tiap-tiap minggu nak darah.....


di sebabkan keadaan kesihatan yang tak berapa ok macam ibu-ibu mengandung yang lain sejak awal preggy sampai sekarang maka sekarang tiap2 minggu mesti kena ulang alik dr ofis ke klinik pesakit luar bukit sekilau....dah dapat result terjah pulak ke klinik ibu dan anak jalan gambut.

yang pertama terasa adalah rasa lapar....keluar awal pagi just sempat minum air. yang ke dua penat plus semput....penat g sane g sini terkejar-kejar sebab nak masuk ofis balik.....semput lah sebab pagi2 parking penuh....kena parking jauh dan jalan kaki nak sampai ke klinik.....


awal pagi kat klinik bukit sekilau dulu.....ambik darah lagi.....



 dah siap, drive ke klinik ibu dan anak jalan gambut pulak.



kena jumpa doktor paling malas.....mesti kena tunggu lama.....aik nombornya same dengan no kat klinik bukit sekilau.....tapi no aku punya no 91.




 lapo tahap gaban sebab dah pukul 11 lebih. nasib ada penyelamat......





 dapat jumpa doktor pkul 11.30 macamtu. ingatkan dah settle kena pulak jumpa dia isnin depan......



rutin bulan ini


agaknya ini memang dah biasa kena buat bagi ibu-ibu mengandung yang dah masuk 8 bulan macam aku ni.

ini minggu lepas punya. 

date :  13/09/2011

time: 9.00 am

venue: klinik pesakit luar bukit sekilau






habis baju lejun dengan darah......kapas terlepas dari tangan membuak-membuaklah dia keluar.......darah nampak macam cair je.....

dah dapat result darah apa semua pergi pulak ke klinik kesihatan ibu dan anak jln gambut......check up macam biasa.......




masam masam manis



nak letak tittle memang aku fail...tapi apa pun kena letak jugak.

masih story about my raya. ini raya di rumah mertua. pic mengadap makanan di pagi raya memang takde. takde sape nak layan ambik gambar sebab syok sangat makan.

dah makan semua sesi ambik gambo pulok.....biasalah ini guna camera godang abang ipar. camera yang ciput-ciput tu simpan jelah dalam beg....nanti rasa rendah diri pulak......sebab ai memang tak mampu nak beli camera bapak-bapak macam tu.

confuse dengan pic raya ni sebab mama and abah IL ai ni asyik masam je....tak suka ek ambik gambo....ke ada sebab lain. jadi layan jelah sebab ni je yang ada.


jom tengok aksi masam-masam manis mama dan abah in law aku ni.


 yang ni abah paling masam. yang lain-lain semua senyum sopan santun gituw....anak gadis 3 orang yang duduk depan tu memang sentiasa sopan cenggituw....praktis esok2 kot2 ada orang nak masuk meminang.....sonang sikit....oppsss gurau jelah...


 yang ni mama pulak yang masam. baby still dengan pose tercengang. tengok gadis yang 3 orang tadi still lagi dalam pose sopan santun. agak-agak ade tak yang nak cop dorang jadi menantu....hehehehe


 abah dan mama masih dalam dilema...nak senyum ke tak nak....nak senyum ke tak nak.....pasangan yang depan tu tak payah cakaplah.....senyum manis sokmo......

haaaaaa jumpa dah yang senyum.......abah dan mama dah pandai senyum.....tapi bila tengok yang lain-lain siapakah yang paling over, siapakah yang paling manis, siapakah yang paling sopan.....jawapan di tangan anda......baby tu kita tak payah teka sebab dia still pelik kot.....






tak berapa terkini dah sebab bulan lepas punya


ini gambar terkini keadaan perut aku. time ni dah 6 bulan setengah.....sebab takde kerja nak buat maka balik kerja dan time nak tido pun snap gambar perut.....nak snap muka sendiri rasa tak perlulah kot.....



ni baru siap masak so snap dulu apa yang patut..... 


yang ni pulak sebelum tido.....so berangan dengan perut dulu....




 


yang ni aku rasa dah besar dah...sekarang maybe lagilah besar aku rasa...sebab selalu sakit kaki, sakit bawah perut, sakit punggung dan sakit pinggang....skrg baru 7 bulan kalau 8 dan 9 bulan apa lagilah yang akan aku rasa...




merajuk di pagi raya



baru nak story about my raya this year. busy melampau punya pasal plus kemalasan berganda yang memang tak boleh nak bendung lagi. taknak salahkan diri sendiri tapi silew salahkan keadaan ibu mengandung macam ai ni.

disebabkan takde kampung nak di balikin pada raya puasa ni jadi beraya di kuantan sajork....pagi2 raya haruslah beraya di rumah mertua dulu. almaklumlah tahun pertama jadi bini orang jadi kenalah ikut suami. sebab kaum kerabat aku ni ramai.so memang seminggu tu tak cukup lagi untuk menziarah dan berziarah kerumah mereka.

tapi pagi raya dah buat hal si hasben aku ni. nak pergi sembahyang raya pun bersiap mengalahkan aku. so aku adalah bebel-bebel sikit. last-last dia merajuk sebab kena marah.hahahaha.....gasak jelah...jap2 lagi mintak maaf balik. bukan nak bebel sangat pun tapi nak lepaskan geram sekali sebab tak dapat join my family solat raya dan bermaafan di pagi raya tu macam tahun2 lepas. biasanya semua akan berkumpul kat rumah opahlah....bermaafan kat sana. pastu baru gerak ke rumah mertua masing-masing. tapi aku pasrah dan redha je....
 

tapi aku ni terbalik sikit.....gerak ke rumah mertua dulu....tapi korang tengoklah en hasben ni merajuk macam apa lagi. langsung taknak pandang camera......








owh dia buat peel bagaikan budak kecik....so better kita gelarkan dia kechik sudah....memang orangnya kecik pun.... ko taknak pandang camera takpe.......aku cuba lagi.....dah pandang tapi taknak senyum pulak.....xpelah kechik ek....aku menggediks sorang-sorang sudah.....

silew jangan muntah hijau tengok aku menggedikss macamni ok...



pandangan sayu seorang isteri tak di layan suami.


kena serikan muka sebab nikan hari raya.....


 
 motif** gambar sandal????

saja nak bagitau raya kali ni takde sandal baru....kechik kata pakai je yang mana ada.....nasib badan....





kesempatan di akhir ramadan 2011


nasib baik sempat kalau tak sempat tahun ni tak tahulah ada rezeki ke tak di tahun hadapan.
Tuhan masih memberikan aku rezeki dan peluang untuk berbuka bersama FIL pada hari terakhir ramadan 2011. ipar pun ada sekali. almaklumlah semua busy dengan kerja masing-masing. duduk jauh-jauh pulak tu. jadi free hari last tu je.

sampai2 je terus singgah bazar cari apa yang patut untuk berbuka. tapi tak ramai dah orang berniaga time tu. hari last pose kan....seme nak buat persiapan raya je......

sampai je rumah FIL rupanya dah banyak lauk dan juadah untuk berbuka. tambah lagi yang kami beli. memang tak muat meja.

last-last makan kat bawah jelah. selesa sikit.

ni sup tulang tak di keluarkan lagi ni.....MIL yang buat.
 
owh rajin betul budak ni....hasben sapelah...



semua dah ready nak berbuka....yang t-shirt biru tu ailah....sebab selekeh sangat so tak payah tunjuk muka....rasa teringin pulak kat air tebu tu.....



ramadhan begini takkan dapat di mana-mana



raya dah nak habis pun tapi aku baru nak cite pasal ramadan 2011. takpelah kan janji aku ada rasa nak update. kalau korang bosan silew buat pekara yang sepatutnya bagi menghilangkan kebosanan anda itu.

ini semua adalah kenangan. selagi ada gambar selagi ada cerita seiring dengan kerajinan aku yang dah pudar  dan dah tak berapa nak ada sejak-sejak mengandung ni selagi tulah aku akan update kat blog ni.

kandungan vitamin M dalam diri aku sangat kuat. 

ok sambung cite.

ini 2 hari terakhir ramadan 2011 sebelum tibanya raya. my big family decide nak berbuka kat padang depan masjid besar Kuantan. kat situ jugak ada bazar Ramadan. so senang samada nak beli kat situ atau bawak je dr rumah. kat tempat korang ade ke tempat best macam ni......(sambil muncung-muncung mulut tanda bangga). pas berbuka jom ramai2 pakat berterawih.....

lepas asar aku dan yg lain-lain dah bersilat kat dapur menyiapkan apa yang nak di makan time berbuka.di sebabkan ada 5 fimily yang akan join so xleh nak membeli sangat. better masak. yelah satu kelamin anak dorang lebih 5 orang. rabak poket kalau seme nak membeli ikut anak tekak masing-masing.
setiap family ada tugas masing2. ada bawak lauk masing2. so bila kumpul2 banyaknya makanan kami....tanpa mengeluarkan sebarang wang.....jimat dan puas hati.

dengar je azan teruslah berbuka kami ramai......tikar memang stanby dari rumah....



nampak tak kami relaks je berbuka kat sini....tak payah nak dengar2 orang azan. memang clear giler dengar orang azan. kalau tak dengar jugak memang sah2 orang tu pekak badak.



ramai betul orang ambil peluang berbuka kat sini. en hasben ai memang takde time ni. dia berbuka dengan kawan2 sekolah dia. tapi kat padang ni jugak. ai tak join sebab better join dengan family. boleh mengeratkan silaturahim antara kami.


ni dah kenyang dah......sesi nak gerak g solat  maghrib pulak.


ni sesi tengok orang main mercun pulak.

kemas-kemas dah. dah clear semua kami g solat pulak. yang sang suami g dulu solat maghrib. pastu turn isteri-isteri pulak solat. jadi dorang kena jaga anak.

harap-harap my hasben akan jadi macam pakcik-pakcik aku ni. buat anak sama-sama so tanggungjawab jaga anak haruslah pikul sama-sama. bukan tanggungjawab cari nafkah je. harap-haraplah.amin.

time ni turn kaum isteri dan perempuan yang buat terawih. yang sang suami tengok anak lah......syukur dapat jugak buat terawih di masjid besar Kuantan.


slow-slow update


aku akan try slow-slow update.....akan aku luangkan sedikit waktu untuk blog ini. terlalu banyak memori yang perlu di storykan di wall putih ni....semua itu kenangan untuk aku di masa akan datang.



doakan aku berjaya update walaupun satu hari 1 story.