olo lo lo looooo chomelnya...




22022012

Hannah monthly check up for 3 month


please ibu jangan ambik gambar kita
kita takut ni
nurse tu pegang jarum dah tu
tolong selamatkan kita



waaaaaaa sakitnya.....
sampai hati ibu tak selamatkan kita tau




takpelah ibu
kita tau apa yang ibu buat adalah yang terbaik untuk saya
kita tau tu
sakit ni kejap je




inilah kecederaan kita
dah habis part nangis
ibu dah janji nak bagi nenenkan.....



ini fungsi kenapa dan mengapa suntikan yang di perlukan
untuk bayi 2 bulan
3 bulan 5 bulan
dan setahun 6 bulan
ia adalah suntikan yang sama




aliooooo




chomelllll gilerrrrrrrrrrrrrrrr je aku tengok anak aku ni.....
gilerrrrrrrrrr ko seorang mak tu nak kata anak dia tak chomelllllllll.................
walaupun anak dia tak chomelllll di mata orang lain
tapi di mata dia tetap nampak chomellllllllllllllllll sangattttttttttt...................



22022012
chooomel jugak tarikh ni kan kan kan kan................



ni monthly check up Hannah untuk 3 bulan

dia dah pandai main air liur

buat-buat buih

pastu sembur-sembur

pastu gelak-gelak

ingat comel sangatlah tu buat cenggitu........





macam tau jekan aku nak snap muka dia

nampak macam bijak sangat.................

macam sapelah ni.....

macam ibu dialah kot.....

ahaks ahaks ahaks perasan ...............

tengok tu menjejey jejey aliooooo die..............




muka get ready nak kena cucuk....

sakit ke tak kena cucuk nanti

kalau sakit aku mesti nangis

tapi rasanya tak sakit kot....

tapi kalau aku tido maybe tak kena cucuk

so nanti kita tengok budak ni nangis ke tido

ke tak nangis.....

sebab yang lepas-lepas dia stayD je.....

ek ek ek macam tu adalah......

tunggu next entri yeeeeeaaaahhhhhhhhhhhhhh.....


p/s: keyyyyboard akuuuuu rosssaaakkkk keee niiiii.................ngekkkkk..................












salah ke kalau saya seksi macamni di hari Jumaat



keadaan rumah aku memang panas giler
kipas atas bawah dah pasang
sesiapa yang dah pernah singgah
rumah aku taulah azab kepanasan
dalam rumah aku


keadaan kipas siling yang super duper slow mengalahkan siput vavi
walaupun dah putar volume ke tahap 5
lek lek lek pusingannya (lek lek lek tu maksudnya terlalu perlahan)


tak cukup dengan itu aku keluarkan pulak kipas kaki
pun tak terasa anginnya
makanya anak dara aku yang satu tu
mengamuklah kepanasan




dah dia tak pandai nak bercakap
aku manalah tau dia panas ke apa
aku bagi susu dia tendang aku (bagus betul anak aku ni)
aku tukar pampers yang langsung tak basah dia tendang-tendang aku lagi (owh takpe sebab ko kecik lagi nakk)
aku sapu minyak angin kat perut, belakang dan dada pun aku kena tendang (apalah salah ibumu ni nakkk)
aku bawak dia jalan-jalan dalam rumah
dari depan ke belakang dari belakang ke depan
dari satu bilik ke satu bilik yang ada dalam rumah aku tu
sampai bilik air pun aku bawak langsung tak jalan jugak
dia meraung-raung sambil keraskan badan dia dan melonjak-lonjak keriangan
janganlah jiran sebelah syak aku dera anak


nak mandikan dia aku rasa tak patut pulak
Mama dia dah mandikan dia
nak lap-lapkan badan dia nanti dia segar bugar taknak tido pulak
dengan aku aku sekalilah takleh tido


jalan terakhir aku separuh bogelkan dia
pastu dia diam dan sengih-sengih tengok aku
owh nampak gayanya dia amat hargai aku separuh bogelkan dia :)
dan badan dia rasa melekit-lekit berpeluh


dah ok macamtu  aku try dodoikan dia di ribaan aku
tak sampai 10 minit dia tido....syukur.....
bila anak dah tido apa lagi si ibu pun patut cari bantal lelapkan mata
bukan apa time anak tido nilah aku nak rehat sama....





tapi aku tido takdelah separuh bogel macam anak aku ni
tak guna aku seksi macam Hannah
badan aku tak gebusssss
harus di ingat pantangnya belum cukup 100 hari
jangan di coba coba
haru biru di kemudian hari nanti....












kiriman cinta dan kasih untuk daddy nun jauh disana



dah 9 hari daddy outstation
daddy cakap daddy pergi 1 week je
tapi sekarang daddy dah mungkir janji
tiba-tiba call bagitau sambung
outstation sampai 25hb





daddy tak rindukan Hannah ke
Hannah rindu daddy sangat-sangat
tidur ke celik ke nangis ke berak ke
semua Hannah teringatkan daddy 
daddy tau tak semua ni





bila daddy nak balik ni
kalau boleh Hannah nak daddy balik awal
dah lama dah daddy tak bawak Hannah jalan-jalan
nak harapkan ibu bawak Hannah jalan-jalan
memang dalam mimpi jelah
asyik-asyik bawak Hannah g rumah nenek Wan
lepas g rumah nenek Wan pegi pulak rumah Opah
tu jelah yang ibu tau




Hannah ni bosan tau
tapi kira oklah dari duduk rumah je kan.
cuma yang Hannah tak tahan
time Hannah tidolah ibu angkat Hannah masuk kereta
tersedar kejap tapi dalam kereta Hannah tido balik
sebab best rasa aircond
tak sampai 10 minit ibu angkat Hannah
rupanya dah sampai rumah nenek Wan


baru feeling nak tido lama ibu angkat Hannah lagi
pegi pulak rumah Opah
aishhhhhh penat Hannah tau
kat rumah Opah susah nak tido
bising
pastu ramai tau suka kacau Hannah
suka main dengan Hannah
biasalah Hannahkan comelllllll........




tapi Hannah suka jumpa dorang
kakak Quni, kakak Aishah, kakak Sarah selalu berebut nak dukung Hannah
tapi abang Naufal, abang Mohamad dan Pok Su buat tak layan je kat Hannah
dorang cuma suka main kejar-kejar depan Hannah


ala banyak pulak hal Hannah mengadu kat daddy
sorry ek daddy
Hannah tau daddy g sana sebab kerjakan
takpelah sebab daddy kat sana bukan bersukaria tapi cari rezeki
Hannah redha di tinggalkan
sebab ibu jaga Hannah dengan elok je kat sini
Daddy jangan bimbang ok.


nanti daddy balik sini jangan lupa belikan Hannah ole-ole
makanan Hannah taknak sebab Hannah bukan boleh makan lagi
belilah apa-apa
tanda ingatan daddy untuk Hannah
ok daddy Hannah nak tido dulu ek
selamat malam




assalamualaikum......





air tangan Opah



aktiviti hujung minggu aku tanpa en hasben
nasib ada Hannah
sekurang-kurangnya ada jugak insan tersayang disisi


macam biasa hujung minggu berkumpul kat rumah Opah
ada family assembly sebenarnya
maka Opah buat bubur lambuk
aku datang awal sebab nak tolong



selain air tangan Ma aku
air tangan Opah aku adalah yang terbaik
kalau tak takkanlah en hasben aku
dari kecik tak makan terung lepas 4 bulan kawin dengan aku
dia dah boleh makan terung
ni gara-gara air tangan Opah lah


Jom review cara Opah aku buat bubur lambuk ni.


sorry ok sebab gambar untuk bahan-bahan ni main campak je.
takde proper macam dalam rancangan Chef Wan masak tu



antara bahan-bahan dan cara Opah aku buat bubur lambuk:




 
-beras dicuci bersih dan si masak dengan lebihkan air (ketepikan)

-bawang merah dan halia si blender

-santan

campurkan semua di atas dalam periuk




 lada hitam di blender halus

daun pucuk meding (tak tahu sile google)

kelapa parut yang di goreng di blender halus (goreng macam nak buat kerisk)

tambah air sedikit

kemudian baru masukkan nasi yang di masak lembik tadi

garam secukup rasa


campurkan semua bahan tadi dalam periuk



kacaukan sekali sekala ramuan yang dah di campurkan.






ini gambaran time semua bahan di campurkan.


yang  dah masak tak sempat nak snap sebab semua gigih mengadap bubur ni.

habis licin sama sekali

sekali hadap je oleh big family aku


maka yang mana ada tu memang takde yang dapat tapau

untuk di bawa balik.


kesian........termasuklah aku.......



*selalunya banyak lagi bahan lain yang boleh di tambah dalam bubur lambuk ni. tapi kali ni Opah aku buat yang simple macamni je. just ada pucuk meding.





apa pun memang best sangan air tangan Opah ni.
orang lain buat memang tak jadi sedap macam Opah buat
sekarang ni pun teringat-ingat lagi
makan panas-panas
memang tak jemu.......









masih mencuba menjadi yang terbaik



kalau korang boring lantaklah kan
sejak-sejak aku ada anak ni
banyak sikit benda nak story
tapi pasal anak jelah
anak anak anak
kalau korang nak muntah hijau pun silekan yeeeeee


selama aku jadi ibu ni
aku masih berusaha dan mencuba untuk
menjadi yang terbaik
demi Hannah
Hannah adalah segala-segalanya bagi aku




hasil minum susu formula
en hasben yang mula-mula try bagi
susu formula pada Hannah
tapi yang ini babysitter yang try bagi


yang terseksanya Hannah
dia tak rela tapi kita paksa jugak
ni dia muntahkan semua susu tu
muntah ketika tido


nasiblah aku ada sebelah dia
kalau tak confirm jadi kes tersedak susu
keadaan time tu macam orang muntah kerana buatan orang
tetiba je termuntah
membuak-buak
badan pulak terangkat angkat
time muntah tu


aku memang dah panik
sebab tak pernah jadi macamtu pada dia
lepas je muntah tu dia merengek-rengek
pastu terus jadi lemah
aku angkat dia tapi lembik
lembik takde respon
air mata aku time tu automatik menitis
bimbang jadi apa-apa
time taip ni pun boleh sedih lagi
naluri ibulah katakan..




ini dia dah kepenatan muntah
merengek-rengek
kesian sungguh aku tengok


niat aku dari mengandung memang nak full BS
tapi en hasben nak mudahkan kerja katanya
elok campur-campur
nak mudahkan babysitter sekali kononnya


Hannah memang dari awal menunjukkan penolakkan
tapi kita yang dewasa ini tetap paksa jugak dia minum susu formula
sampai tak larat dah budak ni nak menolak


last-last inila jadinya
Hannah dah buktikan
yang dia tak sesuai dengan susu formula


susu aku jugak yang dia pilih
biasalah aku kan ibunya
pastilah susu aku paling best
bagi tekak dia
lagipun elok untuk ususnya
antibodinya


dia pun pandai memilih
tapi kenapa 'mereka' yang sepatutnya tau apa yang sebaiknya untuk dia
tak mahu memilih dan memberi yang terbaik itu
untuk dirinya


pelik kan
apa-apa pun aku sedang cuba memberikan yang terbaik untuk Hannah
sekarang aku cuba pam susu aku sebanyak yang mungkin
dan selepas kejadian ini aku dah bertekad
akan menghalang sesiapa saja yang ingin memberi Hannah susu formula
kerana sekarang bukanlah waktunya
tunggulah waktu yang sesuai


walaupun mungkin akan ada orang mengatakan aku derhaka
melawan kehendak 'mereka' yang inginkan Hannah begitu
kerana Hannah anak aku
aku pasti tau apa yang terbaik untuk Hannah


apa pun ilmu itu penting
pengalaman juga pasti salah satu bukti yang terbaik dalam hal ini
namun ilmu adalah satu-satunya yang tepat dalam menentukan yang sepatutnya
jadi pesanan aku kepada mereka yang lain
banyaklah membaca mengenai ilmu susu ibu ini
bukan untuk sesiapa tapi untuk zuriat sendiri juga.


bijak berkata-kata tanpa mempunyai ilmu di dada anda berada dalam kerugian..


*panjang lebar pulak bebelan aku pasal kes ni....bukan apa aku tertekan sebab tiada sokongan  dari pihak yang sepatutnya menyokong aku untuk full BF pada Hannah.....kenyataan2 yang mereka berikan hanyalah menurunkan semangat aku adalah....namun aku kena kuat melawan perasaan tu......*












sesuatu yang tidak diingini telah berlaku



en hasben ni kadang-kadang degil sikit
bagi akulah.....bagi aku ok bukan bagi orang lain
bagi aku memang dia ni degil sikit
tapi kadang-kadang bukan degil sikit
degil banyakkkkkkkkkkkkkkkkk................


ini adalah salah satu kedegilan beliau
beli pewangi rumah letak dalam my kereta
beli pulak yang cecair tak nak yang gel




aku selalu beli yang gel
tapi time shopping tu dia yang beriya-iya
nak yang ini
so layankan aje
nanti kata aku derhaka pulak.......ye dokkkkk...






inilah bahananya kalau tak nak dengar cakap
orang yang lebih tua....(iya memang aku lebih tua dari dia)
orang yang lagi banyak pengalaman.....
charger handphone dia yang tenggelam tu....padan muka...hahahha


jangan salahkan sape-sape tau....
time bawak kereta bukan aku perasan pun
benda tu nak tunggang terbalik

kat tempat kerja pulak memang parking
kereta tempat panas..tak berbumbung
maka macam nilah gayanya bila dah terkena panas
nak pulak benda tu dalam keadaan terlingkup ....

aku biarkan aje pewangi tu tertakung kat situ
biar dia kering sendiri
masuk-masuk kereta jadi pening
baunya menusuk sampai ke ulu hati







February 2012 Giveaway - My 30th Birthday




tuah ayam nampak dikaki
tuah aku tiada sape yang tahu

so nak mencuba nasib di sini
untung sabut timbul
untung batu tenggelamlah jawabnya



sebelum apa-apa karutan dari aku
aku nak wish 'Happy Birthday' kepada pemilik blog

http://geez-tupperware.blogspot.com
sempena ulangtahun kelahirannya
yang ke 30 hari ini....


aku tagkan kepada
puan aini : yang baru saja berkahwin dengan pilihan hati
cik awe :gadis berkaca mata


dalam hidup aku memang ada banyak impian.
impian yang teratas sekarang adalah nak BF my daughter secara exclusive.
aku rasa ini lah yang terbaik yang mampu berikan  padanya
nak harapkan kemewahan wang ringgit semua itu adalah jauh sekali



kemudian lain-lain impian adalah aku nak berjaya dalam hidup.
untuk berjaya ini aku ada plan nak berbusines.
plan tu dah ada cuma kena asah skills je sikit
apabila dah berjaya dalam business ini
barulah aku akan mulakan langkah untuk mencapai
impian-impian aku yang lain.


harap-harap in semua di permudahkan olehNya
Amin







aku kena terima kenyataan bahawa en hasben dah tinggalkan aku



dah itu keputusan yang en hasben buat
aku kenalah terima
walau macam-macam alasan kukuh yang aku dah bagi
especially bab anak kami Hannah


aku kena kuatlah terima keputusannya
apa-apa hal pun dia tetap


nak tinggalkan aku...



nak tinggalkan aku




nak tinggalkan aku



giler ko tak sedih
sedihlah jugak
tapi takdelah nak tunjuk kat sape-sape
yang aku sedih

sendiri-sendiri tau sudah



Hannah je yang dia sayang pasal tulah Hannah je yang dia kiss






en hasben tinggalkan aku sebab kerja
outstation to Langkawi
ada game kat sana
bawak budaklah apa lagi

dah nak dekat Sukma
makin banyaklah en hasben outstation
aku jugaklah yang tak boleh ikut
aku pun kerja

InsyaAllah Isnin ni dia balik
harap-harap selamat pergi dan selamat balik



harapan yang terakhir
dia balik adalah buah tangan dari sana
untuk aku dan Hannah









walau apa pun waktu bersama keluarga adalah waktu terbaik dalam hidup



malas nak story panjang lebar
ini adalah entri bergambar
pandai-pandailah korang yekkkk...

 
 pembakar tegar- sorang ada gaya macam sipenjual di pasar malam sorang lagi dah macam orang buta je aku tengok


 
yang baju merah tu suami kepada organizer.tengah memantau apa barang yang tak cukup


 
panggilan kecemasan di buat dan pengoderan dilakukan


 ni salah seorang ajk. tetiba nak berdikir barat pulak kat tepi pantai nih....


 dorang agak cantik ye...aku je yang agak selebet rupanya....tudung biru tuh baru sehari jadi isteri orang...tengok kaki dan tangan dia...


wanita penyengih berbaju coklat tulah organizernya


 

korang nampak apa yang aku nampak tak......nampak macam kejamkan???








 
ruang untuk duduk tak muat maka anak kesayangan si pindahkan disini.....aku tak kejam tau ni ada pak dia dok jaga

FIL aku ada join sekali. tapi gambar aku tak jumpa.dorang sampai pun lebih kurang sejam sebelum kami pulang.






bukan anak buangan tapi anak kesayangan


tempat: pantai pelindung kuantan
tarikh: 23 Januari 2012

BBQ time untuk tahun ni tiba lagi
tiada sebarang perancangan pun
tetiba aku dapat sms dari mak saudaraku
suruh datang je tanpa perlu bawa apa-apa


apa lagi haruslah join
tapi aku takdelah sezalim mana
walaupun tak bawa apa-apa
tapi aku pergi awal
kenalah tolong masak apa yang patut






aku tolong kat rumah mak saudara aku tuh

en hasben tolong setup tempat BBQ kat pantai



kat pantai tu terjadilah kejadian macamni....
terjumpa baby chomellll...........





gambaran dari jauh


macam pernah aku tengok baby nih
 
 

 
rupanya memang anak aku



ni daddynya punya kerja
aku suruh bakar ayam dan ikan dia bawak
si Hannah ni tengah-tengah pasir pantai
buat photoshoot pulak kat situ
kesian ank aku nak tido
si usung ke sana ke mari


 
walaupun korang tengok macamni
dah macam anak terbuang je gayanya
tapi yang nilah satu satunya anak kesayangan kami berdua...







1st day Hannah



hari ini 1st day hantar Hannah ke rumah pengasuh
minggu lepas daddy dia yang jaga
3 hari je pun
pasal aku dah start keje time tu
pengasuh tak reti nak kira berapa aku kena bayar
untuk 3 hari tu
jadi terpaksalah daddy dia yang jaga




time hantar ni hujan renyai-renyai
tu yang bantai tutup dengan kain tu
Hannah pun nak tak nak je bukak mata
hujan kan sedap tido

tapi yang tak best
mama (panggilan pengasuh Hannah) call 3 kali hari ini
bagitau Hannah taknak minum susu
dari pagi tuh....nih dah kul 5 petang still taknak minum...
ini adalah cadangan daddynya lah
bagi susu formula
konon taknak susahkan Mama
tengok sekarang semua orang susah
Mama pun tak senang hidup hari ni
nak makan pun susah hati
risau anak aku lapar
siap g beli puting susu lain
tapi tetap tak jalan


mak mana tak risaukan anak
buat kerja pun tak tenang
nak balik kereta takde
sebab pagi tadi mintak en hasben yang hantarkan
makin lama makin malas aku nak drive.

ni bertambah risau sebab takde perkhabaran
langsung dari en hasben
dah 1 jam aku call suruh g ambik Hannah
rasa nak terbang je ni g ambik Hannah