was-was mau beli tapi bila dah beli rasa berbaloi pulak





apa yang mula-mula tak nak beli tapi bila dah terbeli rasa berbaloi???


apa lagi kalau bukan ini......


glah beli nanti aku story.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

walaupun dah kawen tapi ada makna tau knp aku beli majalah ni.....



p/s: happynya masih terasa sampai sekarang......

suami ko kerja apa?

pertanyaan yang biasa orang dok tanya aku sejak-sejak aku kawin ni. laki ko kerja apa??? almaklumlah kawan-kawan aku bukan tau pun salasilah perkenalan dan seterusnya keputusan aku nak kawin dengan hasben aku yang satu ni. budjet suami dah 7 org buat ayat macamni. yang dorang tau adalah BF2 aku yang lepas-lepas je.


kalau kat dalam FB lagilah berlambak-lambak soklan yang macamni. bila aku cakap ermmm kerja sendiri je. dorang macam tak puas hati tau. mesti ada lagi soklan-soklan susulan yang dorang tanya. contohnya macam " kerja sendiri tu kerja apa?". "kedai kat mana"?. "mesti kayakan laki ko"? banyak lagilah soklan-soklan yang dah tersasar dari soklan utama dorang.


senang cite aku bagitau kat sini hasben aku kerja sendiri je. bukan kerja dengan sape-sape pun. dia memang payah nak kerja dgn orang kot. sebab dia nih boleh di kategorikan orang yang jenis keras kepala. kalau bos cakap A tapi dia cakap B. maka dia tak kan kerja jenis A tapi dia akan buat kerja tu ikut B lah. senang orang cakap 'ko buat kerja ikut kepala hotak ko je'. korang faham tak???


pastu dia ni jenis yang gigih dan tak ambil peduli kata-kata orang yang macam nak melemahkan apa yang dia nak usahakan. biasalah orang kita ni kalau nampak orang nak maju sikit mulalah buat andaian macam-macam. try pun belum dah tau resultnya....yang ni biasa terkena.


dia jugak seorang yang teramat pemurah dengan customer dia. kalau pemurah tu biasa-biasa aje tak pe. ni macam terover-over pulak. nak-nak kalau dapat customer jenis yang merayu-rayu mintak harga kurang dan cite kesusahan dorang. tapi output nak grand. habis macamne...


oklah dah terover melalut. senang cite kalau orang tanya aku pasal laki aku kerja apa senang je aku jawab. ' laki aku kerja bawak lori je'. titik. pastu dorang mulalah berhujah bla bla bla.....knp aku boleh terpikat dengan driver lori.....nak buat macamne kan dah orang-orang yang kerja engineer, manager, anak dato takde pun syok kat aku. yang syok kat aku dia je....tak kisahlah kerja apa pun. janji kerja yang halal dan mampu tanggung aku dan keluarga untuk masa depan. tapi jawapan aku untuk korang semua adalah macam biasa.....'DAH JODOH NAK BUAT MACAMNE'......hahahaha bagus kan jawapan dari aku.




sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang suami korang pikirlah sendiri...


entri khas untuk makhluk yang sudah berumahtangga secara sah.


betul ke peribahasa sayang isteri tinggal-tinggalkan,......


habis kalau sayang suami apa pulak??? ada tak sape-sape yang tau....





benda inilah yang berlaku pada aku sekarang. hasben aku tak balik rumah. sudah 2 hari. dia tinggalkan aku . agak-agak dia sayang kat aku tak kalau dia dah buat macamni.....huk huk huk.....



tapi aku tak sedih pun. biasa saje....biarlah dia nak tinggalkan aku pun. nampak sangat aku ni keras hati dan kepala. tipulah tak rasa apa-apa. mestilah rasa. rasa rindu and something like thatlah. kalau korang tak kawin lagi esok-esok bila korang dah kawin korang rasalah sendiri apa yang aku rasa sekarang.



sebenarnya dia bukan g mana-mana pun. dia g kerja tapi outstation. tak taulah bila dia nak balik. sebab depend pada projek dia kat sane. kalau dapat setel awal awallah dia balik. macamtulah jugak sebaliknya.



aku takdelah sedih sampai nak meraung-meraung. dia pergi kerja bukan pergi buat benda-benda yang tak sepatutnya. kalau yang tu memang aku meroyan siap-siap.


cuma apa yang terasa sekarang adalah kerinduan jelah. sebab lepas sebulan lebih kawin ni macam dah biasa buat pape semua dengan dia. jadi bila kena tinggal kat rumah ni sorang-sorang macam terasa seperti kehilangan je rasa. makan sorang, tido sorang, tengok tv sorang . pendek kata semualah aku buat sorang-sorang. terasa macam sebatang kara pun ada. padahal rumah family 1 negeri je. dah tu tak reti-reti nak balik kampung.????





tapi apakan daya. dah kerja dia macamtu aku nak buat mcmne. untuk rezeki kami jugak kan. harap-harap balik nanti dia bawak balik duit yang banyak supaya cepat kami dapat beli rumah. syoknya kalau dapat duduk rumah sendirikan. bahagia giler rasa .(walaupun ku tahu ini hanya angan-angan)


tapi tak tau bila angan-angan ini akan menjadi kenyataan. harap-harap tuhan melimpahkan rezeki untuk kami. amin....




kehangatan masih belum hilang

walaupun dah 4 hari balik ke Kuantan tapi kehangatan rumahtangga program orientasi CICT masih terasa. program ni diadakan di Kuala Gandah Lanchang Pahang. yang best kat sini dalam kita mendisplinkan diri dan membentuk jatidiri, kami semua juga ada slot untuk aktiviti luar. sangat-sangat best dan memang tak dapat di tempat lain selain di Kuala Gandah.


tapi aku start dari awallah ek.


pagi tu dalam 7.30 pagi hasben hantar aku ke ofis. berkumpul ke sana. para peserta yang terlibat bertolak dengan bas dalam pukul 9.30 pagi. aku naik storm. sampai Kuala Gandah dalam pukul 12 lebih gitu.


 bergaya dalam storm student veteren. kami happy sebab kami ni hanya penumpang. so tak payah pikir sape nak drive.yang di pikirkan bilalah nak jalan sebab nak tidooooooo.....yang ini aku je yang pikir....orang lain aku tengok tak lelap pun...

sampai je haruslah menjalankan tugas. nama-nama pelajar di periksa manalah tau kot-kot ada yang hilang. sebab lecturer dan staff semua naik private car. student je naik bas.


 

 ini pulak taklimat dari pegawai perhilitan. al maklumlah kami semua tinggal di kawasan hutan simpan. 1 kawasan dengan pejabat kajian Biodiversiti (kalau tak silap akulah).

semua dah setel. time ni seingat aku student tengah pasang khemah masing-masing. kami ambil bilik dorm. kongsi ramai-ramai. nampak tak katil yang dah bersepah-sepah kat belakang tu. hah katil tu dah memanggil-manggil untuk landing jap sementara tunggu kerja wajib aku kat sane tengahari tuh.


kerja apa yang wajib tuh nanti aku story. 


pandai ke masak???

dah jadi isteri kan sekarang jadi setiap hari memang wajib masak. ajak hasben makan kat luar dia tak nak. buat-buat degil lah konon. dulu time bujang elok je hari-hari angkut aku g makan kat kedai. boleh je kenyang. tapi sekarang dah berbeza.



jadi minggu lepas aku sajalah buat status kat fb aku masak sambil berFB. ramai pulak yang komen. apa ingat aku tak pandai masak ke??? masak untuk kenyang tu bolehlah....setakat perut aku dan hasben apalah sangat. 


jadi malam tu aku masak asam pedas bukan asam boi tau . tapi asam pedas ni yang tak tumis punya. tak pakai minyak. ada jugak orang panggil masak asam je. ikutlah panggil nama apa pun. janji aku namakan lauk tu asam pedas ikan kerisi. wah macam chef kampung kan....siap bagi nama bagai....



 lain-lain lauk adalah ikan kerisi goreng berlada, kacang buncis goreng dan sambal.air pilihan mestilah air teh o.



yang tak boleh nak tahan marah tu hah komen dari aleen avril. boleh dia buat-buat tanya aku ni pandai ke  tak masak....patutnya aku yang tanya dia....dia buat-buat lupalah tu ketereran aku kat dapur....heheheh. dulu pagi-pagi kalau aku tak masak maka kami berdua memang tak de apalah nak makan time lunch. almaklumlah kerja kat kawasan penempatan cina. nak cari masakan halal tu jauh sangat.



pastu satu lagi komen yang asam pedas jadi asam masin. amboi mentang2lah aku berFB sekali dengan masak  kat dapur tapi jangan tak tau apa yang aku masak hari tu tetap menjadi tau.



tak caya korang tengok jelah komen dari hasben ai tu....habislah jugak nasi seperiuk yang aku masak. tapi masak 2 pot jelah. memang semua licin.


senang kerja nak membasuh pinggan tuh...




tema Bollywood








sambungan kisah jemputan taukeh kedai kain Marboor tempoh hari . entri tuh kat sini.


dalam kad jemputan ada tulis tema pakaian adalah Bollywood.


2 minggu sebelum majlis aku dan en hasben pening dok mikir nak pakai pakaian jenis Bollywood yang macamana.


aku pulak memang teringin nak pakai sari or punjabi. aku pernah ada 1 pakaian punjabi tapi entah ada kat mana. samada rumah kat kl or kat panching. malas nak pikir panjang pada malam tersebut aku just pakai baju ni je.







baju kurung jelah. dah yang ini je berlambak-lambak dalam almari kat bilik. tak payah nak membazir. sampai je kat dewan kira macam waaaaaahhhhhhhh...............teruja gitu. dah macam berada kat Bollywood je rasa.





dah pakaian tak Bollywood tapi mata tetap nak over macam artis Bollywood. ada gaya tak???? errrmmm tak sama pun takpelah...dah orang Asia jadi muka pun tak boleh lari lah dari Asia style. en hasben pun sebenarnya over nak pakai lens color ala-ala biru grey.....rasa nak kasik pelemmmpangggg jeeeee........mane boleh dia lebih-lebih dari wife dia ni kan kan kan????





jemputan tak kira Cina, Melayu or India majoriti berpakaian Bollywood. tapi ada jugak yang berpakaian tradisional macam aku ni. mungkin kitaorang ni tergolong dalam golongan orang yang kurang berkemampuan nak bersari bagai.....:(


pengantinnya tak guna pelamin. kira bersanding just duduk atas buaian tu je. aishhhh orang kahwin zaman sekarang macam-macam style. janji majlis tu hebat dan sesuai dengan keadaan.




pastu time pengantin nak masuk tu adalah pemuzik apa ntah orang panggil. yang macam nilah. memang dorang ni hebat giler. 1 pentas tuh dorang berjoget sambil tiup ketuk alat muzik dorang. memang sebijik macam dalam tv tuh.....



yang memboringkan kat majlis ni adalah penyanyinya. tuh yang lelaki pegang mic tu. asyik nyanyi lagu hindustan yang lama-lama je. bosan sungguh. kalaulah dia nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hi ke Dil To Pagal Hi ke sedap jugak....ni lagi yang aku tak pernah dengar.......




tapi lauk yang di hidangkan menyelamatkan keadaan orang-orang yang dah kebosanan mendengar lagu yang ntahapaapa tu sambil menunggu pengantin tiba . memang super duper sedap hingga nak jilat ibu jari kaki. (yang ni memang aku tipu).


nampak tak antara menunya. yang paling sedap dan sesuai dengan anak tekak aku time ni adalah sambal udang dan ayam goreng berempah. memang sedap giler. dan licin di kerjakan oleh ahli-ahli meja kami.







ini adalah gift untuk yang hadir. dapat perfume sorang satu. kalau kanak-kanak just dapat kit kat tak silap aku. lupa sudah.....

yang kotak biru untuk lelaki dan kotak pink adalah untuk perempuan .


kalau sape-sape yang bakal berkahwin bolehlah buat macamni.


p/s: kalau aku kawin dulu bagi gift macamni mesti bestkan. tapi lagi best kalau yang datang bawa hadiah macam microwave, washing machine dll. alangkah indahnya majlis time tuh .......








bila di tengok-tengok balik sebiji macam budak sekolah



jumaat 18 Feb 2011

hari orientasi pelajar-pelajar CICT ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.


ni pic di ambil pagi2 sebelum bertolak ke ofis untuk berkumpul sebelum bertolak ke Kuala Gandah. nampak macam student kan aku time ni....hahahahah


p/s: nak feeling muda sentiasa.....

hot wifey ketemu hot mama

sila rujuk entri ini ye kamu-kamu semua....


inilah artis yang ai cakap tu....artis dalam dunia blogging bukan artis hiburan pun.....korang tengklah follower dia dah berapa. berapa orang view dia punya blog dalam sehari...memang hebatlah mama hot ni. tak mcm blog ai nih.....suam jee...





jadi aku dan aleen yang memang tak hot pun buatlah temujanji nak berkenalan dengan beliau. sebab time tu kak jemah memang ada kat Kuantan.





bukan main jumpa tepi-tepi jalan je tau....siap plan nak jumpa kat mane....mau aku tak teruja rase......


-credit pic from FB kak jemah-

bila dah jumpa ya ampun tinggi lampai orangnya. pastu kak jemah memang seorang yang lemah lembut. cakap bapak sopan santun.....memang terpegunlah aku tengok dia ni....


memang kalahlah ko aleen....kak jemah lagi tinggi dari awak tu...heheheh

kematian demi kematian


cuti maulidur Rasul aku di BT3. saja nak jumpa sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. lama benar lah tu .


sedap duduk menyembang kami anak beranak telah dikhabarkan oleh seorang jiran ada itik belaan opah mati di belakang rumah. dapur rumah dia mengadap dapur rumah opah. padahal baru 10minit lalu aku nampak itik ituelok je time basuh pinggan. tapi kira itu dah ajal dialah.





opahlah paling sedih. sebab baru beberapa bulan semua ayam belaan mati macam tu jugak. pastu opah beli sepasang itik. sekarang seekor dah mati. tinggal yang sekor lagi tu jelah.







sekarang takde apa-apa lagi binatang ternakan opah. opah kata biar relaks2 dulu. kot-kot ada wabakan penyakit ke apa mana kita tau kan. sebab sebelum ni kena kat orang lain dulu.



jadi sebelum seekor tu mati macamtu je lebih baik sembelih. boleh buat lauk.





jadi hari itu tugas en hasbenlah yang setelkan semua masalah. dari menanam bangkai itik dan menyembelih itik yang seekor lagi sampai licin bulu itik tu sebelum di buat lauk. nasiblah kan sebab dia jadi suami ai....kenalah buat kerja-kerja kampung macamni....tapi dia memang orang kampung jugak....






tiada pengupdatetan

time korang baca entry ini mungkin aku sudah dalam perjalanan ke Kuala Gandah , Lancang Pahang. Orentasi pelajar-pelajar CICT Kuantan. jadi aku kenalah ikut jugak. lame dah tak bercamping ni.


nanti balik aku update apa yang berlaku di sana.


doakan aku selamat pergi dan selamat pulang. kat sane mesti ai rindu giler kat en hasben....tapi dia rindu kat ai ke tak ek???



anak tauke kedai kain Mabror kawen

kalau orang pantai timur espesially orang Kuantan memang taulah kat mana kedai kain Mabror. betapa femes kedai kain ni kat kuantan ni. dalam radio THR pun selalu ada iklan kedai ni.


memandangkan hasben aku customer tetap kedai ni untuk business dia jadi mereka menjemput aku dan hasben g kenduri kawin anaknya.





excited nak pegi sebab :

1. majlis buat kat Gambang Park Resort
2. tema pakaian adalah Bollywood


next time aku update lagi. nanti aku bagi zoom aku pakai baju apa.

ceteka siapa aku jumpa....feeling macam jumpa artis u

agak-agak korang artis mane aku jumpa ni....tapi ini bukan artis hiburan yang biasa-biasa orang excited nak mati kalau jumpa. ini artis dalam dunia berblogging ni.





kalau korang betul teka takdelah aku nak bagi hadiah.....cuma aku boleh cakap korang ni pandailah.



kerinduan terubat

nak update sikit pasal arissa. walaupun hanya anak buah tapi tahap kesayangannya adalah yang pertama di hati melebihi hasben sendiri. ya benar!!! benar ini aku tipu.


sebenarnya 2 2 aku sayang yang pertama-tama.


balik BT3 tergesa-gesa sebab hasben sibuk g memukat udang. dia buat-buat lupa yang hari cuti adalah turn rumah family aku. nampak sangat dia tak sayang wife dia nikan???? mulalah nak touching-touching ni.


disebabkan dia sibuk memanjang dengan bot dan plan dia nak g memukat udang pada pagi tadi maka aku balik lah sorang-sorang. ikan aku bawak dalam 1 besen besar jugak untuk di agih-agihkan kat kaum kerabat aku . banyak-banyak ni nak buat apa kan??? sedekah lagi baik.


sambil bawak kereta mulalah sedih-sedih nangis-nangis macam dalam drama tu. sebab hasben tak ikut balik sekali. nampak sangat terpengaruh drama melayu....yang ni memang aku tipu. tak de makna nak bawa kereta sambil nangis.


sambung cerita pasal arissa.


dia ni dah kuat makan. asyik lapar je. kalau sape2 buat tak layan je kat dia , dia akan mengada-ngada mintak di manjakan. mulalah ek ek ek menangis tapi tak keluarkan air mata. nampak sangat ikut perangai mak teh dia yang banyak berlakon dari realiti.


-seksi arissa time ni....tayang pusat-


pastu tang ni memang ikut perangai bapak dia. confirm.


memilih sangat-sangat.


kalau bab susu tu tak nak susu sejuk or suam-suam yang dah nak ke sejuk tu. nak yang suam-suam panas macam baru di bancuh. kalau pakse jugak susu yang dah sejuk dia akan berusaha tolak puting susu tu guna lidah....pandai ko arissa....ikut bapak ko....penat orang nak melayan macam ni.....dah besar jangan cerewet-cerewet nak yeee.....





kalau bab nak dukung pulak dia memang pilih kasih aku rasa. nak orang yang lengan besar-besar je. yang sedap dia landing. pastu kalau lelaki pun dia tak nangis. tapi kalau lengan macam lengan aku ni jangan mimpilah dia nak diam.


last sekali dia ni dah pandai pandang camera kalau sape2 nak ambil gambar dia. korang tengoklah gambar-gambar dia yang aku ambil....seme dia nak pandang camera. padahal aku nak candid je....biasalah dia nak jadi gedik bila depan camera....yang ni tak tau ikut sape....ikut ibu dia kot.....heheheh

p/s: arissa ni baru 2 bulan macam-macam dah pandai




awal daripada biasa

ofis aku dah guna system baru. semuanya barulah dari A sampai Z. yang paling important adalah pasal attendance. biasa tempat kerja lain yang pernah aku kerja dorang akan keluarkan warning letter kalau lewat 3 kali. dan adalah rules-rules lain berkenaan kedatangan ni.


tapi ofis aku sekarang akan tolak annual leave 1 hari kalau staff tu lewat dalam 40 minit dalam sebulan. patutlah aku ada perasan annual leave aku hilang tanpa aku ambil annual leave.


dalam sebulan tu kalau hari-hari lewat 3 minit kira cukuplah kot nak sampai kena tolak annual leave.


jadi hari ini aku gerak dari rumah 8.38am dan selamat aku finger print 8.48am. alhamdulillah pagi ni aku awal dari biasa.


p/s: bolehlah sampai awal macmni sebab aku dari rumah BT3.



hari ahad adalah hari ikan

orang lain hari ahad adalah hari yang di nanti-nantikan sebab nak rehat serehat rehatnya. tapi aku dan FIL memang tak dapat rehat yang di idamkan.


ini semua kerana anak dan ayah mempunyai minat yang sama. memancing, memukat dan sebagainya yang berkaitan laut.


jadi hasilnya pada tengahari ahad adalah....









sehari suntuk aku di tinggalkan suami....dia dah macam nelayan aku rasa. aku pulak dah macam orang buat keropok lekor.... main siang-siang ikan pulak....sampai luka2 tangan. last2 bagi jelah kat orang taman ni....habis je ikan tu terasa lega di hati ini....tak payah siang lagi...


esok harap dapat udang je banyak-banyak...ikan tak nak dah....mabuk dah tengok ikan.

CNY punya cerita

cerita ini dah berzaman aku peram tapi baru sekarang boleh publish. sebab masalah utama cable camera hilang tak tau ke mana. jadi macam tak best kalau enrty takde gambar walaupun aku tau blog aku ni memang tak best & tak hot mcm blog korang.


orang lain cuti CNY yang lalu ada macam xtvt kan. yang bercuti ke negeri dan negara lain pun adakan? tapi aku yang tak mampu ni cuma boleh lepaking-lepaking di tempat sendiri.


kebetulan adik beradik semua balik dan abah kami berada di kuantan jadi adik aku yang ini buat arrangment untuk adakan gathering antara anak-anak abah dan abah sahaja. yang lain-lain tak termasuk dalam dana. jahat kan kami??? tapi bagi kami ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan sape2 ada yang akan terasa or tersentuh di kemudian hari nanti.


SARA THAI di pilih. tempat makan yang selesa dan makanan pun aku rasa sedap. cuma tak boleh lawan ANA IKAN BAKAR PETAI di Tanjung Lumpur.





jom layan gambar jelah. karang aku explain mampus korang bosan.



mula-mula hidangkan muka orang-orang yang hadir....





adik-adik aku yang 2 orang ni yang duduk hujung tu memang sedang mengalami penyakit sawan. payah nak sembuh. dah bermacam-macam cara kami berubat. penyakit dorang lebih kurang je. sawan dengan handphone. sorang asyik bergayut je dan sorang lagi asyik sms je....senak mata aku tengok....ayat mcm aku jeles kan?????

hasben haruslah di bawa sekali. dah namanya laki bini yang sah....time ni risau jugak kot-kot abah aku bagi kasih sayang lebih kat hasben aku.....mane boleh baiiii.....



antara lauk yang mengenyangkan perut.....

nasi

kerabu mangga ni 70% di habiskan oleh kak long aku je....tapi kami semua faham keadaan dia....:) korang pun faham kan walau sekadar tgk pic dia pun....

kailan ikan masin....biase order

yom yam seafood thai style


menu ini yang terbaik aku rasa. 1st time try...kerapu masak kerabu...memang sedap sangat....



udang celup tepung tapi dah berupa jemput udang...

time ni dah ready nak makan....perasaan tak apa yang kurang....?


paling kesian adik aku aleen lah...hasben dia hilang entah ke mana....mula2 time aku turun kete aku nampak dia...dia siap salam hasben aku. tapi bila tiba time makan hilang....melabur kot .....bila peryt dah kebulur tahap gaban jadi kami semua terpaksa melupakannya.....aleen kenalah pangku anak sambil makan.....

opps lupa...air kami just watermelon jus dan air suam....2 2 order 2 jug...senang.

kesian tgk aleen aku makan laju-laju....ambik arissa dari dia dan aku take turn jaga jap....dia dah pandai tengok cameralah......macam tau2 pak ngah dia ambik gambar dia....


last sekali saja nak tunjuk abah aku try dukung arissa....so ni arissa dengan aki nya....diam je ek....


dalam 2 jam mcmtu kami siap makan dan semua balik ke rumah masing-masing. aku dan hasben hantar abah ke keretanya....memang seronok sangat dapat bergethering bersama abah dan adik beradik ni....kecoh macam kedai tu kami yang punya....


p/s: tak dapat bergethering dgn blogger bergethering dgn family pun berbaloi baloi....