tragedi factory food




dua minggu lepas aku dan en hasben resah gelisah susah hati dan rasa tertekan dengan keadaan Hannah. dia berak satu hari lebih kurang 13 kali. walaupun tak banyak taik yang keluar tapi buntut dia yang bam bam tu dah merah melecet.


kalau nak basuh tu memang dia akan menangis meraung kesakitanlah. Ya Allah kesian betul aku tengok. time nak basuh poo poo tu dengan aku aku sekali akan meraung. macam terasa rasa kesakitan yang Hannah tanggung.


ini semua salah aku dan en hasbenlah. tapi lebih banyak salah akulah. yang ini memang aku akui. kebetulan 2 hari sebelum tu kami pergi shopping barang dapur. pastu lalu kat makanan bayi 6 bulan ke atas. aku dan en hasben decide nak try bagi Hannah makanan yang di jual tu yang biskut-biskut dan macam nestum tulah. jadi beli 1 biskut dan 1 tin bubur bijirin tu.


esoknya bagi 2 2 tu kat Mama.jadi aku tak masaklah bubur untuk Hannah. biasalah dasar IBU PEMALAS. Mama pun bagilah Hannah makan 2 benda tu. pada hari yang sama jugak Hannah dah start berak berak dan terus berak. tapi dia tak menangis or meragam. kira macam biasa je. cuma berak jelah melebihi 3 kali sehari.


balik kerja ambik Hannah. Mama ada bagitau aku pasal tu. tapi tak ambik peduli sangat. sebab rasa benda tu pekara tak berapa serius. kat rumah sampai ke pagi esok Hannah still berak banyak kali. aku dok kira pampers yang ada hasil pembuangan Hannah. 7 pcs ok. TUJUH. banyakkan??? itu malam sahaja. last-last aku dah tak basuh dah vontut Hannah. aku lap-lap je guna wet tissu. dah basuh je dia meraung-meraung. aku tak sanggup tengok...ko sanggup ke tgk anak meraung raung macamtu???


aku dan en hasben ni dok pikir esok pagi tu apa kena dan kenapa Hannah jadi macamtu. sebab dia tak meragam sebab tulah tak susah hati sangat. sampai masalah ini di panjangkan dan di bincangkan di rumah Mama. aku terus ambik EL. sayang anak ko....Ibu mana tak sayang anak. padahal 2 hari sebelum tu aku dah cuti 2 hari. gara-gara balik Kelantan.(yang ni lain entry aku story).



pastu Mama cakap maybe pasal makanan dari kilang yang aku beli  tu kot. so hari tu aku stop bagi Hannah makanan tu. so masaklah bubur macam biasa. jadilah IBU YANG RAJIN SEMULA dan Hannah dah tak berak macam semalam tu. keadaan makin pulih. dia dah poo poo macam biasa. jadi kesimpulan yang aku dan en hasben buat penyebabnya adalah dari makanan kilang tu. mungkin tak sesuai untuk perut Hannah.



 merasa jugak Hannah pakai cawat macam zaman ibu dan daddy time baby dulu


makanan tu aku tak buang tapi aku sedekahkan kat kawan sekolah aku. biar dia bagi anak dia. dah dia kata anak dia makan belaka. dia sumbat belaka. padahal baru 2 bulan.....lantaklah dah anak dia. nak nasihat pun dia dah ada anak 6 orang....nak ke dia terima nasihat aku yang baru anak sorang ni....


badan Hannah ni sensitif kot. dulu bagi susu S26 pun habis di muntahkan selepas 2 jam dia minum. ni pasal makanan ni pulak. tak pelah Hannah ibu akan rajinkan diri buat bubur Hannah hari-hari dengan penuh kasih sayang.



p/s: akan berkuranglah waktu santai bersama en hasben pasni....sebab bubur untuk Hannah ni kena tukar-tukar resepi tiap2 hari...risau dia bosan...










3 comments:

mrs kayrul said...

ala ciannya kat hannah...mujur la hadif ok jer makan nestum...dapat mama pemalas macam nie la...

tunggu hari minggu je la mamanya masakkan bubur, kalau hari keja pasrah je la makan nestum..hehehe

celebration of love said...

Tkutnya, mmg xkan bg la hafidh factory food. Thnk share story.

fifie @fif said...

mrs kayrul: lepas ni ai takleh malas malasan dah....xpelah susah sikit pun demi anak kan.

celebration OL: kalau boleh kita jangan bagi factory food...bagi hasil tangan sendiri...kita mesti nak yang terbaik untuk anak kan