TokDe je....mana pergi muka TokDe ek???? pasal tulah Hannah cari-cari je muka TokDe bila TokDe panggil nama Hannah. tapi tetap tak jumpa.





dengar suara TokDe Hannah tengok tepi tapi tak jumpa



tengok depan pun tak nampak jugak



last-last Hannah cari kat belakang tapi tak nampak jugak muka TokDe. Hannah tak tau lagi rupa muka TokDe macamne. hensem ke kacak ke manis ke....tak tau lagi. tapi ibu cakap muka TokDe hitam manis. adakah hitam manis macam kicap manis cap kipas udang atau hitam manis macam air kopi o.apa yang pasti Hannah belum dapat bayangkan hitam manis tu macamna.... mungkin hitam manis tu segelap malam ni kot. pasal tulah Hannah hanya nampak gigi TokDe je....



nota kaki: sorry ek TokDe nanti kalau kita jumpa lagi TokDe bawak lampu banyak-banyak. barulah Hannah nampak TokDe ni yang mana satu.






doakan mereka selamat pergi dan pulang



pukul 9 malam kami sekeluarga bergerak ke masjid lama permatang badak tempat para jemaah trip Umrah berkumpul. agak ramai ahli keluarga yang menghantar jemaah. sebelum menghantar macam biasalah kami bermaafan dulu di rumah. orang nak berjalan jauh ni.


lebih 1jam setengah menunggu bas. dengarnya bas dari Pekan. apasal jauh bebenorrr...Hannah pun naik bosan menunggu. berapa kali tido bangun tido bangun tido bangun begitulah seterusnya. tepat jam 10.45 malam bas sampai.


semua jemaah persiapkan diri dalam bas sebelum perjalanan. mereka memulakan perjalanan dengan doa yang di baca oleh ketua penganjur. kami ahli keluarga yang terlibat turut mengaminkan doa tersebut walaupun berada di luar bas.


menunggu bas....ini semua separuh dari adik beradik mak aku...

Ma, Pak Cik, Unt Fiza, Aku, Kak Long, Opah, Pok Muda
belakang tu pun family kami



budak-budak keriangan macam malam raya....Hannah lena tidur




Opah dan Cik Nda






kami di sini mendoakan mereka yang ke sana semoga selamat pergi , selamat beribadat dan selamat pulang dengan selamat hendakNya.


nota kaki: dorang naik bas dari kuantan ke klia. sampai sana baru naik flight.... sunyilah anak cucu opah 2 minggu ni.opah takde maka takdelah riuh rendah macam biasa di hujung minggu.




puding serba salah aku hidangkan



inilah menu yang aku buat time makan-makan selepas solat hajat tu.



mula-mula ianya adalah puding.
1 puding tembikai susu
dan 1 lagi puding mangga
tapi sebab sikit je aku tengok
rasa macam tak cukup dengan kuaniti family aku yang ramai
jadi aku owter....






semuanya aku potong dadu. 
campur dengan apa yang ada kat rumah aku
tak payah pergi beli
campurkan dengan laici
nata de coco
dan juga barli
 

 jadilah macamni

transformasi dari puding jadilah desert minuman....kreatif tak aku???:)




nota kaki: dari puding bertukar kepada air buah puding....ada tak orang sekreatip aku ni...?







solat hajat untuk mereka



Isnin malam Selasa yang lepas bersamaan 28/05/2012 kami sekeluarga adakan sedikit majlis kesyukuran dan solat hajat sempena keberangkatan pergi Opah dan Cik Nda ke Tanah Suci.  alhamdulillah rezeki mereka kali ini. di harapkan aku juga ada rezeki untuk menjejakkan kaki ke sana. amin...






gambar waktu bersolat mestilah takde sebab semua orang bersolat. ahli keluarga je yang terlibat. pastu 2 3 orang imam surau kampung.



nota kaki : menu-menu ni semuanya di buat oleh kami yang tak pergi Umrah ni. cer teka yang mana 1 yang aku buat....?








ini rumah ke apa???:(



sekarang cuti musim sekolah. semua orang nak cuti dengan alasan nak bawak anak-anak bercuti. yelah nak g jejalan sabtu ahad mana nak cukup. tapi tu yang ada anak boleh terimalah alasan tu. yang takde anak cangne??? eh mestilah nak cuti jugak. korang ingat yang ada anak je ke nak jejalan.yang takde anak, yang bujang pun nak jejalan jugak.nak balik kampung bersama anak2 buah, adik beradik. time nilah adik beradik balik kampung bersama anak-anak buah sekali. mesti meriah dapat kumpul ramai-ramai.


aku pun nak cuti jugak. walaupun anak kecil lagi tak tau erti jalan-jalan tu apa, tak tau makna tempat-tempat best, dan tak tau apa-apa kecuali bila dia nak Cik B aku kena bagi tu semua dah cukup bagi anak seusia anak aku. memang family aku dekat je. tak payah cuti pun boleh jumpa. memang betul pun. tapi aku nak cuti bukan sebab tu semua.


aku nak cuti seminggu terus. aku stress. sress sangat-sangat. kat tempat kerja stress dengan cara kerja. kerja tak habis-habis. ingat balik rumah boleh hilang stress. tapi bertambah stress. en hasben dah jadikan bilik tidur kami store barang-barang kerja dia. padahal aku dah bagi 2 bilik yang ada dalam rumah ni untuk dia jadikan store barang-barang dia. aduihai kenapalah tak bawak je barang-barang tu simpan ke bilik-bilik belakang. malas nak pikul ke belakanglah tu. pastu ambik kerja mudah.


nak cuti sebab aku nak clear balik bilik tu jadi macam bilik tido. nak harapkan dia alamatnya sampai bila-bilalah kami sekeluarga kena tido kat luar jawabnya.....macamna nak buat ek supaya en hasben ni menjadi seorang yang mengambil berat pasal kestressan aku ni. 


p/s untuk en hasben: awak tolonglah clear semua barang-barang tu masuk bilik store belakang. saya tak sanggup nak tengok setiap sudut rumah ni messy macamni sampai bila-bila.....saya kemas awak buat sepah saya kemas awak buat sepah balik....aduiii boleh kawan dengan Hannah kalau macamni....cuti setahun pun tak clear macam rumah orang lain.....










akhirnya hari ini ko kembali



nak bangun pagi rasa amat pelik. pelik yang dah lama tak rasa. kuatkan hati jugak bangun terus dari tidur. g bilik air untuk mandi. laaaa 'dia' rupanya. setelah 5 bulan aku relaks je tanpa kehadirannya. relaks2 pun tetap stress jugak. mau tak stress kot-kot tu petanda Hannah nak dapat adik. Hannah takmo adik lagi tau.....


bukan taknak anak ramai...nak je kalau di izinkan Tuhan....nak lebih dari 5 orang..wah kelasss ko nak anak ramai...cukup ke duit koo Jijah....yelah bukan nak sekarang. sekarang cukuplah Hannah dulu. nak bagi dia kasih sayang yang kaw kaw dulu....besar sikit lagi barulah aku bagi dia adik....bila dia dah boleh tolong-tolong aku apa yang patut time tu baru aku bagi adik kat dia ramai-ramai....





apa pun selamat datang period pain.....







sila sediakan tisu ok....



tak tau nak gambarkan perasaan aku macamana lepas tengok video ni. 2 jam aku menangis sebab teringat wajah ibu ni.wajah dia pun dah menceritakan 1001 cerita mengenai anak kesayangannya. terfikir mampukah aku menjadi ibu setabah ibu ini.







semoga video ini dapat menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada dan  lebih menghargai setiap apa yang kita miliki.




cepatnya besar budak bambam ni....lambat-lambat sikit boleh tak....tapi jangan tak besar-besar pulak...



Hari ni genaplah Hannah 6 bulan. alhamdulillah our lil sunshine ni makin sihat,  makin tembam dan setiap hari ada je kebijakkan yang baru dia tunjukkan. makin pandailah anak ibu ni....kiss sikit....mmmuuuuaaahhhhhh......yang paling menggelikan dan kadang-kadang mentensionkan si daddynya adalah dia dah pandai merajuk. padan muka daddy sebab Hannah tak layan daddy selama lebih kurang 7 jam hujung minggu lepas  sebab pagi tu daddy marah Hannah. untuk daddy lain kali jangan marah-marah my baby tau....dia kecik lagi yang dia tau memanglah menangis je......kesian anak ibu kan.....


19/05/2012 - 10 am
tarikh untuk check up Hannah. memang nurse KK bagi tarikh awal sikit sebab nak cukupkan kiraan 4 minggu setiap bulan. bulan ni daddy temankan... seronok kalau en hasben ikut sekali. sekurang-kurangnya dia tau apa perkembangan anak kami dan dia boleh bantu aku bawak beg aku, beg keperluan Hannah. bukan tak boleh pergi sorang-sorang boleh je...tapi aku lebih suka en hasben ada sekali. bukankah itu salah satu tanggungjawab dia.....lagipun minggu tu dia xkena outstation....syukurrrrrrr............


wow Hannah bukan main happy lagi pagi tu. pagi-pagi dia bangun aku ucapkan salam kat dia....Assalamualaikummm sayanggggg.................sengih-sengih dia.......jap lagi Hannah nak kena cucuk tauuuu......mengekek ngekek dia gelak.....mungkin bagi dia ni rasa kena cucuk tu macam rasa susu aku kot....nyrooootttt, nyroootttt, nyroooottttttttttttttttt........................tak pun macam rasa bubur pureee yang aku bagi hari-hari tu....salah tu sayangggg....


tengoklah wajah time kat KK....galak bukan main lagi dia..



time kena cucuk aku tak sempat nak ambik gambar....si daddy duduk kat luar tak nak tengok Hannah kena cucuk.....mula-mula dia tengok muka nurse dia sengih-sengih macam gaya tegur sapa dengan nurse . pastu aku baringkan dia macam aku nak susukan dia. time ni nurse dah pegang peha Hannah. Hannah dah cuak dan berkerut-kerut muka......masuk je jarum huaaa.....huaaaaa...huuuaaaaaa menangis tak ingat apa dah time tu....kuat giler....inilah yang paling kuat dia nangis......time cucuk tu memang merah padamlah muka Hannah.

siap je kena cucuk si daddy mintak Hannah....olo olo olo........ kesian anak daddy ni.....sakit yeee sayang.apa-apa pun sayang kena sabar.....



gigih si daddy tenangkan Hannah.....tak sampai 5 minit dalam dukungan daddy Hannah dah boleh gelak-gelak....memang Hannah ni anak daddy....pasal tulah aku suka kalau daddy ni ada di mana saja Hannah pergi...senang kerja aku.....hahahaha.











happy belated teachers day



biarlah sudah terlambat pun janji ianya terucap di blog Cik Puan Fifie (gelaran baru) ni.Apa-apa pun CPF mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang ada di muka bumi ini. Tak lupa juga kepada kakak sulung CPF serta mak-mak saudara CPF yang merupakan seorang guru.semoga kalian mampu menjadi guru yang tabah, sabar dan sentiasa bertanggungjawab terhadap pelajar-pelajar.


sempena Hari Guru ini CPF nak kongsi cerita yang masih CPF ingat sepanjang CPF bergelar seorang pelajar.


Sekolah Rendah

Darjah 2:
time ni aku sekolah petang. so nak balik sekolah tu kena beratur panjang2 kat luar kelas. pada salah satu hari dalam seminggu tu kelas yang pertama akan kelihatan cikgu lelaki muda sedang memantau pelajarnya beratur untuk balik dan menuju ke pintu gate besar depan sekolah tanpa tolak menolak.cikgu azman namanya. aku kelas yang kedua.pada waktu ni . setiap kali cikgu tu ada kat situ aku akan tenung je dia. macam hensem sangat dia aku rasa. bila aku lalu kelas dia dan dia ada lagi aku senyum-senyum kat cikgu ni. selepas beberapa minggu tu cikgu ni tanya aku kenapa awak selalu senyum-senyum kat saya....lalu aku jawab spontan....'ermmm abah saya kenal cikgu tau'....padahal dia cikgu baru yang tak mengajar kelas aku pun......abah pulak yang jadi mangsa....bedal je nak jawab apa janji aku selamattttttt.


Darjah 4:
ustaz paling garang yang di geruni satu sekolah aku. nama ingat-ingat lupa. memang dasar murid tak mengenang jasa cikgu aku ni...rasanya nama ustaz ni ustaz riduan. muka ada jambang sikit badan gempal-gempal. ketinggian tak berapa nak tinggi. suatu hari hujan lebat kat luar dan pada waktu tu ada sesi hafazan. tiba-tiba ustaz ni panggil aku ke depan dan kena baca doa qunut. aku ni gigil2 bacalah jugak doa qunut tapi tergagap-gagap. dah habis baca boleh dia suruh aku berdiri atas kerusi sampai habis waktu sebab tak lancar. memang padan lah muka aku kan.  pastu aku ada idea baik punyer. tulis doa qunut tu kat tangan sebab nak bagi lancar. pastu gatal volunteer nak baca semula kat depan sambil tengok2 sikit tulisan kat tangan. ustaz tu dapat tangkap perbuatan aku maka kena rotan sekali kat tapak tangan. jatuh saham aku depan bebudak kelas. ustaz nak bagi pandai baca tapi aku ni malas nak hafal....memang padan mukalah...



Sekolah Menengah

Tingkatan 1:
Cikgu Bada. cikgu kaunseling yang paling best yang aku kenal. dia jugak cikgu geografi. memang sampai sekarang teringat kat dia. hari mula-mula masuk form 1 aku tak pakai tudung. tukang jahit tak sempat buat tudung aku. maka g sekolah tayanglah rambut dengan ikatan jalin udang. dalam minggu orientasi tu memang ketaralah aku sorang je dalam dewan beragama Islam tak bertudung. Cikgu Bada ni boleh sound time dalam dewan minggu orientasi "yang tak pakai tudung tu yang putih-putih tu,  awak Islam ke asli" sambil tunjuk-tunjuk kat aku. selamba badak cakap aku asli.....semua pelajar form 1 pandanglah muka aku.kebetulan sekolah aku tu memang ramai pelajar asli. aku pun bangun dengan muka merah padam sambil jawab Islam cikgu. kenapa tak pakai tudung kan kalau pakai lagi cantik......waaaaaa malunya akuuuuu................tudung darjah 6 memang ada tapi tak tau ke mana menghilang.....esoknya terus pakai tudung paksa tukang jahit siapkan hari tu jugak tudung aku....


Cikgu Bahasa Inggeris. Sir Krishnan Murtee. time ni umur dia dah tua dah. maybe dalam 2 3 tahun lagi akan pencen. dia memang suka menyakat aku time dalam kelas. sebab aku ni banyak mulut sikit. biasalah duduk depan dan selalu kena tempias air liur Sir ni. dah mungkin sebab tu jugak aku selalu pass exam subjek dia. tapi aku kesian kat Sir ni. sebab ramai pelajar suka ejek dia. sebab perut dia ni buncit sangat. dan seluar dia selalu terturun. dia pulak time mengajar asyik tarik seluar naik ke atas perut. budak2 kelas siap dok kira berapa kali dia buat macam tu. jahat tau dorang.


Tingkatan 2:
orang dok gelar dia singa betina. kesian Puan Anizan. dia ni cikgu matematik. memang sangat2 garang. datang sekolah naik motor kecik je.tak tau motor jenis apa. tapi kami panggil motor mainan warna kuning pulak tu. pernah panggil aku ke depan jawab soalan matematik. tapi aku tak ke depan langsung. last2 kena marah kaw2. tapi aku buat muka cuak.last2 dia datang kat aku nak rotan. tapi dia tanya aku dulu apasal tak bangun2. aku tarik muka dia dan berbisik "saya bocor cikgu, habis baju". first time kena period. so memang tak tau pape.....


Tingkatan 5:
Cikgu Rohani. cikgu Sejarah. time ni umur dia dekat 30++ dah tapi masih single. bagi orang lain dia ni tak best. tapi bagi aku dia ni best je. form 5 adalah zaman budak pompuan nak menggedik. semua benda nak try. geng aku ada 2 orang baru try cukur / cabut kening. dalam tengah-tengah ngajor dia boleh buat selingan " fifie awak tau tak semalam ada orang tu bakar kek sampai terbakar kening"....aku terpinga-pinga sebab tak faham....tapi kawan aku tu faham sangat....habis je waktu dia ngajor kawan aku maki habis-habisan lah cikgu tu....maki kat belakang je dorang berani....aku kena sekali sebab cikgu sebut nama aku......


kalau hari rabu memang teringatlah cikgu ni.Cikgu Rabuan.cikgu Matematik. hensem lah jugak tapi tak berapa tinggi. yang lawak cikgu ni kat cermin belakang kereta dia iswara merah ada stiker besar 'MASIH BUJANG'. tu pun nak bagitau ke cikgu.....tapi cuti sekolah dia kawin...naik je sekolah wahhh dah takde stiker tu....habislah kena ejek dengan bebudak kelas aku pasal stiker, masih bujangkah cikgu, dan kawin....tapi cikgu ni cool pandai jawab setiap soalan budak-budak nakal kelas aku.


Cikgu Panitia BM. Cikgu Jannah. same group dengan Cikgu Rohani. tapi yang ni garang nak mampus. sebab dia terlalu garang sape2 yang naik form 5 memang tak lari dari cakap 'wei aku takut cikgu Jannah ngajor kita esok'. takut tak takut memang kena hadap muka dia sape Form 5 dalam subjek BM. dia ni kalau tak puas hati dengan hasil kerja yang dia suruh memang kena sebat. aku yang takde kena mengena dengan hal kerja sekolah pun pernah kena denda. kena denda jalan itik dari hujung kelas sini sampai hujung kelas sana. koridor kelas. sebab aku keluar ikut pintu belakang time nak balik sekolah.....merasa jugaklah lenguh kepala lutut.


Tingkatan 6:
Cikgu Norliza. orang kata dia ni Datin. tapi takde pulak dengar cikgu-cikgu lain panggil dia Datin. tapi style dia memang macam Datin. ngajar BM. dia ajar memang best. terang dan memang mudah nak faham. yang paling ingat pasal dia adalah bibir dia. bibir sexy dan lipstik merah menyala.....kalau dia ngajor kat depan aku tak dengar sangat apa yang dia ajar tapi suka tengok gerakan bibir dia....memang sexy habislah....


Cikgu Baizura:
suka sangat cikgu ni mengajar.....ngajar PA 2. dia ajar kira-kira graf semua senang je nak faham. sampai sekarang aku ingat lagi formula-formula dia. aku ingat sangat dia ni sebab dia tiap-tiap tahun mengandung. inilah contoh murid busy body hal rumahtangga cikgu. sampai aku upper6 kelas aku kena buat kelas pagi petang. nak cover silibus yang masuk exam. sebab dia akan bersalin sebelum kami exam. jadi kelas lain tak sampai bab tu lagi kami dah habis semua bab....adakala setahun dia bersalin 2 kali.....takpe cikgu anak tukan rezeki.....agak-agak sekarang dah berapa ntah anak dia......



kesimpulannaya best ke jadi cikgu ni???cikgu sekarang dah tak sama dengan cikgu dulu-dulu. cikgu sekarang kena lebih berhati-hati bukan dengan anak murid je tapi mak bapak murid sekali. yelah kan cikgu dulu-dulu anak murid degil kena rotan kena denda. siap mak bapak pesan lagi ' cikgu rotan je anak saya kalau dia buat salah, kalau dia degil'. tapi cikgu sekarang nak denda budak pun pikir 100x. cubit ke tarik telinga ke esok lusa mak bapak datang serang cikgu kata cikgu dera anak dorang.....kalau nasib tak baik muka boleh masuk surat khabar free......



-wajah ceria di Hari Guru sebahagian tenaga pengajar CICT Kuantan bersama jambangan bunga dari salah seorang bekas pelajar-




nota kaki: selamat hari guru untuk semua lecturer Cict.....sory aku lambat wish ek....biasalah akukan busy....












 ni memang sangat-sangat dah lupa.tapi rasanya nama dia ustaz ridhuan. dia ni berjambang tapi tak hhjhjhjhhhpakai songkok atau kopiah pun bagi menggambarkan dia tu seorang ustazhdjsdueuedyuewu.

makin berumur makin payah nak jaga



Hannah kan dah berumur
iyelah 5 bulan tu kira berumur jugaklah walaupun kepala botak macam botak Chin
entah bilalah rambut Hannah ni nak tumbuh melebat
dalam 5 bulan ni memang banyak yang dia explore
dah aku sebagai mak dia kena banyak memerhati tindakan dia
dah makin melasak
satu rumah dia boleh round tanpa di suruh dan di larang
aku biarkan aje....biarkan....biarkan....(baca macam drama Si Luncai)
macam nak buat spot check
samaada ibu dia ni mengemas rumah ke tak
tapi dalam dia dok spot check 
tangan dia takkan diam dari nak touch semua benda yang dia minat
 



elok elok je aku letak dia atas toto depan tv
sambil aku golek-golek tengok tv dapatlah aku pantau dia sekali
akibat melasak tak hingat tengoklah hidung Hannah yang pesek tu
dah ada tanda
akibat suka tenyeh muka kat bantal
kena zip bantal
tapi bagus Hannah ni langsung tak menangis
sebab dia sendiri yang buat
bukan salah aku sebagai maknya
nasib tak salahkan mak kau
kalau kau salahkan mak kau 
aku akan buang semua bantal2 yang ada
jadi kita sama-sama salahkan bantal ....boleh gitu
 



tak sampai 5 minit dia dah kat sini
sila abaikan rumah yang bersepah tu
sebab kami ni baru balik dari kebun
Hannah faham mak dia ni sibuk bukan pemalas okey
ayat memang nak cover diri sendiri saje
aku siang malam keje cuma kemas rumah hari cuti je .harap maklum






habis katalog tupperware aku jadi mangsa koyakan keganasan jari jemari Hannah
biasalah dia ni pantang nampak buku yang berwarna warni
memang dia nak rasa setiap warna yang berlainan tu adakah rasanya jugak berlainan
nampak gambar hijau dia masuk mulut
nampak gambar oren pun dia masuk mulut
bila semua takde rasa seperti yang dia harapkan
dia jadi stress
pastu sambil jerit sambil koyak....

arrrrggghhhhhh....prrraaakkkkk.....koyak.....

pastu menyengih sambil pandang aku
budget dia dah berjaya lepaskan stress
selagi aku tak balas sengeh dia
selagi tu dia akan menyengih sambil ketap2 gusi
macam orang tua makan sirih
ingat comel sangatlah tu


bila aku tengok dia travel dalam rumah tak pakai seluar maka aku pakaikan dia seluar
biasalah kat lantai tukan sejuk
bahaya



tengah aku dok belek2 katalog tupperware yang dah separuh koyak tadi 
tengok-tengok dia dah kat sini




aissshhhh Hannah....Hannah ohhh Hannah...
ni mesti nak ganti daddy dia sebagai photographer yang tak bertauliah....
terlalu profesional sangatlah tu sampai duduk bawah tripod




nota kaki: tengok luar rumah pun dah tau dalam rumah bagaikan syurga ke apa???




tangisan 5 bulan



esok lusa dah nak cucuk Hannah untuk 6 bulan
hari ini baru up entry untuk 5 bulan
baru ada waktu terluang



inilah rupa Hannah bila kena cucuk
kesian pun ada bila tengok gambar ni
tapi apa boleh buat
untuk kebaikan dan kesihatan anak terchenta




apa pun sayang
ibu tetap sayang Hannah ketat-ketat
Hannah no 1 dalam hidup ibu









MasyaAllah aku tak sanggup nak tengok...



mengalir air mata aku tengok video ni.
tak sanggup aku nak tengok sampai habis video ni
tapi kali ke dua aku tengok jugak sampai habis
MasyaAllah kenapalah tiada perasaan belas kasihan kepada bayi ni
yang ambil video pun kenapalah dok mengadap je betina tu pukul anak dia
kenapalah tak halang betina tu
 siap terajang lagi
memang dah tak boleh panggil perempuan kalau perangai macam iblis macamni
panggil betina pun belum tentu sesuai








kalau stress pun janganlah lepaskan kat anak yang tak tau apa-apa
ko yang ada akal  kenalah banyak bersabar
istighfar  banyak-banyak


kepada semua suami banyak-banyaklah membantu si isteri 
peranan suami memainkan peranan yang amat penting
dalam menguruskan anak ni
jangan dok lepak dan tido je
jangan pandai buat anak je
tapi tak reti nak jaga
pastu 100% jaga anak serah kat isteri 
isteri pun ada rasa penat semua dia yang nak handle

kalau tak macamnilah jadinya 




tak nak bebel banyak-banyak korang buatlah kesimpulan sendiri...











sesedap gigi cakap aku pemalas....huh.....



tiba-tiba rasa hot di petang yang over hot ni...
apasal aku hot...
apasal aku hot...
ni aku hot pasal ni...
sebab ini semua fitnah
fitnah tau tak..
fitnah
aku memang alergik dengan fitnah ni
alergik lah sangat

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
 







bukan aku pemalas
tapi aku ni busy dengan kerja
biasalah akukan pekerja berdedikasi
berdedikasi kawan
hahahahah
ini dah masuk segmen memuji diri sendiri


oklah jom kita update apa yang dia nak
kasi dia puas hati sikit





28/04/2012 yang lalu cousin aku yang kiut miut ni kahwin
jom tengok sejauh mana kekiutan cousin aku tu
jom


 cousin si kiut miut yang kiut miut jugak



 
 mak pengantin a.k.a mak saudara aku yang buat muka kiut macam anaknya


comellah awak ni...sampai saya malu nak tunjuk muka saya....





si kiut miut duduk di apit cousin yang terlebih kiut


eh penatlah berdiri kita duduk pulak lah



si kiut miut


tudung biru pun kiut jugak


si tiga suku bersama si kiut miut


pelamin pun kiut miut jugak

eh eh eh
anak mana
anak sape
anak tuan tanah lah






ada ni hah





mana






adalah






yelah mana





ada







kat sini








sini










sini lagi








 emmmm chomellllll tak shayerrrrr. shayer baru siap mandi


kita kasi tinggal dia dengan mak teh nya....
kasi belajar macamna nak jaga baby...















dah macam kelambu ko Jijah







ada sebab aku berkelambu time ni
sebabnya senang je
nampak tak apa yang aku kelek tu
budak kecik ni memang tak makan saman
tak kira tempat kalau dia nak neneng
time time tu jugak dia nak
tak reti nak cover langsung time tu mak dia ada kat mana
kalau lambat memang melalak lah dia mengalahkan 
lolongan langsuirrrrr



jadi senang aku pakai kelambu macamni
time dia nak aku turunkan kelambu yang di pinkan di bahu tu
dan susukan dia kat dalam kelambu tu
diam terus dia
tak perlu aku berlari jauh-jauh....


tapi kena pandai coverlah
nanti yang lain cover yang lain pulak terselak
bahaya nanti


 






bernikah dan bercukur di lakukan serentak







keputusan last minit nak buat majlis cukur jambul/kepala untuk Hannah
memandangkan budget hanyalah suam-suam kuku kaki
biasalah aku bukannya orang berduit sangat
jadi pikir punya pikir sampai kali yang ke empat puluh empat juta kali 
aku setuju jelah nak buat majlis tu 
bergabung dengan  majlis akad nikah my lil sister
JIMAT adalah matlamat utama aku
hehehe








jadinya majlis akad nikah buat di masjid 
sewaktu dengan itu jugak majlis cukur kepala Hannah di rumah
aku dan aleen haruslah berada di rumah
handle apa yang patut
lagipun orang yang dah beranak macam kami 
lebih prefer duduk di rumah bersama anak
anak pulak makin membuas anak aleen je tu
anak aku masih baik sebab belum pandai apa-apa ketika itu



gambar di atas menceritakan segalanya
aku dan aleen haruslah bergambar kenangan dengan our lil sister sebelum bergelar isteri
ye ye aku faham dia lagi cantik dari kami berdua
almaklumlah pengantin kan
dulu-dulu time kami jadi pengantin pun kami cantik jugak
ayat tak mau kalah ok T___>
lil sis balik dengan keriangan membuak-buak
tengok tu siap peach sambil berkata 'saya dah ada suami' overrrr kau ekkk


bawah pulak Hannah senyum riang sebab jap je lagi kepala dia akan dibotakkan
memang riang sungguh dia hari itu
time dalam majlis semua yang hadir gunting-gunting je rambut dia
yang botak tu aku cukur bagi licin kat rumah keesokkannya
maka hilanglah kejelitaan Hannah kerana tidak berambut.


botak botak pun aku sayang ketat ketat kat Hannah ni...